Siapa Diktator Sebenarnya Anwar Atau Mahathir



Rentetan dari pembatalan Program Proklamasi Melayu selepas tiga lokasi yang sepatutnya menjadi tempat ia berlangsung, dilaporkan menarik balik kebenaran pada 19 Mac lalu, satu sidang akhbar khas sempena pelancaran Proklamasi Orang Melayu di Ibu Pejabat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).
Dr Mahathir Mohamad mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘diktator’ dan ‘penakut’.
Mantan Perdana Menteri itu mendakwa, pentadbiran Anwar tidak boleh ‘disentuh’ walaupun ada perkara yang memerlukan teguran.
Dakwanya, di sebalik usaha ditunjukkan Anwar bahawa kerajaannya mahu memiliki ketegasan untuk melawan rasuah, beliau bersikap ‘pilih kasih’ apabila pemimpin yang dituduh atau disiasat berhubung salah laku berkenaan hanyalah daripada parti lawan.
“Padahal (pemimpin) parti kerajaan pun terlibat, terutama UMNO, belanja cukup banyak duit dalam PRU (Pilihan Raya Umum), kita tahu sebab nampak bendera, sepanduk semua perlu duit, dari mana datang duit kalau tak secara rasuah.
“Tapi kita lihat kerajaan tumpu parti lawan seolah-olah tak terlibat rasuah padahal terlibat sebab tu mereka takut perkara ini disebar luas, konon nak lawan rasuah tapi nak lawan diri sendiri yang terlibat,” katanya.
Selain itu, Dr Mahathir mendakwa, pentadbiran Kerajaan Perpaduan seperti takut dengan beliau menerusi beberapa tindakan diambil pihak terbabit ketika ini.
Dakwanya, ia termasuk pembatalan program Proklamasi Melayu oleh Sekretariat Tanah Air yang sepatutnya dihadiri beliau pada hari tersebut.
Malah, beliau mempersoalkan mengapa kepimpinan kerajaan sedia ada seperti bimbang dengan diri dan perjuangan dibawanya.
“Mereka (kerajaan) sekarang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Kalau difikirkan, kenapa nak takut dengan saya? Saya orang baik, dalam pilihan raya lalu, saya kalah teruk.
“Program Proklamasi Melayu ini bukan nak jatuhkan kerajaan tapi proklamasi sahaja, kita bukan nak terbalikkan kereta atau apa,” dakwanya...
Siapa Diktator sebenarnya? Anwar atau Mahathir?
Baca ni..
 
KUALA LUMPUR: Mr ISA gelar orang lain diktator.
- Sekat dia dan keluarganya dari keluar negara sebelum ada apa-apa dakwaan.
- Letak roadblock kat depan lorong ke rumah dia.
- Tunggu sampai malam sebelum Ramadan.
- Suruh media datang saksikan dan buat live coverage.
- Geledah rumahnya untuk beberapa hari.
- Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC, tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM , tukar Ketua polis.
- Lepas itu, beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit.
- Beku juga akaun-akaun bank parti dia.
- Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.
- Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN.
- Jika dia ambil cuti MC sehari, tahan doktor dia untuk disoal siasat.
- Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya.
Baru layak digelar diktator.
Pentadbir akaun FB bekas perdana menteri itu dipercayai mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim diktator apabila mendakwa perdana menteri itu menyekat kebebasan umum bersuara.
Dalam kiriman terbaru di FB Najib, pentadbir akaun itu menyebut; "Tak tunggu lama selepas PRU14, polis di bawah kerajaan Mahathir dan Muhyiddin sebagai Menteri KDN sekat dan check siapa yang keluar masuk ke rumah Najib.
Pondok sementara diletakkan di jalan masuk lorong ke rumah Najib yang terletak di hujung lorong. Bukannya untuk jaga keselamatan, tetapi tapis siapa yang boleh keluar masuk. Semua pelawat yang masuk atau keluar lorong tersebut perlu serah MyKad untuk daftar dengan polis.
Keadaan ini diteruskan bagi tempoh sekitar sebulan.
Tujuannya ialah untuk tidak menggalakkan kawan-kawan dan saudaranya untuk melawat Najib ketika itu. Pada masa itu semua jadi takut untuk datang jumpa Najib - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/siapa-diktator-sebenarnya-anwar-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alasan Anwar Gagal Mengadap Raja Arab Tak Meyakinkan Pmo Atau Wisma Putra Perlu Tampil Jawapan Jujur

Alasan Anwar Gagal Mengadap Raja Arab Tak Meyakinkan Pmo Atau Wisma Putra Perlu Tampil Jawapan Jujur

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 517 hits
Meskipun Anwar Ibrahim menjelaskan ketiadaan pertemuan antara beliau dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud atau dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam lawatannya ke Arab Saudi yang berakhir semalam adalah disebabkan pimpinan kerajaa...
Anwar Hanya Jumpa Pegawai Pangkat Rendah Di Arab Saudi Kata Mahathir

Anwar Hanya Jumpa Pegawai Pangkat Rendah Di Arab Saudi Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 286 hits
Bekas perdana menteri itu berkata apa yang dialami oleh Anwar sangat berbeza dengan sambutan luar biasa oleh pemimpin pemimpin ketika lawatan rasmi ke luar negara Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar ...
Anwar Jangan Mengalah Lebih Cantik Kalau Berani Ulang Lagi Tuduhan Yang Sama Terhadap Tun Mahathir

Anwar Jangan Mengalah Lebih Cantik Kalau Berani Ulang Lagi Tuduhan Yang Sama Terhadap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 456 hits
Tun Mahathir Mohamad memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menarik balik dakwaan bahawa beliau mengayakan diri dan ahli keluarganya semasa berkuasa dahulu Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar membuat dakwaa...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kabinet Kerajaan Madani

The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya