Sharifah Shahirah Mahu Hijab Hati Mulut Dahulu






Sering ditebak soalan berkaitan aurat dan kesediaan untuk berhijab, penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah tidak melenting tatkala diajukan soalan sedemikian.

Tambahan pula, menerusi laman Instagramnya, personaliti berusia 45 tahun yang mesra disapa Shiera itu kerap berkongsi gambar dirinya mengenakan lilitan turban sehingga ramai beranggapan dia dalam proses mengenakan hijab.

Sekadar tersenyum dan berlapang dada dengan pendapat umum, Shiera mengakui, jauh dalam sudut hati dia ingin ke arah itu.

Namun ujarnya, selain fokus terhadap hijab pada bahagian kepala semata-mata, dia lebih selesa mengenakan ‘hijab’ pada hati dan mulutnya terlebih dahulu.

Selain berkongsi tentang kisah hijab, Shiera turut menjawab dakwaan netizen, kononnya dialah dalang di sebalik akaun Instagram gosip @makcik_puaka yang kini berdepan saman oleh aktor Fizz Fairuz.

Sheira, apakah projek terkini anda selain sibuk sebagai penyampai radio?

SHARIFAH SHAHIRAH: Saya banyak terlibat dengan rakaman iklan untuk YouTube. Kerjaya saya pada masa kini hanya sebagai penyampai radio di Suria FM.

Jujurnya, saya tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti lain kerana fokus terhadap tanggungjawab sebagai penyampai radio.

Adakah anda tidak menerima sebarang tawaran lain?

Tak baik (selorohnya). Tawaran memang banyak terutama lakonan. Saya juga rindu untuk berlakon tetapi berlakon menuntut masa dalam tempoh yang panjang.

Kadangkala tawaran berlakon daripada kalangan kenalan rapat pun terpaksa saya tolak. Jika ada kelapangan, insya-Allah.

Adakah anda sedang dalam proses mengenakan hijab berikutan perkongsian kiriman Instagram beberapa keping gambar mengenakan turban dan berselendang?

(Ketawa) Itu sebenarnya menjadi kebiasaan saya ketika berada dalam konti kerana saya mudah terkena serangan sakit kepala.

Tiada apa yang pelik dengan tindakan saya melilit kepala sama ada mengenakan turban atau skarf. Masuk masjid pun saya berselendang.

Adakah anda tidak mempunyai impian untuk berhijab?

Isu agama dan politik antara dua perkara yang sukar untuk saya ulas kerana tugas saya di sini sebagai seorang penghibur.

Saya yakin Allah lebih tahu isi hati kita. Keinginan itu ada, apatah lagi semakin berumur, hati akan tergerak sendiri untuk menutup aurat sepenuhnya.

Mengapa anda tidak mulakan dengan memakai hijab kemudian diikuti perkara baik yang lain sebagai muslim?

Saya dahulukan belajar untuk menutup hati daripada mengeluarkan cerita aib mengenai orang lain dan mengumpat mengenai keburukan orang lain, kemudian baharulah menutup kepala.

Saya masih dalam proses belajar. Apa guna saya tutup kepala tetapi fizikal masih mengghairahkan.

Adakah suami, Ijoy Azhari tidak pernah memberikan anda saranan untuk berhijab?

Kami lebih fokus untuk memperbetulkan solat lima waktu kerana itu lebih penting sebagai hamba-Nya.

Dalam solat pun kadangkala banyak tajwid yang tidak betul. Biar saya memperbaiki asas sebelum ke peringkat seterusnya.

Apakah pesanan anda kepada khalayak yang mempertikaikan penampilan anda tidak seiring usia?

Saya faham orang nampak saya seperti jahat. Sebelum nak mengata keburukan orang, bersihkan diri dan rumah sendiri dahulu.

Belajar tutup hati daripada bercerita buruk mengenai hal orang lain.

Kita buat baik, biar Allah sahaja yang tahu, tidak perlu berkongsi sana sini.

Gara-gara komen netizen, ramai mengaitkan anda sebagai pemilik Instagram 
@makcik_puaka. Adakah benar dakwaan tersebut?

Boleh saya gelak dahulu? Saya sendiri pernah menjadi mangsa dalam akaun berkenaan. Saya hanya menjadi ‘makcikpuaka’ ketika dalam konti menerusi slot petang Suria FM. Itu fitnah dan tidak mungkin. Alhamdulillah dapat pahala lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/sharifah-shahirah-mahu-hijab-hati-mulut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sharifah Shahirah Saya Bukan Mak Cik Puaka

Sharifah Shahirah Saya Bukan Mak Cik Puaka

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 651 hits
Penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah didakwa sebagai pengendali dan individu sebalik Instagram makcikpuaka yang sering membongkar kisah kontroversi para selebriti tempatan Sharifah Shahirah atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed ...
Betul Ke Mak Cik Puaka Itu Sharifah Shahirah

Betul Ke Mak Cik Puaka Itu Sharifah Shahirah

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 409 hits
SHARIFAH SHAHIRAH Kalaupun betul itu saya takkanlah saya nak kutuk diri sendiri pasal kek masjid suatu masa dulu Foto GempakTIADA angin tiada ribut tiba tiba muncul dakwaan individu di sebalik akaun Instagram viral makcik puaka adalah perso...
Seronok Bekerja Pencuci Bangunan Selamba Main Tiktok Hiburkan Hati Dengan Rakan2

Seronok Bekerja Pencuci Bangunan Selamba Main Tiktok Hiburkan Hati Dengan Rakan2

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 324 hits
Seronok bekerja pencuci bangunan selamba main TikTok hiburkan hati dengan rakan2 Bekerja merupakan satu tanggungjawab yang harus dilakukan untuk kelangsungan hidup Setiap tempat kerja pasti ada masalah dan risikonya yang tersendiri Sebagai ...
Kota Yang Membuatku Jatuh Hati

Kota Yang Membuatku Jatuh Hati

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 438 hits
Catatan Abe Rintik hujan membasahi sepanjang perjalanan ku menuju kota yang belakangan ini telah mencuri hatiku Dulu tak pernah sedikitpun aku peduli pada kota ini karena menurutku sama saja seperti yang lainnya biasa saja dan tak ada yang ...
Kaya Hati Membawa Kebahagiaan Hidup 9349

Kaya Hati Membawa Kebahagiaan Hidup 9349

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 290 hits
Kebahagiaan yang Nampak Jelas di Wajah Rasulullah by YA Rasulullah Halimah binti Abdullah bin Harits As Sa diyah ingin masuk Itulah yang membuat Rasulullah nampak begitu gembira Hati beliau sungguh rindu terbesit kenangan kenangan manis dal...
Orang Puteh Memang Busuk Hati

Orang Puteh Memang Busuk Hati

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 429 hits
Hundreds of millions of non white people were murdered so that white people could get rich The white people got rich on the blood of non white people White people started wars that killed hundreds of millions of not only non white people bu...
Gambar Keriangan Ibu Gelandangan Yang Menghiburkan Anaknya Buat Ramai Tersentuh Hati

Gambar Keriangan Ibu Gelandangan Yang Menghiburkan Anaknya Buat Ramai Tersentuh Hati

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 511 hits
Keakraban ibu gelandangan yang menghiburkan anaknya bukti bahagia milik semua bukan untuk golongan kaya semata mataGambar Keriangan Ibu Gelandangan Yang Menghiburkan Anaknya Buat Ramai Tersentuh Hati
Menitis Air Mata Luahan Adik Mangsa Kemalangan Yang Meragut Nyawa Bayi 10 Bulan Sentuh Hati Netizen

Menitis Air Mata Luahan Adik Mangsa Kemalangan Yang Meragut Nyawa Bayi 10 Bulan Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 411 hits
Kita memang tak sedar tapi sebenarnya setiap hari kita menggadaikan nyawa di atas jalan raya Malang memang tak berbau walaupun kita dah cuba bawa kenderaan dengan selamat ia tak menjamin keselamatan kerana ia boleh berlaku atas kecuaian ora...
D Hati Madu Kelulut Asli Dari Hutan Nusantara

D Hati Madu Kelulut Asli Dari Hutan Nusantara

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 872 hits
D hati Madu Kelulut Asli Dari Hutan Nusantara Memperkenalkan kepada anda D hati Madu Kelulut 100 Asli dari Hutan Nusantara Dr Eshaifol dari USM berkongsi maklumat dalam ruangan bersama pakar di Bernama Radio bahawa Malaysia dan Dunia amnya ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid