Siapa Patut Keluar Belanja Kenduri Belah Pengantin Perempuan Mufti Wilayah Beri Penjelasan



Selalu kita dapat jemputan kahwin melibatkan tarikh berbeza bagi rumah pengantin lelaki dan perempuan. Sudah menjadi adat, majlis selalunya dimulakan di rumah pengantin perempuan diikuti lelaki pada minggu berikutnya.
Kebiasaan mengikut adat yang sudah lama diamalkan, keluarga sebelah perempuan membiayai sendiri majlis perkahwinan melibatkan anak perempuan mereka. Biasanya sejumlah duit diambil dari duit hantaran diberi oleh pihak lelaki yang kemudiannya digunakan oleh ibu bapa perempuan untuk majlis tersebut.
Namun satu pertanyaan dari individu yang bertanya adakah majlis walimah atau kenduri kahwin itu merupakan tanggungjawab suami ataupun keluarga pengantin perempuan boleh membuatkan kita memahami siapa sebenarnya yang perlu keluarkan belanja di majlis sebelah perempuan.

Baca pandangan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Sahamah Seri Dr Haji Zulkifli bin Haji Mohamad Al Bakri mengenai pertanyaan tersebut.
Jawapan:
Wa’alaikumussalam w.b.t,
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Menurut kitab Al-Feqh al-Manhaji, Al-Walimah diambil dari perkataan الولْم yang membawa erti berhimpun atau berkumpul. Dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).
Kemudian disebutkan, al walimah merupakan makanan perkahwinan, atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya. Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (2/92).
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya:
Maksudnya: Hendaklah kamu melakukan majlis perkahwinan sekalipun dengan seekor kambing. Riwayat Muslim (1427)
Secara zahir dari hadis di atas, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas perkahwinan dilangsungkan. Meskipun begitu, para ulama berbeza pendapat kepada implikasi tuntutan tersebut, sama ada ia membawa kepada hukum wajibnya majlis walimah ataupun hukumnya adalah sunat sahaja.
Pendapat pertama menyatakan bahawa hukum walimah adalah wajib. Mereka yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan hujahnya berdasarkan zahir arahan “Lakukanlah walimah’’. Kaedah menyebut: ‘’Kata perintah membawa hukum wajib’’.
Tambahan pula, hukum menghadiri jemputan walimah adalah wajib sekiranya tiada keuzuran. Justeru, menjalankan majlis walimah itu sudah tentu turut diwajibkan.
Manakala pendapat yang kedua merupakan pandangan para fuqaha’ iaitu hukum mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Oleh kerana itu, Imam Abu Dawud dalam menukilkan hadis-hadis walimah ini beliau letakkan di bawah tajuk:
Iaitu ‘’Bab Pada Menyatakan Sunatnya Walimah ketika Perkahwinan’’. Demikian juga dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji menyebut: ‘’Hukum walimah adalah sunat muakkad’’.
Mereka juga berpendapat bahawa majlis perkahwinan ini adalah sama sahaja dengan majlis-majlis jamuan yang lain dari sudut hukum asal mengadakan majlis jamuan makan adalah sunat sahaja.
Demikian juga pada pandangan mereka, tidak tepat untuk dikatakan bahawa hukum mengadakan walimah adalah wajib disebabkan hukum menghadiri walimah adalah wajib. Ini kerana, dalam isu memberi salam ia juga dituntut dalam agama. Namun, memberi salam hukumnya sunat dan ini berbeza dengan hukum menjawab salam iaitu wajib.

Majlis Perkahwinan Tanggungjawab Siapa ?Berkenaan isu siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan majlis perkahwinan, terdapat dua pandangan utama dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Sebahagian berpendapat bahawa majlis perkahwinan merupakan tanggungjawab suami iaitu pengantin lelaki. Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa urusan majlis perkahwinan adalah merupakan tanggungjawab keluarga mertua.
Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syathiri menimbulkan persoalan sama ada walimah disunatkan kepada suami atau isteri. Lalu beliau menyatakan: ‘’Para ulama berpendapat bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki). Melainkan sebahagian ulama berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Beliau turut menukilkan pendapat dari Syeikh Daud al-Zahiri yang menyatakan bahawa walimah itu wajib ke atas suami. Berdasarkan perintah Nabi S.A.W kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.
Manakala para ulama Syafi’eyyah meletakkan arahan tersebut kepada hukum sunat (iaitu sunat bagi suami melakukan walimah). Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis, Muhammad bin Ahmad al-Syathiri (Hlm. 597).
Pandangan yang menyatakan tanggungjawab mendirikan majlis walimah terletak pada bahu pengantin lelaki berhujahkan kepada hadis arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas. Ini kerana, baginda S.A.W menyatakan kepada beliau أولم (lakukanlah walimah). Namun dalam masa yang sama, baginda tidak menyatakan kepada pihak mertua Abd al-Rahman bin ‘Auf أولموا (lakukanlah kamu semua majlis perkahwinan). Justeru, majlis walimah itu disyariatkan kepada hak pengantin lelaki.
Selain itu, kenikmatan (perkahwinan) pada hak seorang suami adalah lebih besar berbanding kenikmatannya pada hak seorang isteri. Demikian juga menjadi kebiasaan bahawa orang lelaki yang melamar dan meminta seorang perempuan untuk menjadi isterinya, serta sangat jarang berlaku orang perempuan yang meminta orang lelaki mengahwininya.
Tambahan pula, pernikahan adalah suatu kenikmatan bagi pengantin lelaki dan antara cara menzahirkan syukur adalah dengan melakukan amal soleh. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T
Maksudnya: Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur. Surah Saba’ (13)
Justeru, antara amalan yang dilakukan untuk menzahirkan kesyukuran dari perkahwinan adalah dengan melangsungkan majlis walimah itu sendiri.
Manakala berkaitan isu majlis walimah yang dilakukan oleh pihak mertua iaitu bapa pengantin perempuan sebagai contohnya, maka kata al-Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri: ‘’Sekiranya majlis walimah dilakukan oleh selain suami dan wali, seperti bapa kepada isteri (pengantin perempuan), atau walimah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri, maka telah ditunaikan sunnah bagi pihak dirinya (pengantin lelaki). Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis (Hlm. 598).
Penutup
Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa hukum asal bagi mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Ia disunatkan kepada pengantin lelaki iaitu suami untuk melakukannya. Meskipun begitu, sekiranya pihak pengantin perempuan atau pengantin perempuan sendiri menjalankan majlis walimah, maka telah terlaksanalah hukum sunat bagi pihak pengantin lelaki.
Berkenaan budaya dalam kalangan masyarakat di negara kita untuk melakukan majlis perkahwinan sebanyak dua kali iaitu sekali di rumah pengantin perempuan dan juga majlis di rumah pengantin lelaki. Maka kami menyatakan bahawa secara asalnya hukumnya adalah harus selama tidak berlaku israf dan pembaziran. Hal ini kembali kepada apa yang disebutkan oleh sebuah kaedah yang masyhur: Maksudnya: Adat itu menjadi penentu hukum.
Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku. Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.
Kami turut menyatakan, hendaklah majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri (pengantin lelaki) tanpa perlu israf dan juga membazir. Inilah hikmah dari arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas bahawa biarlah diadakan walimah, sekalipun dengan seekor kambing.
Begitu juga kami nasihatkan kepada ibubapa kepada bakal-bakal pengantin supaya sentiasalah mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan supaya mereka dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya. Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/03/siapa-patut-keluar-belanja-kenduri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Sikit Tapi Habis Segala Angin Dalam Tubuh Akan Keluar Lelaki Dan Perempuan Patut Cuba Rileks Media

Minum Sikit Tapi Habis Segala Angin Dalam Tubuh Akan Keluar Lelaki Dan Perempuan Patut Cuba Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 331 hits
Kalau sebelum ini semua makanan anda dah merasa sekarang masa untuk rawat semula Haaa lepas beraya sakan eloklah baiki tubuh badan balik Mana yang makan main tibai tu lagi elok amalkan petua Cik Pooja ini confirm segala angin dalam tubuh ba...
Betul Ke M4ngsa Menigg4l Dalam Keadaan Husnul Khatimah Ini Respond Padu Mufti Wilayah Tragedi Temb4kan Di New Zealand

Betul Ke M4ngsa Menigg4l Dalam Keadaan Husnul Khatimah Ini Respond Padu Mufti Wilayah Tragedi Temb4kan Di New Zealand

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 430 hits
Umat Islam yang meninggal dunia akibat temb4kan pengganas dalam ser4ngan di dua buah masjid di New Zealand hari ini men1nggal dunia dalam keadaan husnul khatimah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata kese...
Menjadi Kewajipan Umat Islam Pertahan Dan Muliakan Rasulullah Saw Mufti Wilayah

Menjadi Kewajipan Umat Islam Pertahan Dan Muliakan Rasulullah Saw Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 347 hits
Mempertahankan dan memuliakan Rasullullah SAW adalah menjadi kewajipan buat umat Islam serta haram sama sekali menghina Baginda Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata menyintai Rasulullah SAW juga termasuk dalam ke...
Kembara Ilmu Mufti Wilayah Persekutuan

Kembara Ilmu Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 367 hits
Inshallah moh kite ramai2 untuk rekod ini adalah kunjungan kedua Sahibul Samahah Dato Mufti ke Cameron Highlands sejak 2 tahun ini Biasanya Ada jualan buku agama dimasjid hasil penulisan Dato Mufti Inshallah
Ketahui 7 Sebab Orang Perempuan Rasa Sunyi Bila Dah Jadi Ibu

Ketahui 7 Sebab Orang Perempuan Rasa Sunyi Bila Dah Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 556 hits
Ketahui 7 Sebab Orang Perempuan Rasa Sunyi Bila Dah Jadi Ibu Pada hari pertama bayi dilahirkan tentulah kebanyakan kita berasa teruja dan begitu gembira dengan kehadiran mereka Mungkin tak ramai yang menyangka bahawa memikul tanggungjawab s...
Komnas Perempuan Minta Polisi Jerat Pelanggan Vanessa Angel

Komnas Perempuan Minta Polisi Jerat Pelanggan Vanessa Angel

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 210 hits
Komisi Nasional Perempuan menjenguk artis yang tengah terbelit kasus prostitusi online Vanessa Angel di Mapolda Jatim Hasilnya Komnas Perempuan pun meminta pada polisi agar ikut menjerat pria hidung belang yang selama ini terlibat
Teringin Adik Lelaki Anak Perempuan Alif Satar Panggil Baby Brother Dalam Perut Mamanya

Teringin Adik Lelaki Anak Perempuan Alif Satar Panggil Baby Brother Dalam Perut Mamanya

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 589 hits
Penyanyi dan pelakon popular Alif Satar bakal menimang cahaya mata ketiga apabila isterinya Sha Dila Halid kini hamil tiga bulan Alif 29 atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata dia mendapat berita gembira itu sekembalinya dari...
Hiburan Zizie Izette Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Hiburan Zizie Izette Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 436 hits
Jutaan tahniah diucapkan kepada Zizie Izette dan suaminya Bung Mokhtar atas kelahiran bayi perempuan mereka Berita gembira ini telah diumumkan oleh Zizie Izitte sendiri menerusi akaun Instagramnya Bayi perempuan tersebut telah dilahirkan pa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching