Shafie Apdal Sebagai Pm Sukar Tanpa Sokongan Anwar Pkr


Oleh MohdAnwar Patho Rohman
[email protected]
Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal, sukar menjadi Perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) Plus membentuk kerajaan, tanpa sokongan PKR dan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis, berkata cadangan melantik Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan boleh tertunai jika mendapat sokongan Anwar dan Ahli Parlimen PKR.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan berkata, cadangan itu boleh menjadi kenyataan jika digerakkan secara kolektif sebagai pakatan pembangkang dengan sokongan sepenuhnya daripada PKR.

"Hendak lantik sesiapa pun jadi Perdana Menteri bukan persoalannya tetapi apakah pakatan itu mempunyai cukup bilangan kerusi di parlimen.

"Cadangan itu juga berisiko tersekat di tengah jalan jika ditolak dengan kuat oleh Anwar dan PKR atau Ahli Parlimen Sarawak termasuk dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila umumkan bersetuju mencalonkan Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri jika PH Plus berkuasa semula manakala Anwar Timbalan Perdana Menteri I dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Timbalan Perdana Menteri II.

Dr Mahathir mendakwa cadangan supaya Mohd Shafie menjadi calon Perdana Menteri bagi PH dan sekutunya dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan tidak rasmi gabungan itu kelmarin.

Bagaimanapun, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang turut hadir pada perbincangan itu menegaskan cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu serta seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH untuk diputuskan secara bersama.

Mujibu berkata, cadangan itu pada dasarnya sukar untuk direalisasikan kerana ditolak oleh Anwar dan PKR serta parti di Sarawak yang menggelarkan idea itu sebagai 'fantasi politik'.

"Barangkali, kedua-dua pihak sudah menghidu yang ini hanya sekadar 'permainan akal' Dr Mahathir," katanya.

Beliau berkata, cadangan dikemukakan Dr Mahathir itu berkemungkinan satu eksperimen hendak menarik sokongan dari Sabah dan Sarawak serta menguji sejauh mana penerimaan warga Borneo dalam politik Malaysia yang didominasi orang Semenanjung.

"Dari segi taktikal, dengan ketiadaan PKR, pembentukan kerajaan PH Plus nampaknya bergantung kepada kerusi dari Sabah dan Sarawak dalam mengimbangi kerusi PKR.

"Dr Mahathir mungkin melihat sokongan AMANAH dan DAP serta bilangan kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang relatifnya kecil tidak akan mampu merampas kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) tanpa sokongan parti dari Sabah dan Sarawak terutamanya WARISAN dan GPS," katanya.

Beliau juga berkata, langkah mencadangkan nama Mohd Shafie mungkin idea terbaik bagi tujuan mengembalikan PH sebagai kerajaan termasuk menarik semula Anwar dalam kerajaan.

"Setakat ini AMANAH dan DAP nampaknya bersetuju, tetapi usaha dibuat untuk menarik Anwar kembali dalam kerajaan PH dengan mencadangkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri I mungkin ditolak oleh Anwar," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/shafie-apdal-sebagai-pm-sukar-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Apdal Sebagai Perdana Menteri Tertunai Jika Dapat Sokongan Anwar

Shafie Apdal Sebagai Perdana Menteri Tertunai Jika Dapat Sokongan Anwar

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 725 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila umumkan bersetuju mencalonkan Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri jika PH Plus berkuasa semula manakala Anwar Timbalan Perdana Menteri I dan bekas Menteri Besar K...
Shafie Apdal Sebagai Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm 1 Dan 2 Tun M

Shafie Apdal Sebagai Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm 1 Dan 2 Tun M

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 477 hits
Persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal antara Shafie Mohamad Sabu Tan Kok Wai dan Lim Guan Eng kata Tun Mahathir KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa cadangan menamakan...
Sebuah Portal Dakwa Shafie Apdal Peroleh 62 Peratus Sokongan Sebagai Perdana Menteri Ke 9

Sebuah Portal Dakwa Shafie Apdal Peroleh 62 Peratus Sokongan Sebagai Perdana Menteri Ke 9

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 400 hits
Pada waktu ini politik negara seakan akan melalui satu lagi gelombang pertukaran kerajaan apabila pihak pembangkang semakin rancak merancang untuk memastikan kerajaan menjadi milik mereka Terbaru nama Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri...
Sayap Pemuda Pkr Mahu Anwar Tolak Shafie Sebagai Calon Pm

Sayap Pemuda Pkr Mahu Anwar Tolak Shafie Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 524 hits
June 28 2020 2 59 PMSetiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Ab Razak berkata sayap itu berpegang pada keputusan Majlis Pimpinan Pusat parti itu yang memilih Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal perdana menteri PETALING JAYA Walaupun Dr Mahathir M...
Rentasan 696 Panas Status Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim Sebagai Pm 9 Didedah

Rentasan 696 Panas Status Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim Sebagai Pm 9 Didedah

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 482 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6961 PEMUDA AMANAH MAHU TUN M DAN ANWAR DALAM SATU KABINET 2 PERIKATAN NASIONAL CUBA MENEBUK ATAP DI SELANGOR 3 MELAYU BUKAN MALAS 4 TOKOH PROFESIONAL DIGANTI TOKOH POLITIK DEMI SELAMATKAN NEGARA
Shafie Apdal Calom Pm Bukti Tun Mahathir Memang Tidak Mahu Serahkan Jawatan Kepada Anwar Ibrahim

Shafie Apdal Calom Pm Bukti Tun Mahathir Memang Tidak Mahu Serahkan Jawatan Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 579 hits
Percaturan politik di negara ini makin sukar untuk diramalkan oleh mana mana pihak Setiap minggu ada sahaja kejutan baharu yang disajikan kepada seluruh rakyat Malaysia Menerusi rakaman video yang tular hari ini nampaknya cita cita Anwar Ib...
Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 624 hits
PH dan sekutunya yang digelar sebagai PH Plus mendakwa memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan dan sebelum ini merancang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Tapi malang perbalahan antara Mahathir dan A...
Perbandingan Antara Anwar Ibrahim Dan Shafie Apdal

Perbandingan Antara Anwar Ibrahim Dan Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 365 hits
Perbandingan antara Anwar Ibrahim dan Shafie Apdal dari segi Ketokohan Politik Akademik dan Agama Islam 1 Shafie Apdal seorang pemimpin politik yang berfahaman Autokratik 1 Tokoh Politik Sahaja 2 Tiada kepakaran dalam hal ekonomi dan kewang...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan