Shafee Dakwa Rm9 5 Juta Adalah Pinjaman Untuk Tutup Jejak Jenayah Pendakwaan


satuberita.my
By Bernama
-September 15, 2022
MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa wang RM9.5 juta yang diterimanya daripada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan pinjaman, adalah semata-mata untuk menutup jejak jenayahnya dan melindungi identiti sebenar wang berkenaan

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berhujah, Muhammad Shafee sememangnya mempunyai niat untuk mengelak membayar cukai ke atas pendapatan RM9.5 juta itu dan menggunakan wang tersebut bagi membeli sebuah banglo pada harga RM9.3 juta.

Afzainizam berhujah peguam itu menggunakan wang berkenaan untuk kepentingan peribadi, sedangkan beliau mempunyai aliran tunai yang lancar dan tiada masalah melaporkan pendapatan kasar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta mampu membayar cukai pendapatan.

“Mengapa wang itu (RM9.5 juta) tidak diisytiharkan kepada (LHDN)? Kenapa ini berlaku…kerana beliau (Muhammad Shafee) lebih mengutamakan faedah beliau dengan membeli banglo tersebut.

“Beliau selaku peguam sepatutnya tahu pendapatan perlu dilaporkan dan setiap peguam diingatkan oleh Majlis Peguam untuk melaporkan pendapatan. Namun, beliau menggunakan hampir 97 peratus daripada wang RM9.5 juta yang diterima itu untuk membayar pembelian aset, sedangkan wang itu sepatutnya digunakan untuk membayar cukai pendapatan,” katanya.

Menurut Afzainizam hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga menunjukkan, dua cek yang diterima daripada bekas perdana menteri itu merupakan hasil aktiviti haram yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun peribadi peguam berkenaan.

Beliau berhujah Muhammad Shafee memberitahu SPRM bahawa wang RM9.5 juta itu merupakan pinjaman daripada Najib, dan beliau tidak perlu melaporkannya kepada LHDN atau membayar cukai kerana ia bukan pendapatan.

Sementara itu, peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili Muhammad Shafee berhujah wang RM9.5 juta yang diterima anak guamnya daripada Najib bukan hasil daripada aktiviti haram.

“Wang itu diperolehi secara sah selepas Muhammad Shafee memberikan khidmat guaman kepada Najib berkaitan petisyen pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya dan menambah Najib perlu dipanggil memberi keterangan di mahkamah, bagi membuktikan wang yang diberikan itu adalah wang guaman.

Selepas kedua-dua pihak berhujah, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan 28 Okt ini, untuk keputusan sama ada peguam terkemuka itu akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap empat pertuduhan dihadapinya.

Pada 12 Mei lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan lapan saksi pada perbicaraan yang bermula 21 Mei 2021.

Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee, 70, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan Najib, yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya iaitu cek RM4.3 juta diterima pada 13 Sept 2013, manakala RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram. – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/shafee-dakwa-rm95-juta-adalah-pinjaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Saranan Dakwa Pemimpin Ph Oleh Isham Jalil Satu Janji Manifesto Bn Termasuk Kes Lindung Jenayah Zeti Dan Nazlan

Jadikan Saranan Dakwa Pemimpin Ph Oleh Isham Jalil Satu Janji Manifesto Bn Termasuk Kes Lindung Jenayah Zeti Dan Nazlan

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 196 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPada PRU14 Tun Mahathir umum akan mendakwa semua pemimpin Barisan Nasional terutama nya UMNO sebaik sahaja menang pilihanraya Tun Mahathir sememangnya suka perkara sebegini kerana ia tidak membabitkan wang billion2 ring...
Prosecution Says Lawyer Shafee S Claim That Rm9 5m Was A Loan Merely To Cover Criminal Act

Prosecution Says Lawyer Shafee S Claim That Rm9 5m Was A Loan Merely To Cover Criminal Act

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 151 hits
Deputy Public Prosecutor Afzainizam Abdul Aziz in his closing submission said Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah wanted to avoid paying taxes for the money he received and used it to purchase a bungalow worth RM9 3 million Picture by Sayuti Z...
Sarawak Report Turut Dakwa Zainab Adalah Isteri Bekas Timbalan Menteri Pertahanan

Sarawak Report Turut Dakwa Zainab Adalah Isteri Bekas Timbalan Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 129 hits
Selepas Rafizi Ramli Sarawak Report pula menyiarkan dakwaan bahawa bekas Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latif Ahmad banyak terlibat dalam skandal LCS SR juga mendakwa rakan kongsi Latif dalam skandal ini adalah Zainab binti Mohd Salleh y...
Oct 28 Decision On Shafee S Rm9 5m Money Laundering Case

Oct 28 Decision On Shafee S Rm9 5m Money Laundering Case

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 162 hits
Muhammad Shafee Abdullah will know on Oct 28 whether he walks free or needs to answer the money laundering case against him involving RM9 5 million received from former prime minister Najib Abdul Razak The Kuala Lumpur High Court today fixe...
Alasan Kulkas Minimarket Adalah Tempat Bengong Paling Menyiksa Bagi Kaum Overthingking

Alasan Kulkas Minimarket Adalah Tempat Bengong Paling Menyiksa Bagi Kaum Overthingking

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 98 hits
Memilih minuman di kulkas minimarket adalah cobaan paling runyam kedua setelah memilih pasangan
Dakwaan Jpam Mengeluarkan Kenyataan Berkenaan Empangan Sembrong Adalah Tidak Benar

Dakwaan Jpam Mengeluarkan Kenyataan Berkenaan Empangan Sembrong Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 118 hits
SEBENARNYA Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Batu Pahat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Batu Pahat TIDAK melakukan kenyataan seperti yang tular di media sosial di kalangan penduduk Batu Pahat
Bincang Elok Elok Sebab Punca Kekalahan Nanti Adalah Disebabkan Berebut Sesama Sendiri

Bincang Elok Elok Sebab Punca Kekalahan Nanti Adalah Disebabkan Berebut Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 126 hits
PM jumpa Top 5 UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15Dewi Nur Harasha AliasSeptember 13 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan tarikh PR...
Apple Nyatakan Amp 039 Pop Up Amp 039 Akses Tampal Yang Kerap Muncul Pada Ios 16 Adalah Amp 039 Tidak Dijangka Amp 039

Apple Nyatakan Amp 039 Pop Up Amp 039 Akses Tampal Yang Kerap Muncul Pada Ios 16 Adalah Amp 039 Tidak Dijangka Amp 039

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 119 hits
Memetik laporan MacRumors Apple kini telah memberikan maklum balas mengenai pop up yang menjengkelkan dalam iOS 16 di mana ia meminta kebenaran kepada pengguna jika aplikasi ingin membenarkan akses tampal teks imej dan banyak lagi berulang ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats