Siapa Berisiko Kenali Faktor Penyakit Buah Pinggang


Penyakit buah pinggang sering kali digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana gejalanya yang hadir secara perlahan tanpa disedari. Dalam kebanyakan kes, mereka yang menghidap penyakit ini hanya mengetahui keadaan sebenar apabila ia sudah berada pada tahap yang serius.
Situasi ini berlaku kerana ramai tidak menyedari tanda-tanda awal yang mungkin dianggap biasa atau tidak berbahaya. Hakikatnya, kegagalan mengenal pasti tanda-tanda awal boleh membawa kepada komplikasi yang mengancam nyawa.
Antara tanda-tanda awal penyakit buah pinggang termasuklah rasa keletihan yang melampau walaupun mendapat rehat yang mencukupi. Ini berlaku kerana buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan, lantas mengganggu sistem tubuh.
Selain itu, bengkak pada bahagian muka, tangan, atau kaki juga sering berlaku akibat penahanan air dalam badan. Tanda ini sering kali tidak diberi perhatian kerana disalah anggap sebagai masalah sementara.
Perubahan pada air kencing juga merupakan petunjuk penting. Air kencing berbuih atau berwarna keruh mungkin menunjukkan kehadiran protein dalam air kencing, satu tanda jelas bahawa buah pinggang sedang bermasalah.

Ada juga yang mengalami kencing yang kurang daripada biasa atau rasa sakit semasa membuang air kecil. Nafas berbau, hilang selera makan, dan tekanan darah tinggi yang sukar dikawal turut menjadi antara gejala yang lazim dialami oleh mereka yang mempunyai masalah buah pinggang.
Golongan yang berisiko tinggi termasuklah pesakit diabetes dan darah tinggi, kerana kedua-dua penyakit ini memberi tekanan besar kepada fungsi buah pinggang.
Selain itu, individu yang mempunyai sejarah batu karang juga berisiko tinggi kerana komplikasi batu karang boleh merosakkan struktur buah pinggang. Perokok tegar dan mereka yang mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan tanpa kawalan juga perlu lebih berhati-hati, kerana amalan ini boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang dalam jangka masa panjang.
Namun begitu, penyakit buah pinggang sebenarnya boleh dicegah jika langkah-langkah pencegahan diambil lebih awal. Pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti ujian darah dan air kencing adalah sangat penting bagi mengesan sebarang masalah sebelum ia menjadi lebih serius.
Selain itu, tekanan darah dan paras gula dalam darah perlu dikawal dengan baik untuk mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang.
Tabiat pemakanan juga memainkan peranan penting. Minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi setiap hari membantu memastikan buah pinggang berfungsi dengan baik, manakala pengambilan makanan masin dan tinggi garam perlu dikurangkan kerana ia boleh meningkatkan tekanan pada buah pinggang.
Elakkan juga minuman manis yang boleh membawa kepada masalah kesihatan lain seperti obesiti dan diabetes.
Kesedaran tentang kepentingan menjaga buah pinggang adalah langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat. Jangan tunggu sehingga tanda-tanda serius muncul, kerana pada ketika itu, pilihan rawatan mungkin terhad.
Sebaliknya, jadikan penjagaan buah pinggang sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian. Ingatlah, buah pinggang yang sihat adalah kunci kepada tubuh badan yang sihat. Sayangi diri anda, lindungi buah pinggang anda!

RINGKASAN
Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang:
1️⃣ Kerap keletihan walaupun cukup rehat.
2️⃣ Bengkak pada muka, tangan, atau kaki akibat penahanan air.
3️⃣ Kencing berbuih atau berwarna keruh (tanda protein dalam air kencing).
4️⃣ Kencing kurang daripada biasa atau sakit ketika membuang air kecil.
5️⃣Nafas berbau
6️⃣hilang selera makan .
7️⃣ Tekanan darah tinggi yang sukar dikawal.
Siapa Berisiko?
🔸 Pesakit diabetes dan darah tinggi
🔸 Individu dengan sejarah batu karang
🔸 Perokok tegar & pengambilan ubat tahan sakit berlebihan
Apa Perlu Dilakukan?
Jangan tunggu tanda serius muncul. Lakukan:
✅ Pemeriksaan kesihatan berkala – ujian darah dan air kencing.
✅ Kawal tekanan darah dan paras gula.
✅ Minum banyak air kosong, elakkan minuman manis dan
✅ Kurangkan makanan masin dan tinggi garam.
Sumber: Public Health Malaysia
The post Siapa Berisiko? Kenali Faktor Penyakit Buah Pinggang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/siapa-berisiko-kenali-faktor-penyakit-buah-pinggang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Pinggang Dalam Badan Ceo Ternyata Milik Gadis Yang Dihumbannya Dalam Penjara 4 Tahun Lalu

Buah Pinggang Dalam Badan Ceo Ternyata Milik Gadis Yang Dihumbannya Dalam Penjara 4 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 96 hits
Gadis yang dimasukkan ke dalam penjara oleh CEO kerana CEO itu tersalah anggap gadis itu membunuh kekasihnya Selepas meninggalkan penjara gadis itu bekerja sebagai pelayan bar CEO tidak memaafkannya malah terus menyeksanya untuk masa yang l...
7 Khasiat Ajaib Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

7 Khasiat Ajaib Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 82 hits
image thetruthaboutcancer Saat wanita sedang hamil pasti akan ada perasaan bangga karena berarti akan kedatangan calon buah hati yang lucu Ada banyak hal yang perlu kamu lakukan terhadap istrimu yang sedang hamil salah satunya adalah menjag...
Penyakit X Bunuh Sekurang Kurangnya 143 Orang Di Republik Demokratik Congo

Penyakit X Bunuh Sekurang Kurangnya 143 Orang Di Republik Demokratik Congo

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 115 hits
Misteri Penyakit Disease X di DRC Apa yang Terjadi Satu penyakit misterius yang disebut Disease X telah menyebabkan sekurang kurangnya 143 kematian dan hampir 400 kes dilaporkan di Republik Demokratik Kongo Penyakit ini terutama menyerang g...
Bolehkah Reverse Penyakit Diabetes Suami Saya

Bolehkah Reverse Penyakit Diabetes Suami Saya

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 110 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Bacaan gula suami saya adalah 7 Sekarang berumur 44 tahun Adakah masih ada ruang untuk mendapatkan bacaan normal semula atau kurang dari 7 Terima kasih Waalaikumussalam Mengenai bacaan gula darah bacaan normal unt...
Langkah Sederhana Bersihkan Pestisida Pada Buah Dan Sayur

Langkah Sederhana Bersihkan Pestisida Pada Buah Dan Sayur

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 84 hits
image amritaretreat Untuk menjaga kualitas buah yang habis kita beli ada berbagai faktor yang perlu diperhatikan Mengonsumsi buah bersih yang bebas dari sisa pestisida tentu akan jauh lebih baik dari biasanya Racun pestisida yang banyak dig...
Bahaya Jangan Konsumsi 7 Buah Ini Di Pagi Hari

Bahaya Jangan Konsumsi 7 Buah Ini Di Pagi Hari

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 79 hits
image goddessignited Menurut para ahli sarapan merupakan salah satu bagian terpenting untuk dilakukan demi mencukupi kebutuhan Vitamin tubuh Kebiasaan baik ini memang wajib untuk kita lakukan karena memiliki alasan tertentu Saat kamu bangun...
Kemalangan Sebuah Lori Tangki Dan Tiga Buah Kenderaan Menyebabkan Kesesakan Lebih 5km Dari Ipoh Ke Terowong Menora

Kemalangan Sebuah Lori Tangki Dan Tiga Buah Kenderaan Menyebabkan Kesesakan Lebih 5km Dari Ipoh Ke Terowong Menora

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 125 hits
BernamaKemalangan melibatkan sebuah lori tangki dan tiga buah kenderaan di Kilometer 264 4 Lebuh Raya Utara Selatan dari Ipoh ke Terowong Menora menyebabkan aliran trafik sesak lebih lima kilometer hari ini PLUS Malaysia Berhad menerusi han...
10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 195 hits
BloggerBorneo com Durian dikenal sebagai Raja Buah memiliki Artikel pertama kali tampil pada
Rawatan Alternatif Untuk Gejala Bukan Motor Dalam Penyakit Parkinson

Rawatan Alternatif Untuk Gejala Bukan Motor Dalam Penyakit Parkinson

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 169 hits
Pengenalan Penyakit Parkinson biasanya dikenali dengan gejala motor utama seperti getaran kekakuan dan bradikinesia Namun ada juga gejala bukan motor yang tidak boleh diabaikan seperti gangguan neuropsikiatri masalah tidur disfungsi autonom...
Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Petronas Iktiraf Petros Sebagai Agregator Gas Sarawak Tidak Termasuk Ln

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Designing Easy Websites And Apps

Euro Dibawah Tekanan

One Way To Get To Know The Locals In Britain Stay In A Pub

Malaysia Rolls Out Generative Ai Tool To 445 000 Civil Servants

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


10 Cara Kerja Pintar Tanpa Burnout

Jalan Jalan Cuci Mata Di Yodabashi Akiba Gedung Beli Belah 9 Tingkat

Dapat Handbeg Dan Purse Baharu Alain Delon Di Tahun Baru 2025

Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025

Pesakit Sle Ulser

Applications Of Waterproof Toggle Switches From Marine To Outdoor Use