Sprm Dakwa Ahmad Maslan Shahrir Samad Esok


MALAYSIAKINI



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan anggota parlimen Pontian, Ahmad Maslan dan bekas anggota Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad.

Kedua-dua pemimpin Umno itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

"Shahrir dan Ahmad masing-masing bakal menghadapi satu dan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001," kata SPRM dalam satu kenyataan

Ahmad ditahan pada jam 10.10 pagi manakala Sharir ditahan pada jam 11.22 pagi.

SPRM berkata kedua-dua mereka ditahan selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM.

SPRM tidak mengulas lanjut mengenai kesalahan yang didakwa dilakukan mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka sebelum ini dikaitkan menerima wang daripada bekas perdana menteri Najib Razak, yang sumber dananya didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

Menurut jejak wang dalam akaun bank Najib, Ahmad menerima RM2 juta dari akaun bank bekas perdana menteri itu yang nombor akaunnya berakhir 906 pada 27 November 2013.

Pada 28 Nov 2013, Shahril juga menerima RM1 juta dari akaun bank yang sama.

Shahrir pada Ogos 2015 mempertahankan tindakannya mengambil wang daripada Najib apabila jejak wang itu didedahkan kepada awam.

"Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian saya jika bukan dari presiden parti saya sendiri?," kata Shahrir

Sebulan sebelum itu, Ahmad Maslan juga mempertahankan sumber dana Najib, menegaskan bahawa ia tidak disalahgunakan daripada 1MDB.

Ahmad berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Shahrir pula merupakan menteri perdagangan dan hal ehwal pengguna daripada tahun 2008 dan 2009. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Felda di bawah kerajaan sebelumnya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/sprm-dakwa-ahmad-maslan-shahrir-samad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahrir Samad Ahmad Maslan Ditahan Sprm Dakwa Esok

Shahrir Samad Ahmad Maslan Ditahan Sprm Dakwa Esok

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 392 hits
Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Datuk Seri Ahmad Maslan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 20 Jan Bekas pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan...
Sprm Dakwa Shahrir Samad Ahmad Maslan Esok Bawah Amlatfpuaa

Sprm Dakwa Shahrir Samad Ahmad Maslan Esok Bawah Amlatfpuaa

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 714 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapat izin mendakwa bagi menuduh 2 pemimpin Umno Shahrir Abd Samad dan Ahmad Maslan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Shahrir dan Ahmad masing masing menghadapi 1 dan 2 pertuduhan mengikut Akta P...
Shahrir Samad Ahmad Maslan Didakwa Sprm Presiden Umno Beri Sokongan Moral

Shahrir Samad Ahmad Maslan Didakwa Sprm Presiden Umno Beri Sokongan Moral

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 331 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi memberikan sokongan moral kepada Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan ...
Ahmad Maslan Shahrir Samad Ke Mahkamah Esok Kes Wang Haram

Ahmad Maslan Shahrir Samad Ke Mahkamah Esok Kes Wang Haram

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 479 hits
SHAH ALAM 20 JAN Datuk Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan diheret ke mahkamah atas pertuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram esok Suruhanjaya Pence...
Sprm Akan Dakwa 2 Pemimpin Umno Bawah Amlatfpuaa Esok

Sprm Akan Dakwa 2 Pemimpin Umno Bawah Amlatfpuaa Esok

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 350 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapat izin mendakwa bagi menuduh 2 pemimpin Umno Shahrir Abd Samad dan Ahmad Maslan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Shahrir dan Ahmad masing masing menghadapi 1 dan 2 pertuduhan m...
Ahmad Shahrir Mengaku Tak Bersalah

Ahmad Shahrir Mengaku Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 472 hits
BERITAAhli Parlimen Pontian Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah atas tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Beliau didakwa gagal membuat pengisytiharan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung dana RM2 juta yang diterimanya dar...
Pantun Untuk Ahmad Maslan Jika Ditakdirkan Masuk Penjara

Pantun Untuk Ahmad Maslan Jika Ditakdirkan Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 531 hits
Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM2 juta yang didakwa diterimanya daripada bekas PM Najib Razak selain gagal mengisytiharkan wang diterima kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan memberi p...
Sprm Dedah 9 Set Rakaman Dakwa Konspirasi Jenayah Peringkat Tertinggi Berdurasi 45 Minit

Sprm Dedah 9 Set Rakaman Dakwa Konspirasi Jenayah Peringkat Tertinggi Berdurasi 45 Minit

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 506 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi Loading Pada sidang media khas di sini Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya...
Ahmad Maslan Tidak Mengaku Gagal Isytihar Rm2 Juta Diberi Najib

Ahmad Maslan Tidak Mengaku Gagal Isytihar Rm2 Juta Diberi Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 360 hits
SHAH ALAM 21 JAN Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengisytihar RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Ah...
Penjelasan Rasmi Ali Batsyah Siapa Sebenarnya Jebat Derhaka

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Hujung Minggu Pun Tiba

Dutch Master 6 Customs From Powerbrick

Yuka Mawar Chord

Ramles Walter Unchosen Chord

Tahiyat Akhir Sujud Penyerahan Terakhir Seorang Hamba