Shi Yu Qi Perang Mulut Dengan Viktor Axelsen Dalam Separuh Akhir Bwf Denmark Open
Shi Yu Qi ‘Perang Mulut’ Dengan Viktor Axelsen Dalam Separuh Akhir BWF Denmark Open
Impian Viktor Axelsen untuk mara ke pentas akhir tidak kesampaian apabila pemain tuan rumah itu tersingkir daripada BWF Denmark Open selepas tewas kepada pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia dari China, Shi Yu Qi.
Difahamkan, perlawanan itu berakhir dengan keputusan sengit dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Odense pada Sabtu lalu.
Stadium Astro melaporkan Shi Yu Qi meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap gaya permainan yang ditampilkan oleh bekas juara dunia, Viktor Axelsen dalam perlawanan separuh akhir.
Menerusi video yang tular di laman X, kelihatan pemain nombor satu dunia itu berang dengan tindakan Axelsen yang menuduh sengaja melambatkan aksi sehingga berlaku pertegangan mulut.
Kebiasaan Axelsen memulakan servis dengan gaya tersendiri dipercayai menjadi punca Shi Yu Qi berang dan tertekan untuk meneruskan permainan.
Keadaan itu memaksa pengadil memanggil kedua-dua bintang terkemuka tersebut bagi menenangkan suasana di gelanggang.
Usai aksi penuh sengit itu, Shi Yu Qi akhirnya mara ke final selepas mencatat kemenangan 21-19, 17-21, 21-17 dalam pertarungan selama 75 minit.
https://x.com/BadmintonZenith/status/1979595968824967367
Kedua-dua pemain dalam fasa bina semula prestasi
Menurut portal Olympics, pertembungan antara Axelsen dan Shi sememangnya dijangka sengit memandangkan kedua-dua pemain berada dalam fasa membina semula prestasi masing-masing menjelang kitaran Olimpik baharu.
Axelsen baru sahaja kembali beraksi selepas menjalani pembedahan belakang dalam usaha memanjangkan kerjayanya yang sudah merangkul dua gelaran dunia selain pingat Olimpik dan gangsa dunia.
Sementara itu, Shi pula bergelut dengan motivasi selepas prestasi mengecewakan di Paris 2024, malah pernah mempertimbangkan untuk bersara daripada sukan badminton.
Menurut portal Olympics lagi, Axelsen bangkit selepas tewas pada set pertama dan memenangi set kedua, namun tetap tidak mampu mengatasi Shi Yu Qi pada set penentuan.
BACA: Lima Hari Tak Jumpa, Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak
BACA: Tak Sangka, Mat Saleh Dedah Sebab Malaysia Jadi Tempat Terbaik Belajar Bahasa Inggeris
BACA: Ramai Terlepas Pandang, Mekanik Dedah Masa Sesuai Tukar “Absorber” Kereta
Sumber: Stadium Astro, Olympics
The post Shi Yu Qi ‘Perang Mulut’ Dengan Viktor Axelsen Dalam Separuh Akhir BWF Denmark Open appeared first on Siakap Keli.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://siakapkeli.my/2025/10/19/shi-yu-qi-perang-mulut-dengan-viktor-axelsen-dalam-separuh-akhir-bwf-denmark-open/