Signal Bermulanya Coup D Tat Jelmaan Dap



BERIKUTAN pendedahan PAS berkemungkinan besar akan berlakunya undi tidak percaya terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir dalam sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung tidak lama lagi, pimpinan utama DAP, PKR dan PAN mula gelabah dan masing-masing menafikan akan berlaku mahupun merancang perkara tersebut. Baik Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Mat Sabu, kesemua mereka menafikan perkara tersebut.
Akibat daripada pendedahan tersebut, selain daripada beria-ia menafikan perkara tersebut serta gerakan mereka dihidu Tun Dr Mahathir, mereka tiada jalan lain selain menggerakkannya agar tidak dipatahkan di tengah jalan yang membawa bencana lebih buruk kerana mereka tahu akibatnya. DAP paling awal menzahirkannya dengan bekas Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menggesa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Gesaan beliau menerima kecaman hebat daripada pimpinan Bersatu seluruh negara namun tiada satu pun pimpinan utama daripada DAP, PKR dan PAN menempelak atau menyuruh Dr Boo Cheng Hau menarik balik kenyataan tersebut serta meminta maaf walaupun setelah 24 jam diucapkan. Menggesa seorang pemimpin utama PH meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah satu gesaan yang cukup besar dan berat namun tidakkah kita pelik kerana kesemua pimpinan utama PH diam seribu bahasa?
Adakah sebenarnya mereka sependapat dan bersetuju dengan tindakan serta ucapan Dr Boo Cheng Hau lalu mereka semua sepakat untuk diam seribu bahasa? Jika benar, ia sebenarnya tanda awal apa yang dijangka oleh PAS akan berlaku tidak lama lagi.
Wajibnya pimpinan utama PH menempelak kenyataan tersebut dan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH namun tiada seorang pun berbuat demikian. Ia sebenarnya cukup ajaib serta menghairankan. Apa sudah berlaku kepada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mat Sabu atau sebenarnya itulah tanda awal atau permulaan perancangan mereka?
Ramai pimpinan PH berkata tuduhan PAS tidak berasas. Mereka kata PAS hanya bermain isu untuk mengalihkan tumpuan terhadap siasatan tuduhan menerima RM90 juta wang milik 1MDB daripada Umno. Satu dunia tahu SPRM sedang menyiasat perkara tersebut dan PAS telah berkerjasama dengan baik malah memberikan kesemua dokumen dan akaun milik PAS kepada SPRM. PAS percaya SPRM mempunyai integriti yang cukup tinggi serta mempunyai pegawai yang cukup berdedikasi dan jujur. Celah mana yang alih isu atau sebenarnya mereka yang sedang cuba alih isu dan perkara sebenar?
Sebenarnya memang mereka hanya menggunakan Tun Dr Mahathir sebagai batu loncatan untuk memenangi PRU14 terutamanya DAP. Mereka merancang dengan cukup rapi hingga ramai yang terpedaya lalu mengundi PH dalam PRU yang lalu. PKR terutamanya Anwar Ibrahim sudah tentu cukup bersetuju apatah lagi DAP telah berjanji akan menyokongnya menjadi Perdana Menteri setelah mengenepikan Tun Dr Mahathir. PAN seperti ramai telah maklum hanya menjadi “Pok Angguk” DAP apatah lagi setelah dijanjikan jawatan dan kuasa kerana itu sebenarnya matlamat mereka.
Lihat sahaja ucapan dalam ceramah Nga Kor Meng ketika PRU14 yang lalu. Melihat kepada ucapan ceramahnya sudah cukup membuatkan kita mual dan muntah dengan kata-kata beliau terhadap Tun Dr Mahahtir. Tidak cukup jelas lagikah untuk kita bagaimana DAP hanya menggunakan Tun Dr Mahahtir untuk mencapai cita-cita mereka yang sudah tentu menggembirakan teman rapat mereka seperti PKR dan PAN kerana mendapat manfaat dan faedah?
Bangunan yang kukuh dan cukup kuat tidak akan terhayun bergoncang kemudian runtuh jika tidak berlaku gempa bumi. Jelas sekarang sudah retak dan senget, hanya menunggu gempa bumi sahaja berlaku.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/20/signal-bermulanya-coup-detat-jelmaan-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Tun M Tukar Parti Kalau Dap Pkr Dan Amanah Belot

Terkini Tun M Tukar Parti Kalau Dap Pkr Dan Amanah Belot

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 347 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai sebuah parti perkauman yang mewakili kaum Melayu dan bumiputera di negara ini Beliau melihat kaum tersebut masih merasakan tidak selamat jika tidak mempunyai ...
Dap Sudah Menghalalkan Budaya Lompat Parti

Dap Sudah Menghalalkan Budaya Lompat Parti

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 361 hits
DAP tidak sepatutnya berdiam diri sebaliknya perlu menyatakan pendirian jelas mengenai tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menerima bekas Ahli Parlimen UMNO menyertai mereka Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata DAP khususnya ...
Dap Patut Teruskan Perjuangan Anti Lompat Parti

Dap Patut Teruskan Perjuangan Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 374 hits
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong KUALA LUMPUR DAP patut meneruskan perjuangan membantah tindakan wakil rakyat lompat parti seperti yang mereka perjuangkan semasa menjadi pembangkang dahulu Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pe...
Amarah Dap Terhadap Pengerusi Ph

Amarah Dap Terhadap Pengerusi Ph

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 382 hits
Oleh M FAQIH JADI apa yang berlaku jika lebih banyak katak daripada Umno meninggalkan kapal dan meminta untuk menyertai Bersatu Adakah Bersatu akan membawa mereka secara beramai ramai Adakah kita menyaksikan pengambilalihan Bersatu oleh bek...
Apakah Dap Adalah Kesinambungan Perjuangan Idealogi Parti Komunis Malaya

Apakah Dap Adalah Kesinambungan Perjuangan Idealogi Parti Komunis Malaya

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 774 hits
Perjanjian Damai Haadyai 1989 Antara Kerajaan Malaysia Dan Parti Komunis MalayaPerjanjian Damai Haadyai 1989 merupakan perjanjian damai yang di tandatangani pada 2 Disember 1989 di antara kerajaan Malaysia dan Turut sama menandatangani perj...
Prk Dun Semenyih Dah Jadi Langkah Azmin Dan Amaran Keras Mahathir Kepada Pkr Dap Dan Pan

Prk Dun Semenyih Dah Jadi Langkah Azmin Dan Amaran Keras Mahathir Kepada Pkr Dap Dan Pan

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 390 hits
Kenyataan Mahathir bahawa dia akan bertukar parti sekiranya DAP PKR dan PAN tidak setia kepada negara sebenarnya mempunyai signifikan yang sangat besar Sudah tentulah negara yang dimaksudkan oleh Mahathir adalah batang tubuhnya sendiri Maha...
Dakwaan Dap Menerima Dana Asing Serius Perlu Disiasat Segera

Dakwaan Dap Menerima Dana Asing Serius Perlu Disiasat Segera

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 235 hits
Dakwaan bahawa DAP pernah menerima dana asing termasuk dari Israel adalah tuduhan yang serius kerana membabitkan keselamatan negara dan pihak berkuasa perlu segera menyiasat perkara tersebut Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah be...
Jumping Mps Dr M Has Gone Back On His Word Says Dap S Liu

Jumping Mps Dr M Has Gone Back On His Word Says Dap S Liu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 298 hits
Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has gone back on his own word says Selangor DAP secretary and Sungai Pelek assemblyman Ronnie Liu A while back I wrote about how prior to the 14th General Election Dr Mahathir told a group of activists...
Dap Minta Ph Bincang Tentang Kemasukan Bekas Mp Umno

Dap Minta Ph Bincang Tentang Kemasukan Bekas Mp Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 341 hits
PUTRAJAYA Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menerima tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perkara itu telah ...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia