Siapa Sebenarnya Lelaki Dayus


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Siapa Sebenarnya Lelaki DAYUS!!! | MF pernah menulis beberapa entry pasal lelaki dayus. Antara bab auratlah yang MF selalu mention bab dayus ni... Namun, MF perasan ada yang tersentap dengan perkataan DAYUS tu... Kononnya, entry tu nak kata MF suka-suka nak men'dayus'kan suami orang... Takpe lah.. demi nak sampai ilmu dan dakwah... Jom, MF nak ajar semua pembaca, kenali SIAPA SEBENARNYA LELAKI DAYUS!!!
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" (Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278)
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad)
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Sumber: google images Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram" (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali


Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45)


OK.. dah baca maksud penjelasan dayus??? Dayus ni... bukan MF yang bagi title ye.. tapi memang ada Hadith Nabi s.a.w sebut pasal lelaki dayus dan tak cium bau syurga... Memang bakal masuk neraka. Lelaki dayus juga dianggap dosa besar oleh sebahagian ulama. 
Suami Dayus ni senang kata, takde rasa cemburu dengan apa yang isteri dia buat. Isteri dia nak tayang diri dengan pakaian tak tutup aurat ke.. Nak pamer diri dikhalayak ramai ke... Nak menghampiri zina ke.. dia tak de rasa cemburu... Bahkan bangga isteri dia dok pamer diri depan khalayak ramai sama ada di alam nyata atau alam maya... 
Lelaki mesti ada rasa cemburu... Bapa mesti ada rasa cemburu (dengan iman atau dengan rasa tanggungjawab/protactive) dengan anak perempuannya... Suami mesti ada rasa cemburu (dengan iman atau dengan rasa tanggungjawab/protactive) terhadap isterinya... Lelaki yang tak rasa cemburu ni... bukan lelaki namanya.. membiarkan lelaki lain menatap aurat isterinya atau anak perempuannya, sedangkan aurat itu adalah milik mahramnya sahaja. 
Jika kita pakai tak kena, suami kita tegur tu, dia suruh pakai yang elok dan lebih menutup aurat itu tanda suami yang sayang bini dan pelihara maruah isterinya... wajib taat suami begitu. Bukan kerana cemburu, tapi kerana sayang Allah dan Rasul-Nya. 

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن. 
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.." ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina

BILA LELAKI MENJADI DAYUS? Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Jikalau WUJUD terdesak atau tiada pilihan atau ada kes khas kesihatan yang memerlukan atau tiada kemampuan kewangan sangat, ada keringanan dan bukan dayus

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati bahagian dalam kawasan aurat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. Tiada pula terdesaknya keadaan

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.
Jelas dan nyatakan... ada faham??? Jadi, isteri yang baca ni kongsi ilmu ni dengan suami... Kawan yang baca info ni, kongsi dengan rakan sekerja... Bagi faham dan jelas ye... Moga bermanfaat... dan moga kita dapat jaga maruah kita sebagai isteri dan anak perempuan. 
Maaf jika ada tersentap terasa... saya hanya nak sampaikan ilmu melalui ilmu yang saya baca, fahami dan teliti... Wallahu'alam
Sumber rujukan: Ustaz Zaharuddin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2015/12/siapa-sebenarnya-lelaki-dayus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Setahun Dah Mula Pegang Pensel Menconteng Jangan Marah Sebenarnya Ada Kaitan Dengan Perkembanganya

Anak Setahun Dah Mula Pegang Pensel Menconteng Jangan Marah Sebenarnya Ada Kaitan Dengan Perkembanganya

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 472 hits
Mengajar anak memegang pensel juga satu faedah Dengan hanya sebatang pensel dan sehelai kertas dia boleh menerokai pelbagai perkara baru sambil menajamkan skil Anak seronok menconteng dan dalam masa yang sama otaknya di stimulasi Menurut Pe...
Ydp Selalu Sebut Faham Tapi Sebenarnya Tak Faham Anwar

Ydp Selalu Sebut Faham Tapi Sebenarnya Tak Faham Anwar

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 263 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mempersoalkan had masa 20 minit bagi sesi soal jawab menteri dalam sesi penggulungan Rang Undang Undang Perbekalan Kata Anwar ia menyebabkan beberapa soalan ahli parlimen tidak dapat dija...
Cucu Pendiri Nu Datangi Habib Rizieq Ungkap Keinginan Agar Nu Dikembalikan Ke Jati Diri Yang Sebenarnya

Cucu Pendiri Nu Datangi Habib Rizieq Ungkap Keinginan Agar Nu Dikembalikan Ke Jati Diri Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 262 hits
Cucu pendiri NU sekaligus Sekretaris Jendral Komite Khittah Nahdathul Ulama 1926 Agus Solachul Aam Wahib alias Gus Aam terlihat mendatangi kediaman Habib Rizieq di Petamburan Dalam pertemuan tersebut Gus Aam sempat mengungkapkan harapannya ...
Ramai Yang Percaya Saya Halang Anwar Jadi Perdana Menteri Tapi Sebenarnya Anwar Tak Mampu Jadi Pm Kata Tun M

Ramai Yang Percaya Saya Halang Anwar Jadi Perdana Menteri Tapi Sebenarnya Anwar Tak Mampu Jadi Pm Kata Tun M

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau merupakan punca yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri Penjelasan itu dibuat dalam posting terbaru yan...
Jangan Keliru Inilah Sunah Malam Jumat Yang Sebenarnya

Jangan Keliru Inilah Sunah Malam Jumat Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 270 hits
Sunah malam jumat Banyak di luar sana yang mungkin salah kaprah mengartikan amalan malam jumat The post appeared first on
Mencari Siapakah Diri Kita Sebenarnya

Mencari Siapakah Diri Kita Sebenarnya

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 318 hits
sahabatSetiap orang ada kelebihan dan kekurangan kita kena terima kekurangan yg ada pada diri kita kelebihan pada diri adalah satu bonus untuk kita bangun mencipta kejayaan Tidak di duga kita akan dilahirkan sebagai orang kurang upaya tapi ...
Inilah 9 Maksud Mimpi Digigit Ular Yang Sebenarnya

Inilah 9 Maksud Mimpi Digigit Ular Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 518 hits
Mimpi digigit ular terdengar sangat mengerikan Namun adakah setiap jenis mimpi mempunyai makna menakutkan yang sama Dapatkan penjelasannya di sini Makna Mimpi Digigit Ular Tanda Baik atau Buruk 1 Digigit ular berbisa menurut Primbon JawaMen...
Anak 2 Tahun Suka Menjerit Marah Sebenarnya Ikut Perangai Seseorang Periksa Selesaikan Segera

Anak 2 Tahun Suka Menjerit Marah Sebenarnya Ikut Perangai Seseorang Periksa Selesaikan Segera

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 352 hits
Bagi anak 2 tahun semua orang macam sama sahaja padanya Jadi dia akan juga marah nenek dan atuk dia Jerit pada mereka dan sebagainya Ikuti perkongsian Ibu ini Bila anak buat begitu kepada atuk dan nenek tiada masalah untuk anda membetulkan ...
Saya Bukan Jenis Lelaki Yang Disukai Wanita Gong Yoo Dedah Personaliti Sebenarnya

Saya Bukan Jenis Lelaki Yang Disukai Wanita Gong Yoo Dedah Personaliti Sebenarnya

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 309 hits
Jarang membuat kemunculan dalam rancangan hiburan Gong Yoo baru baru ini telah menjadi tetamu dalam program kendalian Yoo Jae suk iaitu You Quiz On The Block Semasa temubual tersbut Jo Se ho telah menanyakan apa perasaan pelakon itu hidup s...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation