Perjelas Isu Libat Pajakan Pulau Pinang Berdasarkan Fakta Sultan Kedah



Beginda bertitah, hakikat bahawa Pulau Pinang hanyalah dipajak juga perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis. (Astro Awani) – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah bahawa amat tidak wajar sekiranya suara rakyat negeri itu didiamkan terutama melibatkan sejarah dan kedaulatan Negeri Kedah.
Baginda turut mengingatkan bahawa pembentukan negara Malaysia tidak menjadi titik yang membenarkan sejarah negeri Kedah yang telah wujud sejak sekian lama dipadamkan.
Baginda bertitah, perbincangan mengenai sejarah negeri Kedah di pelbagai platform mulai subur sejak akhir-akhir ini di segenap lapisan masyarakat, terutamanya membabitkan kedudukan negeri itu dan Pulau Pinang.
Ia dilihat sebagai satu perkembangan yang baik dan baginda berharap agar minat rakyat untuk mendalami sejarah sebenar negeri Kedah dan Pulau Pinang tidak dinoktahkan secara melulu.
Beginda bertitah, hakikat bahawa Pulau Pinang hanyalah dipajak juga perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.
“Walaubagaimanapun, perbincangan mengenai perkara ini haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.
“Adalah lebih baik sekiranya fakta-fakta ini dikaji secara ilmiah dan lebih tersusun agar dapat dijadikan rujukan serta membawa kebaikan kepada generasi akan datang,
“Hal ini adalah kerana sejarah adalah sumber kebijaksanaan terpenting dalam mengajar kita seni bernegara,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berucap bersempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-81 di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Sultan Sallehuddin bertitah bahawa peristiwa lampau telah meletakkan negeri dalam keadaan yang sukar dan terpaksa bersetuju dengan perjanjian-perjanjian berat sebelah.
Perkara berkenaan harus dijadikan pedoman serta peringatan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam bertindak dan berurusan.
“Perjuangan menjaga hak dan kedaulatan negeri kini bukan lagi di medan perang sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan negeri terdahulu. Medan perjuangan kini adalah di meja-meja rundingan dan melalui tinta-tinta tulisan.
“Namun begitu, keberanian yang ditunjukkan oleh pahlawan terdahulu sebagaimana yang telah terpahat dalam lipatan sejarah Perang Musuh Bisik pada kurun ke-19 harus dicontohi dan dihayati oleh generasi masa kini,” titah baginda.
Baginda turut berharap agar sejarah Kedah terus dihayati oleh semua pihak kerana ia cukup bernilai tinggi selain ianya tidak boleh dibeli melainkan ‘ditempa dengan darah dan air mata’.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/06/18/perjelas-isu-libat-pajakan-pulau-pinang-berdasarkan-fakta-sultan-kedah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 197 hits
Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor b...
Jangan Noktahkan Sejarah Pajakan P Pinang Secara Melulu Titah Sultan Kedah

Jangan Noktahkan Sejarah Pajakan P Pinang Secara Melulu Titah Sultan Kedah

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 305 hits
freemalaysiatoday com 18 Jun 2023Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah tidak wajar suara rakyat Kedah berkisar sejarah dan kedaulatannya didiamkan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah hakikat tanah Pulau Pinang hanyalah dipaj...
Sejarah Hubungan Kedah Dan Pulau Pinang Dipesongkan Sejak 200 Tahun

Sejarah Hubungan Kedah Dan Pulau Pinang Dipesongkan Sejak 200 Tahun

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 312 hits
bharian com myOleh Jun 21 2023 8 56pmMenteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama barisan exco mengadakan sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini Foto NSTP SYAHARIM ABIDINALOR SETAR Kerajaan negeri ...
Bubar Dun Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan Pulau Pinang

Bubar Dun Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 505 hits
BUBAR DUN KELANTAN TERENGGANU KEDAH SELANGOR NEGERI SEMBILAN PULAU PINANG Untuk makluman anda Pilihan Raya Negeri bagi Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka akan diadakan pada Mac atau Ogos 2023 Disini...
Polis Rakam Keterangan Mb Kedah Yang Mendakwa Pulau Pinang Milik Kedah Esok

Polis Rakam Keterangan Mb Kedah Yang Mendakwa Pulau Pinang Milik Kedah Esok

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 194 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myKuala Lumpur Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diambil keterangan esok berhubung kenyataannya Pulau Pinang milik Kedah Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Sa...
Isu Kedaulatan P Pinang Mahu Tutup Kegagalan Pentadbiran Sanusi

Isu Kedaulatan P Pinang Mahu Tutup Kegagalan Pentadbiran Sanusi

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 415 hits
Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Seri Sanusi Md Nor mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang terus dikritik Ahli Parlimen Bukit Bendera Sharleena Abdul Rashid menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah itu tidak lebih sekadar sa...
Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin

Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

Jiran Sibuk Cari Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak Kanak Dalam Guni

Best Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe Masterclass

Berhujung Minggu Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anzalna Nasir Minta Netizen Henti Lagakan Amira Othman Fazura Kedua Duanya Wanita Hebat

Pasar Saloma Di Padang Mpaj Pandan Indah

Tiktok S Top 5 Plus Size Fashion Boutiques

Peralatan Pekebun Baru Hendak Berjinak Bercucuk Tanam Dan Tiada Ruang Yang Besar Di Rumah

Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Dari Rm20k Kini Rm4 Juta Sebulan Gula Cakery Buktikan Kuasa Impian Dan Konsistensi