Sifilis Punca Tanda Peringkat Jangkitan Dan Rawatan


Sifilis (syphilis) merupakan penyakit kelamin atau penyakit bawaan seks (STD) yang boleh berjangkit dan tersebar menerusi hubungan seks sama ada melalui vagina, dubur atau oral.
Pesakit biasanya malu untuk berkongsi masalah yang dialami, namun ini hanya akan menyukarkan doktor untuk mendiagnos dan memberi rawatan.
Jika tidak dibendung, ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang lebih teruk.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit kelamin ini.
Punca Punca utama bagi penyakit sifilis adalah hubungan seks dengan pesakit sifilis melalui vagina, oral mahupun dubur.
Penyakit yang berlaku disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum ini juga boleh disebarkan daripada ibu kepada bayi ketika hamil.
Ia turut menjadi kerisauan masa kini apabila terdapat peningkatan jangkitan sifilis akibat perbuatan seks bebas dan hubungan sejenis (lelaki bersama lelaki) termasuk dalam kalangan remaja serta golongan belia.
Sumber : scientificamerican.com Walau bagaimanapun, sifilis tidak boleh merebak melalui tempat duduk tandas, tombol pintu, kolam renang dan perkongsian barangan peribadi seperti pakaian dan perkakas makanan.
Tanda/Gejala Penyakit Sifilis Antara tanda ketara bagi penyakit ini adalah :
Ulser atau kudis syphilis pada alat kelamin, dubur, faraj atau dalam rectum. Ulser pada bahagian lain seperti dalam mulut dan bibir. Ruam pada kulit termasuk tangan, muka dan badan. Keguguran rambut. Peringkat Penyakit Sifilis Pesakit juga boleh menunjukkan gejala atau simptom yang lebih spesifik bergantung kepada peringkat syphilis yang dialami.
Secara umumnya terdapat empat peringkat bagi penyakit ini.
Peringkat Pertama
Tempoh purata bagi gejala ini adalah 21 hari selepas tubuh dijangkiti kuman sifilis. Ulser atau kudis muncul pada labia (bibir faraj), zakar, dubur dan ada kalanya muncul pada bibir dan mulut. Ulser bersaiz kecil, berbentuk bulat, keras dan tidak menyakitkan. Ulser boleh hilang dalam masa beberapa minggu. Peringkat Kedua
Wujudnya ruam pada satu atau lebih bahagian badan dan biasanya muncul apabila kudis/ulser syphilis sedang sembuh. Ruam bersifat kasar, merah atau bertompok coklat kemerah-merahan pada kedua-dua belah tapak tangan dan tapak kaki, namun tidak menyebabkan kegatalan. Ruam mungkin mempunyai sifat berbeza seperti nipis, tidak jelas serta menyerupai ruam biasa sehingga tidak disedari sebagai ruam sifilis. Tanda lain di peringkat kedua adalah demam, pembengkakan kelenjar limfa, sakit tekak, keguguran rambut, sakit kepala, hilang berat badan, sakit otot, keletihan. Pada peringkat ini, siflis sangat mudah berjangkit menerusi hubungan seks. Sumber : Medical News Today Peringkat Ketiga
Juga dikenali sebagai peringakt pendam atau sembunyi, ia bermula sebaik sahaja tanda pada peringkat pertama dan kedua hilang. Jangkitan kekal di dalam badan walaupun tiada gejala Peringkat pendam boleh bertahan selama bertahun-tahun, ada yang boleh bertahan selama 20 tahun sebelum beralih ke peringkat keempat. Peringkat Keempat
Sifilis peringkat akhir berlaku pada lebih kurang 15% pesakit sifilis yang tidak dirawat. Boleh berlaku antara 10 hingga 20 tahun setelah jangkitan pertama berlaku. Peringkat akhir penyakit ini menyebabkan organ dalaman rosak termasuk otak, saraf, mata, jantung, salur darah, hati, tulang dan sendi. Pesakit turut menunjukkan gejala lain seperti sukar untuk menyelaraskan pergerakan otot, lumpuh, kebas, penglihatan kabur atau buta dan demensia (nyanyuk atau hilang akal). Jangkitan dan kerosakan organ dalaman pada peringkat keempat juga boleh membawa maut. Bahaya Ramai pesakit mungkin memilih untuk menyembunyikan penyakit ini akibat malu.
Namun, ini hanya boleh memudaratkan pesakit sehingga sifilis beralih kepada peringkat seterusnya dan lebih kompleks.
Pesakit yang hamil juga boleh menyebarkan penyakit ini kepada janin.
Selain berisiko tinggi untuk mengalami stillbirth (bayi meninggal di dalam kandungan), bayi yang terlahir dengan sifilis boleh menjadi buta, pekak, sawan dan mengalami komplikasi seperti masalah otak, masalah kulit dan sebagainya.
Oleh itu, adalah penting untuk orang ramai ketahui bahaya dan kesan kepada penyakit ini jika tidak dibendung pada peringkat awal.
Rawatan Bagi mengelakkan komplikasi kandungan, setiap wanita hamil perlu menjalani ujian darah untuk mengesan kehadiran penyakit ini.
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal MyHealth Sementara itu, sifilis mudah dirawat dan disembuhkan sekiranya dapat dikesan pada peringkat awal.
Bagi penyakit yang dijangkiti oleh kuman sifilis kurang daripada setahun, satu suntikan penisilin dan antibiotik dapat menyembuhkan pesakit.
Untuk pesakit yang dijangkiti penyakit ini lebih daripada setahun, doktor akan memberikan dos tambahan.
Meskipun begitu, rawatan yang dilakukan oleh doktor hanya dapat membunuh kuman sifilis dan mencegah kerosakan yang lebih teruk.
Cara terbaik untuk mengelakkan penyebaran penyakit kelamin seperti sifilis adalah dengan menahan diri daripada melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tidak dijangkiti.
Sekiranya terdapat lelehan, lendir, sakit, ruam atau keputihan luar biasa khususnya pada kawasan pangkal paha, hentikan hubungan seks segera dan rujuk pada doktor dengan segera.
Pesakit juga perlu faham bahawa penyebaran penyakit ini tidak dapat dielakkan dengan cara berikut :
Membasuh kemaluan Membuang air kecil Menyembur cuci selepas seks. Kesimpulannya, perbuatan negatif seperti amalan seks sebelum berkahwin, seks bebas dan hubungan seks sejenis boleh mendedahkan diri kepada pelbagai penyakit kelamin seperti sifilis, herpes genital, hepatitis B dan HIV.
Pendidikan seks kepada anak-anak juga adalah penting bagi membendung generasi masa hadapan kepada gejala sosial tidak sihat serta penyakit kronik  yang tidak diingini.
Sekiranya anda atau orang sekeliling mengalami gejala seperti yang telah disenaraikan, jangan malu untuk bertemu doktor.
Ini penting bagi mengenalpasti sebarang penyakit pada peringkat awal dan rawatan segera untuk membendungnya.
Sumber : eprints.usm.my(Dewan Kosmik), Kementerian Kesihatan Malaysia- Portal MyHealth, Facebook Erna Nadia
Baca Juga : Tanda HIV, Cara Jangkitan, Ujian dan Kaedah Rawatan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sifilis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sifilis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Komuniti Anjuran Perpustakaan Pahang Mengkarak

Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Komuniti Anjuran Perpustakaan Pahang Mengkarak

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 115 hits
Assalamualaikum dan hai Cerita ini berlaku bulan Oktober tetapi CR baru nak bercerita di blog Lama sangat tak update blog kesayangan ni Tahun lepas 2024 CR berpeluang menyertai Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Komuniti Anjuran P...
Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah Sesi 2024 2025

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah Sesi 2024 2025

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 126 hits
Assalammualaikum Dunia Al quran karimDalam diam tak diam lagi seminggu jew sesi persekolahan 2024 2025 akan menutup tirai nyer maka di sekolah banyaklah arakian pelbagai program dan sambutan yang telah diatur oleh pihak pentadbir sekolah Al...
Jangkitan Hand Foot Mouth Disease

Jangkitan Hand Foot Mouth Disease

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 119 hits
06 Januari 2025 Isnin Hari ni hari kedua peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia diadakan jadual peperiksaan seperti di Walau dak Adik tiada masalah pengangkutan untuk ke sekolah aku tetap mengambil cuti rehat tak seperti dak Kakak hi...
Gadis 17 Tahun Terpaksa Lupakan Sementara Spm Perlu Jalani Rawatan Kanser Ovari

Gadis 17 Tahun Terpaksa Lupakan Sementara Spm Perlu Jalani Rawatan Kanser Ovari

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 57 hits
Gadis 17 tahun terpaksa lupakan sementara SPM perlu jalani rawatan kanser ovari Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanse...
Pilihan Raya Ketua Murid Peringkat Sekolah

Pilihan Raya Ketua Murid Peringkat Sekolah

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 126 hits
Pelajar pemimpin masa depan Proses melahirkan pemimpin yang berwibawa berketerampilan berdaya tahan dan berkarisma memerlukan satu perancangan yang teliti Tumpuan permulaan melahirkan pemimpin ialah di peringkat sekolah Proses mendidik dan ...
Sejarah Anwar Di Pentas Global Pmx Di Peringkat Antarabangsa

Sejarah Anwar Di Pentas Global Pmx Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 86 hits
Radin Muhammad ImaduddinSEJARAH ANWAR DI PENTAS GLOBAL PMX DI PERINGKAT ANTARABANGSA 1 Dato Seri Anwar Ibrahim mula terlibat dengan Jaringan Islam antarabangsa dan dunia Barat bermula pada tahun 1971 dan 1972 2 Pada tahun 1971 Dato Seri Anw...
Sambil Tak Henti Berselawat Andika Putera Dedah Punca Elak Kongsi Wajah Isteri

Sambil Tak Henti Berselawat Andika Putera Dedah Punca Elak Kongsi Wajah Isteri

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 81 hits
Pempengaruh Andika Putera dedah punva mengapa dia mengelak untuk berkongsi wajah isterinya sambil tak henti berselawat sewaktu menjawab beberapa pertanyaan netizen di media sosial Andika menerusi posting dibuat di Insta Story menyatakan bah...
Pereka Fesyen Datuk Seri Vida Cedera Dipukul Jurugambar Hutang Didakwa Jadi Punca

Pereka Fesyen Datuk Seri Vida Cedera Dipukul Jurugambar Hutang Didakwa Jadi Punca

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 87 hits
Pasangan pereka fesyen dikenali sebagai Razman dan Razmi yang juga merupakan pereka fesyen kepada usahawan Datuk Seri Vida cedera di muka selepas diserang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah yang berlangsung di sebuah hotel Mereka t...
Mercu Tanda Baharu Bernilai Rm300 000 Dikecam

Mercu Tanda Baharu Bernilai Rm300 000 Dikecam

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 51 hits
KOSMO Tugu Pesut Mahakam Tribun KaltimJAKARTA Sebuah monumen yang menjadi mercu tanda baharu Bandar Samarinda wilayah Kalimantan Timur menjadi kecaman pengguna media sosial kerana reka bentuknya yang dianggap aneh meskipun dihasilkan dengan...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Apom Manis Bubur Campur

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord