Bolehkah Kerajaan Minioriti Nasihatkan Agong



Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu terus menjadi tajuk perdebatan hangat di media sosial.
Antara ketidakpuasan hati rakyat berhubung perisytiharan tersebut adalah syarat-syarat utama yang membenarkan darurat dilakukan tidak terdapat di Malaysia.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, realitinya tidak wujud ancaman nyata yang membolehkan darurat dikuatkuasakan.
Beliau memetik perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan; ‘Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.’
“Pada masa sekarang adakah keselamataan Malaysia terancam? Maksudnya ancaman bersenjata musuh dari luar atau dalam negara? Jawapannya tidak ada,” tegas Hassan.
“Adakah kehidupan ekonomi terancam? Maksudnya kilang-kilang pengeluaran ditutup; bank-bank ditutup; janakuasa elektrik, sistem telekomunikasi runtuh; pengangkutan darat, laut, udara terhalang; atau pelabuhan-pelabuhan terpaksa ditutup beroperasi. Jawapannya tidak ada senario sedemikian.
“Adakah ancaman Pandemik Covid-19 boleh dianggap sebagai ancaman kepada kehidupan ekonomi? Jawapannya tidak. Pandemik Covid-19 adalah isu Kesihatan Awam. Langkah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bidang Kuasa Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit serta Akta Majlis Keselmatan Negara (MKN) sudah mencukupi untuk menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Hassan lagi, rakyat tidak memerlukan darurat sebaliknya menuntut vaksin Covid 19 segera diedar.
Katanya, negara-negara jiran seperti Singapuran dan Indonesia vaksin sudah pun diperolehi dan operasi suntikan untuk menyelamatkan rakyat telah bermula. Kenapakah di Malaysia vaksin masih belum tiba?
Hassan juga mempersoalkan apakah kaitannya penutupan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan kempen memerangi Covid 19? Malah kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga, katanya, tidak menghadapi sebarang halangan sepanjang 10 bulan memerintah dan memerangi Covid 19.
“Adakah pada masa ini ketenteraman awam Malaysia terancam? Berapa banyak rusuhan berlaku semenjak PN pimpinan Muhyiddin berkuasa?
“Berapa banyak mogok-mogok pekerja seluruh negara semenjak 1 Mac 2020 hingga sekarang? Berapa banyak demonstrasi besar-besaran bersaiz sebesar demonstrasi Bersih 1 hingga Bersih 5 semasa Kerajaan PKP Muhyiddin berkuasa? Adakah rusuhan-rusuhan kaum berlaku dalam tempoh Kerajaan Muhyiddin? Jawapannya tidak ada.
“Jadi kesimpulannya, tidak ada asas yang kukuh untuk darurat seluruh negara diisytiharkan mulai hari ini hingga 1 Ogos akan datang,” katanya.
Menurut Hassan berdasarkan isu-isu keselamatan, darurat yang diisytiharkan itu diragui keperluannya. Malah beliau mendakwa darurat tersebut berkemungkinan tidak sah di sisi Perlembagaan.
Bagaimanapun, katanya, tiada apa yang boleh dilakukan dari segi undang-undang mengenai perisytiharan berkenaan berdasarkan Perkara 150 (8)(a) dan (b) yang menjelaskan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah.
Cuma Hassan menimbulkan persoalan, adakah nasihat darurat boleh diberikan oleh PM Muhyiddin yang hampir tumbang setelah beberapa Ahli Parlimen kerajaan menarik balik sokongan?
“Tetapi ada satu isu lain yang perlu dibahaskan seterusnya, iaitu adakah Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan minoriti yang tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat?” tanyanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31228

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Perkenan Bentuk Jawatankuasa Bebas Kerajaan Pembangkang

Agong Perkenan Bentuk Jawatankuasa Bebas Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 321 hits
MALAYSIAKINI Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah berkenan terhadap pembentukan jawatankuasa bebas melibatkan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang semasa tempoh darurat Datuk Pengelola Bijaya Diraja I...
Tegur Kerajaan Melalui Hati Kah

Tegur Kerajaan Melalui Hati Kah

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 451 hits
Terharu tok dengan fatwa dari lebai tok Fatwa ini belum wujud sewaktu kerajaan PH perintah dulu Wahyu baru ini turun sebaik saja lebai2 tok jadi kerajaan Segala kemungkaran kita tolak gunakan niat sahaja Itu jihad Tok tanya guru tok jika be...
Tamat Diskaun 20 Komuter Kerajaan Pn Tak Prihatin

Tamat Diskaun 20 Komuter Kerajaan Pn Tak Prihatin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 197 hits
Penamatan Inisiatif Diskaun Tambang Komuter Xtra 20 yang dimaklumkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad bermula 31 Disember 2020 merupakan kerugian kepada rakyat dan KTMB sendiri Menurut Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh diskaun itu...
Penamatan Hsr Kerajaan Disaran Cari Pendekatan Lain Untuk Lonjak Ekonomi Johor

Penamatan Hsr Kerajaan Disaran Cari Pendekatan Lain Untuk Lonjak Ekonomi Johor

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 324 hits
Mohamed Khaled Nordin JOHOR BAHRU Kerajaan disaran mencari pendekatan lain bagi melonjakkan ekonomi Johor khususnya di pantai barat negeri itu susulan penamatan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura Bekas Menteri Besar...
Kerajaan Perinci Opsyen Termasuk Daya Maju Projek

Kerajaan Perinci Opsyen Termasuk Daya Maju Projek

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 211 hits
Kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci yang akan meliputi kesemua opsyen termasuk daya maju projek keretapi laju domestik serta manfaatnya kepada rakyat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 A...
Penangguhan Bayaran Ptptn Dilanjut 3 Bulan Lagi Oleh Kerajaan

Penangguhan Bayaran Ptptn Dilanjut 3 Bulan Lagi Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 278 hits
PETALING JAYA Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Nasional selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak kata Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad Noraini ...
Pasca Covid Kerajaan Selangor Sedia Pelbagai Inisiatif Ekonomi

Pasca Covid Kerajaan Selangor Sedia Pelbagai Inisiatif Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 236 hits
Kerajaan Selangor pada 2021 akan meneruskan tradisi membela ekonomi rakyat dengan memperkenalkan lebih banyak kemudahan kemudahan ekonomi digital bagi memudahkan penduduk negeri itu memperbaiki taraf kehidupan sepanjang tempoh pasca Covid 1...
Lagi Isu Kerajaan Malaysia Terpaksa Membayar Pampasan Akibat Membatalkan Projek Najib Salah Siapa

Lagi Isu Kerajaan Malaysia Terpaksa Membayar Pampasan Akibat Membatalkan Projek Najib Salah Siapa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 407 hits
TAK KESAH JIKA PERLU BAYAR PAMPASAN RATUSAN JUTA SELEPAS USAHASAMA DENGAN SINGAPURA DALAM PROJEK HSR TERBATAL KERANA YANG PENTING KRONI MESTI DIUTAMAKAN Tarikh deadline untuk memuktamadkan keputusan berkenaan hala tuju perjanjian projek ker...
Duduk Dalam Kerajaan Umno Ditindas Cerdik Kah

Duduk Dalam Kerajaan Umno Ditindas Cerdik Kah

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 253 hits
Umno keluar PN hanya untungkan Mat Sabu dan Anwar kata BersatuJanuary 2 2021 UMNO oh UMNOPada tahun 2016 sebelum Bersatu ditubuhkan saya tidak pernah jemu memberi ingatan pada kepimpinan UMNO akan bahana yang bakal menimpa sekiranya terus b...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Hina Agong Wajar Dihukum Penjara Bukan Denda Rm5 000

Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured