Shima Saya Kini Asnaf






"Gugur jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf," luah penyanyi Shima berkenaan status kehidupannya sekarang.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50, berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya hari ini.

"Malah mereka memohon maaf kepada saya sebelum menyebut perkataan ini.

"Mereka juga berjanji akan buat sedaya upaya dan tengok apa yang LZS boleh bantu saya.

"Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima," katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki itu mengakui suatu ketika dahulu kehidupannya agak mewah.

"Memanglah dulu saya dijulang dan undangan persembahan pula tak putus diterima.

"Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya ego nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.

"Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki. Malah persembahan yang bayar murah pun saya pergi," katanya.

Menurutnya, dia juga sudah lama tidak muncul dengan lagu terbaru, manakala penganjur pula lebih cenderung mengundang artis baru untuk membuat persembahan.

"Cuma lagu lama saya kerap dimainkan di radio tapi hasil royalti yang dapat bukanlah banyak sangat," katanya.

Shima yang popular pada pertengahan 1990-an sudah lama menderita sakit saraf serta sakit belakang dan mendapatkan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.



Terbaru, dia juga mengalami sakit lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.

"Makin lama kehidupan makin sukar kerana masalah sakit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.

"Untuk sembuh memang mustahil dan kalau buat pembedahan risikonya 50:50. Duit pun banyak keluar. Saya perlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk tujuan perubatan, manakala sewa rumah pula RM600.

"Wang simpanan saya ketika berniaga terpaksa dikeluarkan untuk tujuan perubatan dan lain-lain kegunaan," katanya.

Shima turut berhasrat untuk mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap ada mana-mana pihak tampil membantunya.

Sementara itu penderitaan Shima mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang mengunjunginya hari ini.

Elizabeth berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu meringankan penderitaan yang ditanggung Shima.

"Saya menghulurkan sumbangan peribadi dan peruntukan sebagai ADUN buatnya.

"Selain itu, saya dengan bantuan ahli majlis di sini akan cuba cari lokasi yang sesuai untuk berniaga kerana lokasi sedia ada tidak mempunyai lesen.

"Saya harap peminat dapat bantu Shima. Dia pernah menghiburkan serta menggembirakan peminat dan bantuan sewajarnya perlu diberikan terhadapnya," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/shima-saya-kini-asnaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Central Market Pasar Seni Kuala Lumpur Kini 131 Tahun

Central Market Pasar Seni Kuala Lumpur Kini 131 Tahun

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 307 hits
Hits 13Ramai yang mungkin tak tahu Central Market Pasar Seni Kuala Lumpur Kini 131 Tahun Orang Kuala Lumpur yang ada di sini pada tahun 1980 pasti akan kenal Central Market atau Pasar Seni Kuala Lumpur Kalau di Osaka Jepun ia umpama Dotonbo...
Klinik Statik Pos Lemoi Di Cameron Highlands Kini Dikuasakan Oleh Menara Telekomunikasi Edotco

Klinik Statik Pos Lemoi Di Cameron Highlands Kini Dikuasakan Oleh Menara Telekomunikasi Edotco

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 344 hits
Pos Lemoi ialah sebuah kawasan di Cameron Highlands yang didiami oleh orang asli yang sehingga kini tidak mempunyai sebarang kemampuan komunikasi dan tenaga elektrik edotco sebuah syarikat pembina peralatan komunikasi tempatan baru baru ini...
Kini Tampil Seperti Cewek Tulen Millen Cyrus Blak Blakan Soal Operasi Yang Udah Dilakukannya

Kini Tampil Seperti Cewek Tulen Millen Cyrus Blak Blakan Soal Operasi Yang Udah Dilakukannya

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 350 hits
Selama ini bikin penasaran dengan penampilannya kini akhirnya Millen pun perombakan apa aja yang terjadi pada dirinya
Beli Pempek Palembang Di Warung Kini Kena Pajak Tambahan

Beli Pempek Palembang Di Warung Kini Kena Pajak Tambahan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 169 hits
Makan pempek Palembang sebagai menu santapan pagi menjadi hal rutin yang dilakukan warga Sumatera Selatan Selain harganya yang terjangkau rasa kudapan lokal yang renyah ini mampu mengenyangkan perut dan membuat ketagihan
Mini Cooper Kini Ditawarkan Dalam Versi Elektrik Sepenuhnya

Mini Cooper Kini Ditawarkan Dalam Versi Elektrik Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 210 hits
Kenderaan elektrik kini amat popular di negara barat kerana membolehkan pemilik mengurangkan pencemaran peribadi yang selama ini dilakukan menerusi kenderaan berkuasa bahan api fosil Hari ini Mini Cooper menjadi sebuah lagi kenderaan ikonik...
Google Keep Untuk Web Kini Menyokong Tema Gelap

Google Keep Untuk Web Kini Menyokong Tema Gelap

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 214 hits
Google Keep atau Keep Notes adalah aplikasi mengambil nota daripada Google yang boleh digunakan pada pelbagai platform Dengan satu akaun Google segala nota boleh diakses tidak kira pada masOS iOS Android Chrome OS atau lain lain Beberapa bu...
Norman Kru Kini Ahli Seumur Hidup Bersatu Sahut Seruan Tun M

Norman Kru Kini Ahli Seumur Hidup Bersatu Sahut Seruan Tun M

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 262 hits
Seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu bersatu disambut oleh selebriti tanah air Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang membuat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai ahli seumur hidup Pe...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag