Siapalah Dari Ph Yang Offer Ku Nan Sebagai Tpm Ni



PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan, beliau pernah diminta memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) ketika gabungan parti itu berjaya merampas pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN).
Beliau malah pernah diminta melompat ke parti mereka dan diberikan janji pelbagai jawatan sehinggakan jawatan penghabisan adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Namun, demi Allah, apa yang saya ada hari ini adalah kerana UMNO dan saya tidak akan mengkhianati parti saya. Walau apa pun terjadi, saya tidak akan mengikut apa yang dikehendaki mereka kerana saya amat yakin hanya UMNO lah yang akan menentukan masa depan orang Melayu, agama saya terjaga dan negara terpelihara dengan hala tuju yang benar,” tegasnya seperti dipetik menerusi UMNO Online.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya semalam selaku Ketua UMNO Bahagian Putrajaya sempena Persidangan UMNO Cawangan Bunga Matahari, iaitu cawangan yang dianggotainya sendiri.
Tengku Adnan yang dikenali Ku Nan turut mengimbas bagaimana rentetan beliau turun naik mahkamah atas tuduhan yang diada-adakan.
Ku Nan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn. Bhd. (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Bhd., Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Ku Nan turut mendakwa, wakil rakyat UMNO sendiri berdepan dengan pelbagai tekanan sebelum ini oleh kerana kerakusan kerajaan yang baru menang ketika itu termasuk mengambil tindakan perundangan dan dituduh dengan pelbagai tuduhan politik dengan tujuan untuk melemahkan ahli-ahli UMNO itu sendiri.
Ini kerana, katanya, kemenangan mereka juga tidak begitu selesa, maka mereka membuat pelbagai cara untuk mendapatkan sokongan dari wakil rakyat UMNO untuk lompat menjadi ahli mereka.
Justeru, katanya, UMNO sendiri mempunyai 16 orang ahli Parlimen yang bertindak memberikan sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Tetapi, kita tahu kenapa mereka ini berbuat demikian yang barangkali adalah kerana tekanan-tekanan yang telah dibuat oleh pihak tertentu untuk memastikan sokongan diberikan terhadap mereka, malah jika tidak mereka akan di heret ke muka pengadilan atas tuduhan yang di luar akal sebagaimana saya sendiri,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menekankan agar keyakinan akar umbi terus kukuh kepada perjuangan UMNO dan akan berjuang untuk agama, bangsa dan negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
Katanya, UMNO adalah parti yang berteraskan akar umbi, mempunyai struktur dan organisasi yang mantap, mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas.
“Kerana itu, walaupun kita menghadapi onar yang begitu ketara terutama daripada parti serpihan yang inginkan agar UMNO ini gugur, namun kita bersyukur kerana sehingga hari ini hasrat mereka untuk melihat UMNO terkubur adalah gagal,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/10/siapalah-dari-ph-yang-offer-ku-nan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 214 hits
MELAKA DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakat...
Rai Pengkhianat Sebagai Wira Ini Pesan Rafizi Buat Pkr

Rai Pengkhianat Sebagai Wira Ini Pesan Rafizi Buat Pkr

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 169 hits
MENERIMA wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga tumbangnya kerajaan negeri Melaka hanya akan menghakis keyakinan rakyat kata bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli Dalam satu catatan di Facebook hari ini Rafizi berkata PKR perlu berhati h...
Mkma63 Setuju Pinda Status Sabah Sarawak Sebagai Rakan Sekutu

Mkma63 Setuju Pinda Status Sabah Sarawak Sebagai Rakan Sekutu

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 280 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili semasa sesi soal jawab di Parlimen 23 September 2021 Foto Bernama Status rakan sekutu Sabah Sarawak akan dikembalikan KOTA KINABALU Majlis Khas Perjanjian Mal...
Kini Pengkhianat Kembali Ke Ph Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira

Kini Pengkhianat Kembali Ke Ph Azmin Juga Akan Dirai Sebagai Wira

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 179 hits
Pada 2 Mac 2020 yang lalu Norhizam yang dikenali sebagai YB Gangster mengejutkan semua pihak apabila turut menjadi antara 17 wakil rakyat yang memberi sokongan kepada blok BN untuk membentuk gabungan kerajaan baharu di Melaka sekali gus men...
Saya Tidak Lepaskan Jawatan Sebagai Adun Dr Yusof

Saya Tidak Lepaskan Jawatan Sebagai Adun Dr Yusof

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 130 hits
Yusof Yacob mengumumkan keluar daripada Warisan pada 7 Okt dan menjadi ADUN bebas yang menyokong GRS ADUN Sindumin Nafi Tandangan Surat Letak Jawatan KOTA KINABALU Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob akhirnya tampil ber...
Teladani Inisiatif Strategi Rasulullah Sebagai Panduan Pentadbiran Negara Pm

Teladani Inisiatif Strategi Rasulullah Sebagai Panduan Pentadbiran Negara Pm

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 262 hits
Teladani Inisiatif Strategi Rasulullah Sebagai Panduan Pentadbiran Negara PM PUTRAJAYA Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah dan akan meneladani inisiatif serta strategi dilaksanakan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam pent...
Netizen Pelik Senario Jarang Dijemput Sebagai Juri Program Lawak Saiful Apek Beri Jawapan Win

Netizen Pelik Senario Jarang Dijemput Sebagai Juri Program Lawak Saiful Apek Beri Jawapan Win

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 225 hits
Pelakon dan pelawak Saiful Apek menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan mengapa kumpulan Senario sering tidak dipanggil sebagai juri program lawak
Beli Kerusi Game Sebagai Hadiah Harijadi

Beli Kerusi Game Sebagai Hadiah Harijadi

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 164 hits
Beli Kerusi Game Sebagai Hadiah Harijadi Bukanlah maksudnya saya nak suruh anak muda remaja saya yang berusia 14 tahun tu main game 24 jam Sekarang kan PdPR dah lama dia guna kerusi untuk meja makan kat dapur Saya tahu kerusi kayu tu keras ...
Shin Yeeun Sah Sebagai Dj Baru Di Kbs Coolfm Ganti Kang Hanna

Shin Yeeun Sah Sebagai Dj Baru Di Kbs Coolfm Ganti Kang Hanna

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 156 hits
Pada 22 Oktober agensi Shin Ye eun iaitu Npio Entertainment melaporkan bahawa Shin Ye eun telah disahkan sebagai DJ baru untuk KBS CoolFM Volume Up Tarikh rasmi kemunculan Ye eun sebagai DJ belum ditetapkan tetapi dalam perbincangan ianya a...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Pusing Bandar

Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia

Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis

Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Eli Eli Lama Sabactani Matius 27 Ayat 46 By Dr Haji Murariau Dosen A