Siapa Boleh Selamatkan Tiktok


 
Saya menulis artikel ini semalam, Sabtu, 12.17 tengah hari. Di Amerika Syarikat, waktu itu pukul 11.17 malam, Jumaat. Ini mengikut apa yang dipanggil ‘Eastern Standard Time’. Oleh itu, esok Isnin buat kita, di AS ‘baru’ Ahad, 19 Jan 2025.
Ahad, 19 Jan, ialah tarikh ditetapkan AS untuk pengharaman TikTok di negara itu.
Menurut kenyataan TikTok, ia akan ‘bergelap’ atau ‘will go dark’ jika Presiden Joe Biden tidak masuk campur.
Ahad 19 Jan ialah hari terakhir Biden memegang jawatan presiden AS. Keesokan harinya, Donald Trump akan angkat sumpah sebagai presiden AS yang ke-47.
Dalam kesuntukan waktu, tidak ada tanda Biden akan masuk campur. Ada pihak berpendapat sememangnya beliau menyerahkan masalah TikTok kepada penggantinya.
Lagi pun pentadbiran beliaulah yang mahu TikTok diharamkan. Trump pada awalnya berpendirian sama, tetapi kemudian menentang pengharaman berkenaan.
Jelas masa depan TikTok di AS terletak di tangan Trump yang menyatakan ‘keputusan saya akan dibuat tidak berapa lama lagi, tetapi saya mesti diberi masa untuk mengkaji keadaan’, seperti dipetik oleh BBC pada Jumaat, 17 Jan.
Ada 170 juta ‘TikTokers’ di AS. Laporan awal menyebut TikTok tetap boleh diakses dengan ‘downloading apps store’.
Namun, beberapa pakar berpendapat kemungkinan aplikasi TikTok ‘dikeluarkan’ daripada Apple dan Google atas kebimbangan akan didenda kerana terus menjadi hos TikTok selepas pengharaman dikuat kuasa.
Persoalan paling penting buat kita di Malaysia dan ‘the rest of the world’ adalah andainya TikTok bergelap esok, adakah kita semua turut bergelap? Sehingga artikel ini ditulis, belum ada penjelasan.
Media antarabangsa memberi tumpuan kepada keadaan di AS. Boleh difahami kerana pengharaman dibuat di AS dan keadaan di sana berhubung isu ini masih tidak menentu.
Diberitakan 700,000 pengguna TikTok di Amerika sudah berpindah ke aplikasi RedNote.
Nama itu mengingatkan saya pada ‘The Little Red Book’ yang mengandungi kata-kata Mao Zedong yang menjadi pedoman di China semasa ‘Cultural Revolution’. Apa pun, aplikasi Red Note seperti TikTok milik China.
Rakyat AS yang berpindah daripada TikTok kepada RedNote menggelar diri mereka ‘TikTok refugees’ dan secara terbuka menyatakan kehadiran mereka di aplikasi itu untuk menyakitkan hati kerajaan AS.
Ada secara sinis menyatakan sedang mencari ‘my Chinese spy, I miss you, please help me find him’. Respon rakyat China ‘I’m here’, merujuk tindakan AS mengharamkan TikTok kerana mengesyaki ia digunakan oleh Beijing untuk mendapat perisikan daripada AS.
Yang jelas, bak kata BBC, “Americans now find themselves in direct contact with 300 million Mandarin speakers in China and elsewhere”. Dilaporkan RedNote sedang menambah bilangan moderator yang fasih Bahasa Inggeris.
Adakah AS tersilap langkah dalam mengharamkan TikTok? Tindakan itu, katanya, diambil kerana bimbang data rakyat negara itu yang diperolehi TikTok akan diserah kepada Beijing untuk tujuan tertentu. Kesimpulannya, AS mendakwa langkah itu dibuat atas dasar keselamatan.
Kongres AS sebulat suara memutuskan pengharaman TikTok. Dua hari lepas, Mahkamah Agung AS mengesahkan undang-undang mengharamkan penggunaaan TikTok.
Bagaimanapun, keputusan itu turut mengesahkan pengharaman tidak berkuat kuasa jika ByteDance, syarikat induk TikTok, melupuskan kepentingannya.
Maksudnya, TikTok tidak diharamkan jika ia dijual kepada syarikat AS. Langkah ini dilihat sebagai tekanan Washington, sekali gus AS dilihat ramai sebagai ‘pembuli’.
Seperti disebut tadi, Trump yang mulanya turut mahu pengharaman dikenakan ke atas TikTok berubah pendirian dan ‘menujukkan simpati’.
Beliau juga menggesa mahkamah menangguhkan tarikh akhir pengharaman bagi membolehkan beliau merundingkan penyelesaian untuk mengekalkan TikTok di negara itu.
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Shou Zi Chew dikatakan dijemput ke majlis angkat sumpah Trump Isnin ini.
Diulangi, ramai menganggap AS bertindak sebagai pembuli dalam memaksa TikTok dijual kepada syarikat AS lain.
Dan dalam banyak keadaan Trump dengan mantera ‘Make America Great Again’ dilihat sebagai pembuli besar. Tetapi kali ini, adakah si pembuli akan menjadi si penyelamat TikTok? Ironis sungguh. - FMT
Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/siapa-boleh-selamatkan-tiktok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meja Lipat Iron Board Boleh Bawa Maut Mak Ayah Perlu Simpan Tempat Selamat

Meja Lipat Iron Board Boleh Bawa Maut Mak Ayah Perlu Simpan Tempat Selamat

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 141 hits
Kes seorang kanak kanak enam tahun yang maut kerana tersepit di celah meja lipat banyak membuka mata orang ramai akan bahayanya yang tidak boleh dipandang ringan Siapa menyangka peralatan rumah yang nampak ringan dan tidak berbahaya itu bol...
Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 238 hits
Fobia ni sebenarnya lebih daripada sekadar takut biasa Dia macam perasaan takut yang melampau tak rasional dan boleh buat hidup jadi huru hara Kadang kadang benda yang ditakutkan tu langsung tak bahaya tapi rasa takut tu tetap ada Contohnya...
Pengguna Ktm Komuter Utara Boleh Nikmati Diskaun 10 Dengan Kad Mydebit

Pengguna Ktm Komuter Utara Boleh Nikmati Diskaun 10 Dengan Kad Mydebit

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 168 hits
Pengguna kini boleh menikmati diskaun tambang sebanyak 10 apabila menaiki KTM Komuter Utara dengan membuat pembayaran menggunakan kad MyDebit di pintu kawalan automatik Keretapi Tanah Melayu Berhad memaklumkan pemberian diskaun bagi tambang
Ibu Bergadai Nyawa Selamatkan Anak Kena Belit Ular Sawa

Ibu Bergadai Nyawa Selamatkan Anak Kena Belit Ular Sawa

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 170 hits
KOSMOPenduduk tempatan membawa bangkai ular sawa sepanjang enam meter TribunnewsJAKARTA Seorang remaja perempuan di Indonesia nyaris terbunuh selepas dibelit seekor ular sawa gergasi di sebuah kawasan kebun lapor portal berita Tribunnews se...
Boleh Kena Saman Muat Naik Spoiler Musim Ketiga Squid Game Park Gyuyoung Dikecam Ramai

Boleh Kena Saman Muat Naik Spoiler Musim Ketiga Squid Game Park Gyuyoung Dikecam Ramai

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 220 hits
Susah juga kalau terlalu ghairah ingat memuat naik entri di media sosial risau mengganggu kerja Artikel Berkaitan Terbaru Park Gyu young berkongsi foto disebalik tabir Squid Game 2 dan tanpa sengaja telah mendedahkan spoiler plot untuk musi...
Pak Hassan Juga Yang Boleh Diharap

Pak Hassan Juga Yang Boleh Diharap

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 125 hits
Sudah kerap sebelum ini apabila Hassan Karim berkata kata ramai yang akan berdiam dan mendengar Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat penggal kedua bagi kawasan Pasir Gudang ini tidak pernah gentar untuk bersuara terhadap apa yang dirasakanny...
6 Penyakit Popular Serang Kanak Kanak Rupanya No 5 Boleh Mengancam Nyawa

6 Penyakit Popular Serang Kanak Kanak Rupanya No 5 Boleh Mengancam Nyawa

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 137 hits
Penyakit yang sering menjangkiti kanak kanak pada usia sejak lahir hingga lima tahun ialah masalah demam sawan penyakit kulit selesema batuk dan cirit birit Walaupun ia dikatakan masalah kesihatan biasa tetapi jika dibiarkan berterusan tanp...
Boleh Sambung Solat Selepas Salam Kerana Tidak Cukup Bilangan Rakaat Jabatan Mufti Wp Jabatan Mufti N Selangor

Boleh Sambung Solat Selepas Salam Kerana Tidak Cukup Bilangan Rakaat Jabatan Mufti Wp Jabatan Mufti N Selangor

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 165 hits
SOALAN Bagaimanakah kalau kita bagi salam sebelum cukup rakaat kemudian baru perasan atau diberitahu rakaat belum cukup Betulkah kita perlu bangun dan tambah bilangan rakaat yang tidak cukup kemudian sujud sahwi dan bagi salam atau kena sol...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Peluang Keemasan Untuk Anda Yang Mencari Kediaman Impian

Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso