Siapa Golongan 70 000 Masuk Syurga Tanpa Hisab






Menurut hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. 10 golongan manusia ini dikatakan akan mempunyai muka bercahaya seperti bulan purnama

Siapakah 10 Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab?
1) Ahli Al-Fadl (ahli kemuliaan) – Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka

2) Ahli As-Sabr (ahli kesabaran) – Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan maksiat

3) Berjiran kerana Allah – Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4) Orang yang meninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)
5) Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6) Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7) Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8) Orang islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9) Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10) Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)
Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’: 
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab. Amin




Daripada Ibnu Abbas daripada Nabi baginda bersabda yang bermaksud; "Ditunjukkan kepadaku umat-umat, aku lihat seorang Nabi bersama dengannya sekumpulan pengikut, terdapat seorang Nabi bersama-samanya seorang lelaki dan 2 orang lelaki. 
Seorang Nabi tiada seorangpun pengikut. Tiba-tiba diperlihatkan kepadaku sekumpulan manusia yang ramai, aku menyangka mereka adalah ummatku, lalu dikatakan kepadaku; "Ini adalah Musa dan kaumnya". Aku lihat pula sekumpulan manusia yang ramai, lalu dikatakan kepadaku ini adalah umatmu dan bersama-sama mereka itu 70,000 orang yang akan masuk syurga tanpa hisab dan azab. Kemudian Nabi bangun dan memasuki rumahnya. Maka manusia (para sahabat) mula bercakap tentang mereka (yang 70,000 itu). 
Sebahagian mereka berkata; "Boleh jadi mereka adalah yang menjadi sahabat Nabi". Yang lain pula berkata; "Mungkin mereka adalah yang dilahirkan dalam islam tanpa menyukutukan Allah dengan sesuatu". 
Pelbagailah sangkaan yang sebutkan. Lalu Rasullullah keluar menemui mereka dan mengkhabarkan: "Mereka adalah yang tidak meminta ruqyah (jampi), tidak menggunakan kai, tidak melakukan tathoyyur dan kepada tuhan mereka bertawakkal. Lalu bangunlah Ukasyah bin Mihson dan berkata; "Doakanlah agar Allah menjadikan aku salah seorang daripada mereka". 
Lalu Nabi bersabda; "Kamu adalah dikalangan mereka". Kemudian bangun pula lelaki lain lalu berkata: "Doakanlah semoga Allah menjadikan aku salah seorang daripada mereka". Nabi bersabda; "Sesungguhnya Ukasyah telah mendahului kamu". Hadis riwayat Bukhari & Muslim

Hadis ini menceritakan kepada kita tentang 70,000 umat islam yang memasuki syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Nabi juga menyebutkan sifat-sifat itu @ syarat untuk menjadi salah seorang daripada 70,000 umat yang dimasukkan syurga tanpa hisab dan tanpa azab ini adalah;
1) Tidak meminta supaya dijampi kerana kuatnya pergantungan kepada Allah. Ini tidaklah bermaksud mereka tidak boleh menjampi diri mereka sendiri dan tidak pula bermakna bahawa meminta supaya orang menjampi dengan jampi-jampi syarak adalah haram. Bahkan ianya bermaksud bahawa kekuatan pergantungan kepada Allah menyebabkan mereka tidak meminta pertolongan daripada orang lain untuk dijampi disebabkan sakit yang menimpa mereka

2) Tidak menggunakan kai @ meminta supaya diubat dengan cara kai (besi panas yang diletakkan kepada anggota yang sakit). Menggunakan jampi dan kai ini dalam perubatan hukumnya adalah harus tetapi meninggalkannya adalah afdhal dan lebih sempurna dalam mencapai maksud tauhid

3) Tidak melakukan tathoyyur. Iaitu tidak tasyaum (tidak bersangka buruk dengan cara menerbangkan burung seperti dilakukan oleh arab jahiliyyah, ataupun ramalan-ramalan berkait dengan bulan dan hari-hari tertentu serta perkara lainnya)

4) Bertawakkal kepada Allah semata-mata dalam semua perkara yang mendatangkan manfaat ataupun menangkis sebarang kemudharatan

Hadis Ibnu Abbas ini merupakan kegembiraan kepada umat Muhammad Alaihissolatu Wassalam. Melalui penelitian kepada hadis ini dan hadis-hadis berkaitan yang lainnya maka kita dapat melihat 2 sudut khabar gembira kepada umat wasotiyyah ini

Khabar gembira pertama;
Dalam hadis yang lain daripada Abu Umamah Nabi memberitakan khabar gembira lain yang maksudnya: " Dan tuhanku telah menjanjikan kepadaku bahawa akan dimasukkan ke dalam syurga dikalangan umatku 70,000 orang tanpa hisab dan tanpa azab, bersama setiap 1000 orang terdapat 70,000 orang yang lain dan tiga hathayat"- hadis riwayat Tirmizi & Ibnu Majah. Imam Tirmizi berkata; "Hadis ini adalah Hasan lagi Gharib

Jika dikira jumlah mereka berdasarkan hadis Abu Umamah riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, maka kita akan dapati keseluruhan jumlah umat Muhammad yang memasuki syurganya tanpa hisab dan azab ialah 4.970,000 orang. Empat juta Sembilan ratus tujuh puluh ribu orang. Tetapi berapa banyak pula hashayat tuhan? Allahu a'lam

Khabar gembira yang kedua;
Bilangan penduduk syurga dikalangan umat Muhammad ini adalah 2/3 daripada keseluruhan penduduk syurga. Umat Muhammad yang akan memasuki syurga Allah lebih ramai jumlahnya daripada keseluruhan umat-umat terdahulu. Nabi telah mengkhabarkan berita ini pada suatu hari; "Adakah kamu semua redho menjadi 1/4 penduduk ahli syurga? Kami katakana: "Ya". Adakah kamu semua redho menjadi 1/3 penduduk ahli syurga? Kami katakana; "Ya". Adakah kamu semua redho menjadi 1/2 penduduk syurga? Kami katakan ; "Ya". 
Nabi bersabda; "Demi yang diri Muhammad ditanganNYA sesungguhnya aku berharap supaya kamu semua menjadi 1/2 penduduk ahli syurga yang demikian kerana syurga itu tidak dimasuki kecuali oleh jiwa yang muslim, dan tidaklah kamu berbanding ahli syirik kecuali seperti rambut putih yang berada disatu kulit yang gelap atau rambut hitam yang berada dalam kulit yang putih. Riwayat Bukhari 6047. 
Dalam hadis lain Nabi menyebutkan bahawa penduduk syurga berada dalam 120 saf, 80 saf daripadanya adalah dikalangan umat ini dan 40 saf lagi daripada umat-umat yang lain. Riwayat Tiirmizi 3469 beliau menyatakan bahawa hadis ini adaalah hadis Hasan

Apakah hukum jampi (Ruqyah)?
Hukum asal bagi perubatan melalui jampi (ruqya syarak) adalah harus dengan syarat ianya dilakukan dengan cara-cara yang harus seperti yang diajarkan oleh Nabi dan hadis-hadis baginda. Mereka yang mengamalkan menjampi diri sendiri dan menjampi orang lain masih tidak terkeluar daripada syarat untuk menjadi 70,000 umat Nabi yang masuk syurga tanpa hisab. Ini kerana Nabi juga pernah dijampi oleh Jibril Alaihissalam apabila terkena sihir seorang yahudi. Tetapi harus diketahui bahawa ianya bukanlah dengan permintaan Nabi kepada jibril agar dijampi. 
Oleh itu, kaedahnya ialah, sebolehnya diri sendiri tidak meminta agar dijampi walaupun hukumnya harus, tetapi jika terdapat teman-teman soleh yang mahu menjampi kita dengan inisiatif mereka sendiri apabila melihat kita sakit maka itu tidak mengapa

Syeikh Al-Allamah Mufti Abdul Aziz bin Bazz ketika ditanya tentang 70,000 orang ini berkata; "Mereka adalah yang berjihad dengan diri kerana Allah, istiqamah dalam agamanya, sentiasa melaksanakan tuntutan fardhu dan meninggalkan larangan dan berlumba-lumba dalam kebaikan. 
Di antara sifat mereka ialah, tidak meminta supaya dijampi dan tidak menggunakan kai, ini tidak bermakna ianya haram. Tidak mengapa meminta dijampikan dan supaya digunakan kai ketikamana keperluan yang mendesak kearah menggunakan dua perkara itu. 
Akan tetapi, antara sifat-sifat mereka ialah meninggalkan perkara itu (meminta supaya dijampikan @ digunakan Kai) dan berpada dengan cara-cara yang lain. Tidak meminta supaya orang lain menjampikan dirinya akan tetapi jika keperluannya terlalu mendesak tidak mengapa,dan ianya tidak mengeluarkan dia daripada 70,000 orang tersebut. 
Kerana ini Nabi memerintahkan Aisyah supaya meminta orang lain menjampikannya ketika Aisyah sakit. Dan memerintahkan Ummu Aitam Ja'far bin Abi Tolib (Asma' Bte Khumais) meminta jampi buat anak-anak mereka seperti datang dalam hadis yang soheh

Hukum Kai;
Hukum kai adalah sama seperti ruqyah. Kita sebolehnya tidak meminta supaya digunakan perubatan kai ketika sakit. Adapun jika Dr menggunakannya kepada kita tanpa permintaan kita @pun keadaan memaksa menggunakan perubatan cara ini maka ianya tidak menafikan syarat untuk menjadi salah seorang daripada 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab dan azab

Dalam hadis Nabi menyebutkan : "Perubatan itu pada tiga perkara, kai dengan api, atau berbekam, atau meminum madu, dan aku tidak suka menggunakan kai, kemudian Nabi berkata; "Dan aku larang umatku daripada kai".-soheh bukhari

"Larangan ini adalah berbentuk karahah tanzih bukan tahrim seperti disebutkan oleh ramai ulama. Ini kerana telah datang keharusannya dalam hadis riwayat Tirmizi bahwa Nabi menggunakan kai kepada As'ad bin Zurarah bagi mengubati duri yang mengenainya. Ini menunjukkan keharusannya dan telah datang wajah Jama' (himpunkan antara hadis-hadis tersebut) seperti dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar. 
Imam Syaukani berkata dalam al-Nail; "Telah datang larangan berkaitan dengan kai, dan telah datang juga keharusannya dan keharusan penggunaannya oleh As'ad bagi menjelaskan hukum keharusannya, sekira-kira tidak mampu seseorang itu mengubati penyakitnya dengan cara yang lain. Hanyasanya datang larangan penggunaan kai jika mampu mengubatinya dengan cara perubatan yang lain, ini kerana kai mengandungi azab yang menggunakan api dan tidak boleh mengazab dengan api kecuali tuhan api (Allah). Dan kerana kai juga mendatangkan kesan yang berkekalan kepada kulitnya". Lihat "Tuhfatul Ahwazi Syarah Sunan Tirmizi" 6/172

Melalui hadis-hadis yang lepas, pujian baginda kepada mereka yang meninggalkan 3 perkara tersebut, demikian ketidaksukaan Nabi menggunakan kai seperti dalam hadis soheh Bukhari membuktikan bahawa meninggalkan penggunaan kai dalam perubatan adalah lebih utama dan afdhal sekalipun Nabi melakukannya kepada Sa'ad bin Muaz seperti dalam riwayat Imam Muslim dan Ibnu Majah. Larangan menggunakan kai dan ruqyah adalah berbentuk makruh dalam keadaan yang tertentu seperti yang dapat difahami melalui hadis & penjelasan ulama

Hukum Tathoyyur;
Dalam hadis riwayat Bukhari & Muslim daripada Anas bin Malik, Nabi bersabda yang bermaksud; "Tiada Adwa, tiada juga Thiyarah dan menakjubkan aku al-Fa'lu, kata-kata yang baik dan kalimah yang baik"

Tathoyyur termasuk dalam jenis; Tasyaum (sangkaan yang buruk) samada pada hari-hari tertentu, pada individu tertentu @ pada kejadian tertentu. Diantara bentuk-bentuk tasyaum seperti sangkaan yang tidak baik pada menyebut kalimah mati, takut dan sangka buruk terhadap warna hitam, tafsiran buruk apabila mendengar suara burung hantu, gagak, kedutan pada mata, kaki terasa kebas mencucuk dalam tempoh tertentu dan lain-lain lagi kepercayaan dan sangkaan buruk yang boleh mencalarkan tawakkal kepada Allah. 
Tathoyyur dilarang oleh Nabi kerana ianya menghilangkan kesempurnaan tauhid yang sewajibnya. Ini kerana syaitan membisikkan dan menakutkan manusia dengan cara hati mereka bergantung dengan ketakutan. Ia juga kerana tathoyyur adalah termasuk dalam perbuatan jahiliyyah. 
Perbincangan ini akan saya jelaskan pada masa yang lain dengan lebih detail insyallah. Semoga Allah menjadikan kita dikalangan 70,000 mereka yang memasuki syurganya tanpa hisab & azab. Sesungguhnya Allah maha berkuasa keatas setiap sesuatu. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda & seluruh para sahabat. 




 الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا
“Yang memikul ‘Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhan mereka dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampun bagi orang-orang yang beriman,”
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

"Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan Al-Jahim.”
 رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara nenek-moyang mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Al-‘Azizul-Hakeem,
وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ ۚ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada Hari Itu, maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepada mereka dan itulah kemenangan yang agung." (QS. Al-Mu’min 40:7-9)
Tiga Hadith
Perawi 1: 
Dari Ibnu 'Abbas: Nabi bersabda, "Umat Manusia dipertunjukkan di hadapanku dan aku melihat seorang Nabi melewati dengan sekumpulan besar pengikutnya, dan seorang Nabi lagi melewati dengan hanya sekumpulan kecil pengikut, dan seorang lagi Nabi melewati dengan hanya 10 orang pengikut, dan seorang lagi Nabi melewati dengan hanya 5 orang pengikut, dan seorang lagi Nabi melewati hanya berseorangan. 
Kemudiannya aku memandang lagi lalu melihat segolongan manusia yang besar jumlahnya, lalu aku bertanyakan Jibril, "Adakah mereka ini pengikutku?". Dia menjawab, "Tidak, tetapi pandanglah ke sebelah ufuk.". Aku memandang lalu melihat segolongan manusia yang teramat besar jumlahnya. Jibril berkata, "Mereka itulah para pengikutmu, dan yang di barisan hadapannya ialah 70,000 orang yang langsung tidak dihisab amalan mereka dan tidak pula mereka diazab.". 
Aku bertanya, "Kenapa sedemikian?". Dia menjawab, "Oleh kerana mereka itu tidak terlibat dalam melecurkan diri, tidak terlibat dengan Ruqyah, tidak terlibat dengan khurafat; mereka hanya yakin dengan Tuhan mereka semata-mata.". 
Mendengar itu, 'Ukashah bin Mihsan bangun lalu berkata, "Mohonlah dari ALLAH supaya aku salah seorang dari mereka.". Nabi bersabda, "Ya ALLAH, jadikan dia salah seorang dari mereka.". Kemudian seorang lelaki lain bangun seraya berkata, "Mohonlah dari ALLAH supaya aku salah seorang dari mereka.". Nabi bersabda, "Ukashah telah mendahului kamu." (HR Bukhary: Kitab #76, Hadith #549)
Dari Perawi 2: 
Dari Ibnu 'Abbas: Nabi bersabda, "Telah dipertunjukkan padaku umat-umat terdahulu. Seorang atau dua Nabi melewati dengan para pengikut yang sedikit, seorang Nabi lain dengan tanpa ada seorang pengikut pun. Tiba-tiba aku dipertunjukkan sekumpulan yang besar dan aku menyangka mereka umatku, tetapi aku diberitahu, "Ini adalah Musa dan para pengikutnya, tetapi lihatlah di sebelah ufuk sana.". Aku melihat dan penglihatanku tertumpu kepada perhimpunan manusia yang teramat besar memenuhi ufuk. Aku diberitahu, "Mereka inilah umatmu dan dikalangan mereka adalah 70,000 yang akan memasuki Syurga tanpa dihisab.". 
Lalu Nabi bangun lalu terus masuk ke biliknya, dan para sahabat mula tertanya-tanya sesama mereka mengenai golongan (70,000) yang masuk Syurga tanpa dihisab. 
Sesetengah sahabat berkata, "Mereka ialah kita yang percayakan ALLAH dan mengikut setia Nabi-Nya; oleh kerana itu golongan tersebut (70,000) samada kita atau anak-anak kita yang dilahirkan pada era Islam, manakala kita dilahirkan pada era sebelum Islam di zaman Jahiliyyah.". Apabila Nabi mendengar perbualan mereka, beliau keluar lalu bersabda, "Mereka adalah golongan yang tidak mengamalkan Ruqyah, tidak percayakan khurafat, tidak melecurkan diri sebaliknya hanya mentauhidkan diri kepada Tuhan mereka.". 
Mendengar ini, 'Ukashah bin Mihsan bangun lalu berkata, "Adakah aku salah seorang di antara mereka wahai Nabi ALLAH?.". Nabi bersabda, "Ya.". Kemudian seorang lelaki lain bangun lalu bertanya, "Adakah aku di antara mereka?". Nabi bersabda, "Ukashah telah mendahului kamu.". (HR Bukhary: Kitab #71, Hadith #606)
Dari 'Aisyah (Ummul Mukminin): Nabi bersabda, "Tiada seorang pun yang dipanggil untuk dihisab pada Hari Kebangkitan, melainkan hanya akan binasa.". Aku bertanya, "Wahai Nabi ALLAH! Bukankah ALLAH telah berfirman, "Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan dihisab dengan hisab yang mudah? (QS.84:7-8). Nabi ALLAH bersabda, "Tersebut maksudnya hanyalah pembentangan kitab amalan, tetapi barangsiapa yang kitab amalannya dipersoalkan pada Hari Kebangkitan, pastinya akan diazab.". (HR Bukhary: Kitab #76, Hadith #545)
Huraian 3 Hadith
HA Limdis pertama dan ke-2 membawa maksud yang sama, cuma versinya sedikit berbeza disebabkan perawinya berbeza. Hadith ke-3 adalah penerangan dari Nabi kepada isterinya (‘Aisyah Ummul Mukminin) mengenai hal “golongan yang dihisab” merujuk kepada Surah Al-Insyiqaq Ayat 7-8. 
Untuk memahami Ayat 7-8 ini perlulah memahami seluruh isi Al-Qur’an bahawa tanda-tanda ayat peringatan dari ALLAH semuanya ditujukan kepada orang Mukmin (beriman) supaya mereka menjadi Muslim (berserah diri) yang Bertaqwa (takutkan azab Tuhan di dunia dan di akhirat) lalu menjadi insan Mukhlisin (jujur) yang tidak disentuh Iblis, syaitan dan setan. 
Tidaklah Kitab Perjanjian Al-Qur’an ditujukan kepada orang-orang Cina agama Tok Nenek, Hindu, Kristian, Yahudi, Majusi, penyembah berhala, penyembah matahari, penyembah haiwan, penyembah pokok dan mana-mana penganut agama selain Islam kerana sudah tentunya mereka tidak mahu membacanya (Al-Qur’an) malahan tidak beriman dengannya. Mereka ini digelar ALLAH sebagai “kafir musyrik” (mendustakan lagi mensekutukan ALLAH). 
Manakala kita Umat Islam diperingatkan Tuhan supaya tidak menjadi “kafir” (engkar perintah-Nya) setelah mendapat Petunjuk dari Al-Qur’an. Pernyataan aku ini akan dicop sebagai “Wahhabism”, begitulah persangkaan kebanyakan manusia sombong yang suka bersangka-sangka tanpa Ilmu Haq

Setelah faham seluruh Al-Qur’an termasuk Ayat-ayat Muhkamaat dan Mutasyabihat, barulah faham bahawa orang-orang “kafir musyrik” yang langsung tiada iman walaupun sebesar zarah akan disumbat ke neraka Jahannam tanpa melalui hisab. Mereka tidak mendapat Kitab Amalan langsung, dan mereka kekal di dalam Jahannam! 
Manakala seluruh Umat Muhammad yang beriman akan dihisab segala amalan mereka ketika di dunia melainkan 70,000 orang “golongan elit” di sisi Tuhan sahaja yang tidak mendapat Kitab Amalan dan mereka ini dikecualikan dari beratur panjang (entah betapa berat siksanya menanti giliran untuk dihisab, ALLAH-Hu ‘Aklam!). 
Orang mukmin (beriman) yang diberi Kitab Amalan dari arah kanannya, akan dipermudahkan pengadilan namun tetap diazab juga dalam Neraka Jahim akibat menzalimi diri sendiri ATAU dalam Neraka Saqar akibat tidak bersembahyang, tidak bersedekah, membicarakan kebathilan dan tidak menyakini Hari Pembalasan ATAU dalam Neraka Hawiyah akibat timbangan amalan baiknya lebih ringan berbanding amalan buruknya. 
Manakala orang mukmin (beriman) yang mensekutukan ALLAH dengan mana-mana makhluk-Nya, dengan harta kekayaan, dengan pangkat dan darjat, dengan kesenangan duniawi serta para penyembah thogut sehingga mengenepikan Tuhan pencipta mereka maka mereka akan mendapat Kitab Amalan dari arah belakang lalu celakalah mereka di dalam Neraka Jahannam! Dan Jahannam ada 7 buah pintu. Pintu terbawah adalah untuk “kafir musyrik” (lagi 6 pintu, ALLAH-HU ‘Aklam!). Selepas selesai di azab, masuklah mereka ke dalam Syurga dengan syarat ada iman dalam hati mereka walau sebesar zarah. “Kafir musyrik” kekal dalam Jahannam

Kitab-kitab Amalan orang mukmin disimpan di dua tempat; 1) Sijjin – para penderhaka yang kafir (engkar) kepada perintah Tuhan, mereka ini akan diazab. 2) ‘Illiyin – orang-orang yang berbakti di dunia tetapi selalunya dianggap sesat dan ditertawakan oleh pemilik kitab simpanan di Sijjin. Mereka ini golongan elit penghuni Syurga Adn

Umat Islam, Umat Muhammad telah menjangkau sekitar 1,500,000,000 (1.5 billion). 70,000 orang golongan elit dibahagikan dengan 1,500,000,000 mukmin lalu didarab 100% hanyalah sekitar 0.005% sahaja

Persoalannya:
“Jika dikumpulkan seluruh Umat Muhammad sebermula dari Nabi Muhammad RasuluLLAH sehinggalah sekarang (dalam tempoh 1431 tahun), berapakah jumlah terkumpul Umat Muhammad dan berapakah pengurangan dari 0.005%?”
Kesimpulan Dari 3 Hadith di atas, ‘prophecy’ Nabi memanglah tepat.
Nota:
1) `Ukashah bin Mihsan al-`AsdiPada hari Peperangan Badar, pedang 'Ukashah bin mihsan Al-Asdi telah patah, maka Nabi memberinya sebatang kayu yang apabila disentapnya lalu bertukar menjadi sebilah pedang putih yang panjang. 'Ukashah terus menggunakan pedang ini di dalam kebanyakan peperangan jihad Islamiyah sehinggalah beliau wafat semasa memerangi golongan murtad

2) Para ulamak ASWJ berpendapat bahawa terdapat 2 jenis perubatan Ruqyah iaitu Rukyah Jahiliyyah dan Ruqyah Sunnah. Rukyah Jahiliyyah melibatkan pemakaian tangkal pelindung, azimat, jampi , pemujaan, sihir atau perkara-perkara khurafat lain yang bertentangan dengan akidah Islamiyyah. Ruqyah Sunnah pula melibatkan penggunaan ayat-ayat Al-Qur'an tertentu oleh beberapa orang sahabat Nabi dalam merawat penyakit, misalnya Ayat Kursy (QS. 2:255) dan Surah Al-Fatihah

3) Para ustaz ASWJ amat biasa mengamalkan Ruqyah Sunnah dalam perawatan penyakit rasukan jin mau pun penyakit biasa. Mungkin mereka kurang faham Hadith-hadith di atas

4) Tiada sebarang rekod dari Riwayat Hadith yang mengatakan Nabi Muhammad pernah menggunakan Ruqyah dalam perubatan. Tidaklah layak bagi seseorang Nabi yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan untuk menggunakan Ruqyah, sekadar doa tauhidnya sahaja sudah tentu dimakbulkan Tuhan. Namun Nabi tidak menegah para sahabatnya menggunakan ayat-ayat tertentu dalam perubatan Ruqyah. Ini adalah kerana tiada Wahyu Ilahi yang melarang penggunaan ayat-ayat Al-Qur'an dalam Ruqyah perubatan

5) Ulamak Salafi Tulen mengikut bulat-bulat Sunnah Nabi, menolak Sunnah Sahabat dan mereka ini tidak menggunakan Ruqyah kerana mereka mahu masuk ke dalam golongan 70,000 Umat Muhammad Tanpa Hisab

6) Para pengamal Ilmu Khalifah dan para 'ArifbiLLAH pula tidak mengamalkan sebarang jenis Ayat Al-Qur'an sebagai Ruqyah sebaliknya menggunakan kaedah Tauhid Haq dalam menundukkan musuh dari kalangan manusia dan jin kaedah Haqqul Yaqin dalam merawat penyakit. Bagi mereka, seluruh Bani Jin tunduk rapat ke tanah apabila mereka lalu. Mereka juga yakin pada sabdaan Nabi bahawa penyakit biasa yang Tuhan timpakan adalah sebagai pembersihan dosa dan supaya mereka ingat ALLAH senantiasa melalui amalan ZikruLLAH. Mereka tersangat ingin untuk berada di saf hadapan golongan 70,000 Umat Muhammad Tanpa Hisab

7) Ahli Sunnah Tanpa Jamaah (ASTJ) atau Sahabat Al-Kahfi, sependapat dengan Ulamak Salafi Tulen dan sependapat pula dengan para pengamal Ilmu Khalifah dan 'ArifbiLLAH, ditambah lagi mereka ini tidak mahu “mengecop” (“melecurkan”/mentatu anggota tubuh atau melabelkan) diri mereka dalam mana-mana jamaah berpengaruh dan tidak mengikut mana-mana imam kecuali hanya mengikut Sunnah Nabi Muhammad AbduLLAH Yang Terpuji dan Imam Muhammad AbdiLLAH Yang DiTunjuki. Mereka amat yakin untuk berada di saf paling hadapan di antara 70,000 (0.005%) Umat Muhammad Tanpa Hisab




Tafsiran Zahir Pada Hadis Di Atas
Pada zahirnya hadis ini kelihatan bercanggah dengan hadis-hadis lain yang menganjurkan meruqyah orang lain, meminta diruqyah dan berubat apabila sakit. Marilah kita rujuk hadis-hadis yang saya maksudkan itu

Anjuran Meruqyah Orang Lain
Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah pernah melarang ruqyah. (Pada satu hari) datang keluarga Amr bin Hazm kepada baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Kami mempunyai ruqyah untuk sengatan kalajengking, namun anda melarang ruqyah.” Lalu mereka membacakan ruqyah itu di hadapan baginda. Maka baginda bersabda: “Aku lihat ini tidak apa-apa (maka teruskanlah). Sesiapa di antara kalian yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya maka lakukanlah ia.” 
[Shahih Muslim, no: 4078/2199]
Hadis ini menjadi dalil dianjurkan meruqyah orang lain dengan syarat ruqyah itu bebas daripada sebarang bentuk syirik dan khurafat. Hadis ini juga membentuk hukum dasar bagi ruqyah, iaitu semua ruqyah dilarang sehingga diperdengarkan secara jelas dari awal hingga akhir bagi memastikan ia bebas daripada syirik dan khurafat

Perkara ini hendaklah diperhatikan kerana kebanyakan ustaz yang membaca ruqyah hanya berkomat-kamit sesuatu yang tidak dapat didengar secara jelas dari awal hingga akhir. Sekadar pakaian ala-ala ustaz, gelaran ustaz dan kemasyhuran dia menyembuhkan penyakit orang lain bukanlah lesen untuk menghalalkan ruqyah yang dibacakannya

Anjuran Meminta Diruqyah
Daripada Umm Salamah bahawa Nabi melihat budak wanita di rumahnya. Ketika baginda melihat bekas hitam pada wajah budak wanita itu, baginda bersabda: “Mintalah ruqyah untuk dia kerana padanya terdapat kesan sihir pandangan.” 
[Shahih al-Bukhari, no: 5298/5739] 
Berdasarkan hadis ini, dianjurkan meminta ruqyah bagi mengubati kesan sihir, penyakit ain atau penyakit fizikal yang lain

Anjuran Berubat
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Berubatlah wahai hamba Allah. Ini kerana sesungguhnya Allah tidak menjadikan suatu penyakit melainkan menjadikan bersamanya ubat, melainkan penyakit tua. 
[Shahih Sunan Ibn Majah, no: 3427/3499]
Hadis ini menjadi dalil bahawa dianjurkan berubat bagi sesiapa yang sakit. Adapun berubat dengan besi panas (kay), maka terdapat hadis yang membolehkannya serta yang melarangnya. Jalan pertengahan di antara hadis-hadis tersebut ialah berubat dengan besi panas hanyalah terhadap penyakit yang sesuai dengannya serta ia dilakukan sebagai pilihan terakhir

Maksud Hadis “…masuk syurga tanpa dihisab mahupun diseksa”

Kita kembali kepada hadis yang menerangkan 70,000 daripada umat ini yang akan masuk syurga tanpa dihisab mahupun diseksa. Berdasarkan zahir hadis ini sahaja, ada yang enggan meruqyah, meminta diruqyah atau berubat apabila mereka sakit. Mereka menyangka dengan keengganan tersebut, mereka akan mudah memasuki syurga

Himpunan semua hadis-hadis dalam bab ini menunjukkan bahawa secara umumnya umat Islam dianjurkan meruqyah orang yang sakit, meminta diruqyah ketika sakit dan berubat ketika sakit. Bahkan perbuatan ini telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika baginda sakit, bagi menunjukkan kebolehannya

[Shahih al-Bukhari, no: 5294/5735].
Hanya di kalangan umat ini ada segelintir yang memiliki hubungan yang amat kuat dengan Allah. Mereka reda kepada Allah apabila diuji dengan penyakit dan mereka menyerahkannya kepada Allah sepenuhnya (tawakkal) sama ada untuk mencabut penyakit itu atau mencabut nyawa mereka disebabkan penyakit itu. 
Namun di ulangi, hadis ini hanya merujuk kepada segelintir umat Islam, 70,000 dari sekian ramai umat Islam dari zaman Rasulullah sehingga Hari Kiamat. Justeru hadis ini hanya menerangkan keutamaan segelintir umat Islam. Ia tidak membawa hukum haram meruqyah, meminta diruqyah dan berubat selagi mana ruqyah dan ubatan yang di gunakan adalah halal

Bukan semua orang mampu ke tahap keutamaan ini. Dibimbangi ada yang hanya mampu redha apabila sakit itu berada ditahap awal, tetapi merungut, marah dan putus asa kepada Allah apabila penyakit merebak ke tahap kronik di kemudian hari. Pada tahap ini yang menjadi mudah baginya bukanlah syurga tetapi neraka. Moga Allah memelihara kita semua
















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://datoksirkronik.blogspot.com/2017/11/siapa-golongan-70000-masuk-syurga-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nas Daily Puas Hati Dapat Masuk Malaysia Habiskan Rm700 000 Miliki Pasport

Nas Daily Puas Hati Dapat Masuk Malaysia Habiskan Rm700 000 Miliki Pasport

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 178 hits
Beberapa hari lalu ramai dikejutkan dengan berita kemasukan seorang personaliti media sosial tersohor dunia Nas Daily di Malaysia Difahamkan pemuda berbangsa Arab Israel itu dikatakan sedang bercuti di Malaysia selama 12 jam sebelum terbang...
Anak Masuk Tiga Orang Tak Ada Lagi Erti Hidup Selesa Mak Ayah Kena Sepakat Jaga Anak Jadi Mudah

Anak Masuk Tiga Orang Tak Ada Lagi Erti Hidup Selesa Mak Ayah Kena Sepakat Jaga Anak Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 178 hits
Inilah ragam kehidupan kita Bila anak anak semakin bertambah maka bertambahlah masa dan pengorbanan kita demi untuk membesarkan anak anak Namun usaha membesarkan anak ini tak akan jadi mudah tanpa kerjasama yang padu dari suami isteri Tidak...
18 Boleh Sikit Lagi Sahaja Bila Korup Dibanteras Dan Penyamun Masuk Dalam

18 Boleh Sikit Lagi Sahaja Bila Korup Dibanteras Dan Penyamun Masuk Dalam

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 172 hits
Tiada tol di Lebuh Raya Utara Selatan jika PH jadi kerajaan janji Guan Eng October 31 2022Sebelum PRU 2018 Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata tol di Lebuh Raya Utara Selatan akan dimansuhkan secara berperingkat PETALING JAYA Pengerusi DAP L...
Baru Ada Akal V Masuk Hatyai Tunjuk Hebat Drift Bmw Sampai Tuk Tuk Kereta Lain Rosak Kena Tahan

Baru Ada Akal V Masuk Hatyai Tunjuk Hebat Drift Bmw Sampai Tuk Tuk Kereta Lain Rosak Kena Tahan

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 281 hits
V Masuk Hatyai tunjuk hebat drift BMW sampai tuk tuk kereta lain rosak Pelancong Malaysia ditahan di ThailandILelaki warga tempatan kesal kerana tidak fikir panjang sebelum drift BMW dan memohon maaf KERANA seekor kerbau membawa lumpur akhi...
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 202 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Khianat Masuk Neraka

Khianat Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 112 hits
MOHD AFFENDI ABBASBila PNunggang Agama bersama dgn PNgkhianat atas alasan PNyatuan Ummah Mereka lupa Dalil yang mengharamkan PNgkhianatan Barangsiapa berkhianat niscaya pada hari Kiamat dia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu K...
Selepas Keluar Umno Masuk Bersatu Kb Padang Terap Umum Keluar Parti Lagi

Selepas Keluar Umno Masuk Bersatu Kb Padang Terap Umum Keluar Parti Lagi

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 161 hits
agendaily com24 10 2022Datuk Syed Sobri Syed Hashim Datuk Syed Sobri Syed Hashim mengumumkan keluar parti Bersatu berkuat kuasa serta merta dan memberi sokongan kepada UMNO dan juga Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini Syed Sobr...
Hiburan Ibu Nanti Kakak Masuk Neraka Sorang Sorang Ke Kakak Tak Sengaja Ibu Cerita Kisah Sebenar Kakak Tertikam Adik

Hiburan Ibu Nanti Kakak Masuk Neraka Sorang Sorang Ke Kakak Tak Sengaja Ibu Cerita Kisah Sebenar Kakak Tertikam Adik

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 164 hits
Baru baru ini negara digemparkan dengan berita seorang remaja perempuan tertikam adik lelakinya disebabkan berlaku pergaduhan selepas pulang ke sekolah Menerusi temu bual bersama rancangan 999 ibu dua remaja terbabit menceritakan cerita seb...
Pertimbang Tarik Balik Larangan Masuk Ke Sarawak

Pertimbang Tarik Balik Larangan Masuk Ke Sarawak

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 295 hits
Pertimbang Tarik Balik Larangan Masuk Ke SarawakSaya berharap agar Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat memberi kelonggaran dan pertimbang untuk menarik balik larangan masuk ke atas beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan se...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya