Siasatan 1mdb Polis Buru Lima Individu Termasuk Jho Low


MALAYSIAKINI



   
Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya sedang mengesan dan memburu lima individu atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan dan urusniaga oleh syarikat 1MDB.

Semua mereka itu adalah usahawan kontroversial Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong (Eric), pengarah pembangunan perniagaan, Tang Keng Chee (Casey); peguam 1MDB, Loo Ai Swan (Jasmine) dan pengarah eksekutif kewangan 1MDB, Geh Chong Heng (Terence).

"Jumlah pertuduhan yang dihadapi kesemua mereka ialah sebanyak 13 pertuduhan melibatkan kerugian berjumlah AS$1.17 bilion bersamaan RM4.2 bilion.

"Pertuduhan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fuzi seterusnya memberi perincian pertuduhan ke atas setiap satu daripada mereka. 

Low Taek Jho

Lima pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 berhubung penerimaan wang berjumlah AS$1.03 bilion ke dalam akaun bank Good Star di Zurich, Switzerland, antara 30 September 2009 hingga 25 Oktober 2011.

Low Taek Jho dan Tan King Loong

Dituduh bersama-sama dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, melibatkan kerugian berjumlah AS$126 juta yang diterima mereka berdua melalui akaun Bank RBS Singapura milik Acme Time Limited yang mana transaksi ini adalah berkaitan terbitan Islamic Mediaum Term Notes oleh Terenganu Investment Authority (TIA) dalam bulan Mei 2009.

Tang Keng Chee @ Casey

Satu pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Jenayah oleh agen) berhubung permindahan wang AS$700 juta ke akaun Good Star Limited milik Low Taek Jho dan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 melibatkan kerugian berjumlah AS$ 6.7 juta yang diterima dalam akaun syarikat Transnational limited (Seychelles) di RBS Coutts bank dan syarikat Totality Limited di BSI Bank SA, Switzerland, masing-masing pada 5 Ogos 2009 dan 23 Disember 2010.

Loo Ai Swan @ Jasmine

Dua pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 melibatkan kerugian wang berjumlah AS$6 juta yang diterima dalam akaun Falcon Private Bank AG, Zurich, Switzerland milik syarikat River Dee International SA (BVI) pada 6 Disember 2012 dan 1 Julai 2014.

Geh Choh Heng @ Terence

Satu pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Jenayah oleh agen)
berhubung permindahaan wang AS$125 juta ke akaun Good Star Limited milik Low Taek Jho pada 25 Oktober 2011.
Menurut Fuzi, waran tangkap telah dipero
leh dari mahkamah dan usaha mengesan serta menahan kesemua mereka sedang dijalankan.

Jelas beliau, pihaknya akan mendapatkan kerjasama dari pihak berkuasa luar negara dan Polis Antarabangsa (Interpol).

"Jika mereka berada di luar negara, kami melalui Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan untuk memohon ekstradisi bagi membolehkan semua individu itu dibawa balik ke Malaysia untuk pertuduhan di mahkamah," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/siasatan-1mdb-polis-buru-lima-individu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Lima Individu Diburu Polis

1mdb Lima Individu Diburu Polis

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 203 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia kini memburu lima individu atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan dan urusniaga yang dijalankan oleh syarikat 1MDB Kesemua yang sedang dikesan ialah ahli perniagaan kontroversi Low T...
Nama Jho Low Diarah Gugur Dari Laporan Akhir 1mdb

Nama Jho Low Diarah Gugur Dari Laporan Akhir 1mdb

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 291 hits
SINAR HARIANJho Low PUTRAJAYA Perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengaudita...
Pemilik The Edge Najib Suruh Saya Keluar Dari Rumahnya Selepas Saya Bagitahu Jho Low Mencuri Duit 1mdb

Pemilik The Edge Najib Suruh Saya Keluar Dari Rumahnya Selepas Saya Bagitahu Jho Low Mencuri Duit 1mdb

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 387 hits
Pemilik akhbar The Edge Datuk Tong Kooi Ong menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang pernah mengakui tidak mengenali ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low Menurut Tong Najib telah diberi amaran tentang peng...
1mdb Doj Pun Jho Low Rasuah

1mdb Doj Pun Jho Low Rasuah

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 535 hits
Kalau DOJ pun dia boleh suap apa lagi yang di dalam negara Patut la muntah dedak puak ni Lagi pun Mat Saleh tu kan orang Reti lapar Reti jugak beli beg tangan Reti pakai jam tangan Reti jugak nak itu ini Bekas pegawai DoJ mengaku bersalah d...
Utusan Najib Arah Keluar Maklumat Jho Low Dalam Laporan Audit 1mdb Yang Disediakan Ketua Audit Negara

Utusan Najib Arah Keluar Maklumat Jho Low Dalam Laporan Audit 1mdb Yang Disediakan Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 460 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak didakwa tahu kes 1MDB dan pelik cuma seakan mengakui ditipu Jho Low sahaja Foto Jinwei Foundation New Straits TimesDatuk Seri Najib Tun Razak didakwa mengarahkan laporan asal 1Malaysia Development Berhad ya...
1mdb Najib Akui Pentadbirannya Telah Di Tipu Oleh Jho Low

1mdb Najib Akui Pentadbirannya Telah Di Tipu Oleh Jho Low

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 412 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui pentadbirannya telah ditipu oleh jutawan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dalam urusan 1Malaysia Development Bhd Katanya tindakan perlu diambil terhadap Jho Low sekira...
Buru Jho Low Untuk Alih Kegagalan Rejim Mahathir

Buru Jho Low Untuk Alih Kegagalan Rejim Mahathir

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 333 hits
SINAR HARIANMahathir Jho Low KUALA LUMPUR Jutawan kontroversi dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa pertuduhan mahkamah yang dikenakan terhadapnya bertujuan mengalihkan perhatian terhadap kegagalan rejim Mahathir mentadbir negara ...
Tajuddin Saya Dah Lama Curiga Pada 1mdb Jho Low

Tajuddin Saya Dah Lama Curiga Pada 1mdb Jho Low

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 226 hits
Diterbitkan 22 Nov 2018 9 23 malamAnggota Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mengakui yang beliau telah lama menyimpan rasa curiga terhadap 1MDB sejak dua tahun lalu lebih lebih lagi terhadap Jho Low Katanya beliau telah pun mendesa...
Video Najib Mengaku Mungkin Ditipu Jho Low Skandal 1mdb

Video Najib Mengaku Mungkin Ditipu Jho Low Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 351 hits
Jika sebelum ini bekas menteri dan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengaku semua ditipu dalam skandal 1MDB kini giliran Najib pula mengakui ditipu Jho Low Foto Sinar Harian LIVESHAH ALAM Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau ditipu...
Makan Makan Di Camden Market

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen