Sikap Ekonomi Ketika Gawat Menurut Nabi Yusuf




NABI Yusuf telah menggariskan persediaan dan kaedah belanjawan yang berhemah, ketika berlaku kegawatan di luar kawalan kita sebagai manusia. Baginda menyediakan pedoman tersebut, saat menafsirkan mimpi raja yang membingungkan.Mimpi rajaوَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَىٰ سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ ۖ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ“Raja berkata: Sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Dan 7 tangkai gandum yang hijau dan 7 tangkai yang lainnya kering. Wahai pembesar-pembesar, terangkanlah kepadaku berkenaan tafsiran mimpiku, sekiranya kamu dapat menafsirkannya.”(Yusuf: 43)
Dalam ayat ini, raja merasa bingung dengan mimpi yang dialaminya. Setelah ditanya kepada pembesar-pembesarnya, ternyata semua tidak mengetahui tafsir mimpi raja tersebut. Yang menariknya, mereka tidak memandai-mandai bersuara memberi nasihat tanpa kepastian ilmu.Lantas persoalan tersebut diajukan kepada Nabi Yusuf, yang sudah terkenal sebagai pakar men takwil mimpi. Ketika itu Baginda sedang meringkuk di dalam penjara akibat menjadi mangsa fitnah. Sikap tidak kisah mendengar pandangan bermanfaat sekalipun dari orang yang tiada kedudukan politik, merupakan sifat baik yang dimiliki oleh raja tersebut.Ketelusan maklumatPersoalan raja itu terus disampaikan oleh rakan Nabi Yusuf yang pernah bersama dengan Baginda di dalam penjara. Jika kita membaca surah Yusuf ayat 46, kita akan dapati kelihatan Allah mengulangi sebahagian dari ayat 43. Ini bagi menggambarkan rakan Nabi Yusuf yang menyampaikan persoalan raja, sangat berintegriti dengan mengulangi ayat dari raja tersebut 100 peratus serupa tiada tokok tambah.Sememangnya ketika gawat, integriti maklumat sangat penting. Sama ada informasi perkembangan ekonomi atau pemakluman dari pemerintah kepada rakyat bawahan, mestilah disampaikan secara tepat tiada tokok tambah.Jawapan Nabi Yusufقَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ• ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ• ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ

“Nabi Yusuf berkata: “Supaya kamu bercucuk tanam 7 tahun lamanya sebagaimana biasa. Maka apa yang kamu tuai itu hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit sahaja untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang 7 tahun yang sangat sulit. Ketika itu adalah waktu agar kamu habiskan simpanan terdahulu, melainkan sedikit untuk kamu simpan. Kemudian setelah itu datang tahun berikutnya, dilimpahkan buat manusia hujan yang cukup. Di saat itu, mereka memerah anggur.” (Yusuf: 47-49)
Takwilan Nabi Yusuf:(i) 7 ekor lembu gemuk dan 7 tangkai gandum hijau: Melambangkan tempoh 7 tahun kesenangan ekonomi.(ii) 7 ekor lembu kurus dan 7 tangkai gandum kering: Melambangkan tempoh 7 tahun kegawatan ekonomi.Sediakan payung sebelum hujanDari jawapan Nabi Yusuf, Baginda menggagaskan cara berbelanja dengan berhemah. Kemarau, wabak dan peperangan antara situasi yang bukan di bawah kawalan kita.Bahkan kita tidak boleh lari melainkan ia perlu dihadapi dengan tabah. Cara menghadapinya adalah bersedia dan berjimat seperti yang diajarkan oleh Nabi Yusuf.Penjelasan ulamak:(i) Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menyatakan dari kisah ini, betapa sebuah negara perlu ada peruntukan undang-undang untuk memiliki rizab simpanan yang cukup bagi mendepani bencana.(ii) Syeikh Dr Wahbah Zuhaili pula menegaskan sesebuah negara wajar menyimpan dan mencatu makanan untuk keperluan mendatang di waktu susah.Memelihara maslahat rakyat ketika bencanaImam al-Qurtubi mengkaitkan kisah ini dengan persediaan menjaga maslahat syariat yang terdiri dari memelihara:(i) Agama.
(ii) Nyawa.
(iii) Akal.
(iv) Zuriat.
(v) Harta.Islam serius memelihara nasib kehidupan manusia di dunia. Dari kefahaman tersebut, keperluan-keperluan bagi kehidupan rakyat, perlu disediakan oleh Kerajaan pada kadar kemampuan yang ada.Dalam konteks semasa, jaminan perubatan, tempat tinggal, makanan dan keperluan-keperluan asasi lain perlu disediakan oleh Kerajaan di saat rakyat tidak mampu untuk mengeluarkan hasil produktiviti mereka.Untuk mencorak suasana negara penuh kesediaan seperti itu, sesebuah kerajaan perlu diurus oleh pemimpin yang cermat dan bersedia mendapatkan khidmat pakar yang sewajarnya. Sebarang pandangan dikemukakan demi maslahat rakyat, bukan maslahat politik yang sempit. Itulah sikap yang kita boleh pelajari dari relasi antara raja, utusan dan Nabi Yusuf.Berjimat, berjimat dan berjimatImam Abi Su’ud di dalam tafsirnya menjelaskan dari kisah ini, bahawa suruhan Nabi Yusuf bermaksud:(i) Kurangkan makan.
(ii) Jangan membazir.Perlambangan itu bolehlah difahami bahawa ketika bencana ekonomi melanda, rakyat perlu mengubah gaya hidup masing-masing. Sekalipun pesanan Nabi Yusuf itu sebagai persediaan berhadapan dengan bencana mendatang, namun ia tetap relevan bahkan lebih kritikal dipraktiskan ketika bencana sedang berlangsung.Jika rakyat memperolehi bantuan dari Kerajaan, pastikan ia dibelanjakan dengan penuh cermat. Saat bencana bukan waktu untuk bermewah atau hidup normal seperti biasa. Sebaliknya sekarang adalah saat berjimat bagi menghadapi bencana yang kita tidak tahu bilakah akan berakhir.Kesusahan memulihkan fitrah manusiaJika sebelum ini kita bermewah, waktu sekaranglah saat kita merasai kesusahan. Ambillah peluang yang Allah kurniakan ketika kegawatan ekonomi hari ini, untuk menghakis sikap tamak dan mementingkan diri sendiri yang merupakan penyakit sikap masyarakat negara membangun dan maju.Ramai pemerhati ekonomi menjangkakan selepas berakhirnya bencana COVID-19 yang kita pun tidak tahu bila penghujungnya, dunia akan mengalami krisis ekonomi besar-besaran. Jangkaan itu kelihatan pasti.Senario hidup selepas ini kelihatan tidak mudah untuk kita langsungkan. Mohonlah kepada Allah, agar Allah selamatkan kita dan kurniakan buat kita kesabaran untuk menghadapi krisis ekonomi akan datang.USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD – HARAKAHDAILY 1/4/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/sikap-ekonomi-ketika-gawat-menurut-nabi_2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Isra Mir Aj Ini Kejadian Mengerikan Yang Dijumpai Nabi Muhammad

Ketika Isra Mir Aj Ini Kejadian Mengerikan Yang Dijumpai Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 307 hits
Isra Miraj merupakan kejadian agung yang dilalui oleh Rasulullah SAW Peristiwa ini terjadi pada tanggal 27 Rajab tahun 10 kenabian Ketika Isra Miraj akan terjadi Nabi Muhammad SAW berbaring di kamarnya kemudian datang Malaikat Jibril dan Mi...
Macam Zombieland Netizen Kagum Dengan Sikap Warga Ampang Yang Menurut Perintah

Macam Zombieland Netizen Kagum Dengan Sikap Warga Ampang Yang Menurut Perintah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 425 hits
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 semalam hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara Tinjauan semalam mendapati rata rata pengguna Facebook mengadu masih ramai yang tidak mematuhi kawalan ters...
Ekonomi Gawat Bantuan Kerajaan Golongan T20 Dan Artis

Ekonomi Gawat Bantuan Kerajaan Golongan T20 Dan Artis

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 353 hits
1 Sejak pandemik COVID 19 menular dan juga Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan ekonomi individu keluarga dan negara terjejas Bahkan ekonomi semua negara di dunia ini terjejas teruk 2 Walau bagaimanapun tak semua sektor terjejas malah...
Status Kisah Nabi Ibrahim Tidak Mahu Berdoa Ketika Dicampak Ke Dalam Api

Status Kisah Nabi Ibrahim Tidak Mahu Berdoa Ketika Dicampak Ke Dalam Api

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 469 hits
SOALAN Saya ada terdengar dari satu hamba Allah yang kita ini tidak perlu berdoa pun sebab ada kisah di mana Nabi Ibrahim A S pun tidak berdoa ketika Baginda dicampakkan ke dalam api Betulkah kisah ini Adakah kisah tersebut kisah yang tsabi...
Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan Pdp Ketika Pkp Covid 19

Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan Pdp Ketika Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 648 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu siaran berkaitan Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak jangkitan COVID 19 KPM telah mengeluarkan kenyataan...
Tempat Melancong Ketika Covid19

Tempat Melancong Ketika Covid19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 330 hits
Sedar tak sedar dah nak masuk minggu ke 3 kita melalui tempoh perintah kawalan pergerakan Walaupun berada dalam ancaman pandemik dont panik lets piknik Berikut adalah tempat tempat pelancongan yang menjadi pilihan aku sempena cuti cuti Mala...
Sembilan Warga Asing Antara 11 Ditahan Ketika Pkp

Sembilan Warga Asing Antara 11 Ditahan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR 28 MAC Gara gara tidak mengendahkan arahan polis susulan Perintah Kawalan Pergerakan 11 lelaki termasuk sembilan warga asing ditahan ketika berjoging di sekitar Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara di sini semalam Ketua Polis ...
Tersalah Lafaz Niat Ketika Solat

Tersalah Lafaz Niat Ketika Solat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 200 hits
SOALAN Sahkah solat saya jika tersalah lafaz niat ketika solat Contohnya saya memang yakin berniat dalam hati untuk solat Zohor tapi tersalah melafazkan solat Asar Atau saya berniat solat Maghrib di dalam hati tapi tersilap melafazkan solat...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord

Criimson Atta Halilintar Dj Noiz Bebecita Chord