Shamsul Sentuhi Pekebun Kecil Getah Di Kuala Krai


CATATAN PERJALANAN 

Shamsul menyampaikan sumbangan
kepada Amni Baldisha.BEGITU saya diberi tahu Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md. Akin akan turun ke Kuala Krai untuk bertemu dengan para pekebun kecil getah di kawasan itu saya turut terpanggil untuk ikut sama ke majlis itu.

Saya terpanggil dan berasa perlu mengikutinya kerana majlis pertemuan pemimpin dengan penduduk luar bandar itu sesuatu yang saya harap-harapkan. Bagi saya rakyat marhen yang tidak berkepentingan perlu dahulukan.

Saya mahu lihat sendiri dari dekat akan perasaan dan wajah rakyat luar bandar apabila berjumpa dengan pemimpin apa lagi bertaraf menteri atau timbalan. Dengan perjumpaan itu mereka akan dapat menyampai dan meluahkan masalah mereka secara langsung dan pemimpin dapat memahaminya.

Kedatangan pemimpin berjumpa dengan mereka akan menjadi penawar, melegakan perasaan mereka yang disogok dengan pelbagai masalah ketika ini, selepas beralihnya kerajaan pusat. Berbagai provokasi bagi melemahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini sedang diperlakukan. Justeru para pemimpin harus lebih kerap dan ramai mendampingi rakyat.

Kebetulan pula Shamsul Iskandar adalah sosok saya kenal rapat dan berkawan dengan beliau sejak awal Reformasi lagi. Beliau seorang anak muda yang gigih dan penuh iltizam. Jadi apabila beliau diketahui ingin menemui rakyat luar bandar, apa lagi di negeri Cik Siti Wan Kembang, sangatlah membanggakan saya. Apa lagi saya dapat tahu kunjungan Shamsul ke majlis itu adalah kunjungan pemimpin bertaraf timbalan menteri pertama kali.

Sebahagian pekebun kecil getah yang hadir. Saya tidak begitu gembar dengan menteri yang hadir diupacara atau majlis-majlis besar bertaraf lima bintang, seperti majlis makan malam di hotel besar atau majlis anugerah kepada golongan tidak membabitkan orang kampung. Bagi saya acara atau pemimpin sebegitu yang berada jauh daripada rakyat.

Penyertaan pekebun wanita juga menggalakkan.Mungkin kerana saya juga orang kampung, jadi sangat teruja dan gembira kalau ada menteri hendak berjumpa dengan orang kampung. Bagi saya pemimpin perlu lebih banyak berjumpa dan mendekati orang kampung daripada orang di bandar atau pinggir bandar. Elok kalau kesemua menteri kabinet membuat program khas untuk masuk kampung, ke tanah rancangan Felda dan sebagainya.

Mula saya berjanji dengan rakan untuk menaiki kereta, (bergilir memandu) untuk ke majlis Shamsul itu, tetapi tidak jadi. Hendak tak hendak terpaksa menaiki kapal terbang dan kebetulan satu flight pula dengan Shamsul.

Semalam jadilah saya pengiring tidak rasmi kepada Timbalan Menteri Industri Utama itu. Namun itu tidak kekok kerana di zaman Reformasi lagi kami atau saya selalu bertemu dengannya. Bahkan setiap hari Jumaat menjelang himpunan Reformasi pada hari Sabtu setiap minggu beliau akan menelefon saya menayai  jadul atau lokasi yang perlu berhimpun pada hari Sabtu  itu untuk menunjuk perasaan.

Saya kenal Shamsul akhir tahun 1998 lagi, melihat beliau sebagai anak muda bersemangat dan berani menjadi penyokong kuat kepada Anwar Ibrahim.

Beliau sanggup turun setiap minggu ke Kuala Lumpur dari Melaka semata-mata untuk berdemonstrasi bagi membebaskan Anwar dan menentang Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Apabila ada luang peguam muda ini ketika itu mengajak saya minum sambil membicarakan soal perjuangan serta mengetahui ramalan saya tentang masa depan Anwar dan gerakan Reformasi. Ada kalanya beliau menelefon hanya semata-mata untuk bertanya perihal Anwar yang kadang-kadang membuatkan saya rimas dengan keseriusannya. Beliau sungguh menyayangi Anwar.

Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah dan kronologi perjuangannya. Shamsul pernah memimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK), dan zamannya dianggap sebagai zaman mencabar. Selepas AMK ditinggalkan oleh Ezam Mohd Noor beliaulah mengambil alih memegang teraju AMK. Pemuda zamannya, adalah pemuda Keadilan yang komitmen, bersemangat dan berjuang tanpa penat lelah dan penuh keikhlasan.

Bayangkan waktu itu Keadilan dalam serba kelemahan dan kedaifan, (tanpa berkerjaan) namun dengan semangat dan iltizamnya, AMK digerak menjadi pengasak pejuangan Reformasi. AMK dibawahnya adalah pemangking dan pembakar semangat pendukung Keadilan serta pelaksana aspirasi perjuangan Anwar Ibrahim.

Majlis di Chenulang.
Berbaik kepada majlis yang saya hadir semalam adalah majlis Ramah Mesra pekebun kecil getah dengan beliau selaku timbalan Menteri Industri Utama yang diadakan di Chenulang kira-kira 67 km dari Kota Bharu. Sambutan para pekebun kecil getah pada majlis semalam sangat membanggakan. Majlis itu diadakan sejak jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang dihadiri lebih 300 para pekebun kecil getah. Seekor lembu ditumbangkan untuk kenduri majlis itu hasil gotong royong para pekebun kecil getah.

Abdul Latif menyambut ketibaan Shamsul.Yang menyambut ketibaan bukan sahaja para pekebun yang teruja untuk berjumpa dengannya, tetapi pemimpin tempatan termasuknya juga ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latif Abdul Rahman dan pemimpin parti politik Keadilan dan Amanah.

Shamsul bersama pemimpin Keadilan yang hadir.Majlis itu sungguh bermakna bagi para pekebun. Mereka bukan sahaja dapat beramah mesra dengan Shamsul tetapi turut sama berdialog menyampaikan apa-apa masalah serta membangkitkan kemusykilan mereka. Shamsul memberi layanan sepenuh menjawab segala permasalahan dibangkitkan secara telus. Turut serta dalam majlis itu ialah wakil agensi yang berada di bawah Kementerian Industri Utama, Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Risda.

Dalam dialog yang hangat itu Shamsul memberi penerangan akan usaha kerajaan untuk membantu mempertingkatkan pendapatan para pekebun kecil getah. Sekaligus beliau turut menjawab dakwaan Abdul Latif yang mengatakan kerajaan tidak membela pekebun getah. Menurutnya kerajaan tidak pernah berdiam diri dan sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat luar bandar seperti pekebun kecil. Sebagai membuktikan komitmen kerajaan PH katanya, baru-baru ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kenaikan harga lantai getah daripada RM2.20 kepada RM3.00 hingga RM4.00 sekilo.

Dalam pada itu menurut Shamsul segala permasalahan yang dibangkitkan dalam dialog itu akan diambil perhatian dan akan disampaikan kepada pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan untuk turun menemui rakyat dari masa ke semasa. "InsyaAllah jika diundang saya akan datang lagi selepas ini," tegasnya.

Inisiatif PUGB.
Majlis Ramah Mesra dengan Shamsul itu semalam adalah inisiatif sebuah NGO, yakni Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera (PUGB), Malaysia. Pertubuhan ini baharu sahaja ditubuhkan baru berusia dua tahun. Bagaimana pun menurut Presidennya, Kameruzaman Ab Rahman, pertubuhan ini sangat bermakna kepada para pekebun kecil getah untuk bertindak menjadi pemudah cara di antara pekebun dengan pihak kerajaan.

Selain itu katanya, PUGB juga akan bertindak menjadi badan yang akan membela nasib para pekebun Bumipuetra di seluruh negara ini termasuk berusaha mengadakan aktiviti hiliran bagi menambah pendapatan para pekebun. Tegasnya tujuan dan matlamat pertubuhan ini tidak lain melainkan untuk membantu para pekebun kecil getah.

Satu hal yang sangat realitif penting waktu ini menurut Kameruzaman ialah, para pekebun perlu bersatu dan bermaufakat dalam pertubuhan itu bagi menyenangkan pihak kerajaan menguruskan apa-apa keperluan kepada mereka dimana pertubuhan akan menjadi pemudah cara, mediator. Begitu juga untuk para pekebun menyampaikan apa-apa masalah dihadapinya.

Di majlis itu juga semalam PUGB telah menyerahkan satu memorandum kepada Shamsul untuk dibawa ke atas, yang kandungan sudah tentu untuk membela nasib pekebun dan kebaikan bersama.

Sementara itu menurut Kamaruzaman beliau menyeru para pekebun kecil getah agar bergabung dalam pertubuhan itu. Dari masa ke semasa pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana pihak untuk kepentingan para pekebun kecil getah.

Atas inisiatif pertubuhan itu juga sudah dua kali Shamsul atas kapasitinya sebagai timbalan menteri turun ke Kelantan mendekati para pekebun kecil. Kali pertama ialah di Machang, dan keseluruhan program mendekati pekebun sebegitu sudah lapan kali termasuk di Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah.

Tidak terlupa dimajlis itu juga Shamsul telah menyampaikan sumbangan daripada PUGB kepada murid Sekolah Kebangsaan Chenulang, Azni Baldisha Ilias satu-satunya murid yang mendapat 5A dalam ujian USPR lalu. [wm.kl.6:37 pm 01/12/18]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2018/12/shamsul-sentuhi-pekebun-kecil-getah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Polemik Politik Pekebun Kecil Tengah Menderita

Hentikan Polemik Politik Pekebun Kecil Tengah Menderita

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 342 hits
Ekonomi negara semakin teruk Harga sawit terus jatuh dan ini beri kesan kepada peneroka dan pekebun kecil sawit di Sabah Terbaru kilang2 sawit turut tidak mahu membeli buah sawit dari pekebun kecil atas alasan harga sawit makin menurun Harg...
Kedai Repair Iphone Di Kuala Lumpur Murah Dan Cepat Dijamin 100

Kedai Repair Iphone Di Kuala Lumpur Murah Dan Cepat Dijamin 100

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 814 hits
iPhone telah mendapat tempat di dalam hati penduduk Malaysia dan telah digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat Adakah anda merupakan pencinta iPhone dan sering menggunakan produk berjenama Apple ini di dalam kehidupan seharian anda Jika ...
Pelamin Berendoi Yang Cantik Harga Berpatutan Di Kuala Selangor

Pelamin Berendoi Yang Cantik Harga Berpatutan Di Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 2627 hits
Assalammualaikum 25 Nov 2018Majlis aqiqah dan cukur jambul Rayyan Mikhael telah dibuat pada 4 november 2018 di Jeram Kuala Selangor di rumah ibu mertua Mula mula plannya nak buat di KL sahaja tetapi macam lebih meriah buat di kampung ibu Se...
Smk Taman Setiawangsa Kuala Lumpur

Smk Taman Setiawangsa Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 579 hits
SmartStudy bersama pelajar pelajar Tingkatan 5 di SMK Taman Setiawangsa Kuala Lumpur Have Fun With SmartStudy Your No 1 Choice In Study Skills Programme
Persiapan Penerbangan Internasional Kuala Lumpur Banyuwangi Dikebut

Persiapan Penerbangan Internasional Kuala Lumpur Banyuwangi Dikebut

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 307 hits
Penerbangan ini akan dilayani oleh maskapai Citilink Untuk itu semua pemangku kepentingan bandara dirangkul Sebab penerbangan perdana rute ini dijadwalkan akan dilakukan dalam waktu dekat
Blackpink 2019 World Tour In Kuala Lumpur

Blackpink 2019 World Tour In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 588 hits
BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur Assalammualaikum Annyeonghaseyo Wah pastinya ramai peminat KPOP dan BLACKPINK tidak sabar untuk mendapatkan tiket konsert mereka Ruby mula mengenali BLACKPINK ni dengan lagu Ddu Du Ddu Du Nampak tak...
Kuala Ibai Lagoon Park

Kuala Ibai Lagoon Park

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 457 hits
Kuala Ibai Lagoon Park is located in Kuala Ibai Kuala Terengganu sharing the same location as PrinzPark Hotel Terengganu Equestrian Park and Tengku Tengah Zaharah Mosque or famously known as the Floating Mosque among the locals recreational...
Any Meaningful Reason To Attend The Anti Icerd Rally At Dataran Merdeka Kuala Lumpur Tomorrow

Any Meaningful Reason To Attend The Anti Icerd Rally At Dataran Merdeka Kuala Lumpur Tomorrow

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 315 hits
Malays are reminded that there is no real and meaningful purpose in attending the Anti ICERD rally at Dataran Merdeka Kuala Lumpur tomorrow since the federal government has clearly indicated that they would not ratify to the ICERD Accord Al...
Partnership Agreement Signing Ceremony Between Kidzania Kuala Lumpur And Hotel Sentral Group

Partnership Agreement Signing Ceremony Between Kidzania Kuala Lumpur And Hotel Sentral Group

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 408 hits
Partnership Agreement Signing Ceremony Between KidZania Kuala Lumpur and Hotel Sentral Group KidZania Kuala Lumpur the award winning indoor edutainment centre and Hotel Sentral Group have recently sign a MOU official partnership for the bet...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi