Hubungan Dengan Pas Umno Bermain Api Kata Pemimpin Dap


FMT Reporters
-February 1, 2019 10:50 AM

Pemimpin DAP, P Ramasamy. (Gambar fail)
PETALING JAYA:  Pemimpin DAP, P Ramasamy hari ini mempersoalkan kerjasama antara Umno dengan PAS, yang dianggap banyak membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands Sabtu lepas, sekali gus mengingatkan 2 parti itu supaya tidak menjangkakan pencapaian sama dalam PRK kerusi negeri di Semenyih Mac depan.

PAS, yang tidak bertanding di Cameron Highlands, memilih untuk menyokong calon BN, Ramli Mohd Nor, yang memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti lebih besar melebihi 3,000 undi mengalahkan pencabar terdekat, calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran.

Ramasamy yang merupakan timbalan ketua menteri II Pulau Pinang berkata, Umno seolah-olah percaya ia boleh mengulangi kejayaannya di Cameron Highlands dengan sokongan PAS.

“PAS bukan naif,” katanya. “Ia akan berjalan bersama-sama Umno untuk tempoh tertentu, tetapi, seperti yang kita tahu, ia tidak akan berada di tempat kedua terlalu lama.

“PAS hanya menguji keadaan dengan menyokong Umno, tetapi tiada siapa yang tahu berapa lama kerjasama oportunis itu akan bertahan. Pada dasarnya, Umno kini menunggang “gelombang PAS”.

Semalam PAS berkata, ia akan melihat calon yang akan dipilih oleh BN untuk PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada akan menyokong gabungan politik itu sekali lagi.

PAS juga membuka laluan kepada BN pada PRK DUN Sungai Kandis tahun lepas.

Bagaimanapun kata Ramasamy, idea untuk kemenangan ulangan di Semenyih oleh Umno dan PAS hanyalah “angan-angan”.

Dalam satu kenyataan, beliau mengakui persamaan yang wujud antara Cameron Highlands dengan Semenyih dari segi komposisi kaum, tetapi berkata, kerusi negeri Selangor itu juga mempunyai ciri-ciri bandar.

“Hanya kerana kerusi DUN Semenyih merupakan majoriti Melayu tidak bermakna mereka akan dipengaruhi oleh retorik kaum dan agama yang dimainkan oleh Umno dan PAS,” katanya, dengan menambah bahawa PH memenangi kerusi tersebut dengan majoriti lebih 8,000 undi dalam pilihan raya umum tahun lepas.

“Tidak ada tanda undi akan beralih kepada BN yang mendapat sokongan PAS, walaupun majoritinya mungkin berkurang.”

Beliau berkata, hampir 1/3 pengundi di Semenyih merupakan orang Cina dan India.

“Dengan MCA dan MIC berada di luar pentas politik, saya sangat meragui kemungkinan Umno memperoleh sokongan pengundi bukan-Melayu.”

Beliau bagaimanapun mengingatkan PH supaya tidak mengambil mudah sokongan yang diterimanya, dengan berkata, PH perlu serius dalam memikirkan janji manifesto pilihan raya umumnya sebelum ini.

“Telah tiba masaya manifesto PH diterjemahkan ke alam realiti,” kata beliau.

“Malah sekiranya PH tidak terlalu bimbang tentang PRK akan datang itu, ia perlu berfikir mengenai kemenangan dalam pilihan raya umum berikutnya.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/hubungan-dengan-pas-umno-bermain-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Anti Islam Pendirian Kami Tak Berubah Kata Pemuda Pas

Dap Anti Islam Pendirian Kami Tak Berubah Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 349 hits
Diterbitkan Hari ini 12 31 tengahari Pemuda PAS mencabar Pemuda DAP untuk membuat pengisytiharan terbuka bahawa parti itu menghormati tanpa berbelah bahagi kedudukan Islam Melayu dan Bumiputera serta Raja raja Melayu dalam Perlembagaan Pers...
Gabungan Pas Dan Umno Demi Agama Bangsa Amat Berbahaya Kata Wan Saiful

Gabungan Pas Dan Umno Demi Agama Bangsa Amat Berbahaya Kata Wan Saiful

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 430 hits
Adakah melayu 17 dalam Pakatan Harapan sudah sangat goyang bila PAS dan UMNO sudah bekerjasama Apakah dengan mengatakan kerjasama kedua parti besar orang Melayu itu amat berbahaya untuk negara Ibarat membaling najis ditempat bersih Bila sud...
Hubungan Pas Umno Mula Dikhuatiri

Hubungan Pas Umno Mula Dikhuatiri

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 401 hits
Roslan SMS Pemimpin DAP yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pengganas Tamil LTTE Dr P Ramasamy mendakwa bahawa dalam hubungan PAS dan Umno Umno perlu berwaspada Umno kata Ramasamy is riding the PAS tiger Kononnya Umno mengambil risiko ...
Prk Dun Semenyih Matangkan Hubungan Kerjasama Pas Umno

Prk Dun Semenyih Matangkan Hubungan Kerjasama Pas Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 381 hits
SHAH ALAM Pas Selangor yakin PRK Dun Semenyih bakal mematangkan lagi hubungan kerjasamanya dengan BN khususnya Umno demi merampas kembali kerusi berkenaan daripada PH Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata berdasarkan pengalaman d...
Lupakan Dendam Pas Terhadap Umno Demi Islam Kata Nik Abduh

Lupakan Dendam Pas Terhadap Umno Demi Islam Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 487 hits
Penyokong dan anggota Pas dinasihat lupakan persengketaan Pas dan Umno dan menggunakan pertimbangan rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands hujung minggu ini kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat...
Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 405 hits
Foto oleh IsmawebKUALA LUMPUR Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS Menurut sumber kertas siasatan berhubung kes ber...
Kit Siang Penipu Mahu Tutup Isu Kata Pemimpin Pas

Kit Siang Penipu Mahu Tutup Isu Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 306 hits
Diterbitkan Hari ini 8 20 malam Pemimpin PAS tampil membidas Lim Kit Siang selepas veteran DAP itu mendakwa Abdul Hadi Awang melobi jawatan perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 Ketua Penerangan PAS Nasrud...
Dap Gerun Kerjasama Politik Umno Dan Pas

Dap Gerun Kerjasama Politik Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 424 hits
Hari ini adalah hari terakhir untuk berkempen bagi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Yang begitu mengharap kemenangan esok adalah DAP Kerana DAP bersungguh sungguh kerusi Parlimen Cameron Highland Jom tengok apa kata juru cakap DAP ini p...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Captured Wildlife To Be Tagged Before Relocation Says Perhilitan

Bayou Lagoon Park Resort

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bare Knuckle Ikari No Tetsuken Streets Of Rage

Percutian Ke Batam Indonesia

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Aglio Olio Di London

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Aroma Diffuser Baru