Siapa Bakal Menguasai Kerusi Majoriti Melayu Di Pulau Pinang



GEORGETOWN: Perebutan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu akan menjadi babak paling menarik perhatian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang.
Sudah agak lama politik di Pulau Pinang tiada parti pesaing yang mampu muncul sebagai lawan kuat buat Pakatan Harapan (PH) yang meraih mandat besar meliputi 37 daripada 40 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Kali ini, Perikatan Nasional (PN) yang muncul sebagai gabungan pembangkang baharu mengintai 11 daripada 15 kerusi majoriti Melayu, dengan pola pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjadi petunjuk dan penanda aras kepada keputusan PRN nanti.
11 kerusi itu ialah Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua, Penanti, Pinang Tunggal, Permatang Pasir, Bertam, Seberang Jaya, Telok Ayer Tawar, Sungai Acheh dan Sungai Bakap.
Tiga kerusi DUN majoriti Melayu iaitu Telok Bahang, Pulau Betong dan Bayan Lepas dalam kawasan Parlimen Balik Pulau, hampir pasti kekal dikuasai Pakatan Harapan (PH) yang mendapat sokongan Barisan Nasional (BN).
Ini disokong sentimen istimewa pengundi Melayu di Balik Pulau terhadap UMNO yang dilihat mampu menyisihkan PN yang bersaing sengit dengan PH pada PRU15.
Selain itu, satu lagi kerusi majoriti Melayu yang dilihat sukar ditembusi PN ialah Batu Maung yang mana pengundi Melayu membentuk 54 peratus.
Sebagai rekod, PN pada PRU15 membuat kejutan apabila memenangi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang juga kubu kuat Barisan Nasional (BN), selain Parlimen Permatang Pauh yang didominasi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keluarganya sejak 1982.
Perlu diingat, ada sembilan kerusi DUN majoriti Melayu dalam tiga kawasan Parlimen itu.
PN YAKIN KUASAI 20 KERUSI
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata gabungan parti itu mampu meningkatkan penguasaan hampir 20 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang.
Ia jangkaan tertinggi setakat ini dengan bekas Perdana Menteri itu turut membakar semangat jentera parti supaya bekerja lebih keras dalam usaha membentuk majoriti mudah sekurang-kurangnya 21 kerusi untuk menerajui Pulau Mutiara.
Ramai melihat jangkaan itu ibarat jauh panggang dari api. Ia dianggap tidak realistik, selain cenderung dijadikan bahan jenaka di platform media sosial.
Boleh jadi juga Muhyiddin menerapkan taktikal perang seperti digariskan The Art Of War karya Sun Tzu yang bermaksud 'Pastikan kau ternampak lemah ketika kau kuat, dan kau ternampak kuat ketika kau lemah'.
Dalam hal ini persoalan daripada mana 21 kerusi boleh diperoleh mungkin sukar dijawab. Mampukah PN mengharapkan 'magis' sekutu mereka daripada GERAKAN termasuk Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau yang mengesahkan akan bertanding di kawasan Seberang Perai untuk membuat kejutan di Pulau Pinang.
Di sebalik impian besar BERSATU dan PAS mahu menawan lebih banyak kerusi Melayu di Pulau Pinang, UMNO yang kini menguasai dua kerusi DUN, iaitu Permatang Berangan dan Sungai Dua diramal hanya bertanding di beberapa kerusi berdasarkan prinsip kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang PRU14.
Berdasarkan prinsip itu, logiknya MCA dan MIC langsung tidak akan mendapat kerusi untuk ditandingi, apatah lagi kerajaan PH pimpinan DAP secara konsisten selama 15 tahun mempunyai sokongan bukan Melayu, terutama kaum Cina yang kukuh di Pulau Pinang.
Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan slogan 'try kalih' PN hampir mustahil direalisasikan dalam konteks Pulau Pinang.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, berkata dalam usaha mendapat keputusan seperti diharapkan parti bertanding harus bijak meraih sokongan 'pengundi terapung' yang dijangka menjadi undi penentu PRN kali ini.
Pulau Pinang sendiri merekodkan peningkatan jumlah pengundi baharu seramai 289,699 orang yang boleh mempengaruhi keputusan peti undi pada PRN kali ini, jika semuanya turun menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Beliau berpendapat bilangan pengundi terapung ketika ini lebih ramai daripada pengundi tetap yang terdiri daripada ahli, penyokong atau pengikut setia sesuatu parti.
Menurutnya, sentimen orang Melayu-Islam terancam masih menjadi modal politik 'laris' buat pembangkang di Pulau Pinang, namun ia dilihat kurang berkesan menarik sokongan pengundi terapung.
Beliau berkata, pengundi terapung boleh jadi cenderung memboikot atau bertindak sit out, iaitu enggan terbabit dalam proses membuang undi sekiranya mereka berasakan undi yang diberi tidak menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding dengan apa dikecapi ketika ini.
"Implikasinya ia akan menghasilkan keputusan yang mana kuasa kerajaan negeri dipilih minoriti rakyat.
"Melainkan blok parti bertanding mampu menjanjikan sesuatu sesuai dengan kehendak mereka atau memberi keyakinan dalam aspek seperti ekonomi, pekerjaan di samping persekitaran selamat dan menjamin masa depan mereka," katanya.
Mengimbau keputusan PRU14, PH yang bertanding menggunakan logo PKR ketika itu hampir menyapu bersih semua kerusi di Pulau Pinang, apabila menang 37 daripada 40 kerusi DUN.
Ketika itu, calon DAP menang semua 19 kerusi ditandingi, sama seperti calon PKR yang menang semua 14 kerusi ditandingi, manakala calon AMANAH menang dua daripada tiga kerusi dan BERSATU yang masih bersama PH ketika itu, menang dua daripada empat kerusi.
BN pula hanya menang dua daripada 40 kerusi DUN yang ditandingi dalam PRU14, manakala PAS hanya menang satu kerusi.
Krisis politik melanda negara sejak awal 2020 menyaksikan BERSATU meninggalkan PH dan beberapa wakil rakyat PKR menyertai BERSATU, sekali gus menambah kerusi parti serpihan UMNO itu daripada dua kepada empat kerusi DUN Pulau Pinang, manakala PKR kehilangan dua kerusi.
Kemelut itu berterusan apabila DUN Pulau Pinang meluluskan usul mengosongkan empat kerusi DUN membabitkan wakil rakyat BERSATU kerana melompat parti pada 5 Mac lalu iaitu Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam dan Telok Bahang.
PENGUNDI DALAM DILEMA
Penganalisis politik yang juga Pengarah Eksekutif di Pusat Kajian ILHAM Centre, Hisomuddin Bakar, berpandangan wujud dilema dalam kalangan pengundi Melayu di Pulau Pinang, terutamanya penyokong BN.
Katanya, penyokong BN terutama UMNO, masih tidak yakin dengan kerjasama parti itu bersama PH dan DAP. Malah, mereka mungkin keberatan untuk mengundi calon PH dan DAP, sekali gus menyaksikan PN mungkin menerima kelebihan seperti mana berlaku dalam PRU15.
"Jika BN dan PH masih gagal meyakinkan pengundi Melayu untuk memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan, saya jangka 'Gelombang Hijau' akan berterusan dalam PRN Pulau Pinang dan banyak kerusi majoriti Melayu akan dirampas PN," katanya.
Dalam pada itu, Hisomuddin melihat prestasi cemerlang dan tahap kepuasan hati yang amat memberangsangkan terhadap pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, boleh menjadi senjata pada Kerajaan Perpaduan untuk menarik undi pada PRN nanti.
Namun, katanya, prestasi cemerlang itu perlu diterjemah dalam bentuk undi, terutama dalam segmen Melayu, dengan PH dan BN perlu menguar-uarkan keutuhan kerjasama mereka untuk meyakinkan penyokong serta pengundi.
"Ketika ini juga PN berdepan tekanan selepas pemimpin mereka dihimpit siasatan dan pertuduhan di mahkamah, yang sedikit mengimbangi peluang untuk gabungan kerajaan perpaduan dalam PRN.
"Namun, jika PH dan BN tidak mengatasi sentimen Melayu di Pulau Pinang, kemungkinan besar kerusi DUN majoriti Melayu dalam Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau akan disambar PN," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/siapa-bakal-menguasai-kerusi-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Pulau Pinang Sasar Menang 32 Kerusi

Pakatan Pulau Pinang Sasar Menang 32 Kerusi

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 126 hits
PAKATAN Harapan Pulau Pinang menyasarkan untuk menang antara 30 ke 32 kerusi pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata sekiranya gabungan itu memenangi antara 30 ke 32 kerusi dalam PRN itu ia ...
Perjelas Isu Libat Pajakan Pulau Pinang Berdasarkan Fakta Sultan Kedah

Perjelas Isu Libat Pajakan Pulau Pinang Berdasarkan Fakta Sultan Kedah

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 178 hits
Beginda bertitah hakikat bahawa Pulau Pinang hanyalah dipajak juga perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah bahawa amat tidak wajar sekiranya suara rak...
Prn Bakal Tentukan Parti Mana Jadi Pilihan Melayu Di Semenanjung

Prn Bakal Tentukan Parti Mana Jadi Pilihan Melayu Di Semenanjung

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 232 hits
ismaweb netPN menang enam kerusi Parlimen di Selangor pada PRU15 PH perlu kerja keras pertahan negeriBANGI 11 Zulhijjah 1444H Jumaat Pilihan Raya Negeri di enam negeri sangat penting kerana bakal menentukan parti pilihan ramai masyarakat Me...
Sejarah Hubungan Kedah Dan Pulau Pinang Dipesongkan Sejak 200 Tahun

Sejarah Hubungan Kedah Dan Pulau Pinang Dipesongkan Sejak 200 Tahun

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 226 hits
bharian com myOleh Jun 21 2023 8 56pmMenteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama barisan exco mengadakan sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini Foto NSTP SYAHARIM ABIDINALOR SETAR Kerajaan negeri ...
Umno Bn Guna Simbol Dacing Pada Prn Pulau Pinang Tak Guna Simbol Ph

Umno Bn Guna Simbol Dacing Pada Prn Pulau Pinang Tak Guna Simbol Ph

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 264 hits
agendaily com16 06 2023UMNO BN akan menggunakan simbol dacing pada PRN Pulau Pinang Simbol dacing kekal digunakan calon UMNO Barisan Nasional pada Pi lihan Raya Negeri Pulau Pinang nanti UMNO BN Pulau Pinang tidak akan menggunakan simbol Pa...
Kerajaan Melayu Islam

Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 233 hits
Ada yang kata kena tolak Kerajaan Perpaduan sekarang Kerana kata mereka Kerajaan ini bukan Kerajaan Melayu Islam Pening kita dengar Tak cukup Melayu dan tak cukup Islam ke Kerajaan ini lagi bilamana 1 Kesemua 5 Parti Komponen PH BN GPS GRS ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik