Shafie Tak Wajar Salahkan Tun Razak Ghaffar Baba Atas Kegagalan Sendiri Rahman




Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Ghafar Baba tidak wajar dipersalahkan apabila Sabah tidak membangun kerana mereka bukan berasal dari negeri itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menegaskan, kegagalan membangunkan Sabah sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilantik khususnya untuk membangunkan Sabah.
“Tun Ghafar dan Tun Razak bukan orang Sabah. Datuk Seri Shafie adalah menteri yang dilantik khusus oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar mewakili Sabah dan memberi keutamaan kepada Sabah.
“Datuk Seri Najib pernah bercakap dengan kami dalam kabinet tujuan melantik Datuk Seri Shafie menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah buat pertama kali dalam kalangan rakyat Sabah.
“Ternyata beliau gagal. Bukan sahaja beliau menggunakan alasan Tun Ghafar dan Tun Razak bahkan beliau berkata tidak dapat peruntukan yang banyak,” katanya kepada MalaysiaGazette di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) di Kimanis Cento hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah selaku Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu yang menyifatkan Perdana Menteri kedua juga gagal membangunkan kawasan luar bandar khususnya di Sabah.
Perkara itu timbul apabila jentera BN berkempen menyalahkan Mohd Shafie yang gagal membangunkan Sabah dalam menyediakan infrastruktur di luar bandar sedangkan kementeriannya mempunyai peruntukan kedua terbanyak dalam belanjawan negara.
Abdul Rahman juga membidas apabila Mohd Shafie bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterjaui sejak 2009 hingga 2012 menerima peruntukan paling sedikit sedangkan RM34.8 bilion telah disalurkan sebelum ini.
“Sebagai bekas Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU), saya tahu berapa banyak peruntukan yang diperolehi oleh KKLW dan semasa beliau (Shafie Apdal) menjadi menterinya dari 2009 hingga 2012.
“Saya sudah maklumkan RM34.8 bilion dan kalau beliau utamakan Sabah pada waktu itu, negeri-negeri lain pun tidak akan marah sebab Sabah masih mundur dan duit minyak serta gas pula banyak datang dari Sabah,” katanya.
Tegas Abdul Rahman lagi, Mohd Shafie lupa bahawa beliau diberikan kebebasan dari segi menentukan peruntukan dan tender bagi KKLW.
“KKLW ketika itu diberikan keistimewaan untuk menentukan tender dan belanjawan, yang lain-lain kementerian terpaksa rujuk kepada Menteri Kewangan.
“Tapi untuk KKLW khusus untuk Datuk Seri Shafie beliau diberikan ruang cukup luas menentukan belanjawan dan menentukan tender.
“Jadi tiada alasan untuk beliau menggunakan bajet RM34.8 bilion semasa beliau menjadi menteri untuk membangunkan Sabah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/09/shafie-tak-wajar-salahkan-tun-razak-ghaffar-baba-atas-kegagalan-sendiri-rahman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Shafie Patut Salahkan Diri Sendiri Bukan Tun Razak Ghafar

Najib Shafie Patut Salahkan Diri Sendiri Bukan Tun Razak Ghafar

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 344 hits
Diterbitkan Hari ini 9 42 pagiBERITAPRK KIMANIS Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal tidak sepatutnya mengaitkan Allahyarham Abdul Razak Hussein dan Ghafar Baba bagi menutup kegagalannya memban...
Shafie Shafie Dah Habis Kau Bedal Lepas Tu Kau Salahkan Bn

Shafie Shafie Dah Habis Kau Bedal Lepas Tu Kau Salahkan Bn

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 547 hits
Masa pengumuman calon Warisan untuk PRK Kimanis Shafie Afdal Presiden Warisan dalam ucapannya mengatakan Kimanis dan Sabah masih mundur dan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional Sejarah Tak Pernah MenipuShafie pernah menjadi Menteri Pembang...
Nak Salahkan Bn Nampak Sangat Warisan Pening Isu Pss Rahman

Nak Salahkan Bn Nampak Sangat Warisan Pening Isu Pss Rahman

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 453 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan Warisan sekarang ini sudah pening untuk mempertahankan isu Pas Sementara Sabah Jelas beliau Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal serta menteri Warisan t...
Tikus Nikmati Lauk Kari Di Kedai Mamak Bandar Tun Razak

Tikus Nikmati Lauk Kari Di Kedai Mamak Bandar Tun Razak

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 598 hits
Makin lama makin banyak kedai mamak terpaksa tutup disebabkan kebersihan tak dijaga Baru baru ini ada sebuah kedai mamak di kawasan Bandar Tun Razak Kuala Lumpur terpaksa ditutup selama 14 hari Nak tahu sebab apa Korang boleh tengok video d...
Perginya Tun Abdul Razak

Perginya Tun Abdul Razak

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 523 hits
14 Januari 1976 Tarikh yang pasti terpahat dalam ingatan semua Perginya Bapak Pembangunan Malaysia Tun Hj Abdul Razak Hussein tika usia beliau 53 tahun Al Fatihah buat Allahyarham Moga ditempatkan roh beliau disisi mereka yang beriman dan b...
Atas Nasihat Ayahanda Tun M Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan Maszlee

Atas Nasihat Ayahanda Tun M Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 591 hits
Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam satu sidang media khas pada Khamis Foto Astro AWANI SHAHIR OMARPUTRAJAYA Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok Menurut Maszlee...
Shafie Apdal Umum Kimanis Bakal Miliki Pejabat Daerah Sendiri

Shafie Apdal Umum Kimanis Bakal Miliki Pejabat Daerah Sendiri

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 406 hits
Astro Awani Shafie Apdal umum Kimanis bakal miliki pejabat daerah sendiri Gambar fail BONGAWAN Penduduk di Parlimen Kimanis bakal memiliki pejabat daerah sendiri sekali gus menjadikan penduduk sekitar tidak lagi perlu melakukan urusan penta...
Salahkan Bn Apa Shafie Apdal Buat Semasa Jadi Menteri Kklw Selama 7 Tahun

Salahkan Bn Apa Shafie Apdal Buat Semasa Jadi Menteri Kklw Selama 7 Tahun

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 402 hits
Sabah Dan Kimanis Mundur Apa Shafie Apdal Buat Masa Jadi Menteri KKLW Selama Tujuh Tahun Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas tindakan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sewaktu b...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi