Shahidan Cium Tangan Anwar Hukum Cium Tangan Dalam Islam



(Gambar) ARIF ATAN Tular di media sosial gambar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim mencium tangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Foto yang dirakam di bangunan Parlimen hari ini turut menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin PKR dan Pas. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam gambar tersebut jelas sedang melihat aksi Shahidan yang dikenali kerap tampil dengan imej bersongkok itu. 

Untuk rekod, Anwar, 72, hanya empat tahun lebih tua daripada Shahidan. Aksi Shahidan itu berlaku ketika isu peralihan kuasa Perdana Menteri antara Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad masih diperkatakan. 

Seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Shahidan mengkritik Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Bersatu. Walau bagaimanapun, nada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terhadap Dr Mahathir kemudiannya lebih lunak sejurus BN kecundang. 

Bahkan, Shahidan menyalahkan media yang dakwanya salah lapor kenyataannya berhubung Dr Mahathir. Pada April lalu pula, Shahidan yang merupakan Ahli Parlimen Arau mempertahankan Dr Mahathir daripada diserang dan digelar sebagai diktator oleh pihak tertentu. at 11/08/2019 09:00:00 
(Kerengga)



AL-KAFI #850: HUKUM MENCIUM TANGAN ORANG ALIM 
Butiran: Dimuatnaik oleh Luqman Tarmizi Diterbitkan 16 Oktober 2018.
HUKUM MENCIUM TANGAN ORANG ALIM

Soalan: Apakah hukum mencium tangan para alim ulama?

Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Para Sahabat Mencium Tangan Nabi SAW
Telah tsabit dalam sekian banyak hadith bahawa para sahabat R.Anhum mencium tangan Baginda SAW. Daripada Zari’, beliau menceritakan:لَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ فَجَعَلْنَا نَتَبَادَرُ مِنْ رَوَاحِلِنَا فَنُقَبِّلُ يَدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَرِجْلَهُMaksudnya: Sewaktu kami tiba di Madinah, kami berlumba-lumba untuk turun dari tunggangan KAMI dan kami mencium tangan dan kaki Baginda SAW. (Sunan Abi Daud (5225)Daripada Usamah bin Syuraik, dia berkata:قمنا إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقبَّلنا يدهMaksudnya: Kami pergi kepada Nabi SAW dan mencium tangan Baginda.Riwayat Ibn al-Muqri’ dalam Al-Rukhsah fi Taqbil al-Yad, hal. 58. Menurut Imam Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (11/57), sanad bagi hadith ini baik.Diriwayatkan juga bahawa para sahabat mencium tangan sesama mereka. Ibn Jad’an meriwayatkan:قَالَ ثَابِتٌ لأَنَسٍ‏:‏ أَمَسَسْتَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم بِيَدِكَ‏؟‏ قَالَ‏:‏ نَعَمْ، فَقَبَّلَهَا‏Maksudnya: Thabit R.A bertanya kepada Anas R.A: Adakah kamu memegang Nabi Muhammad SAW dengan tanganmu? Anas menjawab “Ya”. Maka Tsabit pun mencium tangan beliau.Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (974)Imam al-Baihaqi pula meriwayatkan:لَمَّا قَدِمَ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ الشَّامَ اسْتَقْبَلَهُ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ فَقَبَّلَ يَدَهُ ثُمَّ خَلَوْا يَبْكِيَانِ قَالَ: فَكَانَ يَقُولُ تَمِيمٌ: " تَقْبِيلُ الْيَدِ سُنَّةٌMaksudnya: Sewaktu ‘Umar R.A tiba ke Syam, Abu Ubaidah al-Jarrah R.A menyambut beliau dan mencium tangan beliau, lalu mereka berlalu sambil kedua-duanya menangis. Tamim pun berkata: “Mencium tangan itu satu sunnah.”Al-Sunan al-Kubra (13585)Ibnu al-Muqri’ juga meriwayatkan bahawa Ali R.A pernah mencium tangan al-‘Abbas, dan sanadnya dianggap baik oleh Imam Ibn Hajar. (Rujuk Al-Rukhsah fi Taqbil al-Yad, hal. 73 dan Fath al-Bari, 11/57)
Hukum Mencium Tangan Ulama dan Solehin
Para ulama berbeza pandangan dalam isu ini:
1. Harus dan digalakkanJumhur ulama mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hanbali mengharuskan perbuatan yang demikian.Menurut al-Zaila’ie, Imam al-Sarakhsi dan para ulama’ mutaakhirin yang lain membolehkan mencium tangan orang yang alim dan wara dengan niat untuk bertabarruk. Menurut Sufyan al-Thauri pula, hukumnya ialah sunat. (Rujuk Tabyin al-Haqa`iq Syarh Kanz al-Daqa`iq, 6/25) Imam al-Haskafiy pula menyatakan tidak ditegah mencium tangan hakim yang berpegang teguh pada agama dan pemimpin yang adil, dan dikatakan hukumnya ialah sunat. (Rujuk Al-Durr al-Mukhtar, 6/383)Menurut Imam Al-Nawawi, sunat hukumnya mencium tangan orang soleh, zuhud, alim dan seumpamanya dari kalamgan ahli akhirat. Sebaliknya mencium tangan seseorang kerana kekayaan, keduniaan atau kedudukannya, maka hukumnya adalah tersangat makruh. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/636; dan Raudhah al-Thalibin, 10/236)Imam al-Buhuti al-Hanbali pula mengharuskan mencium tangan dan kepala sebagai tanda penghormatan dan dengan niat untuk memuliakan seseorang. (Rujuk Kasyaf al-Qina’, 2/157)
2. Haram.Imam Malik melarang mencium tangan, samada orang alim ataupun tidak, hatta mencium tangan bapa, tuan atau suami sekalipun. Ini kerana ia merupakan perbuatan orang-orang ‘ajam dan mampu membawa kepada takabbur dan takjub kepada diri sendiri. (Rujuk Kifayatu al-Thalib, 2/475; dan Al-Fawakih al-Diwani, 2/326)Namun menurut Imam Ibn Hajar, Imam Malik membenci perbuatan tersebut jika ia bertujuan untuk membesar-besarkan dan mengagungkan orang itu, namun jika ia bertujuan untuk medekatkan diri kepada Allah SWT kerana agama, ilmu dan kemuliaanya, maka ia diharuskan. (Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 11/57)Selain itu, Imam al-Qurthubi turut mengatakan bahawa tidak boleh bersalaman (atau menghulur tangan) diiringi dengan membongkokkan badan dan mencium tangan. Membongkokkan badan dengan maksud kerendahan hati hanya boleh ditujukan kepada Allah SWT. Adapun mencium tangan, itu adalah perbuatan orang-orang ‘ajam (orang bukan ‘Arab) yang dilakukan untuk memuliakan orang-orang tuanya. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 9/266)
Kesimpulan
Kesimpulannya, kami berpandangan hukum mencium tangan para ulama, orang-orang soleh, para awliyaa’ dan orang-orang ialah harus, dengan syarat tidak terlampau berlebih-lebihan sehingga ke tahap mengagungkan dan mengkuduskan mereka.
Ini berdasarkan banyaknya hadith dan athar para sahabat Baginda R.Anhum yang melakukan perkara demikian, selain pandangan majoriti fuqaha’ yang mengharuskan mencium tangan orang-orang yang mulia, terutamanya dari sudut ilmu dan kewarakan.Wallahu a’lam.
FIQH-SUNNAH
Hukum Mencium Tangan Dan Membongkokkan Badan Ketika Bersalaman(www.ilmusunnah.com)
I. Hukum Mencium Tangan
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) mengatakan:
و أما تقبيل اليد ، ففي الباب أحاديث و آثار كثيرة ، يدل مجموعها على ثبوت ذلكعن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فنرى جواز تقبيل يد العالم إذا توفرت الشروطالآتية :
1 - أن لا يتخذ عادة بحيث يتطبع العالم على مد يده إلى تلامذته ، و يتطبع هؤلاءعلى التبرك بذلك ، فإن النبي صلى الله عليه وسلم و إن قبلت يده فإنما كان ذلكعلى الندرة ، و ما كان كذلك فلا يجوز أن يجعل سنة مستمرة ، كما هو معلوم منالقواعد الفقهية .
2 - أن لا يدعو ذلك إلى تكبر العالم على غيره ، و رؤيته لنفسه ، كما هو الواقعمع بعض المشايخ اليوم .
3 - أن لا يؤدي ذلك إلى تعطيل سنة معلومة ، كسنة المصافحة ، فإنها مشروعة بفعلهصلى الله عليه وسلم و قوله ، و هي سبب تساقط ذنوب المتصافحين كما روي في غير ما حديث واحد ، فلا يجوز إلغاؤها من أجل أمر ، أحسن أحواله أنه جائز .
“Berkaitan mencium tangan; dalam soal ini terdapat banyak hadis dan atsar dari kalangan salaf yang secara keseluruhan menunjukkan bahawa hadis tersebut sahih dari Nabi. Oleh sebab itu, kami berpendapat dibolehkan mencium tangan seorang ulama (yang ahli sunnah, bukan ahli bid’ah – pent.) jika memenuhi beberapa syarat berikut ini.

Perbuatan mencium tangan tersebut tidak dijadikan sebagai kebiasaan. Sehingga ulama tertentu terbiasa menghulurkan tangannya kepada murid-muridnya. Demikian juga para murid terbiasa mengambil barakah dengan mencium tangan gurunya. Ini kerana Nabi sendiri jarang sekali tangannya dicium oleh para shahabat. Jika demikian maka tidak boleh menjadikannya sebagai kebiasaan yang dilakukan terus-menerus sebagaimana kita ketahui dalam perbahasan kaedah-kaedah fiqh.Perbuatan mencium tangan tersebut tidaklah menyebabkan ulama tersebut merasa sombong dan merasa lebih baik daripada yang lain serta menganggap dirinyalah yang paling hebat berbanding yang lain.Perbuatan mencium tangan tersebut tidaknyebabkan hilangnya sunnah Nabi yang sudah diketahui seperti sunnah bersalaman. Bersalam atau berjabat tangan adalah satu amal yang dianjurkan berdasarkan perbuatan dan sabda Nabi. Bersalaman tangan adalah salah satu sebab gugurnya dosa-dosa orang yang melakukannya sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis. Oleh itu, tidak sepatutnya sunnah berjabat tangan ini ditinggalkan kerana mengejar suatu amalan yang hanya berstatus mubah (dibolehkan).” (Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah 1/159, Maktabah Syamilah)II. Membongkokkan atau menundukkan badan sebagai penghormatan

Hadis daripada Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu, Kami bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا لِبَعْضٍ قَالَ لَا قُلْنَا أَيُعَانِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا قَالَ لَا وَلَكِنْ تَصَافَحُوا
“Wahai Rasulullah, adakah sebahagian kami boleh membongkokkan (atau menundukkan) badan kepada sebahagian yang lain (yang ditemui)?” Rasulullah bersabda, “Tidak boleh.” Kami bertanya lagi, “Adakah kami boleh berpelukan jika saling bertemu?” Beliau bersabda, “Tidak boleh. Yang benar hendaklah kalian saling bersalaman.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3692. Dinilai hasan oleh al-Albani)
Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:
قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ قَالَ نَعَمْ
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh saling menundukkan (atau membongkokkan) badan apabila salah seorang dari kami bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki tersebut bertanya lagi, “Adakah boleh mendakapnya (memeluknya) dan menciumnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Adakah boleh mengambil tangannya dan bersalaman dengannya?” Rasulullah menjawab, “Ya.”.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2728. Dinilai hasan oleh at-Tirmidzi dan al-Albani)
Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) berkara:
وَرَوَى أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ: قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا إِلَى بَعْضٍ إِذَا الْتَقَيْنَا؟ قَالَ:" لَا"، قُلْنَا: أَفَيَعْتَنِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" لَا". قُلْنَا: أَفَيُصَافِحُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" نَعَمْ"
Diriwayatkan daripada Anas B. Malik, beliau berkata, “Kami bertanya:
“Wahai Rasulullah bolehkah kami saling membongkokkan (menundukkan) badan apabila kami bertemu?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya, “Untuk saling berpelukan di antara satu dengan lain?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya lagi, “Dengan saling bersalaman di antara satu dengan yang lain?” Rasulullah menjawab, “Ya.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/265)
Imam al-Qurthubi mengatakan:
وَإِذَا سَلَّمَ فَإِنَّهُ لَا يَنْحَنِي، وَلَا أَنْ يُقَبِّلَ مَعَ السَّلَامِ يَدَهُ، وَلِأَنَّ الِانْحِنَاءَ عَلَى مَعْنَى التَّوَاضُعِ لَا يَنْبَغِي إِلَّا لِلَّهِ. وَأَمَّا تَقْبِيلُ الْيَدِ فَإِنَّهُ مِنْ فِعْلِ الْأَعَاجِمِ، وَلَا يُتَّبَعُونَ عَلَى أَفْعَالِهِمُ الَّتِي أَحْدَثُوهَا تَعْظِيمًا مِنْهُمْ لِكُبَرَائِهِمْ
“Tidak boleh bersalaman (atau menghulur tangan) diiringi dengan membongkokkan badan dan mencium tangan. Membongkokkan badan dalam maksud atau tujuan kerendahan hati hanya boleh ditujukan kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala). Adapun mencium tangan, itu adalah perbuatan orang-orang ajam (selain ‘Arab) yang dilakukan dengan maksud memuliakan orang-orang tuanya.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/266)
Makanala Syaikh al-Albani rahimahullah dalam ash-Shahihah, tentang perbuatan mencium tangan (tanpa menundukkan kepala), beliau mengatakan (secara ringkas):
Dibolehkan mencium tangan dari kalangan ulama (orang-orang soleh dan berilmu) dengan beberapa syarat. (Ulama yang dimaksudkan adalah ulama Ahlu Sunnah wal-Jama’ah). 

[Pertama] Antaranya tidak dijadikan sebagai kebiasaan, kerana para sahabat Nabi sendiri tidak biasa mencium tangan Nabi. Dan orang yang dicium tangannya tersebut tidak menghulurkan tangannya supaya dicium.[Kedua] Tidak menjadikan orang yang dicium tangannya tersebut riya’, sombong, dan merasa lebih baik dari yang lain.[Ketiga] Tidak menghilangkan sunnah bersalaman tangan sebagaimana biasa yang dianjurkan oleh Sunnah Rasulullah. (Rujuk Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, 1/159)
Adapun perbuatan saling berpelukan (berdakapan) dibenarkan apabila pulang dari musafir atau setelah lama tidak bertemu. Tetapi jika menjadikan ianya sebagai kebiasaan (selain dari ketika balik safar), maka tidak dibolehkan (makruh). Ini sebagaimana diriwayatkan dari amalan para sahabat Nabi.
كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا تلاقوا تصافحوا، و إذا قدموا من سفر تعانقوا
“Bahawasanya para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila bertemu mereka saling bersalaman, dan apabila pulang dari safar (bermusafir), mereka saling berpelukan.” (Majma’ az-Zawa’id, 8/75. Kata al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dan para perawinya adalah perawi kitab ash-Shahih.” Dinilai sahih oleh al-Albani)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
“Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian saling bersalaman melainkan dosa keduanya akan diampunkan (oleh Allah) sebelum ia berpisah.” (Musnad Ahmad, no. 18547. Sunan Abu Daud, no. 5212. Sunan at-Tirmidzi, no. 2727. Sunan Ibnu Majah, no. 3693. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)
(DICATAT OLEH NAWAWI BIN SUBANDI DI AHAD, SEPTEMBER 23, 2012)Sekian. Ibnu Hasyim.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/shahidan-cium-tangan-anwar-hukum-cium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Shahidan Cium Tangan Anwar

Mengapa Shahidan Cium Tangan Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 787 hits
ARIF ATAN Tular di media sosial gambar Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim mencium tangan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto yang dirakam di bangunan Parlimen hari ini turut menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin ...
Hukum Lelaki Menyerupai Wanita Dalam Islam

Hukum Lelaki Menyerupai Wanita Dalam Islam

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 1508 hits
Dalam dunia ini macam macam ada di dalamnya dan manusia adalah penghuninya Selalunya kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada malahan ada yang lelaki nak jadi perempuan dan sebaliknya hingga sanggup menyerupai jantina yang mereka ing...
Hukum Terima Organ Daripada Penderma Bukan Islam

Hukum Terima Organ Daripada Penderma Bukan Islam

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 453 hits
Menderita sakit buah pinggang semenjak tahun 2001 dan menjalani rawatan Dialisis Air selama 2 tahun memang memeritkan Saya sangat beruntung mempunyai ibu saudara yang sanggup menderma buah pinggangnya pada 5 Ogos 2010 Beruntung kerana para ...
Hukum Orang Islam Hantar Jenazah Bukan Islam Ke Kuburan

Hukum Orang Islam Hantar Jenazah Bukan Islam Ke Kuburan

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 474 hits
SOALAN Apakah hukumnya seorang Islam turut menghantar jenazah saudaranya yang bukan Islam ke tanah perkuburan JAWAPAN Ulama ulama mazhab Syafie dan Hanafi telah menaskan atas harus menghantar jenazah kafir ahli kitab dan mengikutnya samada ...
Anwar Tangan Ghaib Mungkin Azmin Tengok Dari Langit Bulan

Anwar Tangan Ghaib Mungkin Azmin Tengok Dari Langit Bulan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 344 hits
BERITAPresiden PKR Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan timbalannya Azmin Ali bahawa ada tangan ghaib di sebalik keputusan membatalkan jemputannya untuk merasmikan Kongres Nasional Pemuda PKR Mungkin dia tengok dari langit bulan Apa apa pun mes...
Anwar Saran Institusi Zakat Buat Pembaharuan Bantu Orang Bukan Islam

Anwar Saran Institusi Zakat Buat Pembaharuan Bantu Orang Bukan Islam

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 487 hits
October 30 2019 7 19 PMAnwar Ibrahim berucap pada Seminar Antarabangsa Zakat Wakaf dan Filantropi Islam anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Universiti Teknologi Mara di Shah Alam hari ini SHAH ALAM Anwar Ibrahim mencadangkan ...
Kemenkum Ham Ri Dan Laos Segera Teken Kerjasama Dalam Bidang Hukum

Kemenkum Ham Ri Dan Laos Segera Teken Kerjasama Dalam Bidang Hukum

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 144 hits
Pemerintah Indonesia melalui Direktorat Jenderal Administrasi Hukum Umum Kemenkum HAM akan menandatangani Memorandum Of Cooperation dalam bidang hukum dengan Kementerian Kehakiman Republik Demokrasi Rakyat Laos pada 4 November 2019 mendatan...
Pesan Kpk Buat Menko Polhukam Mahfud Md Perhatikan Kualitas Penegak Hukum

Pesan Kpk Buat Menko Polhukam Mahfud Md Perhatikan Kualitas Penegak Hukum

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 146 hits
Laode mengatakan sosok Mahfud MD sangat cocok menggantikan Wiranto dalam Kabinet Indonesia Maju Joko Widodo Maruf Amin Sebab kata Laode Mahfud MD paham dengan hukum hukum di Indonesia
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui