Siapa Tok Dalang Sebenar Dalam Krisis Ph Bersatu



Sejak tercetus krisis politik negara, perhatian tertumpu kepada dua watak - Azmin Ali dan Dr Mahathir Mohamad - yang dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Azmin didakwa berperanan penting dalam "Langkah Sheraton" - rancangan untuk menukar PH dengan sebuah kerajaan yang dianggotai bersama Umno dan PAS - dan diterajui oleh Mahathir.

Pada masa yang sama, Mahathir dituduh tidak lagi komited kepada PH dan memungkiri janjinya untuk menyerahkan kuasa pemerintahan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 24 jam lalu menunjukkan bahawa ‘tok dalang’ wayang kulit yang sebenarnya adalah orang lain - Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.



Pertama, pertimbangkan bahawa Azmin dan pengikutnya tidak lagi menyokong Mahathir sebagai perdana menteri dan menyatakan sokongan terbuka kepada Muhyiddin.

Kedua, Mahathir mendedahkan semalam bahawa rancangan sedang diatur untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri sebuah kerajaan yang turut dianggotai oleh semua ahli parlimen Umno.

Sebelum ini, ahli parlimen Bersatu telah memberi sokongan padu kepada Mahathir, yang mahu menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang tidak terikat dengan sebarang parti dengan dirinya sebagai perdana menteri.

Terdapat juga laporan berita yang memetik Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa bahawa semua ahli parlimen Umno dan PAS telah diarahkan untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri ketika mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Walaupun kedua-dua setiausaha agung Umno dan PAS menafikannya, beberapa ahli parlimen Umno memberitahu Malaysiakini bahawa ini adalah benar.

Muhyiddin sering mencuri tumpuan media sejak krisis politik itu meletus. Bagaimanapun, gerakan taktiknya semakin jelas.

Sementara beberapa menteri besar Bersatu seperti Faizal Azumu (Perak) dan Mukhriz Mahathir (Kedah) memilih untuk meneruskan mandat PH di negeri masing-masing, keadaannya berbeza di negeri asal Muhyiddin di Johor.



Semalam, kerajaan PH di Johor tumbang, sebahagiannya kerana tindakan Muhyiddin dan penyokongnya yang memutuskan untuk membentuk kerajaan baru dengan Umno dan PAS.

Muhyiddin adalah Adun Gambir. Justeru, sudah pasti Muhyiddin mengundi memilih kerajaan baru apabila beliau mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Petang tadi, Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru, menggantikan Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu.

Sebelum ini, Umno dan PAS, bermati-matian mahu pilihan raya umum diadakan tetapi hari ini memutuskan, untuk menyokong Muhyiddin.

Muhyiddin, 72, mempunyai sejarah dalam percubaan menggulingkan beberapa perdana menteri.

Pada 2008, beliau yang ketika itu adalah naib presiden Umno, bergabung dengan anggota parti mendesak peletakan jawatan Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.



Pada 2016, Muhyiddin dipecat daripada Umno kerana didakwa terlibat dalam plot untuk menjatuhkan Najib Razak. Setahun sebelum ini, beliau digugurkan dari kabinet. Beliau ketika itu timbalan perdana menteri.

Menurut sumber, Mahathir meninggalkan mesyuarat pagi tadi bersama anggota parlimen Bersatu setelah menjadi jelas bahawa mereka berkeras mahu membentuk perikatan dengan Umno, yang tidak direstuinya.

Adakah bintang Muhyiddin akan menyinar kali ini dan mampukah beliau menjadi perdana menteri Malaysia kelapan dan menempatkan namanya dalam buku sejarah sebagai orang yang menamatkan legasi Mahathir dan Anwar?

Walau bagaimanapun, tidak bijak untuk mengandaikan perjalanan politik Mahathir sudah berakhir. Mereka yang meremehkannya pada masa lalu masing-masing menyaksikan diri mereka akhirnya tersungkur.




MR :  Entahlah... Atuk kalau tak angkat tangan, TSMY tak berani.. Tu Dalangnya..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/siapa-tok-dalang-sebenar-dalam-krisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tok Dalang Sebenar

Muhyiddin Tok Dalang Sebenar

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 316 hits
Malaysiakini ANALISIS l Sejak tercetus krisis politik negara perhatian tertumpu kepada dua watak Azmin Ali dan Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan Azmin didakwa berperanan penting dalam...
Terkini Krisis Politik 2020 Inilah Kingmaker Sebenar Saat Ini

Terkini Krisis Politik 2020 Inilah Kingmaker Sebenar Saat Ini

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 711 hits
Foto Astro AwaniSeperti yang kita boleh lihat Kingmaker yang boleh memastikan samada Muhyiddin Yassin ataupun Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri ialah GPS dan WARISAN Setakat ini GPS mahupun Warisan belum lagi secara rasmi menyataka...
Mahathir Tahu Muhyiddin Tidak Akan Jadi Perdana Menteri Dan Bersatu Telah Berada Di Hujung Nyawa

Mahathir Tahu Muhyiddin Tidak Akan Jadi Perdana Menteri Dan Bersatu Telah Berada Di Hujung Nyawa

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 344 hits
Mahathir telah mencadangkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri Ini kerana setelah mengadap DYMM SPB YDP Agong Mahathir tahu yang sokongan sebenar Ahli ahli Parlimen kepada dirinya adalah paling rendah jika diban...
Mn Bersatu Capai Majoriti Ph Cemas

Mn Bersatu Capai Majoriti Ph Cemas

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 140 hits
LEWAT petang Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah satu keputusan awal dicapai Muafakat Nasional dan BERSATU selain beberapa parti lain yang dijangka menyusul memberi sokongan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat selaku calon Per...
Jika Mn Dan Bersatu Kuasa Negara Selangor Juga Akan Jatuh

Jika Mn Dan Bersatu Kuasa Negara Selangor Juga Akan Jatuh

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 258 hits
Catatan tengah malam Ada orang kata Selangor PH sangat kuat aku jawab mudah ajeJika Muafakat Nasional dan Bersatu boleh kuasa Malaysia percayalah tak sampai sebulan kerajaan Selangor akan bertukar tangan kepada Muafakat Nasional Bersatu Eng...
Najib Ikrar Terus Lawan Di Mahkamah Walaupun Muafakat Nasional Bersatu Berkuasa

Najib Ikrar Terus Lawan Di Mahkamah Walaupun Muafakat Nasional Bersatu Berkuasa

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 210 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak berkata peletakan jawatan Peguam Negara Tommy Thomas di sebalik jangkaan peralihan kuasa di Putrajaya tidak akan beri kesan padanya sebaliknya beliau mahu melawan pertuduhan rasuah dan salah g...
Tun M Masih Pengerusi Bersatu Kerajaan Ph Tiada Masalah

Tun M Masih Pengerusi Bersatu Kerajaan Ph Tiada Masalah

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 262 hits
Tun Mahathir masih pengerusi Bersatu yang sah dan tidak ada masalah untuk beliau menjadi Perdana Menteri dengan membawa masuk 26 kerusi milik partinya ke dalam gabungan Pakatan Harapan Sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan tumbang apabila ha...
Konsep Kerajaan Perpaduan Pas Masih Boleh Mendekati Dan Menyokong Tun Mp Umno Yang Setuju Segera Istihar Join Bersatu

Konsep Kerajaan Perpaduan Pas Masih Boleh Mendekati Dan Menyokong Tun Mp Umno Yang Setuju Segera Istihar Join Bersatu

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 345 hits
Hanya tidak pada UMNO tetapi yes kepada MP UMNO tertentu yang mahu menyokong Elok join BERSATU sekarang Termasuk MP dari PKR dan AMANAH your boss takkan berani sumpah anda Ini bukan Tun minta nyawa k Ini kalau kau orang nak sambung nyawa
Drama Berterusan Di Dalam Bersatu Kisah Dibelakang Tabir

Drama Berterusan Di Dalam Bersatu Kisah Dibelakang Tabir

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 337 hits
Kisah dibelakang tabir Sepanjang seminggu ini rakyat Malaysia disajikan dengan drama kelompok elit politik yang berterusan Pagi sabtu akhirnya kelihatan drama ini akan berakhir dengan PH bersama Tun Mahathir akan mengekalkan kuasa Sementara...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik