Amarah Dap Terhadap Pengerusi Ph


Oleh M FAQIH




 “JADI apa yang berlaku jika lebih banyak katak daripada Umno meninggalkan kapal dan meminta untuk menyertai Bersatu.

“Adakah Bersatu akan membawa mereka secara beramai-ramai. Adakah kita menyaksikan pengambilalihan Bersatu oleh bekas Umno,” kata Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu di laman sosialnya.

Babak tinggalkan Umno begitu rancak sebelum ini. Paling hebat berlaku di Sabah. Pengerusi Umno Sabah Dato’ Hajiji Mohd Noor bersama 13 wakil rakyat isytihar keluar Umno Disember lepas.

Turut sama bahtera itu 21 ketua bahagian Umno. Antara yang dikenali ramai ahli parlimen Beaufort Dato’ Azizah Mohd Dun dan bekas Timbalan Speaker Dato’ Seri Ronald Kiandee (Beluran). Dua Senator juga mengikut langkah sama

Keseluruhannya sembilan Adun, empat Ahli Parlimen, dua Senator dan 21 Ketua Bahagian Umno meninggalkan parti itu.

Politik masuk dan keluar parti memang tidak asing di Sabah. Apa yang jelas parti mana ada kuasa itulah menjadi idaman.

Sabah pernah dikuasai Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) dan Berjaya. Apa yang berlaku sekarang seolah-olah sudah dirasai Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada April 2017 bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengingatkan pemimpin Umno di Sabah mengeratkan saf dan bersatu padu.

Beliau bimbang sejarah kekalahan USNO dan Berjaya berulang. Kejatuhan kedua-dua parti tersebut membolehkan Parti Bersatu Sabah (PBS) muncul. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengasas PBS pada 1985. Parti itu bermula sebagai pembangkang. Kemudian menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1986 membolehkan Pairin menjadi Ketua Menteri

Namun PBS keluar gabungan itu pada 1990 sebelum bertaut semula bersama BN pada 2002.Itulah fenomena politik yang berlaku di Sabah sejak dahulu. Puncanya tidak lain lagi dambakan kuasa politik

Dan situasi serupa menjangkiti politik di Semenanjung. Kehilangan kuasa politik BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas menyebabkan ramai pemimpin Umno juga dijangkiti virus dari puncak Kinabalu.

Semalam sejarah lama itu diulangi semula. Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa segan menerima tujuh bekas ahli parlimen Umno.

Dr Mahathir menyerah kad keahlian Bersatu kepada bekas ahli-ahli parlimen Umno di Putrajaya.

Antaranya Ahli Parlimen Masjid Tanah, Dato’ Mas Ermieyati Samsuddin, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Dato’ Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor)

Selain itu Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Dato’ Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam). Termasuk juga dalam senarai Dato’ Rosol Wahid (Hulu Terengganu).

Mas Ermieyati meninggalkan Umno pada Julai 2018. Beliau mengemukakan permohonan menyertai Bersatu Disember lepas.

Kemelut PH

Tentunya ramai masih ingat keghairahan Bersatu agak terencat seketika selepas rakan dalam PH menggertak tindakan memancing wakil rakyat Umno. Paling vocal menghentam ialah DAP.

Pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP Ramkarpal Singh dilapor berkata tindakan menerima bekas pemimpin Umno menyertai PH dianggap pengkhianatan kepada rakyat.

Beliau begitu bimbang bekas Ahli Parlimen Umno keluar parti dan berpaling kesetiaan kepada Dr Mahathir. Baginya perkembangan itu berbahaya.

Oleh itu Ronnie Liu mengungkitkan Pengerusi PH yang dianggap pernah berjanji tidak akan menerima anggota parlimen Umno.

“Saya mendengarnya dengan telinga saya sendiri. Dan saya percaya kepadanya. Ia benar-benar tindakan mengecewakan kerana menerima sampah seperti ini,” ujarnya.

Namun segala luahan rakan gabungan PH seperti tidak dihiraukan Bersatu. Apa pun Dr Mahathir seperti mahu bilangan ahli parlimen Bersatu dilonjat sementara kepada 22 berbanding 12 sebelum ini.

Fenomena itu seolah-olah memperlihatkan ada retak menunggu belah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/amarah-dap-terhadap-pengerusi-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Katanya Ini Asakan Dap Terhadap Tun M

Katanya Ini Asakan Dap Terhadap Tun M

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 373 hits
KRONOLOGI ASAKAN DAP TERHADAP TUN DR MAHATHIR Ramkarpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor 13 Jun 2018 Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa tindakan Tun Daim Zainuddin memanggil Tun Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin tidak melam...
Pengerusi Dap Perak Pertahan Ijazah Adun Tronoh

Pengerusi Dap Perak Pertahan Ijazah Adun Tronoh

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 491 hits
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mempertahankan Anggota Dewan Undangan Negeri Tronoh Paul Yong Choo Kiong yang didakwa memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Akamai Amerika Syarikat yang diragui Loading Kata Ng...
Pihak Polis Telah Menahan Seorang Lelaki Akibat Penghinaan Terhadap Rasulullah Di Facebook

Pihak Polis Telah Menahan Seorang Lelaki Akibat Penghinaan Terhadap Rasulullah Di Facebook

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 447 hits
Berikutan dengan perkongsian sebuah gambar yang digambarkan satu penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW Seorang lelaki yang menggunakan akaun Facebook bernama Foo Sing Wai telah ditahan pihak polis di kediaman rumahnya Ia disahkan oleh Ketua ...
Denda Rm 1 800 Terhadap Adun Meru

Denda Rm 1 800 Terhadap Adun Meru

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 399 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman denda RM1 800 terhadap ADUN Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar atas sabitan menyebut kata kata menghasut berhubung tuntutan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri protes jalanan KitaLawa...
Ulama Asosiasi Islam China Tidak Ada Pelanggaran Ham Terhadap Muslim Uighur

Ulama Asosiasi Islam China Tidak Ada Pelanggaran Ham Terhadap Muslim Uighur

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 410 hits
Menurut Wakil Presiden Asosiasi Islam China Abdul Amin Jin Rubin apa yang diberitakan dan dilaporkan oleh Barat tentang Uighur adalah sesuatu yang tidak sesuai kenyataan dan cenderung berlebihan
Ketika Kejahatan Berbasis Kebencian Terhadap Agama Merajalela Di India

Ketika Kejahatan Berbasis Kebencian Terhadap Agama Merajalela Di India

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 384 hits
Laporan itu juga mengatakan sejak pemerintahan Perdana Menteri Narendra Modi Partai Bharatiya Janata mengambil alih kekuasaan pada 2014 serangan yang dipimpin kelompok perlindungan sapi terhadap kaum minoritas melonjak tajam
Did Pas Become A Dap Tool Asks Malacca Cm

Did Pas Become A Dap Tool Asks Malacca Cm

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 331 hits
Malacca Chief Minister Adly Zahari has dismissed claims that Amanah is a tool of DAP citing the cooperation between PAS and DAP to drive home his point The state Amanah chief pointed out that DAP and PAS were allies in the now defunct Pakat...
Mimpi Ngeri Dap Dan Ph Mula Menjadi Kenyataan

Mimpi Ngeri Dap Dan Ph Mula Menjadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 315 hits
Selama ini Dap dan PH sangat bimbang berlakunya kerjasama antara PAS dan UMNO Kerana mereka tahu cantuman undi antara kedua2 parti Melayu Islam itu akan mampu menjadi gelombang besar bagi meruntuhkan impian mereka untuk terus berkuasa Kini ...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh