Sihir Vs Buatan Orang
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Entry ini agak panjang dari sebelum-sebelum ni
Google
Apa itu sihir? Sihir selalunya dikaitkan dengan bomoh dan dukun dan selalunya dirujuk sebagai perbuatan orang. Bahan yang digunakan untuk sihir selalunya bergantung kepada tukang sihir itu sendiri. Sihir ini jugak dikenali sebagai santau atau ilmu guna-guna untuk menganiaya orang lain. Santau dilakukan dengan dua cara iaitu cara fizikal (makanan) dan cara santau angin. Dalam islam perbuatan menganiayai orang sangat dilarang sama sekali, lebih-lebih lagi melalui cara halus seperti perbomohan, sihir atau ilmu hitam
Punca sihir? Masalah perniagaan, cinta, rebutan pangkat dan kedudukan dalam masyarakat, rebutan harta pusaka, perasaan marah dan hasad dengki, untuk mencuba kehebatan ilmu dan sebagainya
Hukum memulangkan sihir? Kalau kita nak kembali sihir kepada si pembuat kita juga sama tarafnya seperti si pembuat, berdosa besar. Tak terampun dosa sebagai penyihir tu kecuali Allah yang Maha pengampun itu mengampuni. Faktanya memulangkan sihir dengan sendirinya telah membuatkan jin sihir itu mengganggap si pemulang sihir adalah sebagai tuan barunya
Jenis-jenis sihir. Terdapat 9 jenis sihir iaitu Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri), Al-Mahabbah, Takhayyul, Al-Junun, Al-Khumul, Al-Hawatif, Al-Marad, Nazif dan Ta'til tawaj. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal sihir ni korang boleh klik kat SINI , SINI dan SINI
Mesti korang hairan kan kenapa aku tetiba share pasal sihir ni? Aku sebenarnya nak share dengan korang sihir-sihir yang popular kat Sabah terutamanya kat tempat aku iaitu Kota Belud. Bukanlah popular tetapi yang selalunya terjadi. Ada dua jenis sihir yang selalunya orang akan terkena iaitu semaeih dan lontong (bukan lontong yang makanan tu ya hehe jangan silap). Itu dalam bahasa Bajau la. Melayunya aku kurang pasti tapi rasanya itu termasuk dalam kategori santau.
Sihir vs Buatan Orang
First aku terangkan pasal lontong. Lontong ni pada permulaanya nampak macam sakit-sakit biasa ja just like demam, rasa sejuk apa semua tapi bila da lama orang yang terkena sihir tu akan hilang selera makan, tak dapat buang angin, tak dapat buang air kecil dan buang air besar. Apapun tak boleh dan yang paling teruk bila perut dia membesar macam orang mengandung. Selalunya lontong ni si pembuat sihir akan letak dalam makanan atau tanam dekat tempat tertentu. Sangatlah bahaya bila kita termakan atau terlangkah benda tu. Lontong ni kalau tak dirawat secepatnya ia boleh menyebabkan kematian di mana perut yang membesar tadi akan pecah terburai. Korang pernah tengok lakonan Awal Ashaari dengan Fizz Fairuz tu? Something like that la. Tapi satu yang aku tak tahu pasal lontong ni bahan yang si tukang sihir guna
Semaeih ni pula ada tiga peringkat di mana peringkat ketiga tu paling bahaya juga boleh menyebabkan kematian. Semaeih ni dia akan melekat seumur hidup tau. Semaeih peringkat pertama dan kedua boleh diubati tetapi orang yang pernah terkena sihir ni akan berpantang seumur hidup. Antara pantang dia yang aku tahu la, orang yang terkena tu tak boleh melihat orang yang telah meninggal (mayat), tak boleh makan makanan yang berlubang tengah seperti kangkung, kacang panjang dan seumpamanya dan limau nipis. Semaeih peringkat ketiga selalunya jarang berlaku tetapi bila terkena ia memang sukar untuk dirawat dan sihir tu kita akan bawa sampai mati. Nak tahu sebab apa? Sebabnya salah satu bahan yang si tukang sihir ni guna adalah air mayat orang yang da mati. Thats why aku kata Semaeih ni akan melekat seumur hidup. Biarpun kita sembuh namun tetap ada pantang, pantang tu pula adalah pantang seumur hidup kita. Cara si tukang sihir buat kita selalunya dia akan sentuh korang tanpa korang tak sedar atau penyihir akan palitkan dekat baju, tudung, rambut dan sebagainya. Korang penah tengok lakonan Samsul Yusuf tu? Haa something like that la. Selalunya orang yang terkena sihir semaeih ni akan berasa gatal-gatal, miang, timbul sesuatu dekat permukaan kulit muka atau badan(menyerupai jerawat tetapi gatal dan panas) sehinggalah area yang gatal tu menjadi busuk dan buruk sehingga berulat dan nampak tulang.
Macam mana aku tahu semua ni? Adakah aku adalah tukang sihir? Ataukah salah seorang daripada keluarga aku
NO! Tekaan korang silap. Sebenarnya dalam family aku ada yang pernah terkena lontong dan semaeih ni dan salah seorangnya adalah aku. Aku? Yup , aku la. Kenapa tak percaya? :D Aku bila ingat benda ni sedih tau. Pasal apa..orang yang hantar sihir tu adalah kawan baik aku sendiri masa study dulu. Aku sayang dia kot tapi entah kenapa dia buat aku huhu agaknya aku ada silap kat dia tapi mungkin aku tak sedar. Moralnya berhati-hati bila bercakap dan membuat sesuatu. Jangan sampai ada yang sakit hati kat korang okay? Nanti tak pasal-pasal kena sihir haha :DAku berpantang tak? Yes, of course. Aku terkena sihir semaeih, sihir yang melakat seumur hidup. Seumur hidup aku tak boleh makan dua jenis makanan. Apa dia? Biarlah rahsia :)
Kisah orang yang pernah terkena sihir. Klik SINI untuk baca.
P/S : Ini adalah kisah aku dua tahun 2011. Alhamdulillah aku kini da sembuh biarpun masih berpantang :)
Renungan bersama :Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:” Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”
Dan sihir adalah dosa besar yang terletak pada tangga kedua selepas mensyirikkan Allah. Wallahuallam.
with love~rrp.cik itah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ramaramapendek.blogspot.com/2013/09/sihir-vs-buatan-orang.html