Siasat Rizal Jika Lakukan Kesalahan Lain Kadir Beritahu Pihak Berkuasa


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-September 4, 2022 9:39 AM
Rizal Mansor dilepas dan dibebaskan daripada empat tuduhan meminta serta menerima suapan bagi pihak Rosmah Mansor pada 8 Jan 2020. selepas pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadapnya dan dia kemudian menjadi saksi pendakwaan.
PETALING JAYA: Wartawan veteran, A Kadir Jasin menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas pembantu Rosmah Mansor, Rizal Mansor jika pernah melakukan kesalahan lain, selepas dia dilepas dan dibebaskan daripada empat tuduhan berhubung projek solar sekolah luar bandar Sarawak.

Katanya, tidak adil untuk individu yang bersubahat atau terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, terlepas daripada hukuman selepas bertukar daripada tertuduh menjadi saksi pendakwaan.

“Boleh jadi pihak peguam negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat semula watak-watak seperti Rizal ini dengan kesalahan-kesalahan lain, dengan tujuan mendakwa mereka di mahkamah atau merampas aset yang diperoleh melalui wang atau kegiatan haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rizal pada mulanya didakwa atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM5.5 juta untuk dirinya dan Rosmah, berhubung projek solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagaimanapun, pada 8 Jan 2020, mahkamah melepas dan membebaskan Rizal, selepas pendakwaan menarik balik semua pertuduhan terhadapnya dan dia kemudian menjadi saksi pendakwaan.

Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui Rizal, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek berkenaan.

Isteri bekas perdana menteri, Najib Razak itu turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi, melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Dis 2016, selain dikatakan menerima RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta pada 7 Sept 2017.

Pada 1 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Rosmah bersalah atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek yang bernilai RM1.25 bilion itu.

Kadir memetik ungkapan bahasa Inggeris “honour among thieves” yang bermaksud pencuri pun saling hormat-menghormati dan tidak melakukan jenayah ke atas satu sama lain.

“Bila kena tangkap dan untuk selamatkan diri, mereka cerita habis. Macam bekas pegawai khas Rosmah, Rizal, berpaling tadah jadi saksi pendakwaan kes rasuah projek solar sekolah luar bandar Sarawak. Banyaklah rahsia Rosmah didedahkan sehingga sabit kesalahan.”

Beliau berkata, ketika Rosmah menjadi “First Lady of Malaysia”, Rizal berlagak lebih sudu daripada kuah.

“Dia pertahan Rosmah dengan mulut dan duit. Siapa saja yang kritik ‘lady boss’, dia akan diserang habis-habisan. Yang puji dibagi upahan.

“Dia ada peruntukan kewangan untuk upah ‘cybertroopers’ (laskar siber) pertahan Rosmah dan serang siapa saja yang bercakap buruk mengenai bosnya itu. Malah, dalam mahkamah, dia dedah siapa kepala-kepala laskar siber Rosmah.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/siasat-rizal-jika-lakukan-kesalahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Kad Unhcr Macam Air Kepada Pati Pelarian Tanpa Rujuk Pihak Berkuasa Mkn Cadang Pejabat Unhcr Ditutup Terus

Beri Kad Unhcr Macam Air Kepada Pati Pelarian Tanpa Rujuk Pihak Berkuasa Mkn Cadang Pejabat Unhcr Ditutup Terus

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 410 hits
Majlis Keselamatan Negara mencadangkan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian di Malaysia ditutup Ketua Pengarah MKN Datuk Rodzi Md Saad berkata cadangan itu dibuat kerana UNHCR didapati mengeluarkan kad k...
Lain Macam Aura Anak Lelaki Memang Lasak Tapi Cukup Sayang Ibu Dia

Lain Macam Aura Anak Lelaki Memang Lasak Tapi Cukup Sayang Ibu Dia

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 211 hits
Bila ada anak lelaki memang pening Dia punya lasak tu macam macam perangai dia buat Akal pun panjang ada saja idea Anak lelaki ada kebaikan mereka tersendiri biarpun kuat bermain tapi mereka cukup prihatin dan peka dengan perasaan orang ter...
Buat Yang Bergelar Isteri Usah Banding Hidup Kita Kurang Di Situ Lebih Yang Lain

Buat Yang Bergelar Isteri Usah Banding Hidup Kita Kurang Di Situ Lebih Yang Lain

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 148 hits
Untuk kaum hawa yang bergelar isteri jangan bandingkan hidup anda dengan kawan kawan anda Ada kawan anda suaminya mampu menyediakan dia rumah mewah besar jangan cemburu jangan iri hati kerana mungkin suaminya jarang ada masa dengannya sibuk...
Ibu Hamil Minta Gugurkan Kandungan Sebab Hamil Benih Lelaki Lain Tertekan Kerap Dituduh Mandul Oleh Suaminya

Ibu Hamil Minta Gugurkan Kandungan Sebab Hamil Benih Lelaki Lain Tertekan Kerap Dituduh Mandul Oleh Suaminya

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 1597 hits
Foto sekadar hiasan sahajaSetiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengharapkan kehadiran zuriat sendiri yang akan menyerikan lagi rumah tangga Namun bukan semua pasangan yang mendapat peluang seperti itu Ada pasangan yang sudah bertah...
Kiky Saputri Kenang Kebaya Yang Batal Dipakai Lamaran Tuhan Rancang Untuk Acara Lain

Kiky Saputri Kenang Kebaya Yang Batal Dipakai Lamaran Tuhan Rancang Untuk Acara Lain

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 142 hits
Setahun berlalu kebaya yang dipesan untuk acara lamaran tapi gagal itu akhirnya bisa Kiky pakai untuk acara lain berkaitan dengan pekerjaannya
Pembuli Mrsm Kuantan Telah Dipindahkan Ke Tempat Lain Timb Menteri

Pembuli Mrsm Kuantan Telah Dipindahkan Ke Tempat Lain Timb Menteri

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 205 hits
Beberapa minggu lalu seorang wanita mendakwa anak perempuannya telah menjadi mangsa buli di Maktab Rendah Sains Mara Kuantan sehingga melibatkan kerosakkan pada harta benda BACA Tidak dinafikan sejak media melaporkan kes itu terdapat bebera...
Quot Siapa Yang Khianati Siapa Quot Mohamad Hasan Nafi Umno Tinggalkan Pas Shuhada Abdul Kadir

Quot Siapa Yang Khianati Siapa Quot Mohamad Hasan Nafi Umno Tinggalkan Pas Shuhada Abdul Kadir

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 178 hits
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Jentera Pilihan Raya BN Negeri Melaka hari ini Foto BERNAMAAYER KEROH Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari in
Ukur No Plat Dah Bagus Tapi Penyebab Lain

Ukur No Plat Dah Bagus Tapi Penyebab Lain

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 239 hits
Kenapa perlu ukur no plat sampai perlu rigid ikut spesifikasi Sebab nanti asbab kemalangan nak tengok no plat tak nampak kalau ada samun apa semua no plat tak nampak Semuanya berkaitan kemalangan Habis tu macam mana pula kalau kemalangan se...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master