Pak Hassan Juga Yang Boleh Diharap


 
Sudah kerap sebelum ini apabila Hassan Karim berkata-kata, ramai yang akan berdiam dan mendengar. Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) penggal kedua bagi kawasan Pasir Gudang ini tidak pernah gentar untuk bersuara terhadap apa yang dirasakannya benar sekalipun menyinggung partinya.
Tokoh politik veteran berusia 73 tahun ini malah sanggup merisikokan keahliannya apabila diancam pemecatan selepas secara terbuka mengkritik kerajaan dalam isu pelantikan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua pada minggu ketiga November lalu.
Ini selepas kenyataannya berkait penganugerahan tender rangkaian kedua 5G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada U Mobile Sdn Bhd — Sultan Ibrahim adalah pemilik saham kedua terbesarnya — menunjukkan kerajaan seolah-olah terpaksa akur dengan golongan kapitalis di negara ini.
Dilabelkan merosakkan imej parti dengan kenyataannya itu, Hassan bagaimanapun dibebaskan daripada sebarang tindakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 1 Dis lalu tanpa sebarang huraian lanjut diberikan.
Apabila direnungkan balik, ia satu kemujuran Pak Hassan dikekalkan kerana di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin yang mendorong sesetengah pihak menuding jari kepada Anwar Ibrahim yang didakwa menyembunyikan titah adendum membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah, beliau jugalah yang tampil mempertahankan perdana menteri.
Sambil mempersoalkan desakan supaya Anwar meletak jawatan kerana perlu bertanggungjawab susulan keputusan Mahkamah Rayuan itu, Hassan mempertahankan: “Pihak yang patut menjawab di mahkamah bukan Anwar Ibrahim tetapi peguam negara atau wakilnya dari Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Apakah kita mahu Anwar campur tangan dalam kerja-kerja profesional peguam-peguam kerajaan yang disebut ‘Federal Counsel’ dan peguam negara di Jabatan Peguam Negara?” soalnya pada Selasa.
Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Firuz Jaffril ketika bersidang kelmarin turut mempersoalkan AGC yang tidak mencabar kewujudan titah adendum yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
“Saya sangat terganggu. Apa yang saya lihat adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Namun, tiada apa-apa kenyataan (afidavit balas) daripada Pejabat Peguam Negara untuk mengetepikan, atau mana-mana responden yang menafikan kewujudan titah tersebut.
“(Disebabkan) ketiadaan tindakan untuk mencabar kewujudan titah itu, saya terganggu. Saya menyatakan (ia wujud) tetapi kerana anda (pendakwaan) tidak menafikan kewujudannya bermakna anda mengatakan ia wujud. Itulah sebabnya. Saya tidak menyatakannya tetapi saya terganggu,” katanya.
Lebih dahulu pada 29 Dis lalu, Hassan mengingatkan bahawa titah adendum itu akan menjadi isu panas yang boleh membakar perpaduan dalam kerajaan Madani.
PAS, tambahnya, dengan cepat menangguk di air keruh untuk mendapat laba politik berkait isu itu dengan menggerakkan usaha menganjurkan perhimpunan besar di depan Istana Kehakiman.
“Perhimpunan 6 Januari di Putrajaya sudah pasti akan menggugat perpaduan kerajaan Madani. Pemimpin kerajaan Madani sekarang cukup faham kesan politik terhadap siri-siri perhimpunan raksa oleh rakyat jelata,” katanya merujuk kepada perhimpunan Bersih 1 hingga Bersih 5 yang telah menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu, Hassan berpendirian bahawa orang ramai yang menyertai himpunan di Istana Kehakiman pada Isnin tidak boleh dianggap sebagai menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokratik, bukannya sebuah negara feudal mutlak.
Tambahnya, hak orang ramai untuk berhimpun menyatakan solidariti kepada Najib juga dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan sambil kenyataan Istana Negara pada Jumaat — Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya — tidak membatalkan hak rakyat untuk berhimpun.
Cuma, reaksi selepas keputusan mahkamah pada Isnin menyerlahkan bahawa PAS, dalam bersolidariti bersama Najib, sebenarnya bermuslihat untuk menjatuhkan Anwar dan kerajaan pimpinannya.
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menuntut Anwar meletak jawatan dan mendakwa kerajaan telah memanipulasi fakta serta berusaha menutup kebenaran daripada rakyat.
“Perdana menteri seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya atas krisis keyakinan ini dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan segera. Dengan keputusan mahkamah ini, kerajaan telah hilang kewibawaan dan kredibiliti untuk terus mentadbir negara,” katanya.
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin pula menuduh Anwar sengaja menyembunyikan titah itu sambil mendakwa beliau menafikan titah Agong yang merupakan penderhakaan besar kepada raja dan negara.
“Keputusan Mahkamah Rayuan membuktikan ada pihak secara sengaja bertindak menyembunyikan titah adendum Yang di-Pertuan Agong dan mengkhianati prinsip berterus-terang (candour principle) yang sepatutnya dijunjung kerajaan.
“Sebagai perdana menteri, beliau terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong serta Perlembagaan Persekutuan dan sebarang keingkaran, menyembunyi atau menafikan titah Yang di-Pertuan Agong merupakan penderhakaan besar kepada raja dan negara,” katanya.
Namun, Hassan mempertahankan bahawa keputusan mahkamah kelmarin membuktikan Anwar menghormati kebebasan dengan tidak campur tangan kehakiman sambil menekankan prinsip pemisahan kuasa berjalan baik di Malaysia.
“Dengan keputusan 2-1 hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah menunjukkan bahawa keputusan kerajaan iaitu badan eksekutif termasuk Lembaga Pengampunan boleh dicabar dan disemak di mahkamah,” kata Hassan yang menambah bahawa badan kehakiman juga jelas ‘menang nyata’.
Penganalisis juga senada dengan kepercayaan bahawa kritikan berbaur politik yang mengambil kesempatan atas mahkamah berkait titah adendum tidak akan menggugat kedudukan kerajaan perpaduan — yang mampu bertahan di sebalik pelbagai kritikan sejak lebih dua tahun lalu.
Pada penghujungnya, kenyataan Hassan pada 1 Jan lalu menekankan satu hakikat:
“Rasuah dan pecah amanah jenayah serta salah guna kuasa yang bekas perdana menteri Najib lakukan didapati bersalah oleh hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan Malaysia dan Mahkamah Persekutuan perlu dihormati.” - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/pak-hassan-juga-yang-boleh-diharap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pak Lah S Son Denies Time To Steal Exchange Prays For Dr M

Pak Lah S Son Denies Time To Steal Exchange Prays For Dr M

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 541 hits
Abdullah Ahmad Badawi s son has denied telling Dr Mahathir Mohamad s son that he intends to enrich himself using his father s position I categorically deny it I never said such a thing nor did I do such things Kamaluddin Abdullah stated in ...
Maryam Durian Kimchi Sebak Bila Rina Minta Dukung Omma Boleh Dukung Rina Ke Baby Tak Sakit Ke

Maryam Durian Kimchi Sebak Bila Rina Minta Dukung Omma Boleh Dukung Rina Ke Baby Tak Sakit Ke

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 121 hits
Maryam Durian Kimchi Sebak Bila Rina Minta Dukung Omma Boleh Dukung Rina Ke Baby Tak Sakit Ke Selebriti media sosial Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi kini sarat hamil lapan bulan Isteri kepada selebriti medi...
Takwim Cuti Sekolah Kalendar Akademik 2025 2026 Mak Ayah Boleh Rancang Cuti Anak Anak

Takwim Cuti Sekolah Kalendar Akademik 2025 2026 Mak Ayah Boleh Rancang Cuti Anak Anak

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 167 hits
Bagi memudahkan mak ayah untuk merancang keperluan persekolahan anak dan cuti Takwim Cuti Sekolah 2025 2026 dan Kalendar Akademik KPM telah dikongsikan Dan ini merupakan takwim terbaru yang dikeluarkan oleh KPM untuk semua Dalam artikel ini...
Hiburan Nampak Plat Asing Isi Minyak Kuning Boleh Tekan Staf Petronas Bagitahu Fungsi Butang Emergency Di Stesen Minyak

Hiburan Nampak Plat Asing Isi Minyak Kuning Boleh Tekan Staf Petronas Bagitahu Fungsi Butang Emergency Di Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 161 hits
Boleh dikatakan ramai yang tidak tahu apakah fungsi butang kecemasan yang terdapat di stesen minyak jadi salah seorang staf Petronas tampil mendedahkan bila waktu yang sesuai untuk pengguna menekan butang tersebut Boleh tekan butang kecemas...
Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 163 hits
Fobia ni sebenarnya lebih daripada sekadar takut biasa Dia macam perasaan takut yang melampau tak rasional dan boleh buat hidup jadi huru hara Kadang kadang benda yang ditakutkan tu langsung tak bahaya tapi rasa takut tu tetap ada Contohnya...
Boleh Kena Saman Muat Naik Spoiler Musim Ketiga Squid Game Park Gyuyoung Dikecam Ramai

Boleh Kena Saman Muat Naik Spoiler Musim Ketiga Squid Game Park Gyuyoung Dikecam Ramai

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 163 hits
Susah juga kalau terlalu ghairah ingat memuat naik entri di media sosial risau mengganggu kerja Artikel Berkaitan Terbaru Park Gyu young berkongsi foto disebalik tabir Squid Game 2 dan tanpa sengaja telah mendedahkan spoiler plot untuk musi...
Meja Lipat Iron Board Boleh Bawa Maut Mak Ayah Perlu Simpan Tempat Selamat

Meja Lipat Iron Board Boleh Bawa Maut Mak Ayah Perlu Simpan Tempat Selamat

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 104 hits
Kes seorang kanak kanak enam tahun yang maut kerana tersepit di celah meja lipat banyak membuka mata orang ramai akan bahayanya yang tidak boleh dipandang ringan Siapa menyangka peralatan rumah yang nampak ringan dan tidak berbahaya itu bol...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Persediaan Persekolahan

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida