Hukumnya Wajib Menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan


Menurut kitab Al-Feqh al-Manhaji, Al-Walimah diambil dari perkataan ﺍﻟﻮﻟْﻢ yang membawa erti berhimpun atau berkumpul, dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).


Kemudian disebutkan, al walimah merupakan makanan perkahwinan atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya. Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (2/92).

Wajib

Secara umumnya, menghadiri kenduri perkahwinan adalah suatu perkara yang diperintahkan. Dan seperti yang diketahui bahawa setiap kata perintah yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah membawa kepada hukum wajib, melainkan jika terdapat petunjuk-petunjuk lain yang mengalihkan hukum wajib tersebut.

Hukum Menghadiri dan Memenuhi Jemputan

Para fuqaha berbeza pendapat berkenaan hukum menghadiri jemputan ini dengan melihat kepada jenis dan kategori jemputan tersebut sama ada ia merupakan jemputan kenduri perkahwinan atau jemputan-jemputan selainnya.

Kami ringkaskan seperti berikut:

Hukum Menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan

Majoriti para ulama menyatakan bahawa hukum memenuhi jemputan perkahwinan adalah wajib. Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ﺇِﺫَﺍ ﺩُﻋِﻲَ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﻮَﻟِﻴﻤَﺔِ ﻓَﻠْﻴَﺄْﺗِﻬَﺎ
Maksudnya: "Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia." (Riwayat Muslim 1053)

Hukum wajib tersebut diambil daripada perkataan Nabi S.A.W ﻓَﻠْﻴَﺄْﺗِﻬَﺎ yang merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya di sisi kaedah fekah.

Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis di atas berkata, ‘’Pendapat paling sahih dalam mazhab kami, hukum menghadiri kenduri perkahwinan adalah fardhu ‘ain bagi mereka yang dijemput, akan tetapi kewajipan tersebut gugur disebabkan beberapa keuzuran berikut:

1. Sekiranya ada syubhah makanan.

Secara asasnya, sekiranya seseorang itu mengetahui terdapatnya kemungkaran di majlis tertentu, maka wajib ke atasnya untuk mencegah kemungkaran tersebut sekiranya dia mampu mengubahnya.

Manakala sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia tidak menghadiri majlis tersebut.

2. Mengkhususkan orang-orang kaya sahaja untuk hadir.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa beliau berkata:

ﺷَﺮُّ ﺍﻟﻄَّﻌَﺎﻡِ ﻃَﻌَﺎﻡُ ﺍﻟْﻮَﻟِﻴﻤَﺔِ ﻳُﺪْﻋَﻰ ﻟَﻬَﺎ ﺍﻷَﻏْﻨِﻴَﺎﺀُ ﻭَﻳُﺘْﺮَﻙُ ﺍﻟْﻔُﻘَﺮَﺍﺀُ
Maksudnya: "Seburuk-buruk makanan adalah makanan pada majlis perkahwinan yang dijemput padanya orang-orang kaya dan ditinggalkan (tidak dijemput) orang-orang miskin." (Riwayat Ibn Majah (1913))

3. Majlis perkahwinan dzimmi (orang bukan Islam).

Maka pendapat yang sahih di sisi mazhab Imam Al-Syafie adalah tidak wajib untuk menghadirinya.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah SAW dalam menyatakan hak (tanggungjawab) seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain antaranya:

ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺩَﻋَﺎﻙَ ﻓَﺄَﺟِﺒْﻪُ
Maksudnya: "Dan apabila dia menjemput kamu (ke sesuatu majlis) maka hendaklah kamu menerimanya (menghadirinya)." (Riwayat Muslim (2162))

Ini berhujahkan bahawa yang menjadi kewajipan apabila undangan datang dari umat Islam itu sendiri.

Adapun hukum menghadiri majlis perkahwinan orang bukan Islam maka kami nyatakan bahawa para ulama’ mazhab Syafi’e berpandangan, hukum menghadiri jemputan walimah orang bukan Islam ialah sunat sekiranya jemputan itu datang daripada kaum keluarga dan jiran tetangga atau jika kehadiran kita akan memberi manfaat kepada dakwah Islam. (Rujuk Nihayah Al- Muhtaj, Al-Ramli (6/371).)

Ini juga dipersetujui oleh Imam al-Mardawi dari mazhab Hanbali, yang turut menyebut keharusan menghadiri walimah orang bukan Islam dengan memetik pandangan Imam Ahmad dan Ibn Qudamah. (Rujuk Al-Insaf, Al-Mardawi (8/320)).

Kami juga menambah beberapa keuzuran lain seperti berikut:
Ini mengguna pakai keuzuran-keuzuran yang membolehkan seseorang itu tidak menghadiri solat Jumaat.Kenduri perkahwinan tersebut jauh dari kediaman mereka yang dijemput.Kesibukan seperti tokoh-tokoh politik, agama dan juga pemimpin masyarakat.Banyaknya jemput dalam hari yang sama di tempat-tempat yang jauh jaraknya.Kesesakan lalu lintas, hujan lecah dan seumpamanya.
Kata Dr. Wahbah Al-Zuhaili: ‘’Antara keuzuran yang menggugurkan kewajipan untuk memenuhi jemputan adalah: Banyaknya kesesakan, hujan lebat, jalan lecah, sakit, dan seumpamanya." (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, Al-Zuhaili (9/6622))

Kata Imam Al-Nawawi lagi: ‘’Dan Al-Qadhi telah menukilkan kesepakatan para ulama dalam menyatakan wajibnya menyahut (menghadiri) jemputan walimah al-‘urs (majlis perkahwinan)." (Rujuk Al-Minhaj, Al-Nawawi (9/570))

Begitu juga berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

ﻭَﻣَﻦْ ﻟَﻢْ ﻳُﺠِﺐِ ﺍﻟﺪَّﻋْﻮَﺓَ ﻓَﻘَﺪْ ﻋَﺼَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟَﻪُ
Maksudnya: "Dan sesiapa yang tidak menyahut jemputan (dengan menghadirinya), sesungguhnya dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya." (Riwayat Muslim (1432))

Ini bermaksud tidak menghadiri jemputan majlis perkahwinan dianggap sebagai suatu maksiat kepada Allah SWT dan tidaklah perbuatan itu dianggap maksiat melainkan pada meninggalkan yang wajib.

HUKUM HADIR JEMPUTAN MAJLIS SELAIN PERKAHWINAN ADALAH MUSTAHAB

Para ulama menyatakan bahawa hukum memenuhi jemputan menghadiri majlis selain dari majlis perkahwinan, seperti majlis keraian, majlis perpisahan, majlis akikah dan seumpamanya adalah mustahab (iaitu sunat).

Kata Imam Al-Nawawi: ‘’Adapun selainnya (iaitu selain jemputan perkahwinan), maka ada dua pendapat di sisi ashab kami.

Pertama, hukum menghadirinya adalah sama seperti walimatul ‘urus. Pendapat kedua, hukum memenuhi jemputan tersebut adalah mustahab."

Beliau juga turut menukilkan pendapat Imam Malik dan jumhur yang menyebut: ‘’Tidak wajib memenuhi jemputan (selain majlis perkahwinan)’’. Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/570) .

HUKUM MENJEMPUT HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN MELALUI FACEBOOK EVENT

Dalam perkembangan masa kini, banyak berlaku perubahan dalam gaya hidup termasuklah isu jemputan ke majlis perkahwinan.

Justeru kami menyatakan beberapa kaedah asas yang berkaitan dengan isu ini, antaranya:

ﺍﻟﻌﺎﺩﺓ ﻣﺤﻜَّﻤﺔ
Maksudnya: "Adat itu menjadi penentu hukum."

Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku.

Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.

Justeru secara umumnya, hukum bagi perbuatan ini adalah harus. Ini juga bertepatan dengan sebuah kaedah fiqh yang menyebut:

ﺍﻟﻮَﺳَﺎﺋِﻞُ ﻟَﻬَﺎ ﺃَﺣْﻜَﺎﻡ ﺍﻟﻤَﻘَﺎﺻِﺪ
Maksudnya: "Wasilah-wasilah mengambil pakai hukum maqasid."

Justeru, sekiranya tujuan seseorang itu benar-benar ingin menjemput orang ramai hadir ke majlis perkahwinannya, adalah dibolehkan untuk dia menggunakan apa sahaja wasilah menjemput yang harus sama ada melalui lisan, kad jemputan, atau aplikasi media sosial seperti facebook, twitter dan seumpamanya.

Kesimpulan

Sebagai penutup kami menyatakan bahawa secara kebiasaannya jemputan yang datang dalam bentuk facebook event ini sekadar proses pemudah cara dalam menentukan jumlah bilangan individu yang akan hadir ke majlis perkahwinan tersebut dari kalangan rakan-rakan facebook pengantin.

Bahkan kebiasaannya mereka akan menyebut bahawa kad jemputan akan menyusul sekiranya kita menekan pilihan going (akan hadir).

Meskipun begitu, sekiranya jemputan itu datang dalam bentuk yang umum seperti jemputan perkahwinan di majlis yang terdapat di dalamnya ramai orang dan kita berada dalam group tersebut, maka tidak menjadi tuntutan (kewajipan) untuk kita menghadirinya di sisi majoriti ulama.

Demikian juga kita katakan kepada isu jemputan yang datang melalui facebook event, kumpulan whats app (whatsapp group) dan sebagainya yang datang dalam bentuk jemputan umum.

Oleh yang demikian, secara asasnya wajib bagi anda untuk memenuhi undangan perkahwinan yang ditujukan khas kepada anda meskipun ia dijemput melalui facebook.

Tambahan pula ia turut disertakan pula dengan jemputan yang sama melalui medium-medium lain seperti jemputan secara berhadapan, kad jemputan dan selainnya.

Hukum wajib ini sekiranya anda tidak ada sebarang keuzuran yang menghalang. Namun, jika anda tidak dapat menghadirinya disebabkan terdapatnya keuzuran-keuzuran seperti yang telah kami nyatakan, maka ia tidaklah dianggap sebagai berdosa.

Sebaiknya, sampaikanlah permohonan maaf kepada mereka yang menjemput serta perbanyakkanlah berdoa kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan agar mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
6 Fakta Perkahwinan Bakal Pengantin Wajib Baca4 Kos Utama Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu
sumber: muftiwp



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/wajib-menghadiri-jemput-kahwin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Perkahwinan Raja Thailand Dengan Bekas Pengawal Peribadi

Majlis Perkahwinan Raja Thailand Dengan Bekas Pengawal Peribadi

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1814 hits
BANGKOK 2 Mei Maharaja Thailand Vajiralongkorn melangsungkan perkahwinan dalam satu upacara di Bangkok Upacara perkahwinan berlangsung pada minggu lalu Raja yang berusia 66 tahun ini berkahwin dengan timbalan komander unit pengawal peribadi...
Pa System Majlis Perkahwinan

Pa System Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 528 hits
Majlis Perkahwinan Konsep Garden Beach di Pantai Cahaya Negeri Port Dickson
Majlis Perkahwinan Di Kampung Parit 13 Hutan Melintang Perak Diserbu Hantu

Majlis Perkahwinan Di Kampung Parit 13 Hutan Melintang Perak Diserbu Hantu

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1182 hits
Bayangkan majlis perkahwinan korang diserang oleh makhluk halus atau hantu macam mana perasaan korang masa tu Menjerit tu dah kira wajib lah kalau terserempak dengan hantu ni tapi mesti ada yang lari tak cukup tanah jugak kan Menurut pendud...
Video Gempar Kejadian Macam Ni Terjadi Setiap Kali Majlis Perkahwinan Dilangsungkan Majlis Perkahwinan Diserbu Hantu

Video Gempar Kejadian Macam Ni Terjadi Setiap Kali Majlis Perkahwinan Dilangsungkan Majlis Perkahwinan Diserbu Hantu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 1152 hits
GEMPAR Kejadian Macam Ni Terjadi Setiap Kali Majlis Perkahwinan Dilangsungkan Majlis Perkahwinan Diserbu Hantu Bayangkan majlis perkahwinan korang diserang oleh makhluk halus atau hantu macam mana perasaan korang masa tu Menjerit tu dah kir...
Kejohanan Olahraga Mssm Kali Ke 61 2019 Majlis Perasmian Pembukaan

Kejohanan Olahraga Mssm Kali Ke 61 2019 Majlis Perasmian Pembukaan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 658 hits
Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke 61 2019 Majlis Perasmian Pembukaan Lepas maghrib terus gerak ke Stadium Educity Ramai dah tiba Bawa SJCam sahaja memandangkan cuaca tak berapa cantik hari ni Alhamdulillah Semua berjalan lancar Cuma gambar se...
Majlis Penyerahan Kunci Kepada Semua Wakil Jualan Tertinggi Meeracle

Majlis Penyerahan Kunci Kepada Semua Wakil Jualan Tertinggi Meeracle

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 350 hits
Hi Korang MEERACLE satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran mengadakan majlis penyerahan kunci kereta Mercedes Benz kepada semua wakil jualan yang telah mencapai sasaran jualan sepanjang kempen menjadide...
Foto Sekitar Majlis Pertunangan Cucu Tun M Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan Cantiknya

Foto Sekitar Majlis Pertunangan Cucu Tun M Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan Cantiknya

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1101 hits
FOTO Sekitar Majlis Pertunangan cucu Tun M selamat bertunang dengan jejaka pilihan Cantiknya Cucu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Ally Mukhriz selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya Ezran...
Siti Jamumall Mendapat Tajaan Perkahwinan Rm500 Ribu

Siti Jamumall Mendapat Tajaan Perkahwinan Rm500 Ribu

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 725 hits
Siti Jamumall Mendapat Tajaan Perkahwinan RM500 Ribu Wahh kemain kecoh lagi di media sosial tentang perkahwinan si cantik manis Siti Jamumall yang mendapat tajaan sehingga RM500 ribu Bukak sahaja facebook dan instagram mesti ada yang menamp...
Orang Lain Dapat Bunga Aku Dapat Sejambak Bawang Weh Graduan Terima Sejambak Bawang Di Majlis Konvo Bikin Netizen Gelak

Orang Lain Dapat Bunga Aku Dapat Sejambak Bawang Weh Graduan Terima Sejambak Bawang Di Majlis Konvo Bikin Netizen Gelak

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 591 hits
Orang Lain Dapat Bunga Aku Dapat sejambak Bawang Weh Graduan Terima Sejambak Bawang Di Majlis Konvo Bikin Netizen Gelak Bagai sudah jadi tradisi setiap kali tibanya musim majlis konvokesyen ribuan graduan akan dihadiahkan dengan sejambak bu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord