Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi (Top 5) UMNO bagi membincangkan tarikh PRU15 dalam masa terdekat. - Gambar fail BERNAMABAYAN BARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi (‘Top 5’) UMNO bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.Ismail Sabri yang juga menduduki kerusi ‘Top 5’ parti iaitu sebagai Naib Presiden berkata, mesyuarat itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan."Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, semua keputusan akan dibuat ‘Top 5’ UMNO, jadi kita tunggu sehingga mesyuarat bersama ‘Top 5’ diadakan, kita akan buat secepat mungkin, mungkin awal sebelum pembentangan Bajet 2023,” kata Perdana Menteri.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada masih ada peluang PRU15 diadakan tahun ini selepas merasmikan majlis perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (atau WCIT 2022) Malaysia di Pusat Konvensyen Setia Spice, di sini, pada Selasa.Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan, beliau belum berbincang dengan 'Top 5’ UMNO berhubung tarikh PRU15.'Top 5' UMNO merujuk kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.Selepas berbincang dengan 'Top 5' UMNO, Ismail Sabri akan berbincang pula dengan parti MCA dan MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain sebelum membawa ke Kabinet untuk kelulusan seterusnya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan membubarkan Parlimen.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |