Hukum Terima Organ Daripada Penderma Bukan Islam



Menderita sakit buah pinggang semenjak tahun 2001 dan menjalani rawatan Dialisis Air (4 kali sehari untuk 20 minit setiap sesi rawatan) selama 2 tahun memang memeritkan.
Saya sangat beruntung mempunyai ibu saudara yang sanggup menderma buah pinggangnya pada 5 Ogos 2010. Beruntung kerana para pesakit lain terpaksa menunggu belasan tahun untuk mendapat buah pinggang.
Setelah mendapat buah pinggang baharu kualiti hidup saya berubah. Sudah 3 buah buku saya tulis dan banyak sekali jemputan ceramah dapat saya penuhi.
Saya juga menerima banyak jemputan ceramah mengenai kepentingan menjaga buah pinggang dan kebaikan derma organ. Bayangkan pahala yang diperolehi ibu saudara saya dari segala aktiviti tersebut.
Unit Transplan Nasional, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan temuramah saya untuk terbitan video kempen derma organ terbaru.
Cerita menarik saya bukan pada temuramah dan rakaman, tetapi pada soalan “provokatif membina” oleh pengarah rakaman video yang juga seorang Hindu.
Jika silap saya menjawab soalan menduga air darinya itu, Islam akan kelihatan kaku, keras dan tidak menggambarkan rahmat kepada seluruh alam. Seingat saya, soalannya berbunyi:
“Ustaz! Apa pandangan Islam jika saya yang beragama Hindu menerima organ dermaan orang Islam?” Apakah kesan baik buruk, kerajinan saya beribadat dalam agama saya akan memberikan kesan kepada penderma yang beragama Islam?”
Ini Intisari Jawapan Saya
Islam memandang kemanusiaan mengatasi segalanya menjangkau aspek agama. Bahkan ia juga ajaran Islam. Dalam Islam, penderma tetap mendapat pahala sedekah atas dermanya. Apa yang dilakukan penerima derma bukan lagi tanggungjawab penderma. Firman Allah S.W.T :
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain
Surah al-An’am [6:164], Surah al-Isra’ [17:15] dan Surah Fatir [35:18]
Juga tiada “subahat dosa” pada organ yang didermakan kepada bukan Islam. Dalam Islam, sedekah dan pendermaan adalah buta agama dan warna kulit.
Islam tidak pernah membataskan agama dalam isu sedekah kerana sedekah adalah tanggungjawab manusia manakala hidayah kepada Islam adalah hak mutlak Allah.
Orang yang terbantut hajat sedekahnya perlu memahami bahawa hak Allah dalam memberikan hidayah tidak boleh dicerobohi sama sekali. Firman Allah S.W.T:
لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Ertinya: Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan
Surah al-Baqarah 2:272
Ayat ini diturunkan menegur sebahagian sahabat nabi S.A.W yang berasa berat hati untuk bersedekah kepada kaum kerabat mereka yang masih kufur (Tafsir Ibn Kathir).
Nas ini jelas menunjukkan Islam tidak menghalang sedekah diberikan kepada golongan bukan Islam kerana pahala sebarang ibadah sedekah dan pendermaan organ sudah dijanjikan Allah berdasarkan hadith ini:
قَالَ رَجُلٌ لَأَتَصَدَّقَنَّ اللَّيْلَةَ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ زَانِيَةٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ غَنِيٍّ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى غَنِيٍّ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى غَنِيٍّ لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ سَارِقٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ وَعَلَى غَنِيٍّ وَعَلَى سَارِقٍ فَأُتِيَ فَقِيلَ لَهُ أَمَّا صَدَقَتُكَ فَقَدْ قُبِلَتْ أَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا تَسْتَعِفُّ بِهَا عَنْ زِنَاهَا وَلَعَلَّ الْغَنِيَّ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ وَلَعَلَّ السَّارِقَ يَسْتَعِفُّ بِهَا عَنْ سَرِقَتِهِ
Seorang lelaki (dari Bani Isra’il) berkata, “Malam ini aku akan bersedekah.” Dia kemudiannya keluar bersedekah dan tanpa disedarinya dia telah bersedekah kepada seorang penzina. Pagi esoknya, orang ramai bercerita bahawa sedekahnya itu telah diberikan kepada seorang penzina. Lelaki itu pasrah berkata: Ya Allah, segala puji bagiMu. (Tanpa kusedari) aku telah bersedekah kepada seorang penzina. Lelaki tersebut berkata lagi: “Malam ini aku akan bersedekah lagi.” Dia kemudiannya keluar bersedekah dan tanpa disedarinya dia telah bersedekah kepada seorang kaya. Pagi esoknya, orang ramai bercerita bahawa sedekahnya itu telah diberikan kepada seorang kaya. Lelaki itu pasrah berkata: Ya Allah, segala puji bagiMu. (Tanpa kusedari) aku telah bersedekah kepada seorang kaya. Lelaki tersebut berkata lagi: “Malam ini aku akan bersedekah lagi.” ” Dia kemudiannya keluar bersedekah dan tanpa disedarinya dia telah bersedekah kepada seorang pencuri. Pagi esoknya, orang ramai bercerita bahawa sedekahnya itu telah diberikan kepada seorang pencuri. Lelaki itu pasrah berkata: Ya Allah, segala puji bagiMu. (Tanpa kusedari) aku telah bersedekah kepada seorang penzina, seorang kaya dan seorang pencuri. Kemudiannya, seseorang datang kepadanya (dalam mimpinya) dan berkata, “Semua sedekah yang engkau berikan sudah diterima (Allah). Berkenaan si penzina, sedekahmu itu mungkin bakal menghalangnya dari terus berzina. Berkenaan si kaya, sedekahmu itu mungkin bakal menyedarkannya serta mendorongnya agar membelanjakan hartanya pada jalan Allah. Berkenaan si pencuri, sedekahmu itu mungkin bakal menghalangnya dari terus mencuri
Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
Setelah mendengar jawapan saya, pengarah rakaman tersebut tersenyum gembira melihat betapa Islam sangat harmoni ajarannya. Beliau lantas mengaku sangat berminat dengan Islam dan sedang mendalami Islam dalam banyak bacaannya.
Saya juga menghadiahkan setiap kru rakaman sebuah buku saya “Berjalan, Melihat, Mentafsir, Ceritera Wartawan Al-Quran.” Semoga buku dan jawapan saya menyakinkannya tentang kebenaran dan keharmonian Islam.
Manusia pasti diuji kerana hidup adalah pentas ujian. Tinggal lagi bagaimana cara kita menghadapi ujian ini untuk kebaikan agama.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Hukum Terima Organ Daripada Penderma Bukan Islam appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/hukum-terima-organ-daripada-penderma-bukan-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melly Goeslaw Sebut Anaknya Tak Terima Dirinya Jadi Olokan Dukung Tempuh Jalur Hukum

Melly Goeslaw Sebut Anaknya Tak Terima Dirinya Jadi Olokan Dukung Tempuh Jalur Hukum

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 383 hits
Kejadian kurang menyenangkan yang dialami Melly Goeslaw rupanya menjadi perhatian keluarganya Tak hanya suami Anto Hoed anak anak Melly yakni Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed turut kesal saat mengetahui ibunda menjadi bahan tertawaa...
Kpk Harap Segera Terima Dokumen Uu Baru Demi Kepastian Hukum

Kpk Harap Segera Terima Dokumen Uu Baru Demi Kepastian Hukum

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 259 hits
Juru Bicara KPK Febri Diansyah berharap lembaga antirasuah segera menerima dokumen tersebut Sebab UU yang baru tersebut merupakan acuan lembaga antirasuah dalam menjalankan tugas pemberantasan korupsi
Mufti Halang Bukan Islam Terima Zakat Cemar Nama Agama

Mufti Halang Bukan Islam Terima Zakat Cemar Nama Agama

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 328 hits
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata zakat boleh diberikan dalam bentuk wang bahan makanan atau ubatan seperti membantu mangsa banjir atau kebakaran Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 5 Nov Pemberian zakat kepada bukan Islam bertujuan menj...
Dulu Buat Filem Fitna Kutuk Islam Kisah Pengarah Filem Akhirnya Terima Hidayah

Dulu Buat Filem Fitna Kutuk Islam Kisah Pengarah Filem Akhirnya Terima Hidayah

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 381 hits
Hidayah milik Allah Siapa sangka seorang yang begitu menentang agama Islam akhirnya menjadi sebahagian daripada penganut agama ini seperti mana Saidina Umar al Khattab dan Khalid Al Walid yang akhirnya memeluk Islam walaupun pernah menjadi ...
Hukum Orang Islam Hantar Jenazah Bukan Islam Ke Kuburan

Hukum Orang Islam Hantar Jenazah Bukan Islam Ke Kuburan

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 473 hits
SOALAN Apakah hukumnya seorang Islam turut menghantar jenazah saudaranya yang bukan Islam ke tanah perkuburan JAWAPAN Ulama ulama mazhab Syafie dan Hanafi telah menaskan atas harus menghantar jenazah kafir ahli kitab dan mengikutnya samada ...
Lebih 6 Tahun Kahwin Izzue Islam Terima Tawaran Tunku Azizah Buat Rawatan Ivf

Lebih 6 Tahun Kahwin Izzue Islam Terima Tawaran Tunku Azizah Buat Rawatan Ivf

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 367 hits
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu Bagi pelakon Izzue Islam dia cukup tersentuh hati apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu dia dan isterinya Awin untuk mendapatkan cahaya ma...
Islam Hargai Potensi Wanita

Islam Hargai Potensi Wanita

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 375 hits
Syariat Islam membenarkan wanita melakukan aktiviti atau tugasan berkaitan kegiatan ekonomi sosial dan politik yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri keluarga masyarakat dan agama Islam cintakan kebaikan dan memberi kebaikan kepada s...
Agihan Zakat Hanya Untuk Asnaf Islam Mufti Selangor

Agihan Zakat Hanya Untuk Asnaf Islam Mufti Selangor

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 521 hits
SHAH ALAM Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menegaskan bahawa pemberian zakat perlu diagihkan kepada umat Islam Menurutnya ia selari dengan hadis yang mewajibkan zakat ke atas harta milik orang Muslim yang kaya untuk diagihkan kepa...
Dekati Rasulullah S A W Dengan Melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam Selangor

Dekati Rasulullah S A W Dengan Melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 1133 hits
Dekati Rasulullah S A W Dengan Melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam Selangor 29 Oktober 2019 Sha bersama rakan rakan pejabat bersama beberapa orang ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah bersama Klien Pengawasan telah berpeluang me...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik