Pemuda Umno Laporkan Penjualan Aset Anak Syarikat Th Ke Sprm


MALAYSIAKINI


Tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) menjual sebahagian daripada ladang kelapa sawit milik Tabung Haji Plantations (THP) akan diadukan Pemuda Umno Malaysia ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis

Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihak berwajib perlu menyiasat dengan segera tindakan pihak terbabit menukar jurunilai yang menyebabkan nilai hartahan TH menyusut daripada RM380 juta kepada RM170 juta.

Untuk rekod, nilai RM380 juta itu adalah pada 2017.

"Pemuda Umno membuat laporan polis dan SPRM untuk menyiasat dengan segera tindakan penukaran jurunilai, kaedah nilaian yang menghilangkan nilai RM210 juta dan proses penjualan kepada Tamaco Plantations Sdn Bhd (Tamaco), kerana ini melibatkan isu kepentingan rakyat yang kita harap dapat perhatian serius dari pihak berwajib.

"Kami juga sedang meneliti untuk memfailkan tindakan injuksi di mahkamah bagi pihak pendeposit TH," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

TH merupakan badan yang menjaga hal ehwal jemaah haji dan berada bawah bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi juga mendesak Mujahid segera menyatakan pendirian dan mengambil tanggungjawab berhubung penjualan aset THP itu.

Mahu menteri letak jawatan
"Sebenarnya ini satu isu yang besar. Walaupun didedahkan oleh Najib (Razak) beliau (Mujahid) seolah-olah mendiamkan diri. Terutamanya kita minta menteri (jawab) kerana dia yang menjaga kepentingan 9.4 juta pendeposit TH.

"Dia kena ingat tanah ini ada nilai yang begitu tinggi. kalau 76.2 peratus tanah umat Islam ini dijual kepada pihak swasta, yang kita (nak) tengok lembaga pengarahnnya siapa," katanya.

Tambah Asyraf Wajdi lagi, Mujahid sepatutnya menjelaskan mengenai penjualan berkenaan kepada orang Islam di negara ini.

"Beliau tidak boleh terus membisu dan menyepikan diri lagi walaupun isu ini telah didedahkan selepas hampir seminggu.

"Ini perkara yang mendukacitakan dan sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab tidak seharusnya beliau mendiamkan diri dalam hal ini.

"Sebab ini di bawah Akta Tabung Haji, menteri yang bertanggungjawab, bukannya perdana menteri. Menteri harus bertanggunjawab dalam hal ini," katanya.
Selain itu, tegas Asyraf THP juga dituntut untuk menghentikan serta-merta penjualan baki 11 anak syarikat mereka sebagaimana yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah THP.

Sekiranya gagal berbuat demikian, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendesak agar Mujahid mengambil tindakan sama seperti Dr Maszlee Malik yang meletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

"Kalau menteri kata serah kepada pengurusan TH untuk jawab saya rasa itu tidak bertanggungjawab kerana dia adalah bertanggungjawab untuk menjawab kepentingan 9.4 juta pendeposit TH.

"Kalau rasa tidak boleh, lebih baik ikut jejak langkah Dr Maszlee balik semua ke bidang akademik.
Sebab dia dulu rasa dia lebih cerdik daripada yang cerdik. Tak sampai tahap pemikiran dia," katanya lagi.

Isu penjualan tanah-tanah ladang kelapa sawit milik THP mula dibangkitkan Najib yang juga bekas perdana menteri Najib, minggu lalu.

Najib berkata THP sudah menjual 76.2 peratus daripada jumlah keluasan tanah ladang kelapa sawit yang berjumlah 110,000 hektar kepada dua syarikat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/pemuda-umno-laporkan-penjualan-aset.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Letak Jawatan Jika Tak Boleh Selesai Isu Penjualan Anak Syarikat Th

Mujahid Letak Jawatan Jika Tak Boleh Selesai Isu Penjualan Anak Syarikat Th

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 320 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menunjukkan yang dipercayai bukti penjualan aset Tabung Haji pada sidang media khas di Menara Dato Onn PWTC Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Penjualan 14 anak syarikat Tabung Haji P...
Semua Aset Mendiang Lina Jatuh Ke Anak Anaknya Bersama Sule Teddy Tak Dapat Apa Apa

Semua Aset Mendiang Lina Jatuh Ke Anak Anaknya Bersama Sule Teddy Tak Dapat Apa Apa

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 291 hits
Mantan istri Sule Lina Jubaedah pergi untuk selama lamanya dengan meninggalkan banyak aset berharga Semua aset mendiang Lina jatuh ke tangan anak anaknya bersama Sule
Shahrir Samad Ahmad Maslan Didakwa Sprm Presiden Umno Beri Sokongan Moral

Shahrir Samad Ahmad Maslan Didakwa Sprm Presiden Umno Beri Sokongan Moral

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 284 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi memberikan sokongan moral kepada Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan ...
Sprm Akan Dakwa 2 Pemimpin Umno Bawah Amlatfpuaa Esok

Sprm Akan Dakwa 2 Pemimpin Umno Bawah Amlatfpuaa Esok

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 316 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapat izin mendakwa bagi menuduh 2 pemimpin Umno Shahrir Abd Samad dan Ahmad Maslan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Shahrir dan Ahmad masing masing menghadapi 1 dan 2 pertuduhan m...
Pemuda Umno Sabah Bantah Pasang Kamera Video

Pemuda Umno Sabah Bantah Pasang Kamera Video

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 339 hits
Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah Aziz menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara dan insiden yang berlaku sepanjang kempen PRK Kimanis NSTP Edmund SamuntingKIMANIS Pemuda UMNO Sabah membantah langkah Suruhanjaya Pilihan Raya ...
Pemuda Umno Johor Nasihat Annuar Musa Jangan Cari Pasal Dengan Tmj

Pemuda Umno Johor Nasihat Annuar Musa Jangan Cari Pasal Dengan Tmj

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 857 hits
Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau Datuk Syahrin Md Jamaludin menasihatkan Tan Sri Annuar Musa supaya berhenti berbalah di media sosial dengan menumpukan tugasnya kepada parti Menurut beliau tindakan berbalas kenyataan media membabitkan isu ...
Ayah Kuat Engaged Dengan Anak Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

Ayah Kuat Engaged Dengan Anak Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 391 hits
Biasakan kita dengar anak anak takut dengan ayahnya Ayah garang Ayah selalu rotan Sampaikan ada anak anak yang berlumba lawan ayah siapa lagi garang Tapi ayah ayah Pernah dengar tak yang emosi anak anak sebenarnya lebih dipengaruhi oleh emo...
Jual 14 Anak Syarikat Th Mujahid Digesa Letak Jawatan Didakwa Khianat Pendeposit

Jual 14 Anak Syarikat Th Mujahid Digesa Letak Jawatan Didakwa Khianat Pendeposit

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 299 hits
SUARA POLITIK MALAYSIA KUALA LUMPUR Penjualan 14 anak syarikat Tabung Haji Plantation yang memiliki ladang kelapa sawit seluas 76 975 hektar didakwa telah mengkhianati pendeposit Tabung Haji Justeru itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina