Siapa Kamu Mahu Mempertikaikan Kebijaksanaan Keputusan Agong


Titah Darurat: Penderhaka harus dihukum!MALAYSIA menghadapi satu detik bersejarah menjelang awal tahun 2021 apabila pengisytiharan darurat diumumkan oleh pihak Istana Negara berdasarkan peruntukkan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Proklamasi darurat bermakna negara dan rakyat sedang menghadapi ancaman berskala nasional yang memerlukan keterlibatan semua jentera pihak pemerintah tanpa sebarang gangguan.

Umum tahu bahawa Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara ini berhak menitahkan darurat setelah baginda memperkenan nasihat dari Perdana Menteri yang mewakili jemaah menteri, ketua-ketua pasukan bersenjata serta ketua-ketua kementerian atau agensi kerajaan yang berkaitan.

Ini bermakna bukan hanya Perdana Menteri seorang saja yang memberi pendapat atau nasihat kepada Agong, namun beliau juga bertindak mewakili suara kolektif pihak kerajaan Malaysia.

Dan Yang di-Pertuan Agong juga pernah menolak nasihat untuk darurat tersebut seperti yang pernah terjadi dalam hujung tahun lepas apabila, melalui kebijaksanaan baginda, merasakan negara masih belum memerlukannya. Ini ialah bukti bahawa Agong kita bertindak secara adil, neutral dan bebas tanpa dipengaruhi sebarang kepentingan selain dari kepentingan negara.

Sebelum proklamasi darurat diumumkan, Yang di-Pertuan Agong telah menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendengar sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali; Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun; Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang; Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Oleh yang demikian, sebarang perlecehan, ejekan, sindiran, putar-belit akan niat sebenar proklamasi darurat seperti yang dinyatakan dalam perutusan rasmi Istana Negara, boleh dianggap sebagai khianat serta derhaka.

Sama ada ia dilakukan oleh orang biasa atau mereka yang ternama, secara terang-terangan atau terselindung, ia wajar dilihat sebagai suatu bentuk hasutan dengan niat jahat untuk menghilangkan hormat dan ketaatan rakyat terhadap institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.

Ada yang masih “menyalak” mengenai pilihan raya umum (PRU) apabila mempertikaikan darurat kesihatan ini.

Saya memetik kata-kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin: “Keputusan untuk tidak mengadakan pilihanraya semasa pandemik Covid-19 masih menular ini adalah selaras dengan satu daripada lima prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa atau hifz al-nafs. Dalam konteks ini, adalah menjadi kewajipan saya sebagai Ketua Kerajaan untuk menjaga nyawa rakyat dengan melindungi saudara dan saudari sekalian daripada jangkitan Covid-19. Ini adalah kemaslahatan paling utama yang dituntut oleh agama Islam.”

Tidakkah kita belajar kesan penularan Covid-19 setelah pilihan raya negeri (PRN) Sabah sebelum ini? Mereka yang terdesak mahukan PRU segera ternyata datang dari kalangan ahli-ahli politik yang berpolitik 24 jam terutama dari Pakatan Harapan (PH) serta kelompok kluster mahkamah dari Umno.

Rakyat biasa yang tiada kepentingan politik terus memerhati sikap mereka tersebut. Apa yang majoriti rakyat dambakan ialah pemulihan ekonomi, keselamatan nyawa dan sistem keadilan utuh, semua bergantung kepada kestabilan politik yang sedikit sebanyak disumbangkan oleh darurat sekarang ini.

Bercakap soal sistem keadilan yang utuh, tiada seorang pun Perdana Menteri sebelum ini selain Tan Sri Muhyiddin yang dengan jelas dan terbuka membuat penegasan ini: “Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah. The judiciary will continue to be the beacon of justice in our country and I will never interfere in the business of the court,”.

Inilah kata-kata yang mendatangkan gerun di hati kelompok yang korup tetapi berselindung di sebalik nama rakyat, bangsa dan agama.

Terdapat segelintir manusia yang mengaku sebagai warganegara Malaysia tetapi mempertikai titah Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat tersebut. Kononnya ia bersulamkan kepentingan politik pihak tertentu, kononnya negara tidak memerlukan darurat, kononnya Perdana Menteri perlu ditukar, kononnya ekonomi serta hak asasi manusia akan terancam, dan kononnya PRU masih boleh diadakan sewaktu darurat.

Soalan saya kepada mereka itu, siapa kamu mahu mempertikaikan kebijaksanaan keputusan Agong?

Dan khusus kepada Ketua Pembangkang yang juga merupakan seorang bekas banduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya ingin ingatkan jika rakyat boleh hormat keputusan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang membebaskan dan mengampunkan anda dari hukuman penjara kes liwat, walaupun ada yang tidak setuju dengan tindakan Agong ketika itu, kenapa tidak pihak anda hormat saja keputusan Agong sekarang mengisytiharkan darurat tidak kiralah apa jua sebab untuk darurat itu?
Oleh : Dr Muhammad Faiz Bin Na’aman

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/01/siapa-kamu-mahu-mempertikaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Agong Pun Dicabar Layak Ke Anwar Pimpin Negara

Keputusan Agong Pun Dicabar Layak Ke Anwar Pimpin Negara

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 284 hits
ismaweb netDulu masa memerintah tak betul betul bantu rakyat sekarang konon sibuk berjuangBANGI 1 Jamadilakhir 1442H Khamis Rakyat menempelak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di Pertu...
Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 242 hits
Warkah oleh ahli ahli parlimen kepada Yang di Pertuan Agong untuk menimbang semula pengisytiharan darurat bukanlah satu penderhakaan kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Sebaliknya warkah oleh ahli parlimen yang dakwa Anwar sudah le...
Mpm Serah Memorandum Darurat Kepada Agong

Mpm Serah Memorandum Darurat Kepada Agong

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 239 hits
Oleh OMAR ZIN HASAN Mad ketika sidang akhbar selepas menyampaikan memorandum darurat di Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Majlis Perundingan Melayu menyerahkan memorandum darurat kepada Yang di Pertuan Agong melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Is...
Bolehkah Kerajaan Minioriti Nasihatkan Agong

Bolehkah Kerajaan Minioriti Nasihatkan Agong

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 243 hits
Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu terus menjadi tajuk perdebatan hangat di media sosial Antara ketidakpuasan hati rakyat berhubung perisytiharan tersebut adalah syarat syarat utama yang membenarkan darurat dilakukan tidak terd...
Ph Masih Boleh Persembah Sokongan Pembangkang Kepada Agong

Ph Masih Boleh Persembah Sokongan Pembangkang Kepada Agong

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 219 hits
Pelaksanaan perintah darurat ke seluruh Malaysia tidak menjadi masalah kepada pihak pembangkang untuk mempersembahkan sokongan yang dimilikki kepada Yang di Pertuan Agong Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata darurat ha...
Ebit Lew Terharu Agong Belanja Makan Hasrat Gambar Bersama Dimakbulkan

Ebit Lew Terharu Agong Belanja Makan Hasrat Gambar Bersama Dimakbulkan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 290 hits
Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew cukup dikenali dengan sifat dermawan dan kerendahan hatinya Saban hari apabila tular di media sosial berkenaan musibah atau kesusahan yang menimpa rakyat tanpa dipanggil sudah tent...
Tidak Perlu Tunggu Darurat Berakhir Anwar Tiada Halangan Menghadap Agong

Tidak Perlu Tunggu Darurat Berakhir Anwar Tiada Halangan Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 407 hits
malaysiadateline comAMANAH tegas berpendirian Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tiada halangan untuk menghadap Yang di Pertuan Agong jika Presiden PKR itu sudah mempunyai cukup majoriti Presidennya Mohamad Sabu b...
Gerak98 Mohon Dymm Yang Dipertuan Agong Bertindak Selaras Perlembagaan Negara

Gerak98 Mohon Dymm Yang Dipertuan Agong Bertindak Selaras Perlembagaan Negara

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 246 hits
1 Kami menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku dan titah Darurat 2 Namun kami percaya PM telah salahguna kedudukan memberi nasihat salah dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara 3 Umum mengetahui bahawa Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan...
Selepas Tindakan Nazri Kini Terserah Kepada Agong Untuk Tukar Pm Kata Peguam

Selepas Tindakan Nazri Kini Terserah Kepada Agong Untuk Tukar Pm Kata Peguam

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 293 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebabkan kerajaan Perikanan Nasional hilang sokongan majoriti dan telah tumbangZulhazmi ShariffPeguam Zu...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara