Shahrir Samad Ahmad Maslan Didakwa Sprm Presiden Umno Beri Sokongan Moral




Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi memberikan sokongan moral kepada Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang menjalani pendakwaan hari ini.
Dilaporkan Shahrir dan Ahmad menghadapi pendakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shahrir akan menghadapi satu pertuduhan, manakala Ahmad akan dikenakan dua pertuduhan di bawah akta berkenaan.
Oktober lalu, SPRM mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berikutan itu, seramai 42 pihak yang menerima kompaun daripada SPRM berhubung dengan notis yang diberikan agensi berkenaan termasuklah Shahrir dan Ahmad telah membuat laporan polis bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara yang berkaitan.
Antara sebab tidak puas hati ialah wang yang diterima daripada presiden parti dan juga perdana menteri pada ketika itu pada tahun 2012 dan 2013, wang yang diterima itu dana politik, dan dalam peraturan serta undang-undang Malaysia dana politik dibenarkan selain nilai yang dikenakan ada yang digandakan dan majoriti digandakan 2.5 kali ganda. – UMNO ONLINE
Shahrir Samad mahu dibicara selepas dituduh gagal isytihar RM1 juta
Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad mengaku tidak bersalah terhadap 1 tuduhan mengikut undang-undang pengubahan wang di Mahkamah Sesyen hari ini, berkaitan dana yang dikatakan diterima daripada Najib Razak.
Shahrir dituduh gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu dalam penyata cukai 2013.
Bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu dikatakan mendepositkan cek daripada Najib ke dalam akaun banknya pada 28 Nov 2013.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).
Beliau berdepan hukuman penjara antara 5 hingga 15 tahun, denda RM5 juta atau 5 kali ganda daripada hasil haram itu.
Terdahulu, rakan separti, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah terhadap 2 tuduhan mengikut akta sama.
Mereka antara 80 individu dan pertubuhan yang dinamakan SPRM sebagai menerima lebih RM420 juta daripada Najib.
SPRM berkata dana itu daripada 1MDB.
Badan anti-rasuah itu mengeluarkan kompaun kepada mereka, menuntut mereka memulangkan wang itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/21/shahrir-samad-ahmad-maslan-didakwa-sprm-presiden-umno-beri-sokongan-moral/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahrir Samad Ahmad Maslan Ditahan Sprm Dakwa Esok

Shahrir Samad Ahmad Maslan Ditahan Sprm Dakwa Esok

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 276 hits
Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Datuk Seri Ahmad Maslan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 20 Jan Bekas pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan...
Sprm Dakwa Shahrir Samad Ahmad Maslan Esok Bawah Amlatfpuaa

Sprm Dakwa Shahrir Samad Ahmad Maslan Esok Bawah Amlatfpuaa

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 288 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapat izin mendakwa bagi menuduh 2 pemimpin Umno Shahrir Abd Samad dan Ahmad Maslan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Shahrir dan Ahmad masing masing menghadapi 1 dan 2 pertuduhan mengikut Akta P...
Sprm Dakwa Ahmad Maslan Shahrir Samad Esok

Sprm Dakwa Ahmad Maslan Shahrir Samad Esok

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 321 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan anggota parlimen Pontian Ahmad Maslan dan bekas anggota Parlimen Johor Bahru Shahrir Samad Kedua dua pemimpin Umno itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok...
Ahmad Maslan Shahrir Samad Ke Mahkamah Esok Kes Wang Haram

Ahmad Maslan Shahrir Samad Ke Mahkamah Esok Kes Wang Haram

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 345 hits
SHAH ALAM 20 JAN Datuk Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan diheret ke mahkamah atas pertuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram esok Suruhanjaya Pence...
Pantun Untuk Ahmad Maslan Jika Ditakdirkan Masuk Penjara

Pantun Untuk Ahmad Maslan Jika Ditakdirkan Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 413 hits
Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM2 juta yang didakwa diterimanya daripada bekas PM Najib Razak selain gagal mengisytiharkan wang diterima kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan memberi p...
Pemuda Umno Laporkan Penjualan Aset Anak Syarikat Th Ke Sprm

Pemuda Umno Laporkan Penjualan Aset Anak Syarikat Th Ke Sprm

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 190 hits
MALAYSIAKINI Tindakan Lembaga Tabung Haji menjual sebahagian daripada ladang kelapa sawit milik Tabung Haji Plantations akan diadukan Pemuda Umno Malaysia ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki b...
Semoga Kimma Terus Beri Sumbangan Bermakna Demi Kemenangan Pru 15 Presiden Umno

Semoga Kimma Terus Beri Sumbangan Bermakna Demi Kemenangan Pru 15 Presiden Umno

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 278 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar Kongres India Muslim Malaysia terus bersama sama menyokong UMNO Barisan Nasional dan Muafakat Nasional Pengerusi BN itu juga berharap agar KIMMA dapat bersama sama memberi sumbang...
Wang Umno Kelantan Rm33k Disita Sprm Kini Milik Kerajaan

Wang Umno Kelantan Rm33k Disita Sprm Kini Milik Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 281 hits
Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan permohonan pendakwa raya untuk melucut hak harta berkenaan kepada kerajaan
Sprm Akan Dakwa 2 Pemimpin Umno Bawah Amlatfpuaa Esok

Sprm Akan Dakwa 2 Pemimpin Umno Bawah Amlatfpuaa Esok

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 230 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapat izin mendakwa bagi menuduh 2 pemimpin Umno Shahrir Abd Samad dan Ahmad Maslan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Shahrir dan Ahmad masing masing menghadapi 1 dan 2 pertuduhan m...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Resepi Char Kuew Teow Udang

Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim