Sharnaaz Risau Emma Pula Obses
Sharnaaz risau, Emma pula obses
SEJAK melahirkan anak dan bergelar ibu kepada Shariq Gabriel, aktres Emma Maembong memilih untuk berehat sementara waktu daripada kerja lakonan bagi memberi fokus terhadap keluarga kecilnya.
Begitu juga dengan aktor popular, Sharnaaz Ahmad yang sudah lama tidak muncul dalam drama rantaian. Bagaimanapun, naskhah adaptasi novel, I Promise, Janji Anaqi nukilan Acik Lana itu sukar ditolak.
Awalnya, lelaki berusia 37 tahun itu cukup bimbang untuk memasuki set penggambaran kerana sudah lama tidak berlakon, bagaimanapun semuanya berjalan dengan mudah kerana kesemua pelakon cukup profesional.
“Sebenarnya sudah beberapa tahun saya tidak berlakon, hati terbuka selepas melihat skrip yang menarik dan dipujuk oleh Michael Ang. Boleh dikatakan kami semua tidak pernah bekerjasama secara rapat sebelum ini, jadi wujud kebimbangan soal keserasian.
“Sangkaan saya meleset, apabila hari pertama di set penggambaran Emma memberi lakonan yang bagi saya cukup hebat. Sikap dan semangatnya secara tidak langsung membuatkan saya mahu beri yang terbaik,” ujar Sharnaaz dalam satu temu bual virtual baru-baru ini.
Disebabkan sudah lama tidak muncul menyerikan drama televisyen, Sharnaaz berharap I Promise, Janji Anaqi mampu memberi impak dalam karier lakonannya.
“Drama I Promise, Janji Anaqi boleh dikatakan naskhah kemunculan semula saya dalam dunia lakonan.
“Oleh sebab itu, saya harus lebih serius dan memberi lakonan yang meninggalkan impak kepada penonton,” tutur Sharnaaz.
Disoal tentang wataknya yang merupakan seorang pembunuh upahan bernama Anaqi, Sharnaaz mengakui tidak sukar memandangkan karakter watak sedemikian adalah ‘makanannya’.
Lantas, tidak keterlaluan jika ada yang membandingkan watak Anaqi dengan Jebat, seorang gangster lakonan Sharnaaz menerusi drama Bukan Aku Tak Cinta.
“Mungkin ada beberapa bahagian karakter kelihatan hampir serupa dengan Jebat, namun heroinnya berbeza dan Anaqi tidak kasar sebagaimana Jebat.
“Anaqi seorang yang sangat tenang, perahsia dan tidak mempunyai ramai kawan kerana pekerjaannya seorang pembunuh upahan.
“Bagi, saya sendiri, memang agak berbeza,” ujar Sharnaaz yang gemar melakonkan babak pergaduhan berbanding romantik.
Kecederaan
Menyambung bicara tentang perjalanan naskhah yang mengangkat kisah wanita didera suami, terdapat banyak adegan aksi yang dilakukan sendiri oleh barisan pelakon.
Justeru, kecederaan ringan tidak dapat dielakkan.
Sungguhpun begitu, setiap kali sebelum adegan aksi seperti pergaduhan atau pukul dilakukan mereka akan menjalani latihan terlebih dahulu bersama koreografer aksi.
“Memang ada kecederaan, tetapi bagi saya ringan dan tiada yang serius.
“Setakat lebam-lebam, biasalah. Berlakon dalam drama tempatan, kita tidak ada banyak masa untuk melakukan persediaan.
“Sebaik sahaja penggambaran dibenarkan, kami mengejar masa untuk menyiapkan drama ini secepat mungkin. Janganlah samakan drama aksi tempatan dengan luar negara.
“Kalau di luar negara satu adegan aksi mereka ada masa sehingga seminggu, namun di Malaysia, kami hanya ada masa dua jam sahaja untuk menyiapkannya (ketawa),” kata Sharnaaz jujur.
Perihal sama turut diakui Emma Maembong yang mengalami kecederaan ketika penggambaran berlangsung.
“Biarpun ada buat persediaan, tetap terbabas antaranya, mulut saya pernah berdarah kerana terkena rantai yang dipakai Sharnaaz.
“Kecederaan itu menyebabkan mulut saya cedera sedikit.
“Tangan pula mengalami lebam-lebam kerana dipegang kuat oleh Talha.
“Namun, saya gembira dapat bekerja dalam pasukan produksi drama I Promise, Janji Anaqi. Ini kerana kami semua dapat memberi kerjasama yang baik dan saling membantu,” katan Emma.
Pengorbanan
Menebak keterujaan Emma saat ditawarkan watak Hayla, seorang wanita yang menjadi mangsa dera suami sendiri, ternyata pelakon putih mulus itu agak gementar.
Perasaan bimbang menyelubunginya, bukan kerana lakonan, tetapi disebabkan terpaksa berjauhan buat pertama kali dengan anak, Shariq Gabriel, satu tahun.
“Ketika mula-mula mendapat tawaran lakonan, memang saya tidak bersedia, biasalah sindrom ibu-ibu baharu. Sukar untuk saya tinggal anak dalam tempoh yang lama.
“Selepas fikir dengan mendalam, susah juga jika saya terlalu obses dengan anak, nanti anak akan melekat sahaja dengan saya. Saya tetap perlu bekerja kerana lakonan adalah jiwa saya,” tutur Emma.
Tambah Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, disebabkan tidak boleh begitu fokus ketika di set penggambaran kerana fikiran sentiasa teringatkan anak di rumah, dia membuat keputusan membawa si kecailnya ke set penggambaran.
“Saya sukar untuk fokus berlakon kerana asyik teringatkan anak. Sebagai ibu, saya percaya kita jaga anak lebih baik daripada orang lain.
“Akhirnya, saya ambil jalan pintas dengan bawa anak ke set penggambaran.
“Saya boleh bekerja dan hati pun tenang, selesai masalah,” kongsi Emma sambil ketawa.
Sungguhpun begitu, Emma tidak akan selalu membawa anaknya ke setiap lokasi penggambaran, sebaliknya memilih tempat yang sesuai dan selesa.
Tambahnya, bukan tidak percaya kepada pembantu rumah atau orang lain untuk menjaga anaknya, namun dia lebih tenang andai anaknya berada di depan mata.
“Saya tidak bawa anak selalu kerana sedar perlu juga belajar tinggalkan anak.
“Oleh itu, saya akan lihat lokasi penggambaran terlebih dahulu, jika sesuai seperti di rumah dan tempat selesa barulah saya akan bawa.
“Jika tempat panas dan tidak sesuai saya tidak akan bawa anak, bergantung pada keadaan.
“Bukanlah saya tidak percaya orang lain jagakan anak cuma dengan kasih sayang seorang ibu, hanya ibu sahaja yang akan menjaga anak mereka betul-betul,” kata Emma.
Drama, I Promise, Janji Anaqi sebanyak 28 episod arahan Hadith Omar ini sudah pun menemui penonton saluran saluran Astro Ria setiap Isnin sehingga Khamis, pada pukul 11 malam, sejak 6 Disember lalu,
Selain Emma dan Sharnaaz, naskhah berkenaan turut dibintangi pelakon Talha Harith, Dayana Roza, Elyas Abdullah, Isaac Imann, Izuan Razali dan Ikhwan Khairudin. K Online
Sharnaaz risau, Emma pula obses
Baca Artikel Menarik :
Ameera Khan bakal diambil tindakan oleh GSC?
Notis tukar 24 jam pada SUK Melaka: Perkara biasa, kata KM
Lancar Tabung Dana Wakaf al-Quran bantu beli 50,000 al-Quran
Bayi hendak dikebumi didapati masih bernyawa
Waris minta mahkamah bekukan RM10 juta – Pengetua Tahfiz
UMNO Kelantan Tidak Pernah ‘Ikat’ Pas – Ketua Pemuda Negeri
Adakah Azam langgar undang-undang pemilikan saham?
Zarina Anjoulie kena kecam cium Iqram Dinzly
Geng Budak Rohingya Dah Diangkut Pihak Berkuasa
Mayat wanita bertatu bunga ros di punggung disahkan gadis Vietnam
Lakukan provaksi selepas dikompaun letak motosikal di parkir OKU
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)
Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz
The post Sharnaaz risau, Emma pula obses appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/07/sharnaaz-risau-emma-pula-obses/