Shanling Mtw100 V2 Cinta Pandang Pertama
Shanling bukan nama asing dalam dunia audio. Depa ditubuhkan pada tahun 1988.
Depa banyak menghasilkan IEM, DAP, Hi-Fi Amp dan pelbagai produk audio yang menjadikan depa salah satu nama besar dalam dunia audiophile.
Kali ini Mamu berpeluang mencuba Shanling MTW100 untuk ulasan TWS dan tatapan hangpa. MTW100 ada 2 variasi iaitu dynamic drivers (DD) dan balanced armature (BA). Dalam ulasan ini Mamu dapat variasi DD.
Sebelum kita mulakan ulasan, mai kita tengok apa ada dalam kotak dan video unboxing untuk tatapan hangpa semua.
Ini adalah rekabentuk luaran kotak produk MTW100 dengan tona warna putih dan kelabu. Gambar model TWS dijadikan sebagai subjek utama dalam kotak ni.
Spesifikasi TWS dan informasi berkaitan terletak di belakang kotak.
Di sebelah kiri kotak, hangpa dapat tengok model dan serial number produk tersebut. Macam mamu dapat ni versi DD.
Spesifikasi MTW100
Audio
Pemacu
Graphene 6mm Dynamic Driver (DD)
Impedan
20Ω
Respon Frekuensi
20-40000Hz
Kepekaan
113db
Sambungan & Kawalan
Sambungan Wireless
Bluetooth V5.0
Mikrofon
Ya
Jangka Hayat Bateri TWS
6 Jam
Jangka Hayat Bateri Kotak Simpanan TWS
21 Jam
Masa Mengecas
1.5 Jam (TWS)
1.5 Jam (Kotak Simpanan)
Input
DC 5V 1A
Sokongan Codec
SBC/AAC
Jarak Wireless
Sehingga 10m
Protokol Bluetooth
HSP/HFP/A2DP/AVRCP/SPP/PBAP
Rekabentuk
Cara Penggunaan
In-Ear
Dimensi
23.1*17.2*22mm (TWS)
56*25*30mm(Bekas Simpanan)
Berat
4.7g (TWS)
39.5g(Bekas Simpanan)
Bila hangpa buka kotak, hangpa akan dihidangkan dengan produk tu sendiri dikelilingi span untuk keselamatan dari gegaran bila J&T campak barang hangpa sejauh 100 meter.
Dalam kotak, hangpa akan dapat barang berikut :
MTW100 Dynamic Driver
Leather Lanyard
6 Pasang eartips (1st time dapat eartips banyak macam nih.)
Manual
Kabel Type C (awat la warna hijau. Buat warna merah lagi menarik)
Selama hampir sebulan penggunaan Mamu dengan TWS ini, prestasi MTW100 hampir mencapai piawaian ideal TWS Mamu. Antara ciri yang memang Mamu berkenan, ia didatangkan dengan IPX7, jadinya sesuai untuk hangpa yang suka berbasikal, lari, jogging ataupun gim. Tak perlu risau peluh hangpa rosakkan TWS ni.
Advanced DSP dia memang terbaik bila Mamu buat panggilan. Orang yang dok dengaq panggilan Mamu depa kata suara Mamu jelas tanpa ada gangguan bunyi asing.
Kalau hangpa jenis macam Mamu suka pakai sebelah ja masa buat kerja, MTW100 ni boleh diguna dalam mod mono atau stereo. Takdak la hangpa risau boss hangpa keriau panggil nama, hangpa tak dengaq kan?
MTW100 menggunakan kawalan sesentuh. Kawalan ni ada hit & miss bila guna. Ambil masa sedikit untuk hangpa serasi dengan kawalan dia. MTW100 ni takda kawalan untuk hangpa laraskan kelantangan audio hangpa.
Mamu pi kerja naik motor dan selalu gak dengaq lagu sambil bawa motor ke tempat kerja. Pakai MTW100 ni memang selesa seakan hangpa tak pakai TWS. Fits like a glove bak kata orang putih.
Fungsi Surrounding Awareness mode (tap 4 kali di earbud sebelah kanan) banyak membantu nak dengaq bunyi kereta hon atau motor lalu kat lampu trafik dengan tak menghiraukan nyawa sendiri. Fungsi ni boleh diperbaiki lagi pasal bagi Mamu bunyi dihasilkan ada sedikit robotik pada pendengaran Mamu.
Mari kita tengok macam mana MTW100 ni bila Mamu mainkan lagu kegemaran Mamu. Kesemua lagu Mamu gunakan Tidal. Hangpa boleh dengaq kat pautan bawah :
Secara keseluruhan, profil talaan TWS ni lebih kepada profil Balanced.
Talaan treble pada MTW100 ni bagi Mamu secukup rasa tanpa ada gangguan pada spektrum ni. Mids pada TWS ni agak terbuka dan bunyi jelas bila hangpa dengaq lagu macam Hotel California. Talaan bass dia pula secukup rasa dan tidak keterlaluan. Fast attack & decay dia tidak mencacatkan lagu hangpa dengaq macam Mamu suka dengaq lagu Warrior dari Mark With A K. Soundstage pada MTW100 ni memang tidak mengecewakan. Kedalaman dan keluasan dapat didengari bila Mamu dengaq lagu kegemaran Mamu, Careless Whisper. (ya, Mamu dah tua dan suka lagu lama)
Vokal wanita pada MTW100 bagi Mamu cukup memberangsangkan. Ada sesetengah TWS Mamu pakai, vokal perempuan akan tenggelam. Kejelasan dapat didengari bila Mamu dengaq lagu Within Temptation – Aquarius. Lagu Offspring & Limp Bizkit tidak mengecewakan halwa telinga Mamu. Ketukan drum dan riff guitar cukup mengasyikkan sehingga hangpa seolah-olah dalam dunia hangpa sendiri. (takut bini keriau panggil tak dengaq, on ja surround awareness mode)
Sebagai kesimpulannya, Shanling MTW100 ini boleh dijadikan pilihan TWS untuk hangpa yang masih mencari TWS pertama atau untuk hangpa tambah koleksi TWS (satu mana cukup bro). Keselesaan dan ringan masa pakai tu buat Mamu jatuh hati. Dengan tanda harga RM379 hangpa boleh merasai apa yang Mamu dah rasa selama penggunaan Mamu.
Hangpa boleh beli di pautan dibawah dan boleh tengok barang baru depa di Facebook depa.
E1 Personal Audio Malaysia
E1 Personal Audio Lazada
E1 Personal Audio Facebook
Berjumpa kita lagi di ulasan yang lain. Mamu signing out!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/shanling-mtw100-v2-cinta-pandang-pertama/