Gadis 17 Tahun Terpaksa Lupakan Sementara Spm Perlu Jalani Rawatan Kanser Ovari


Gadis 17 tahun terpaksa lupakan ‘sementara’ SPM, perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.
Gadis 17 Tahun Terpaksa Lupakan Sementara SPM, Perlu Jalani Rawatan Kanser Ovari Nur Auni Qistina Zahari merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok. Gadis berusia 17 tahun itu terpaksa melupakan sementara cita-citanya menjadi seorang anggota polis kerana tidak dapat ke sekolah sejak setahun lalu.
“Saya sudah janji dengan kawan-kawan nak ambil SPM sama-sama tetapi apabila Allah SWT uji saya dengan penyakit ini, saya reda dan terpaksa tangguhkan SPM ke hujung tahun ini.
“Apabila melihat rakan-rakan lain menghantar gambar bersama cikgu di sekolah dalam kumpulan WhatsApp kelas, saya sedih kerana rindu selepas setahun tidak dapat ke sekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Teja 2, di sini hari ini.
Menurutnya, dia terpaksa menerima hakikat dia tidak seperti remaja normal apabila kedua-dua ovarinya terpaksa dibuang.
Nur Auni Qistina tetap mengulangkaji pelajaran walaupun terpaksa bercuti setahun untuk menjalani rawatan kanser ovari. Katanya, dia menyedari penyakitnya itu selepas mendapati dia tidak didatangi haid walaupun sudah berusia 16 tahun pada 2022.
“Saya mengajak emak (Norhesreyzah Rejab, 46) melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Changlun pada hujung 2022 dan doktor meminta saya merujuknya ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar di Perlis.
“Selepas melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), doktor memaklumkan ada ketumbuhan pada ovari kiri dan perlu dibuang segera pada 2 Februari 2023.
“Ketika itu saya belum disahkan menghidap kanser dan doktor beritahu saya mempunyai sindrom swyer iaitu mempunyai kromosom lelaki iaitu 46XY yang diketahui selepas bertemu doktor berikutan masalah ketiadaan haid dialami,” katanya.
Nur Auni Qistina berkata, dia kemudian menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan doktor mengesahkan dia menghidap kanser ovari pada 2 Mei tahun lalu.
Katanya, doktor memaklumkan yang dia perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam pusingan untuk mematikan sel kanser.
“Ovari kanan saya bukan seperti biasa tetapi ia memanjang dan doktor akan buang melalui pembedahan termasuk rahim pada 22 Januari ini dan perlu masuk wad di HSB, Isnin ini.
“Alhamdulillah pengetua dan cikgu datang beri semangat pada saya untuk fokuskan rawatan dulu,” katanya yang juga anak ketiga daripada enam beradik.
Katanya, bapanya, Zahari Hashim, 46, bekerja sebagai pembantu kedai makan, manakala ibunya, Norhesreyzah pula bekerja mengambil upah mengasuh kanak-kanak.
Menurutnya setiap kali hendak ke hospital, mereka terpaksa meminjam kereta nenek disebabkan kereta mereka kerap rosak.
Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi Nur Auni Qistina menghulurkan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan dapur.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah, Tak Sempat Duduki Ujian Bertutur
Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia, Mengadu Sakit Kepala, Koma Sehari Sebelum SPM
Peperiksan Bertulis SPM Bermula, Ibu Bapa Turut Serta Datang Awal Siap Beri Sarapan Percuma
 
 
 

 
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
 
 
 
 
The post Gadis 17 Tahun Terpaksa Lupakan Sementara SPM, Perlu Jalani Rawatan Kanser Ovari appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gadis-17-tahun-terpaksa-lupakan-sementara-spm-perlu-jalani-rawatan-kanser-ovari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulang Tahun Rayqal Nora Danish Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

Ulang Tahun Rayqal Nora Danish Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 141 hits
Menerusi laman Instagram pelakon dan usahawan terkenal Nora Danish berkongsi beberapa keping gambar sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang kini genap berusia 16 tahun Dalam perkongsian tersebut Nora memuat naik foto foto kenangan...
Remaja 14 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ketika Memancing Bersama Dua Rakannya Di Jerantut Feri

Remaja 14 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ketika Memancing Bersama Dua Rakannya Di Jerantut Feri

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 108 hits
JERANTUT Seorang remaja lelaki Azri Fahmi 14 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pahang selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti memancing bersama dua orang rakannya di Kampung Jerantut Feri dekat sini Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan P...
Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 206 hits
PERKHIDMATAN BAS KE BUKIT FRASER PAHANG TAHUN 70 DAN 80 AN Bas legend dalam kenangan ini lebih dikenali dengan bas kepala kasut oleh orang Pahang Bas Mercedes ini banyak digunakan untuk perkhidmatan bas di seluruh negeri Pahang Bas ini sang...
Jamuan Akhir Tahun Dak Akak 2024 2025

Jamuan Akhir Tahun Dak Akak 2024 2025

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 228 hits
Assalammualaikum Dunia Sesi 2025 2026 ramai yang tukar aliran dan berpindah sekolahSaja lar nak up kat sini semua gambau nak stick kat sini in case telephone ade problem ka gambau hilang ka tak der lar nanti nyesal macam yang berlaku bulan ...
Selamat Tahun Baru 2025 Cukup Jadi Jahat Dalam Cerita Orang Lain

Selamat Tahun Baru 2025 Cukup Jadi Jahat Dalam Cerita Orang Lain

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum selamat tahun baru tahun 2025 buat semua Sekejap betul masa berlalu alhamdulillah qaseh masih lagi bernafas dan mampu lagi update blog ni ya so yaaaa my azam baru mungkin untuk update everything as a diari p haha doakan iols...
Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap

Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 116 hits
Tip rangsang anak umur 1 hingga 2 tahun bercakap Perkembangan bahasa dan komunikasi anak berumur 1 hingga 2 tahun adalah salah satu fasa penting dalam kehidupan mereka Tip Rangsang Anak Umur 1 Hingga 2 Tahun Bercakap Pada usia ini anak anak...
Dari W Kuala Lumpur Ke Intercontinental Kl Tempat Makan Mewah Untuk Tahun Baru Cina

Dari W Kuala Lumpur Ke Intercontinental Kl Tempat Makan Mewah Untuk Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 246 hits
Selamat datang ke Tahun Ular Saat yang tepat untuk bertransformasi dan mendapatkan semula semangat baru menjanjikan kekayaan kemakmuran dan peluang yang tidak terbatas Seperti ular yang mampu menanggalkan kulitnya mari kita sambut permulaan...
Hiburan Sepuluh Syarikat Memohon Lesen Pemeriksaan Kenderaan 30 Tahun Tempoh Monopoli Puspakom Bakal Berakhir

Hiburan Sepuluh Syarikat Memohon Lesen Pemeriksaan Kenderaan 30 Tahun Tempoh Monopoli Puspakom Bakal Berakhir

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 117 hits
Menteri Pengangkutan telah mengumumkan bahawa monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer yang telah bertahan selama 30 tahun akan berakhir berikutan lebih sepuluh syarikat telah memohon untuk mendapatkan lesen pemeriksaan kenderaan la...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord