Sidang Khas Parlimen 11 April Ini Bukti Mou Telah Memberi Hasil


 
Ahli-Ahli Dewan Rakyat telah menerima surat bertarikh 25 Mac 2022 dari Setiausaha Dewan Rakyat, Dr. Nizam Mydin Bin Bacha Mydin bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 April 2022.
Untuk apa sidang khas itu diadakan?
“Urusan-urusan yang akan dibawa untuk Mesyuarat Khas tersebut adalah Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan)2022 berkait anti lompat parti dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri.” Demikianlah antara lain kandungan surat Setiausaha Dewan Rakyat tersebut.
Apa makna ini semua dari segi politik?
Ini bermakna Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH), ringkasnya MoU memberi hasil dan menfaatnya.
Kalau tak ada MoU tersebut, mungkin tak adalah sidang khas Parlimen untuk membincangkan dua perkara penting sehingga perlu dipinda Perlembagaan Persekutuan.
PH tidaklah boleh mendabik dada ini kejayaannya sahaja. Kalau sidang khas parlimen pada 11 April ini berlangsung, maka Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga wajar diberi pengharagaan. Kenapa saya berkata begitu?
Jika RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan)2022 berkait anti lomapt parti dan pengehadan jawatan Perdana Menteri dapat dibentangkan di Parlimen, ia bermakna Perdana Menteri telah berjaya mendapat persetujuan Jemaah Menteri pimpinannya. Tanpa persetujuan Jemaah Menteri tidak mungkin suatu RUU boleh dibentang di Parlimen.
Adakah mungkin ada usaha sesetengah pihak untuk menggagalkan sidang khas Parlimen pada 11 April itu nanti?
Dalam politik, segalanya mungkin berlaku, apatah lagi sidang khas 11 April nanti amat berkait soal politik kerana ia berkait isu “katak lompat” atau ahli parlimen melompat ke parti lain.
Selain itu soal Perdana Menteri tidak boleh jadi Perdana Menteri melebihi 10 tahun akan dibahas dan diputuskan juga. Malaysia dalam sejarahnya selama 65 tahun pernah menyaksikan Perdana Menteri keempat berkuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Ini semua tentu soal politik.
Adakah mana-mana parti politik yang tidak setuju atau secara lembut dikatakan tidak selesa dengan undang-undang anti-lompat parti itu?
Dari apa yang tersiar di media arus perdana dan media sosial, Umno dan Barisan Nasional menyokong Undang-undang anti lompat parti. Kenapa? Umno/BN amat terkesan dengan 15 orang ahli parlimennya melompat ke parti Bersatu ketika Bersatu di dalam Kerajaan PH selepas PRU-14, tahun 2018. Bagaimana pula dengan Pakatan Harapan?
Parti-parti dalam gabungan PH sudah tentu akan menyokong sepenuhnya RUU Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 berkait anti lompat parti. Malah majlis Presiden PH pernah mengeluarkan kenyataan bahawa MoU akan ditamatkan segera jika Kerajaan Persekutuan gagal membentangkan Undang-undang anti-lompat parti di Parlimen.
Dengar khabar, Parti Pejuang yang ada empat orang ahli Parlimen juga akan menyokong Undang-Unndang anti-lompat parti. Begitu juga dengan Warisan.
Malahan jika Kerajaan Ismail Sabri buat U-turn dengan membatalkan sidang khas Parlimen 11 April akan datang, ia akan memberi peluru kepada Parti Warisan untuk menempelak PH. Pakatan Harapan akan ditertawakan oleh saingannya di blok pembangkang (seperti Warisan, Pejuang dan Muda) kerana PH kelihatan berjaya ditipu hidup-hidup oleh Ismail Sabri Yaakob. Tetapi adakah Ahli Parlimen Bera sanggup korbankan nama baik dan rekodnya sebagai Perdana Menteri dan sanggup dituduh oleh rakyat nanti sebagai Perdana Menteri yang penakut dan mungkir janji dengan MoU?
Jadi siapa yang sebenarnya tidak selesa dengan Undang-undang anti-lompat parti ini? Pada pandangan dan hemat saya dan setelah mendengar khabar-khabar tidak rasmi dan tidak sahih, atau dengar khabar atau hearsay, nampaknya Parti Bersatu pimpinan Muhyidddin Yassin yang tidak setuju dengan Undang-undang anti-lompat parti. Kita pun faham mengapa Parti Bersatu tidak suka Undang-undang anti-lompat parti ini.
Kita lihat sejarah. Dalam pilihanraya umum 2018 lalu, Bersatu hanya ada 13 orang ahli parlimen sahaja seluruh negara hasil pilihan rakyat. Pengerusi Bersatu waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri atas persetujuan gabungan Pakatan Harapan yang menang majoriti.
Selepas langkah Sheraton pada Februari 2020, Muhyiddin Yassin berjaya menjadi Perdana Menteri kelapan adalah kerana Parti Bersatu yang beliau pimpin ada 15 ahli parlimen Umno yang melompat ke Bersatu. Kemudian ada 10 ahli parlimen dari Parti Keadilan yang digelar “kumpulan Kartel” telah meninggalkan Parti Keadilan dan melompat ke Bersatu. Ertinya dengan adanya ahli-ahli parlimen yang melompat parti itulah membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk dan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.
Berbalik kepada sidang khas 11 April ini nanti, adakah cukup bilang untuk kelulusan dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk meluluskan Rang Undang-undang anti-lompat parti itu?
Seramai 148 undi ahli parlimen menyokong di Dewan Rakyat diperlukan untuk Rang Undang-undang tersebut diluluskan.PH telah komited untuk memberi sokongan 100 peratus. Jika ada ahli-ahli parlimen PH yang ingkar akan dianggap melakukan kesalahan melanggar arahan parti dan mungkin disusuli dengan tindakan disiplin.
Bagaimana jika ada ahli-ahli parlimen dari pihak kerajaan pula yang menentang dalam pengundian? atau berkecuali atau tidak hadir sidang untuk elak dari mengundi?
Adalah tidak molek malah comot kelihatan dan akan memalukan Perdana Menteri Ismail Sabri sekiranya RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan)2022 diluluskan dengan majoriti dua pertiga hasil dari sokongan padu ahli parlimen PH dan ahli parlimen parti-parti pembangkang lainnya tetapi malangnya di pihak kerajaan ada pula yang menolak dan cuba menggagalkannya.
Jadi bola sekarang di gelanggang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkemaskan sokongan di pihak kerajaan supaya rakyat melihat MoU antara Kerajaan dan PH adalah sesuatu yang baik dan memberi hasil positif kepada perkembangan politik negara, amalan demokrasi dan mandat rakyat dalam pilihanraya supaya diletakkan di tempat yang dimuliakan.
Sama-samalah kita melihat apa yang akan berlaku pada hari Isnin 11 April nanti.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/sidang-khas-parlimen-11-april-ini-bukti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Apa Sidang Khas Parlimen 11 April

Untuk Apa Sidang Khas Parlimen 11 April

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 119 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN Ahli Ahli Dewan Rakyat telah menerima surat bertarikh 25 Mac 2022 dari Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 April 2022 Untuk apa sidang kha...
Tarikh Sidang Khas Kedua Ruu Lompat Parti Perlu Ditetapkan 11 April Ini

Tarikh Sidang Khas Kedua Ruu Lompat Parti Perlu Ditetapkan 11 April Ini

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 202 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengulangi pendirian tegas kami bahawa meluluskan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama di dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik Amatlah je...
Sidang Khas Parlimen Bentang Ruu Anti Lompat Mesti Diumum Isnin Ini

Sidang Khas Parlimen Bentang Ruu Anti Lompat Mesti Diumum Isnin Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 145 hits
Sidang khas Parlimen bentang RUU Anti Lompat mesti diumum Isnin iniPosted By on April 09 2022Pakatan Harapan mengulangi pendirian tegas mereka bahawa meluluskan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama ...
Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp 10k Mulai 09 April 2022

Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp 10k Mulai 09 April 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 630 hits
Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10K Mulai 09 April 2022 Semak Permohonan pengeluaran khas KWSP boleh disemak mulai esok 09 04 2022 Pemohon yang telah memohon boleh melayari link semakan Berikut adalah link bagi Pengeluaran Kha...
Sosma Mp Umno Sabotaj Sidang Parlimen Untuk Tekan Ismail Sabri

Sosma Mp Umno Sabotaj Sidang Parlimen Untuk Tekan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 179 hits
agendaily com24 3 2022Rupa rupa Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri tidak hadir pada sesi undian Dewan Rakyat semalam 23 Mac 2022 bagi meluluskan perlanjutan penguatkuasaan Akta Kesalahan ...
Olla Ramlan Resmi Gugat Cerai Aufar Hutapea Sidang Perdana 4 April

Olla Ramlan Resmi Gugat Cerai Aufar Hutapea Sidang Perdana 4 April

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 128 hits
Santer isu perceraian Olla ternyata baru mengajukan gugatan cerai pada tanggal 23 Maret 2022 kemarin
Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas Kwsp April

Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas Kwsp April

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 348 hits
Malam ini jutaan rakyat Malaysia tak sabar menunggu keptusan permohonan mereka melali KWSP baru baru ini Umum sedia maklum bermula 9 April 2022 keputusan permohohan pengeluaran wang KWSP maksima RM10000 boleh diketahui dilaman web rasmi KWS...
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Dibayar Pada 25 April 2022

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Dibayar Pada 25 April 2022

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 228 hits
BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI DIBAYAR PADA 25 APRIL 2022Kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kerajaan juga se...
Jokowi Lantik Anggota Kpu Bawaslu 12 April Mahfud Bukti Pemilu Dilaksanakan 2024

Jokowi Lantik Anggota Kpu Bawaslu 12 April Mahfud Bukti Pemilu Dilaksanakan 2024

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 144 hits
Mahfud menegaskan hal itu sebagai bukti bahwa pemerintah fokus menyiapkan pelaksanaan Pemilu tahun 2024 bersama dengan KPU dan DPR dengan tetap menghormati independensi KPU dan Bawaslu
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint