Siapa Blogger Puteri Nur Cahaya Cikgu Ieta


Assalamu'alaikum.
Artikel (entri) ini saya sudah lama tulis. Baru dapat kemaskini pada 17 April 2022 jam 10:51 pagi. Salam perkenalan pada yang baru kenal saya. Asalnya ringkas sahaja entri auto publish ni tapi jadi panjang pula. Hasil pengalaman itulah menjadi guru saya. Sila scroll ke bawah ataupun klik Laman Utama untuk baca entri yang lain ya. 😊
Banner buat sendiri sahaja ni. Jadi sebab bukan designer begitulah kemenjadiannya. 😁

PENDAHULUAN
Rasa hendak memperkenalkan diri kepada dunia antarabangsalah pula. Macam famous de amous sahaja saya ni kan? Entri ni bukan hendak kejar glamour tau. Tetapi memang pun jadi Blogger ni sudah glamour. Senghaja menulis entri ni pada 08/08/2013 jam 23:37 sebab sudah tidak tahu hendak tulis tentang apa. Maaflah jika ada yang menyampah rasa baca entri ni. huhu. Redho sahajalah ya. 😁✌️
Saya seorang blogger sambilan. Bila ada waktu terluang, saya ambil masa yang ada untuk blogwalking menimba ilmu, belajar tentang blog dan menulis sesuatu untuk dikongsi walaupun saya tahu pada masa saya menulis ini tidak ramai yang kenal saya. 
Masa saya menulis ni, saya masih seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sebuah sekolah Rendah Agama. Isteri, ibu kepada lima orang anak yang masih kecil-kecil. Yang sulung, perempuan darjah 3. Nombor 2 lelaki, Pra Sekolah. Ke 3 perempuan, Tabika. Nombor 4, perempuan 3 tahun dan nombor 5 BABY lelaki, 8 bulan. Saya juga seorang PELAJAR DI UTM. Selebihnya lagi, boleh baca DI SINI siapa saya? Artikel sebelum ini.
Tahun 2022, yang sulung baru tamat SPM sedang tunggu keputusan. Ke dua masih di Tahfiz tingkatan tiga. Ke tiga tingkatan dua. Ke empat darjah enam dan yang ke lima sudah darjah tiga. Alhamdulillah. ❤️🥰


SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?

NAMA PENA, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Seorang multitasking person.Suri rumah sepenuh masa. Isi masa lapang sambilan, Freelancer. Blogger. Coach. Marketer. Poet.Reseller Buku Tersesat Kebatilan Gerakan New Age dan pembekal produk Muslim (empat jenis kerepek).Penulis Blog antaranya BlogiEta.comPemilik silibus Advance Blogging & Business via SocMed.Pengamal Zero Cost Online Marketing. Penulis EbookRahsia Social Media.Rahsia Likes Free Tanpa Ads.Rahsia Carian Google.Masalah dan Penyelesaian bisnes Online.Memiliki lesen Google (G) dari Paris untuk perniagaan dijalankan. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Meletakkan jawatan untuk sambung belajar di bidang Komputer dan Pengurusan.Mantan Penolong Guru Besar SRI Pintar.Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dari Ketua SetiaUsaha (KSU) Negara.Meletakkan jawatan di JAWI dengan Izin Allah akibat sakit kronik Slipped Disc (Back pain). Alhamdulillah Dengan izin Allah sembuh tanpa suntikan steroid dan tanpa pembedahan.

KEMAHIRAN :

Buat duit dengan Blog dan dapat sales dari laman sosial.Pengurusan WeBlogPengurusan Media Sosial.Penulisan & Pengiklanan.Penyelesaian masalah dengan izin Allah.

KELULUSAN :

Pondok, 4 Thanawi.Sijil Trengkas Malaysia (Menaip 100word p/m).Institute Of information Technology  Cosmopoint, Computer & Management.UTMSpace,  Sains serta Pendidikan (Pengajian) Islam.

PAGE RASMI :
Antaranya,  

puteri.nurcahaya Wujudnya Allah Zahir Pada Manusia.Kisah Cikgu iEta (Page lama).

PERIBADI :

Sudah berumahtangga. Anak lima. Almarhumah Bonda saya mengajar kami adik-beradik Al-Quran. Oleh itu InShaaAllah mahir juga membaca Al-Quran bertajwid. Almarhum Ayahanda saya ahli silat seni Gayong Malaysia. Saya peminat seni bela diri silat, memanah dan berkuda. Tiada ilmu silat. Bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru ilmu kebatinan dan bukan guru ilmu kerohanian. Hanya Allah menggerakkan semuanya. Berniqab semula pada 1/7/2021. Ya benar tidak semua berniqab baik tetapi sekurang-kurangnya saya tegar mempertahankan aqidah saya dari didakyah ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) si gila isim yang fitnah saya.Alhamdulillah saya diselamatkan oleh Tuan Guru saya. Beliau ambil saya berguru dengannya bermula 8/9/2021 sewaktu saya dihina, difitnah, dimaki-hamun, diumpat cela pelbagai kata nista dan tuduhan adu-domba pulau saya. Dengan Tuan Guru, saya mengulangkaji ilmu Tauhid Sifat 20. Syukur Alhamdulillah semua kekeliruan khabar dan cerita saya terima, terungkai satu-persatu. Terlalu banyak ilmu di luar jangkaan saya perolehi lagi selepas mengutamakan Tauhid dari semua perkara. Tuan Guru banyak bantu saya buangkan semua sihir yang melekap hasil perbuatan syirik, khurafat dan yang dihantar kepada saya. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah jua
Anti ajaran sesat, anti psikik scammer penunggang agama, anti pengamal amalan ritual sesat (sihir, syirik dan khurafat) Gerakan New Age bermula tahun 2020. Saya difitnah gang gila isim keturunan, alam ghaib, akhir zaman teori konspirasi pelampau dan alam makrifat pengamal amalan kebatinan dan kerohanian Gerakan New Age akibat menolak dakyah mereka mahu menyesatkan saya dan menjadikan saya seperti mereka pemberontak negara.Anti pendakyah amalan syirik khurafat menganiaya saya, Guru Silat Seni Gayong Makrifat, orang silat Selempang Merah, Guru ajar kurang ajar Silat Seni Gayong Malaysia dan Harimau, pesilat selimpang merah, Guru ajar kurang ajar Silat Seni Gayong Fatani Putrajaya dan Guru ajar kurang ajar Silat 7 Langkah. PDRM sifatkan mereka ini psikik scammer penunggang agama.Anti penganiaya jenayah cyberbully dan jenayah body shaming gang paranoid akhir zaman teori konspirasi mainstream, gila isim keturunan, gila isim alam ghaib dan alam makrifat PDRM sifatkan mereka ini semuanya scammer mempergunakan agama. Saya manusia. Bukan jin bukan juga kembar Cleopatra seperti si gila isim ramai followers tohmahkan demi meraih crowd di facebooknya bermula 5/8/2021 sehingga ke saat ini bulan Ramadhan tahun 2022 fitnah cyberbully criminal dan jenayah body shamingnya terhadap saya akibat sakit hatinya kepada saya tidak melayan ketaksubannya terhadap alam ghaib, keturunan, akhir zaman teori konspirasi dan alam makrifat tidak dipenuhi maka walaupun saya telah beri amaran kepada beliau dan gangnya yang semuanya gila isim, fitnah itu tular lagi. Dipercayai oleh si dungu dan disebarkan oleh sijahil. Inilah antara toksid di laman sosial sudah saya buang semuanya. 🥴Saya ini manusia biasa sahaja, tidaklah sempurna mana. Tiada yang istimewa hanya saya suka berkongsi apa sahaja. Sama-sama kita jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut. InShaaAllah kehidupan dan perniagaan dilakukan penuh keberkatan dan aman bahagia. ❤️


KENAPA BERBLOGGING?
Menjadi seorang blogger sambilan merupakan satu perkara yang amat saya minati kerana saya memang gemar menulis cuma seringkali tidak punya banyak ruang dan peluang untuk menulis dan seringkali sifat malas nak update blog bertandang dalam jiwa ni. Blog adalah dunia penulisan saya untuk berkongsi rasa, cerita, ilmu dan pengalaman. 
Saya juga sering bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan blogger bila terdapat sebarang permasalahan atau yang berkaitan dengan assignment saya. Blog juga merupakan salah satu cara untuk saya memperbaiki bahasa dan memperbaiki cara meringkaskan jurnal dalam assignment yang diberi pensyarah. Blog juga saya gunakan untuk mendidik dan memberi nasihat bila ada rakan blogger yang berkongsi masalahnya ke dalam ruang komuniti, e-mel, facebook dan fan page lama saya. Dah nak buat macam manakan? Blog memang best in the world. Tetapi, saya bukan reporter tahu... ada pula yang beranggapan begini pada saya. Saya redho dan sabar sahajalah. Memang awal-awal dahulu Blogger ramai begini. 😄

BILA MULA BERBLOGGING?
Saya mula berblogging pada tahun 2006. Pada 2/6/2007 saya mulakan dengan meluahkan isi hati saya semata-mata. Waktu itu saya tidak tahu bahawa orang akan membaca tulisan saya. Hanya bermula dengan suka-suka hati sahaja menulis dan terus menulis. 

Biasanya keluhan perasaan dan ketidakpuasan hati saya terhadap apa sahaja yang sering saya tulis. Ada juga lah tulisan berbentuk ilmiah. Tetapi tidak tersusun. Hanya copy paste semata-mata. Kaedah berblogging pun memang ZERO. Entri pertama saya hanya dengan ayat s.m.s dan tanpa sesiapa pun pengomen. Hanya bermula dengan 11 orang kenalan blog. Masa itu, saya memang tidak tahu langsung bahawa dengan menulis blog juga boleh menghasilkan wang. 
Tetiba lak kan? he.... 😄

Blog ieta pernah berkubur tanpa sebarang maklumat ataupun apa-apa perkembangan. Agak lama juga Blog ieta ini menyepi.  Penghujung tahun 2012, saya kembali menulis dengan pelbagai entri yang juga merapu dicampur dengan sikit-sikit bahan ilmiah yang saya ambil dari pelbagai sumber dan saya backlink kepada pemilik blognya. Waktu inilah baru saya tahu apa itu PLAGIAT dan pelbagai ilmu blog lagi dari sifu-Sifu Blogger. Pelbagai kajian telah saya lakukan untuk meningkatkan mutu penulisan saya dan penambahbaikan blog ini. Ada beberapa TUTORIAL juga telah saya buat hasil dari kajian dan pengalaman saya berblogging.

BAGAIMANA MERAMAIKAN KENALAN BLOG?
Walaupun saya tidak hebat mana, hanya Allah yang melindungi saya. Tetapi saya berpuashati kerana kenalan blog saya semakin hari semakin bertambah hasil dari usaha saya join segmen atau GiveAway (GA) pada masa mula-mula minat berblogging timbul. Setelah penat join segmen dan GA, saya mula mengorak langkah menjadi penyumbang kepada GA dua orang blogger terkenal sekadar untuk memperkenalkan Produk niaga pelbagai buatan Muslim yang menjadi salah satu sumber rezqi saya dan saja-saja hendak sponsor. Alhamdulillah, ramai kenalan blog saya perolehi dari ke dua-dua GA yang saya sponsor itu.

Blog dari kenalan selalunya menjana pendapatan dan menambahkan silaturrahmi. 🥰
Selepas itu, saya hanya membiarkan terus tanpa menyertai mana-mana GA ataupun segmen. Nak bertambah, bertambahlah. Saya sudah tidak kisah. Kerana saya berbalik kepada niat asal saya, blog adalah dunia penulisan saya, berkongsi rasa, cerita, ilmu dan pengalaman. Berblogging bukan untuk glamour ataupun wang walaupun hidup memerlukan wang. 

Lebih bersyukur jika yang mengikuti Blog ieta disebabkan minat mereka terhadap tulisan saya. Bukan kerana terpaksa arahan dari GA ataupun segmen. Hari demi hari, semakin bertambah kenalan Blog ieta.

Harus diingat, join segmen ataupun GA merupakan salah satu tanda seseorang blogger itu menyokong blognullger yang lain. Tetapi, segmen dan GA yang terlalu banyak syarat memang menyukarkan blogger tambahan pula blogger seperti saya ini, tidak punya banyak masa hendak mengadap PC dan perlu menunaikan tanggungjawab kerja dan keluarga yang lebih utama daripada membuang masa menunggu loading Blog yang ada iklan tersembunyi dan widget yang membuatkan hendak membuka blog nya pun mengambil masa berjam-jam. 😒 
Ramai juga blogger yang jemput saya untuk menyertai segmen atau GA mereka tetapi bila melihat syarat-syarat yang agak memenatkan, hilang minat untuk turut serta. Maaf ya kepada sesiapa yang terasa. 



BAGAIMANA UPDATE BLOG?

Kebetulan pula ada blogger yang bertanya cara saya update blog. Jadi, saya suka nak berkongsi di sini.Ada beberapa cara saya update blog antaranya :
Kongsikan ke dalam facebook dahulu apa sahaja yang berada diminda.Savekan apa sahaja yang berada dalam minda ke dalam ruang nota dalam handphone kemudian e-melkan ke dalam e-mel gmail saya kemudian, copy paste ke dalam blog dan update hingga sempurna entri itu.Teruskan menaip di PC tanpa buat apa-apa deraf untuk buat entri terkini..Buat pelbagai entri seminggu sekali dan setkan tarikh untuk dipublish secara auto publish.Update blog waktu tengah malam waktu anak-anak sudah tidur. Ataupun waktu balik tengahari sebelum kembali ke sekolah di sesi petang.

APA LAGI YA?
Rasanya sudah panjang lebar ni. Tidak tahulah kena atau tidak dengan tajuk entri ni. Sudahlah tu ya. Jadi di kesempatan ini, saya menyusun jari jemari memohon ribuan kemaafan seandainya sepanjang saya berblogging ni, ada blogger atau pembaca yang terasa hati dengan saya, terguris perasaan dan apa sahaja. Maklumlahkan tulisan saya telus tanpa selindung. 😁✌️

Semoga berpuas-hati ya dengan SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta ini. Terima kasih sudi membaca. 🥰🌹


MAKLUMAN

Review produk atau syarikat anda sila email [email protected]. Jemputan perkongsian hal-ehwal social media atau zero cost online marketing tekan sini. InShaaAllah marketing bidang saya sudah 33 tahun. Terima kasih. Harap maklum. 😊

BlogiEta.com | Social Media Expert Coach | DuniaNiagaiEta.Blogspot.com | Wujudnya Allah Zahir Pada Manusia


ARTIKEL BERKAITAN : Bahagian jahil Dosa besar syirik menduakan Allah6 perkara ghibah dibolehkan Aqidah bukan perkara mainanGhibah dan fitnah amat lazatKau jangan ambil kerja TuhanUsah terlalu paranoid iaitu taksubPsikik dan Scammer Penunggang AgamaHimpunan pautan artikel Blog

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.blogieta.com/2013/08/siapa-blogger-ieta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergi Sekolah Gaduh Dengan Cikgu Siap Bawa Reporter Siapalah Undi Dia Ni Jadi Wakil Rakyat Netizen

Pergi Sekolah Gaduh Dengan Cikgu Siap Bawa Reporter Siapalah Undi Dia Ni Jadi Wakil Rakyat Netizen

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 361 hits
The ReporterTular di media sosial video menunjukkan seorang wakil rakyat mempertikaikan tindakan seorang guru di hadapan pintu masuk sekolah tidak membenarkan kenderaan ibu bapa pelajar masuk ke kawasan sekolah Menurut sumber wakil rakyat b...
Sejarah Simulasi Culaan Andaian Pru Prn Prk Dari Cikgu Lin Sejak 1990

Sejarah Simulasi Culaan Andaian Pru Prn Prk Dari Cikgu Lin Sejak 1990

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 154 hits
KITA HANYA MAMPU MERANCANGAKAN TETAPIALLAH ADALAH MAHA PERANCANGDI ATAS SEGALA GALANYACIKGU LIN ADMIN BERSAMA DATUK RAFI BAB A LATAR BELAKANG1 Admin telah berkecimpung dengan SIMULASI CULAAN ANDAIAN Pilihanraya ini sejak 20 tahun lalu 2 Beb...
Cikgu Fadli Dedahkan Masalah Anak Sekolah Rendah Biasa Buat Di Sekolah Ibu Ayah Kena Tahu

Cikgu Fadli Dedahkan Masalah Anak Sekolah Rendah Biasa Buat Di Sekolah Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 128 hits
Cikgu Fadli Salleh sememangnya terkenal banyak berkongsi di laman facebook miliknya kisah pengalamannya bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Klang Pelbagai kisah lucu gelagat anak muridnya dalam kalangan darjah ser...
Serius Bergenang Airmata Kisah Murid Tahun 1 Kaya Adab Cikgu Kagum Anak Murid Prihatin

Serius Bergenang Airmata Kisah Murid Tahun 1 Kaya Adab Cikgu Kagum Anak Murid Prihatin

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 139 hits
Hanya perlu diajar dan disimbahkan dengan sedikit kasih sayang anak anak kita yang masih kecil menunjukkan sikap yang luar biasa Cerita ini dikongsikan sendiri oleh cikgu yang cukup dikenali di media sosial di facebooknya yang begitu mengag...
Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 458 hits
Tiada mana mana insan di dunia ini yang meminta untuk dilahirkan dengan fizikal kurang sempurna Anugerah ini ada kalanya membuatkan seseorang berasa rendah diri kurang berkeyakinan dan malu berdepan dengan khalayak yang diciptakan sempurna ...
Copytrade Bersama Cikgu Lee Jana Profit Setiap Bulan

Copytrade Bersama Cikgu Lee Jana Profit Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 130 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Anak Kena Cubit Kat Sek0lah Ramai Marah Ibu Pergi Srang Cikgu Sebenarnya Lain Yg Jadi

Anak Kena Cubit Kat Sek0lah Ramai Marah Ibu Pergi Srang Cikgu Sebenarnya Lain Yg Jadi

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 218 hits
Kuala Lumpur Sebagai ibu bapa kita mahukan anak kita berjaya dalam akademik Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini dan yang terbesarnya berkaitan dengan persekitaran sekolah anak kita
Saya Lapar Sangat Cikgu Lemah Puasa Cikgu Bangga Kawan Kawan Sudi Kongsikan Bekal

Saya Lapar Sangat Cikgu Lemah Puasa Cikgu Bangga Kawan Kawan Sudi Kongsikan Bekal

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 149 hits
Anak yang sedang ke sekolah menggunakan tenaganya untuk berpuasa Tanpa tenaga malah jika baru belajar berpuasa anak jadi lemah dan langsung tidak bermaya untuk belajar Berilah anak masa dan jangan pula memaksa Namun bukan soal anak dipaksa ...
Copytrade Bersama Cikgu Lee Jana Profit Setiap Bulan

Copytrade Bersama Cikgu Lee Jana Profit Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 277 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan