Shafie Tidak Pernah Iktiraf Tuntutan Sulu Kata Warisan


 
Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman berkata, kenyataan itu menunjukkan Anifah Aman sanggup melakukan apa sahaja untuk menyalahkan orang lain dan beliau mungkin tidak menyedarinya.KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal tidak pernah mengiktiraf tuntutan Sulu, sebaliknya mengarahkan Putrajaya untuk mengambil serius isu tuntutan Filipina ke atas Sabah sebelum ini.
Ketua Pemuda Warisan Azis Jamman berkata, kerajaan negeri yang diterajui Warisan sebelum ini tiada kuasa diplomatik bagi menguruskan isu membabitkan dua negara dan ia adalah urusan diplomatik kerajaan persekutuan.
“Adakah dengan mengatakan Putrajaya perlu mengadakan perbincangan diplomatik dengan kerajaan Filipina dan mendesak agar negara itu mengugurkan tuntutan berkenaan bermakna Shafie mengiktiraf tuntutan Sulu?
“Perbincangan diplomatik di sini bermaksud Putrajaya dan kedutaan Filipina perlu duduk bersama dan menyelesaikan isu tuntutan itu.
“Perkataan “perbincangan” cuba dimanipulasi oleh Datuk Seri Anifah Aman untuk menyalahkan Shafie,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, perkataan “perbincangan” seperti yang dinyatakan Shafie bukanlah bermakna mengiktiraf.
Katanya, kenyataan itu menunjukkan Anifah sanggup melakukan apa sahaja untuk menyalahkan orang lain dan beliau mungkin tidak menyedarinya.
“Anifah perlu memahami bahawa ”perbincangan” dan ”pengiktirafan” adalah dua perkara yang membawa maksud berbeza.
“Istilah “perbincangan” itu bermaksud dua negara berjumpa dan selesaikan isu berbangkit,” katanya.
Azis turut memberi contoh apabila Ukraine mengajak Rusia berbincang mengenai penjajahan negara itu terhadap mereka.
Soal Azis lagi, adakah perbincangan itu bermaksud Ukraine mengiktiraf penjajahan Rusia ke atas mereka?
“Sudah pasti jawapannya tidak, namun mengapa Presiden Ukraine menyatakan dia terbuka untuk berbincang dengan Rusia?
“Jawapannya, kerana penyelesaian sesuatu konflik hanya boleh dilakukan menerusi proses perbincangan dengan duduk berbincang secara bersemuka dengan harapan isu berkenaan dapat diselesaikan,” katanya.
Azis turut mendakwa Anifah telah gagal menyelesaikan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah ketika memegang jawatan sebagai Menteri Luar dari 2009 hingga 2018.
Malah katanya, Anifah juga banyak menghabiskan masa di luar negara sehingga dia ditolak rakyat Kimanis pada pilihan raya.
Terdahulu, Anifah menyalahkan Shafie dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang kurang pengalaman dalam mencetuskan masalah kepada negara berhubung pertikaian mengenai kedaulatan Sabah.
Anifah berkata, Shafie yang kurang pengalaman dan pengetahuan mendorong Filipina menjadi lebih berani melakukan tuntutan terhadap Sabah dua tahun lalu.
Beliau juga mengkritik Shafie bertindak “melulu” dengan mengakui dakwaan itu secara tidak langsung, apabila Shafie berkata beliau mahu mengadakan perbincangan dan rundingan dengan Filipina. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/shafie-tidak-pernah-iktiraf-tuntutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tidak Iktiraf Tuntutan Rm62 59 Bilion Waris Sultan Sulu

Kerajaan Tidak Iktiraf Tuntutan Rm62 59 Bilion Waris Sultan Sulu

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 195 hits
Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62 59 bilion waris Sultan Sulu Tuntutan Waris Kesultanan Sulu yang meminta Kerajaan Malaysia membayar RM62 59 bilion kepada mereka adalah terbatal selepas Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 membatalkan pelant...
Kes Tuntutan Sulu Kebodohan Kerajaan Ph Dan Tommy Thomas Bencana Buat Negara Najib

Kes Tuntutan Sulu Kebodohan Kerajaan Ph Dan Tommy Thomas Bencana Buat Negara Najib

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 169 hits
Biarpun kami baharu lepas PRN Johor tetapi saya rasa isu ini perlu mendapat perhatian orang ramai sebab ianya melibatkan isu kedaulatan negara Minggu lepas negara kalah kes mahkamah di Sepanyol dan diarahkan untuk bayar gantirugi sebanyak R...
Wakil Rakyat Sabah Gesa Putrajaya Tegas Tangani Tuntutan Waris Sultan Sulu

Wakil Rakyat Sabah Gesa Putrajaya Tegas Tangani Tuntutan Waris Sultan Sulu

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 184 hits
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta Ahli Parlimen Sabah supaya bertenang dan menjelaskan segala persoalan berbangkit sudah pun dijelaskan oleh menteri PETALING JAYA Dua Ahli Parlimen dari Sabah mendesak Putrajaya supaya lebih te...
Warisan Mps Want Parliament To Debate Rm63b Award To Sulu Sultan S Kin

Warisan Mps Want Parliament To Debate Rm63b Award To Sulu Sultan S Kin

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 162 hits
PARLIAMENT Warisan MPs are demanding that the Dewan Rakyat accept a debate motion on the US 14 92 billion arbitration award to the descendants of the Sulu sultanate In a joint statement the seven Warisan MPs said the motion by Kota Belud MP...
Mengimbas Kata Kata Tommy Thomas Susulan Final Award Rm63b Sulu

Mengimbas Kata Kata Tommy Thomas Susulan Final Award Rm63b Sulu

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 450 hits
Harga yang perlu dibayar Mengimbas semula kata kata bekas AG selepas anugerah Sulu RM63b Mengimbas kata kata bekas AG susulan Final Award RM63b Sulu Walaupun tiada bukti mengaitkan waris sultan Sulu yang menerima wang tahunan dari Malaysia ...
Pertemuan Hadi Wakil Taliban Tak Bermakna Malaysia Iktiraf Kerajaan Sementara Afghanistan Kata Menteri

Pertemuan Hadi Wakil Taliban Tak Bermakna Malaysia Iktiraf Kerajaan Sementara Afghanistan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 181 hits
Abdul Hadi Awang bertemu wakil tetap Taliban di Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu Mohammed Suhail Shaheen di Doha Qatar awal tahun ini PETALING JAYA Pertemuan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang dengan wakil tetap Tali...
Warisan To Restructure Ge15 Strategy Shafie

Warisan To Restructure Ge15 Strategy Shafie

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 152 hits
Warisan will restructure its strategy in preparation for the 15th general election according to its president Mohd Shafie Apdal Shafie said that the results of the Johor state election were not as expected but now was not the time to give u...
Shafie Warisan Open To Smart Cooperation With Anyone Including Grs Bn

Shafie Warisan Open To Smart Cooperation With Anyone Including Grs Bn

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 180 hits
Warisan president Mohd Shafie Apdal said his party is open to undertaking smart cooperation with any political party or coalition including Gabungan Rakyat Sabah and BN in the 15th general election However he told a press conference yesterd...
Anifah Blames Inexperienced Shafie Thomas In Sulu Dispute

Anifah Blames Inexperienced Shafie Thomas In Sulu Dispute

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 98 hits
Former foreign minister Anifah Aman said Shafie Apdal and Thommy Thomas should have learned how to handle international relations PETALING JAYA Former foreign minister Anifah Aman has blamed the inexperience of former Sabah chief minister S...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini