Serius Bergenang Airmata Kisah Murid Tahun 1 Kaya Adab Cikgu Kagum Anak Murid Prihatin


Hanya perlu diajar dan disimbahkan dengan sedikit kasih sayang, anak-anak kita yang masih kecil menunjukkan sikap yang luar biasa.
Cerita ini dikongsikan sendiri oleh cikgu yang cukup dikenali di media sosial, Cikgu Fadli Salleh di facebooknya yang begitu mengagumi sikap anak-anak muridnya di Tahun 1 yang mempunyai hati yang cukup mulia. Anak kecil istimewa, rakan sekelas mereka menjadi ladang pahala dan pengalaman baru bagi anak-anak ini. Hebat!

Aku namakan anak comel ini Seri, bukan nama sebenar. Seri ni murid tahun 1. Hari pertama persekolahan, Seri sangat pendiam. Orang lain dah bergerak masuk kelas, Seri masih duduk di situ. Sendirian.
Seolahnya langsung tak faham arahan. Tapi dia tak menangis. Cuma menunduk tak nak pandang wajah dan mata guru.
Puas la cikgu-cikgu memujuk. Termasuk PK Petang sekali. Kena pimpin baru dia nak bangun dan berjalan masuk kelas.

Setiap hari memang akan ada guru yang pimpin masuk kelas. Kalau tak, dia akan duduk tanpa bergerak kat dewan.
Masa dia berjalan, kami guru-guru perasan, sebelah kakinya tempang. Selepas dirisik, rupanya Seri anak istimewa. Pendengaran dia pun ada masalah, pertuturan juga.
Dalam kelas, Seri hanya menyendiri. Tidak bergaul sesiapa dan tiada siapa nak mendekatinya. Suatu hari aku masuk kelas Seri dan aku kena betulkan keadaan ini. Maka aku bercakap pada semua murid dalam kelas Seri,

“Dalam kelas kita, ada seorang murid istimewa tau. Murid istimewa ni biasanya tempat mereka di syurga akhirat kelak.
Kena layan dan berkawan dengan murid istimewa ni. Kena bantu dia, kena tolong dia. Jangan pulaukan, jangan pula menganjing dan memalukan dia.
Awak tahu kan siapa?” Semua murid menunjuk pada Seri. Tanpa aku suruh, dua tiga kawan berdekatan dia bangun dan terus menuju kat Seri.
“Awak. Nanti kita rehat sama-sama ya”.
“Awak nak pergi tandas cakap kat saya ya, saya teman”.
“Awak nak pensel tak? Kita ada pensel lebih”.

 
Serius masa tu bergenang kolam airmata aku. Betapa murni dan sucinya jiwa anak-anak ini. Kita cuma perlu beri sedikit ‘spark’ untuk menghidupkan api kasih sayang dan keprihatinan dalam jiwa mereka.
Selepas hari itu, setiap hari akan ada kawan-kawan dia pimpin Seri masuk kelas. Teman Seri ke tandas, rehat bersama, buat kerja sama-sama.
Inilah dia ilmu yang tidak tertulis dalam buku teks. Ia dipelajari melalui universiti kehidupan.
Setinggi mana lulusan, itu cuma sekeping kertas sahaja. Hasil sebenar sesuatu pembelajaran yang berjaya ialah melalui sikap dan tindak tanduk.

Aku sentiasa menitik berat hasil dan sikap dalam mendidik anak-anak. Biarlah ada yang kurang pandai dalam pelajaran, namun akhlak dan sikap biar santun dan beradab. Biar ada sifat keinsanan dan cakna pada orang keliling.
Alhamdulillah, anak-anak ini mudah mengikut kata. Mudah dilentur dan dididik. Seri dalam proses perpindahan ke sekolah pendidikan khas. Kelas yang lebih sesuai untuk dia. Namun pertukaran memakan masa juga.
Sementara itu dia akan di sekolah kami, di kelas aliran perdana bersama kawan-kawan yang lain.
Dan kini aku tidak lagi risau tentang dia. Kerana kawan-kawan dia dah ada untuk menjaga dia dan mengasihinya.
#MFS
– Kisah Tahun 1 –
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Serius Bergenang Airmata” Kisah Murid Tahun 1 Kaya Adab, Cikgu Kagum Anak Murid Prihatin! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/serius-bergenang-airmata-kisah-murid-tahun-1-kaya-adab-cikgu-kagum-anak-murid-prihatin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Nak Jadi Surirumah Berpendidikan Kata Kata Murid Tahun 2 Buat Guru Kagum

Dia Nak Jadi Surirumah Berpendidikan Kata Kata Murid Tahun 2 Buat Guru Kagum

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 179 hits
Apa yang kita lakukan setiap hari sememangnya dilihat dan dinilai oleh anak anak kecil kita Kata kata seorang anak kecil yang mahu menjadi suri rumah malah mencontohi kebaikan ibunya setiap hari benar benar membuatkan kita terkesima Kisah v...
Tangan Anak 9 Tahun Hancur Dan 4 Orang Luka Bakar Usai Racikan Petasan Tetangga Meledak

Tangan Anak 9 Tahun Hancur Dan 4 Orang Luka Bakar Usai Racikan Petasan Tetangga Meledak

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 201 hits
Kapolres Kediri memastikan 5 orang itu menjadi korban akibat ledakan petasan ini 4 orang diantaranya mengalami luka bakar yang cukup serius Mereka di rawat di RS HVA Toeloengredjo Pare Kabupaten Kediri
Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 179 hits
PELAKON Along Cham mendedahkan dia menerima mesej kec4man daripada netizen yang menudvhnya bersikap zal1m apabila mel4rang bekas isteri iaitu Zila Seeron bertemu dengan anak mereka
Kisah Wanita Lahirkan Anak Luar Nikah Ketika Remaja Jadi Tauladan Kepada Remaja Lain

Kisah Wanita Lahirkan Anak Luar Nikah Ketika Remaja Jadi Tauladan Kepada Remaja Lain

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 137 hits
Era zaman permodenan yang penuh dengan kehidupan yang bebas bersosial membuatkan ramai anak anak muda sekarang yang terjerumus ke dalam lembah maksiat tanpa sedar akan kesan buruk kepada mereka pada masa akan datang Keterlanjuran yang melib...
Lihatlah Wahai Para Bapa Netizen Kagum Dr Sheikh Handle 6 Anak Sendiri Ketika Berbuka

Lihatlah Wahai Para Bapa Netizen Kagum Dr Sheikh Handle 6 Anak Sendiri Ketika Berbuka

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 148 hits
Bukan mudah bagi seorang bapa untuk menguruskan anak yang ramai tanpa seorang isteri atau ibu Hanya bapa yang benar benar melibatkan diri dalam menguruskan anak anak setiap hari mampu menjaga anak dengan tenang Bahasa mudah bapa yang dah pr...
Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Andorra Semasa Pkp Tahun 2020

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Andorra Semasa Pkp Tahun 2020

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 351 hits
Hai korang Assalammualaikum Yayyayayayay dah lama tak update blog Ini kali kena update sebab sementara kepala masih fresh aku kena tulis semua dalam post ni supaya di masa akan datang bila orang tanya macam mana kau beranak anak nombor 2 ak...
Atas Cadangan Cl 6 Tahun Berlalu Ini Kisah Disebalik Kejutan Persembahan 2ne1 Di Coachella

Atas Cadangan Cl 6 Tahun Berlalu Ini Kisah Disebalik Kejutan Persembahan 2ne1 Di Coachella

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 192 hits
Siapa yang masih tak habis terperanjat lagi dengan pentas istimewa 2NE1 di Coachella di California pada pagi tadi ARTIKEL BERKAITAN Tanpa sebarang berita kumpulan kegemaran ramai itu membuat kejutan apabila mereka membuat persembahan lagu I...
Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ini Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ini Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 201 hits
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun Bertenang ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba Lewat pertuturan Secara amnya seorang kanak kanak yang berusia 2 tahun...
Hiburan Murid Oku Sering Mengadu Sakit Naik Tangga Parents Minta Kelas Anak Ditukar Tingkat Bawah Tak Dihiraukan Guru

Hiburan Murid Oku Sering Mengadu Sakit Naik Tangga Parents Minta Kelas Anak Ditukar Tingkat Bawah Tak Dihiraukan Guru

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 185 hits
Isu berkenaan Orang Kurang Upaya ditindas sering kali kita dapat lihat dikongsingkan di serata platform media sosial dan selalunya tentang golongan ini seperti dinafikan hak untuk menikmati kemudahan yang sama seperti individu normal Lebih ...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Usah Dirunsing Kitakan Ada Dia

Interlude

Pelancong Lepas Hajat Dekat Kereta Timbalan Ketua Polis

Adendum Pembangkang Sengaja Tak Endah Undang Undang Kata Pm

Pigeon Feeding Asmr

Gunpla Untuk Pemula