Shahidan Kassim Tidak Mampu Selesaikan Masalah Di Wilayah Sendirian



Malasalah di Wilayah Persekutuan amat rencam dan rumit, sama ada menguruskan penduduk atau infrastrukturnya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak akan mampu menyelesaikan masalah bersendirian kecuali beliau melibatkan sama Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan.
“Shahidan Ahli Parlimen Arau, sebelum ini bila bahas di Parlimen dia mesti akan sentuh pasal Kuala Lumpur. Tetapi bagi saya itu belum memadai. KL ini satu metropolitan yang sangat complicated dari segi penduduk 1.8 juta, tetapi sebelum pandemik 5 – 6 juta warga yang keluar masuk bekerja di sini
“Untuk mengurus bandaraya yang 8 – 9 juta populasi bukan mudah. Masalah trafik, miskin bandar, banjir kilat ia bukan mudah. Itu tidak menyentuh soal pembangunan
“Isu tanah contohnya, isu pembangunan semula Kampung Baharu. Saya lihat Menteri Wilayah yang ada sekarang perlu bekerja dengan cepat dan perlu bekerjasama dengan Ahli Parlimen yang lebih mengenali kawasan masing-masing, untuk sama-sama selesaikan masalah rakyat,” katanya dalam temubual Lensa Parlimen bertajuk “Menjengah Realiti Warga Kota”.
Fahmi memberi contoh, di Kuala Lumpur masalah paling kronik menurut beliau adalah rumah PPR yang mana kadang-kala terdapat 3 keluarga tinggal bersesak-sesak.
Apatah lagi ketika pandemik, yang mana mungkin ada keluarga yang kehilangan pekerjaan dan sebagainya.
“Masalah kronik rumah PPR, kadang kala ada 3 – 4 keluarga tinggal dalam satu rumah. Sebelum pandemik tak jadi masalah sangat, mereka keluar berkerja dan balik tidur sahaja. Namun bila pandemik ada yang tak kerja. Masa lockdown semua duduk dalam rumah. Kerajaan perlu faham situasi sebenar sebelum buat dasar.
“Sekarang waktu buat dasar, ada menteri yang beritahu saya, bila kami buat keputusan ini kami buat di meja mesyuarat. Cubalah buat dalam rumah PPR, cuba jengah mereka,” sinisnya.
Selain itu, menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN itu, masalah miskin bandar juga perlu diselesaikan melalui pendekatan yang betul, terutama isu miskin bandar. Begitu juga warga yang kehilangan sama sekali modal untuk kembali berniaga selepas lockdown.
“Masalah miskin bandar ialah isu pekerjaan, pendapatan, sewa rumah, pinjaman bank. Ada yang jumpa saya kedai gunting tak boleh buka tak ada modal, gym lama tak operasi tetapi pemilik premis minta sewa 5 – 6 bulan sewa.
“Kerajaan kalau dia betul faham kesusahan rakyat, dia akan cari penyelesaian yang bukan sahaja tuntas tetapi efektif
“Dulu kerajaan Perikatan Nasional 1.0, dia luluskan undang-undang langkah sementara berkaitan Covid. Itu adalah bagi syarikat pembinaan kalau delay maka ada perkara yang memanfaatkan dia (tidak boleh dituntut ganti rugi oleh pembeli).
“Namun dalam hal lain, ada perkara sepatutnya dimasukkan dalam undang-undang untuk mejamin rakyat misalnya tidak dihalau oleh tuan rumah pada waktu pandemik
“Saya dapat banyak kes macam itu. Kita cuba bangkitkan tetapi kita bukanlah sebahagian kerajaan,” katanya.
Menjawab soalan moderator mengenai Rancangan Malaysia Ke 12 pula, Fahmi berkata nilai pembangunan RM400 bilion tidak semestinya memberi kesan segera kepada rakyat. Malah kesannya mungkin hanya dirasakan 5 tahun dari sekarang.
Cuma buat masa ini, tambah beliau, kerajaan tidak menyediakan pelan yang sesuai atau exit plan dalam memulihkan semula ekonomi yang terjejas teruk akibat Covid 19.
“Kalau kita lihat peluang pekerjaan ini satu faktor besar. Banyak syarikat yang tutup, kalau masih bekerja pun dulu gaji RM3,000 sekarang RM600. Ramai merasakan demi kelangsungan hidup mereka lakukan apa sahaja. Selagi mereka dapat bayar sewa, bil dan perkara asas
“Berapa lama dia akan berada dalam keadaan masa itu? Kita harap kerajaan yang ada sekarang akan menyuntik ekonomi, saya rasa kurang jelas apa perancangan mereka. Ini sangat penting untuk kawasan di Lembah Kelang misalnya.
“Kebanyakan sektor ekonomi di Kuala Lumpur lebih kepada perkhidmatan. Anak-anak tamat universiti dia nak ke mana? Yang paling saya risau orang buat pinjaman rumah mampu milik, adakah dia akan mampu bayar lepas ini? Sama ada pekerjaan terus ada atau hilang bergantung kepada pelabur yakin atau tidak dengan birokrasi kita. Dan karenah birokrasi kita mungkin akan merencatkan (keyakinan),” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33202

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Perkara Anda Boleh Buat Untuk Cetuskan Idea Kreatif Selesaikan Masalah

20 Perkara Anda Boleh Buat Untuk Cetuskan Idea Kreatif Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 227 hits
Masalah dalam hidup perkara biasa Kebanyakan masalah yang anda hadapi dalam kehidupan seharian biasanya diselesaikan secara spontan saja Spontan sebab dah ada banyak pengalaman Dah biasa alami situasi yang sama lebih dari sekali Jadi dah bo...
Harga Siling Rumah Mampu Milik Tak Selesai Masalah Ahli Ekonomi

Harga Siling Rumah Mampu Milik Tak Selesai Masalah Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 209 hits
Harga siling rumah mampu milik tak selesai masalah ahli ekonomi Penetapan harga siling untuk rumah mampu milik walaupun hanya untuk sementara tidak akan mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik kata seorang ahli ekonomi Dalam Rancanga...
Satu Lagi Masalah Besar Puak Lebai Malaysia Mengeluarkan Dan Mengekspot Pengganas Teroris

Satu Lagi Masalah Besar Puak Lebai Malaysia Mengeluarkan Dan Mengekspot Pengganas Teroris

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 242 hits
Tuan tuan semalam dan pagi ini mesej WhatsApp penuh dengan gambar dan berita perbalahan antara dua lebai Cina mu allaf pula Cina mu allaf jadi lebai pun boleh bergaduh nauzubillah Seorang itu Wahabi dan seorang lagi geng tak balik ke apa Da...
Cara Menyelesaikan Masalah Di Sudan Khatib Wahhabi Di Halau Keluar Dari Masjid

Cara Menyelesaikan Masalah Di Sudan Khatib Wahhabi Di Halau Keluar Dari Masjid

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 239 hits
Video berikut menunjukkan jemaah di sebuah masjid di Sudan menghalau keluar seorang khatib daripada puak Wahhabi yang mengungkit perkara yang tidak disenangi oleh ahli jemaah Sila lihat video dulu Catitan yang saya terima mengatakan Masyara...
Ada Mou Pun Lantik Timb Speaker Jadi Masalah

Ada Mou Pun Lantik Timb Speaker Jadi Masalah

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 227 hits
Seminggu Parlimen bersidang memorandum kerjasama telah ditandatangani pada 13 September lalu namun pihak kerajaan Perikatan Nasional masih lagi tidak berani untuk melakukan undian melantik Timbalan Speaker II Dewan Rakyat Menurut Ahli Parli...
Pltsa Rawa Kucing Diharapkan Jadi Solusi Masalah Sampah Di Tangerang

Pltsa Rawa Kucing Diharapkan Jadi Solusi Masalah Sampah Di Tangerang

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 178 hits
Pemkot Tangerang menggadang pembangunan Pembangkit Listrik Tenaga Sampah Rawa Kucing sebagai salah satu solusi penanggulangan sampah di Kota Tangerang yang selama ini ditangani di TPA Rawa Kucing yang mana TPA tersebut luasnya kian menyusut...
Eth Lebih Dekat Dengan Kemas Kini Altair Pasaran Crypto Sedikit Merosot Kerana Masalah Perlombongan

Eth Lebih Dekat Dengan Kemas Kini Altair Pasaran Crypto Sedikit Merosot Kerana Masalah Perlombongan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 196 hits
Pasaran crypto sedang melalui masa masa sukar Namun walaupun menghadapi angin ribut altcoin tetap berdaya tahan Sejak sebulan yang lalu duit syiling bernilai lebih dari 1 bilion telah dibakar di rangkaian ETH Kejayaan pelaksanaan hard fork ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian