Comment On Hukum Persoalan Iklan Blog Dan Halal Haram By Hakim
Alhamdulillah atas perkongsian dan terima kasih buat saudara.Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,setelah penelitian demi penelitian bersumberkan Al-Quran,hadith pandangan ulama,blog saudara ,Pada pendapat saya pendapatan pengiklanan google dan lain2 adalah sesuatu yang tidak boleh kita benar2 tahu dan yakin sumber hasil,jumlah perkiraan sebenar bayaran dari pihak produk iklan kepada google atau naffnang dan lain2.Dan perkiraan secara telus kepada blogger atau youtuber juga masih diragukan dan samar2 perkiraannya.begitu juga iklan2 yang difilterkan tetap sahaja tidak dapat blogger atau youtuber kawal selia filternya secara tepat,kerana iklan wanita tidak bertudung sahaja sudah melanggar syarat hukum syarak yakni tidak menutup aurat apakan pula jika ada iklan2 seperti perbankkan atau produk2 simcard yg riba menipu pengguna,bukankah secara tidak langsung kita menggalakkan riba,ketidakadilan,syubahah dan tidak menutup aurat?secara kesimpulanya,saya dapati pengiklanan dengan google adsense atau mana2 seperti nuffnang berunsur meragukan dan tidak jelas menurut syarak.Seperti sabda Rasulullah S.A.W. dalam hadith Bukhari Dan Muslim Sesuatu yang meragukan hendaklah ditinggalkan(ghahar)
Dan bila kita menurut sesuatu yang syubahah kita akan terjerumus dengan sesuatu yang haram dan hasilnya akan jadi haram.Adalah baik ditinggalkan.Seperti yang kita sedia maklum, google sendiri pernah anti dan menerbitkan video anti islam di youtube.jadi pada pendapat adalah tidak wajar kita selaku umat muhammad merelakan penghinaan kepada rasulullah s.a.w dengan berkolaberasi dengan musuh islam hanya kerana ingin mendapatkan keuntungan dunia.
Sekali lagi saya tegaskan ini hanyalah pendapat saya atas setiap penelitian saya berdasarkan dalil2 dan nas2.saya juga asalnya seorang youtuber.setelah saya teliti satu persatu.ternyata Musuh islam cuba menyesatkan kita.dan kini saya telah berhijrah dari mendapat sebarang hasil pengiklanan.Yang Baik dari Allah yang lemah dari Saya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://naziman.com/hukum-persoalan-iklan-blog-halal-haram/#comment-27396