Siapa Adik Azam Baki Adakah Kedudukannya Lebih Tinggi Daripada Azam Sendiri


 
Tanpa melalui sebarang proses siasatan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki nampaknya terus dibersihkan daripada sebarang salah laku atas dakwaan memiliki sejumlah saham yang besar dalam sebuah syarikat korporat.
Beliau dibersihkan hanya dengan memberi penjelasan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM saja.
Menurut Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa saham-saham itu adalah milik adiknya yang meminjam akaunnya bagi membelinya pada 2015 dahulu.
Saham-saham itu kini, katanya, telah pun dipindahkan kepada nama adiknya, Nasir Baki.
Dengan itu, tambah Abu Zahar, LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai sebarang manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.
“Ahli-ahli LPPR berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan sendiri dalam saham-saham berkenaan,” kata Abu Zahar lagi.
Wowww….senangnya Azam membersihkan diri dan dibersihkan oleh LPPR!!
Terus terima saja bulat-bulat penjelasan Azam tanpa perlu apa-apa siasatan?
Persoalannya adakah selama ini Azam pernah memberi penjelasan kepada pihak berkaitan dalam kerajaan berkenaan pemilihan saham tersebut?
Adakah JPA dan SPRM sendiri sebelum ini tahu berkenaan pemilikan saham tersebut kerana pada tahun 2015, Azam adalah Pengarah Siasatan SPRM dan sudah tentu ada ketua di atasnya?
Berkenaan penjelasan Azam kepada LPPR bahawa saham tersebut adalah milik adiknya yang meminjam namanya, ini sesungguhnya sesuatu yang pelik sekali kerana biasanya penjawat awam yang akan meminjam nama atau akaun orang lain jika mereka ada perniagaan di belakang tabir yang hendak dilakukan.
Tetapi, dalam kes Azam, beliau pula yang membenarkan namanya sebagai penjawat awam dan Pengarah Siasatan SPRM untuk digunakan untuk urusan perniagaan oleh orang lain.
Tidakkah ini pelik?
Kenapa adiknya tidak menggunakan nama dan akaunnya sendiri?
Adakah adiknya tidak mempunyai akaun atas namanya sendiri?
Kalau adiknya pandai main saham dan tahu berkenaan pemilikan saham, adakah adiknya tidak tahu membuka akaun sendiri?
Siapa Nasir Baki itu dan apa kedudukannya dalam kerajaan?
Pernahkah kita mendengar namanya sebelum ini?
Apakah pangkat dan kedudukannya lebih besar daripada Azam sendiri sehingga beliau terpaksa meminjam akaun abangnya untuk memiliki saham?
Selain itu, dengan penjelasan Azam bahawa saham itu adalah milik adiknya yang hanya meminjam namanya, bagaimana urusan pembiayaan saham-saham itu dilakukan?
Adakah ia menggunakan duit Azam atau duit adiknya?
Bolehkah Azam menunjukkan semua transaksi kewangan sebagai bukti?
Walaupun ternampak dibersihkan oleh LPPR, hakikatnya Azam belum bersih lagi di mata masyarakat, apa lagi SPRM sendiri terkait dengan banyak hal memalukan kebelakangan ini.
Hanya badan siasatan bebas yang mampu menyiasat secara menyeluruh dan tanpa berpihak saja dapat menentukan sama ada Azam benar-benar bersih atau sebaliknya. – ShahbudinHusin 06/01/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/siapa-adik-azam-baki-adakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 354 hits
Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan bahawa akaun peribadi miliknya telah digunakan oleh adik Nasir Baki bagi urusan pembelian saham Tambah Azam isu penggunaan akaun tersebut untuk me...
The Reason Why Macc S Azam Baki Is Under Attack

The Reason Why Macc S Azam Baki Is Under Attack

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 384 hits
There is a reason why they are going all out to embarrass the Malaysian Anti Corruption Commission and its chief Azam Baki This is because Lim Guan Eng Najib Razak Rosmah Mansor and Ahmad Zahid Hamidi are in deep shit and may be facing jail...
Macc Advisory Board Members Dispute Abu Zahar S Clearing Of Azam Baki

Macc Advisory Board Members Dispute Abu Zahar S Clearing Of Azam Baki

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 219 hits
Six members of the MACC Anti Corruption Advisory Board have disputed their chairperson Abu Zahar Ujang s account relating to the shareholding controversy involving MACC chief commissioner Azam Baki They noted that Abu Zahar during a press c...
Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 263 hits
YB Fahmi Fadzil YB Akmal Nasir YB Maszlee Malik YB Mariah Chin dan beberapa orang Ahli Parlimen lain telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki membabitkan isu rasuah
Pas Play Safe Isu Azam Baki Kerana Pernah Berurusan Dengan Sprm Dan Kegagalan Menyaman Husam Musa Isu 90 Juta

Pas Play Safe Isu Azam Baki Kerana Pernah Berurusan Dengan Sprm Dan Kegagalan Menyaman Husam Musa Isu 90 Juta

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 244 hits
Punca sebenar Pas memuji Azam Baki akhirnya terbongkarJanuary 7 2022Dunia maya dikecohkan dengan kenyataan rasmi parti Pas yang menyambut baik penjelasan terbuka Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki mengenai dakwaan pemili...
Pm Give Authorities Space To Probe Azam Baki S Case

Pm Give Authorities Space To Probe Azam Baki S Case

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 226 hits
All quarters should give space to the authorities to thoroughly investigate allegations on share purchase involving MACC Chief Commissioner Azam Baki said Ismail Sabri Yaakob The prime minister said investigations were being conducted by va...
Jika Pm Berwibawa Azam Baki Mesti Diarah Bercuti

Jika Pm Berwibawa Azam Baki Mesti Diarah Bercuti

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 263 hits
Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki perlu bercuti dari tugas rasmi dan disiasat sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berwibawa Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep