Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi


Nik Nazmi dan Rafizi pohon
tinggalkan kabinet.RENCANA KHAS

SIAPA akan ganti tempat Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad kalau mereka tetap memgambil keputusan untuk kekal dengan kandungan surat permohonan cuti dan perletakan jawatan mereka. 
Saya yakin sebagai pamimpin yang cintakan damai Anwar Ibrahim tidak tergesa gesa untuk menerima permohonan kedua mereka kekal melepas jawatan. Anwar telah menerima permohonan cuti mereka sehingga 16 Jun, tetapi belum mengenai permohonan melepas jawatan.

Rafizi telah menghantar surat bertarikh 28 Mei memohon cuti sehingga 16 Jun dan akan melepaskan jawatan Menteri Ekonomi pada 17 Jun. Hal sama dikuti okeh rakannya Nik Nazmi akan melepaskan jawatan Menterin Sumber Asli dan Kelestarian Alam. 

Sampai kini Anwar tidak membalas permohonan untuk melepaskan jawatan mereka berdua. Saya yakin Anwar akan biarkan mereka berdua untuk memegang jawatan itu sekurang kurang sehingga atau sampai rombakan kabinet besar besaran setelah tiga tahun usia kerajaan Madani yang dijangka hujung tahun ini. 

Katakanlah Rafizi kekal dengan keputusannya, dan Nik Nazmi setia mengikuti Rafizi, Anwar tidak ada cara lain melainkan mencari individu atau pemimpin lain sebagai ganti. Di sini saya tidak fikir Anwar akan segera melantik seorang naib presiden yang baru menang dalam pemilihan baru baru ini sebagai pengganti walaupun dari segi konvensyen parti ia layak.

Ekoran masih ada rasa tidak senang dari kalangan penyokong Hiruk yang masih panas jiwa dan tidak boleh menerima kekalahan kerana dianggap berlaku penipuan, menyebabkan PM akan membuat keputusan yang munasabah, bijaksana dan mendamaikan semua pihak.

Kekosongan yang bakal dtinggalkan Tengku Zafrul Aziz tidak menjadi masalah kerana ia quota Umno. Umno boleh mencari sesiapa saja penggantinya kalaupun tidak untuk memegang portfolio Zafrul selaku menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia itu. Naib presiden Umno Johari Ghani yang kini menteri Peladangan dan Komoditi adalah tokoh layak untuk mengganti tempat bakal dikosongkan Zafrul hatta memegang portfolio ditinggalkan Rafizi itu

Nurul Izzah mahu
perkasakan parti.
Kalau mengikut amalan parti parti yang berkuasa sebelum ini, timbalan presiden akan dilantik memegang jawatan kementerian penting. Bagaimana pun untuk berbuat begitu Nurul Izzah Anwar yang menang bergaya dalam pemilihan baru baru ini ada sedikit halangan, beliau bukan seorang ahli Parlimen. Jika beliau perlu dilantik juga, maka Nurul Izzah terlebih dahulu akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara.

Sekali lagi saya tidak fikir Izzah akan dibawa menyertai kabinet. Anwar tidak sedia menambahkan persepsi nepotisme yang hangat berkumandang kini. Apa lagi semasa kempen Damai, Izzah mengatakan dia bertanding bukan untuk mengejar jawatan, tetapi lebih untuk memperkasakan parti.

Maksudnya ada hambatan dan keperluan lain kenapa beliau berbuat demikian. Mungkin umum tampak apa ditekan Izzah ialah memang beliau hendak perkuatkan parti. Kenyataan Izzah itu ikhlas apabila beliau dilaporkan menawarkan jawatan dalam parti kepada Rafizi selepasa usai pemilihan. Ini menunjukkan Rafizi ada nilai dan aset buat Keadilan. Dan Izzah sendiri masih menghormati persahabatan dengan Rafizi dan melihat pertandingan itu sesuatu yang normal bukan patut didendami.

Selama ini mungkin kerana Rafizi dan lain lain menteri yang dilantik menjadi menteri sibuk dengan tugas dan ganggungjawab menyebabkan parti dan organisasi parti tidak terkendali, terabai, justeru Izzah obses kepada masalah parti.

Molek benar kalau timbalan presiden baru bekerja ke arah itu menampong kecacatan sebelum ini. Keadilan perlu diperkukuhkan bagi memastikan tetap jadi tulang belakang kepada kerajaan Madani hari ini. Kerja dan tanggungjawab Izzah bukan mudah apa lagi apabila beliau terus diejek dan dipersendakan oleh netizen menyokong kumpulan yang kalah, ia mencabar

Kemenangannya cuba dinafikan dengan emosi. Mereka melihat Izzah musuh bukan kawan kepada tokoh yang mereka taksubi. Timbul juga kemusykilan dalam hal ini apakah netizen penyokong puak yang kalah itu adalah dari kalangan musuh kerajaan Madani. Bahawa musuh kerajaan Madani dan musuh peribadi Anwar telah mengeksploitkan sutuasi ini tanpa disedari. 

Jadi siapakah yang akan menjadi pengganti tempat Rafizi dan Nik Nazmi itu. Dalam hal ini bukan "ketanggungan" untuk memegang jawatan itu diutamakan. Mungkin sosok yang dirasakan perlu tidak berkeupayaan dan rendah ketimbang Rafizi dan Nik Nazmi. Mereka pengganti itu sekadar untuk mengekal status quo Keadilan dalam kabinet maka mereka perlu diangkat menjadi menteri.

Dua sosok yang saya nampak boleh diangkat dan sesuai dibawa masuk ke dalam kabinet menjadi menteri atau timbalan timbakan, seorang ialah Dr Mazlee Malik yang menang sebagai MPP baru baru ini. Beliau ada sedikit pengalaman sebagai menteri pendidikan sewaktu era kerajaan PH lampau. Untuk itu beliau boleh dilantik sebagai ahli Dewan Negara

Rodziah Ismail
melantiknya boleh jadi 
penawar.Selain itu ialah ahli parlimen Ampang Rodziah Ismail. Walaupun beliau tewas sebagai ketua wanita tetapi bukan alasan untuk dia dialpakan. Dengan pengalaman yang dimiliki, pernah menjadi Exco di Selangor dua penggal, pernah menjadi timbalan ketua Wanita, Setiausaha dan sebagainya, Rodziah boleh dibawa masuk ke dalam kabinet atau sekurang kurangnya dilantik jadi pembantu menteri.  
Sekiranya Dr Fuziah Salleh yang kini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dinaikkan pangkat jadi menteri Rodziah boleh jadi timbalan menteri.

Pelantikan Rodziah ini juga akan memperlihatkan bahawa, Keadilan parti yang profesional dalam membuat lantikan. Selain itu ia boleh dijadikan iktibar kepada ahli parti bahawa jika kamu memenangi jawatan dalam parti belum pasti diberi jawatan menteri, yang penting ialah kredibiliti dan kompentesi seseorang. Tindakan sebegini juga ia boleh mengurangkan nafsu untuk merebut jawatan sehingga sanggup main politik wang.

Ahli Parlimen Sungai Buloh Ramanan yang memenangi kerusi naib presiden dan dikecam terus disepanjang pemilihan boleh bersabar dan bertenang, tidak perlu dilantik menjadi menteri. Keadilan khasnya presiden Anwar kena buktikan bahawa beliau dalam memilih pemimpin kerajaan bukan berdasarkan senioriti dalam parti, tetapi kemampuan, intergriti dan kebolehan bekerja serta track record.
Paliong penting pelantikan tidak menjadi masalah

Bagaimana pun sebaik baiknya untuk memulihkan semangat dan menghormonikan keadaan Keadilan akibat pertandingan baru baru ini, adalah afdal kalah Rafizi dan Nik Nazmi dikekalkan sebagai menteri, kecualilah mereka tetap bersikeras dengan keputusan mereka maka pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan. [wk.kl. 10:06 pm 08/06/2025]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/06/siapa-akan-ganti-rafizi-dan-nik-nazmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Pkr Tak Cukup Kualiti Ganti Rafizi Nik Nazmi Jadi Menteri

Mp Pkr Tak Cukup Kualiti Ganti Rafizi Nik Nazmi Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 142 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA PKR tidak mempunyai Ahli Parlimen berkebolehan yang cukup untuk mengisi jawatan menteri ditinggalkan oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menurut seorang peng...
Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 153 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau masih belum memikirkan sebarang rombakan Kabinet susulan pengumuman peletakan jawatan oleh Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Al...
Rafizi Nik Nazmi Should Not Rejoin Cabinet

Rafizi Nik Nazmi Should Not Rejoin Cabinet

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 145 hits
Some may argue that Rafizi Ramli is difficult to work with Well what do they expect To make friends with him Rafizi is civil and that is what matters He has to make difficult decisions He has to remain focused The corridors of power is no p...
No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 202 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim says there have been no discussions for cabinet reshuffles as of yet and that this would not be happening soon This is after Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad both tendered their resignations to Anwar yesterd...
Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 163 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 4 Julai 2025 Saya bercuti bermula esok hingga ...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sehijau Warna Itu

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

Resepi Kek Lapis Dendam Aurora

Sir Ni Blippi Malaysia Kan Teknik Chant Cikgu Ini Buat Anak Mudah Ingat Ejaan

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading