Shahidan Berduaan Dalam Kereta Dengan Gadis Kerana Tidak Boleh Berjalan
Pemimin Umno Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan pertemuannya dengan gadis berusia 15 tahun yang membuat dan menarik balik laporan dirinya dicabul. – Foto Astro Awani
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berkata dia mahu menyampaikan sumbangan kepada kumpulan busker yang dianggotai gadis yang pada mulanya mendakwa dirinya dicabul tersebut.
Shahidan memberi alasan pertemuan dengan gadis itu terpaksa dilakukan dalam kenderaannya kerana dia “tak berapa boleh berjalan”.
“Saya memberi galakan kepada semua anak muda supaya terlibat dalam aktiviti halal. Jadi saya tolong kumpulan muzik. Itu perkara biasa. Atas niat ini saya anggap mereka anak-anak dan cucu-cucu saya.
“Tidak timbul lebih daripada itu, lagipun saya tak berapa boleh berjalan,” katanya ketika ditanya tentang dakwaan dia berduaan dengan gadis itu pada kira-kira 11.30 malam 20 Oktober lalu.” kata Shahidan pada sidang media di Parlimen semalam.
Sebelum ini, Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd mendedahkan punca dakwaan gadis tersebut disentuh ahli Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim secara tidak wajar.
Menurut polis, gadis tersebut seorang penyanyi dalam kumpulan busker pada malam kejadian sedang berlatih bersama rakan-rakan sekolah di kawasan sebuah stadium, kemudian ahli Parlimen itu meminta gadis itu bertemunya dalam kenderaan Toyota Harrier berdekatan tempat latihan diadakan untuk berbual.
Guru yang menjalankan latihan itu membawanya ke kenderaan itu dan pembantu ahli Parlimen itu membawanya memasuki kereta di bahagian tempat duduk wakil rakyat itu dan mereka berduaan dalam kenderaan itu.
Kemudian satu laporan polis dibuat oleh gadis tersebut pada 2.50 pagi (21 Oktober) tetapi ditarik balik pada 10.30 pagi.
Pada sidang media tersebut, Shahidan berharap semua pihak memahami penjelasannya dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan terhadapnya sambil tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menular cerita itu.
Untuk rekod, pengerusi MyWatch Datuk Sri S Sanjeevan yang mula menimbulkan isu gadis didakwa dicabul seorang ahli parlimen tersebut.
Kes Shahidan ini disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.
Di bawah Seksyen itu, mana-mana individu yang bertujuan melakukan seks dengan menyentuh mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000.
DIKEMASKINI: Musa TERKEJUT kes tutup dibuka semula, mengaku tidak bersalah dijamin 2 juta
KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq silap besar
KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang
KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Kenapa penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Shahidan berduaan dalam kereta dengan gadis kerana tidak boleh berjalan appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/189840/shahidan-berduaan-dalam-kereta-dengan-gadis-kerana-tidak-boleh-berjalan/