Siapa Pengkhianat Saya Dipecat Bukan Kerana Rasuah Salah Laku Moral


Bekas Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hasutan beberapa pemimpin UMNO supaya rakyat mempercayai beliau adalah pengkhianat sebenarnya bertujuan menutup hakikat bahawa parti itu sendiri telah dikhianati Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya pemimpin UMNO berkenaan menghasut kononnya beliau menyebabkan kerugian kepada bangsa Melayu apabila menubuhkan Bersatu dan bekerjasama dengan PKR serta DAP bagi menjatuhkan UMNO.

“Mereka cuba menutup hakikat sebenar bahawa UMNO dikhianati oleh bekas Presiden UMNO sendiri, iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak. Beliau membiarkan skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad) menjadi terlalu besar dan buruk sehingga majoriti rakyat membenci UMNO.

“Beliau memecat saya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2015 hanya kerana menyarankan agar isu 1MDB disiasat secara telus. Saya sarankan demikian supaya ia tidak menimbulkan sebarang tanggapan buruk kepada kerajaan dan parti pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata, saranan beliau dijawab oleh Najib dengan pemecatan dari kerajaan dan UMNO.

“Ingat, saya dipecat bukan kerana skandal rasuah mahupun salah laku moral. Saya dipecat kerana meminta diadakan siasatan bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dalam kehilangan RM42 bilion wang 1MDB dibawa ke muka pengadilan.

“Adakah orang Melayu telah lupa saat kita dimalu dan dipandang hina di seluruh dunia kerana skandal 1MDB? Apakah orang UMNO tidak tahu bahawa punca mereka kalah adalah kerana Dato’ Seri Najib menyeret parti dalam skandal beliau?,” tegas Muhyiddin.

Presiden Bersatu itu bagaimanapun rela dianggap pengkhianat kerana mendedahkan skandal 1MDB dan menubuhkan Bersatu untuk menentang kumpulan kleptokrat di dalam UMNO.

Menurut Muhyiddin, sekarang ini terbukti perjuangan beliau benar setelah mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International yang ada hubung kait dengan 1MDB.

“Jelas skandal 1MDB bukan satu fitnah. Bukan satu rekaan. Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan saya telah mengutip semula lebih RM16 bilion wang dan aset berkaitan syarikat 1MDB yang telah diseleweng.

“Ada orang kata tidak malukah saya terima sokongan Kluster Mahkamah untuk jadi PM,” katanya.

Menjawab persoalan sedemikian, Muhyiddin berkata beliau tidak meminta atau berkempen untuk menjadi PM, sebaliknya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila saya mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen, saya dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai PM. Maka sahlah pelantikan saya itu,” katanya.

Menurutnya beliau menyedari bahawa sokongan itu sebenarnya ibarat pepatah ada udang di sebalik batu kerana beberapa hari kemudian, Kluster Mahkamah ini berjumpanya meminta beliau campur tangan dalam kes mereka supaya mereka dibebaskan.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata walaupun mengetahui kedudukannya sebagai PM atas sokongan mereka, beliau enggan berbuat demikian dan tidak mahu mengkhianati sumpah dan amanah jawatan sebagai PM.

“Saya tidak sanggup menggadai prinsip perjuangan saya dan asas perjuangan parti saya semata-mata kerana mahu kekal berkuasa. Saya juga tidak melantik sesiapa pun yang sedang didakwa di mahkamah atau sedang dalam siasatan pihak berkuasa untuk menjadi anggota Kabinet saya walaupun mereka berjawatan tinggi dalam parti UMNO.

“Saya buat perkara yang betul, jadi buat apa saya berasa malu?

“Sejak dari itulah bermulanya gerakan Kluster Mahkamah ini untuk menjatuhkan saya. Kalau saudara dan saudari masih ingat, sepanjang saya menjadi PM, UMNO yang dikuasai oleh Kluster Mahkamah menentang hampir setiap dasar dan inisiatif kerajaan Perikatan Nasional walaupun ia baik untuk rakyat. Gelagat mereka tidak ubah seperti pembangkang,” katanya.

Muhyiddin juga mengimbas kembali rakaman audio seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Julai tahun lalu yang menggesa parti menarik sokongan kepada beliau ketika kes-kes Covid-19 sedang meningkat.

“Kononnya apabila kes-kes Covid-19 telah menurun, kerajaan PN akan mendapat kredit dan sukarlah untuk UMNO melawan PN. Itulah yang dilakukan oleh UMNO. Kira-kira sebulan selepas itu, 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada saya dan jatuhlah Kerajaan Perikatan Nasional.

“Mereka berharap apabila saya jatuh, mereka akan menguasai semula kerajaan. Dengan menguasai kerajaan mereka fikir masalah mereka boleh diselesaikan.

“Tetapi perancangan mereka masih belum berhasil kerana PN masih lagi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan sokongan PN kepada Perdana Menteri daripada UMNO adalah dengan syarat Perdana Menteri tidak mencampuri urusan mahkamah,” katanya. - agendadaily

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/siapa-pengkhianat-saya-dipecat-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istri Firli Ciptakan Himne Kpk Dikritik Wakil Ketua Ada Yang Salah

Istri Firli Ciptakan Himne Kpk Dikritik Wakil Ketua Ada Yang Salah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 141 hits
Ketika ada satu pihak yang menghibahkan lagu ciptaannya tanpa bayar hak ciptanya diberikan ke KPK ada yang salah enggak ungkapnya
Mendagri Tito Salah Satu Tujuan Ikn Agar Pembangunan Tak Terpusat Di Jawa

Mendagri Tito Salah Satu Tujuan Ikn Agar Pembangunan Tak Terpusat Di Jawa

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 162 hits
Ini sesuatu yang memang sangat strategis jangka panjang nilainya ada yang langsung dirasakan ada yang nilainya jangka panjang tinggi sekali nilainya bebernya
Dia Minta Wang Sebab Nak Beli Benda Tu Bapa Kata Anak Lelakinya Baik Salah Dirinya Selalu Beri Wang Untuk Beli Dadah

Dia Minta Wang Sebab Nak Beli Benda Tu Bapa Kata Anak Lelakinya Baik Salah Dirinya Selalu Beri Wang Untuk Beli Dadah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 791 hits
The ReporterSuspek yang menetak leher ibu tirinya menggunakan parang sehingga putus di Kampung Dalam Senduk Jerek Gua Musang semalam dikatakan kerap meminta wang untuk membeli bekalan dadah Suami mangsa Abdullah Abdul Rahim 73 berkata anak ...
Doa Menjadi Salah Satu Senjata Dan Penghubung

Doa Menjadi Salah Satu Senjata Dan Penghubung

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 183 hits
DOA MENJADI SALAH SATU SENJATA DAN PENGHUBUNG Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt APA SAHAJA bahasa yang digunakan untuk berdoa jangan bimbang Allah tahu Faham Allah itukan sangat MAHA MENGETAHUI dan ...
Anak Suka Pukul Orang Kena Ajar Tu Salah Risau Bawa Ke Besar

Anak Suka Pukul Orang Kena Ajar Tu Salah Risau Bawa Ke Besar

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 177 hits
Tak dinafikan ada sesetengah anak kecil memang suka buat orang Mereka rasa benda itu seronok untuk dibuat Kadang kadang ibu ayah pun mereka pukul jika ada rasa tak puas hati tentang sesuatu Anak mungkin tak tahu perbuatan itu tak elok jadi ...
Hiburan Salah Siapa Netizen Kecam Pemandu Myvi Lari Selepas Langgar Bezza

Hiburan Salah Siapa Netizen Kecam Pemandu Myvi Lari Selepas Langgar Bezza

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 205 hits
Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah kita perlulah memastikan kenderaan berada di atas lorong yang betul agar tidak menimbulkan masalah serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain Baru baru ini tular di media sosial apabila seorang...
22 Ragam Ahli Group Whatsapp Mesti Korang Pernah Hadap Salah Satu

22 Ragam Ahli Group Whatsapp Mesti Korang Pernah Hadap Salah Satu

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 228 hits
Zaman sekarang ni banyak messenger apps yang boleh kita guna macam WeChat LINE Telegram atau Skype Dalam banyak banyak ni orang kita ni masih jugak setia guna Whatsapp Kat Malaysia ni memang pelik kalau kita dengar ada di antara kawan kawan...
Indra Kenz Akui Pernah Sebut Binomo Legal Itu Salah Dan Keliru

Indra Kenz Akui Pernah Sebut Binomo Legal Itu Salah Dan Keliru

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 181 hits
Dirtipideksus Bareskrim Polri Brigjen Whisnu Hermawan mengungkap saat periksa pelapor Indra Kenz terungkap jika ia menjanjikan keuntungan 80 85 persen bermain trading Binomo
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord