Shafee Buktikan Najib Tahu Derma Saudi Palsu Baru Boleh Hukumnya


Hidir Reduan Abdul Rashid & Hariz Mohd

   

KES NAJIB | Pasukan pembelaan tidak yakin pendakwaan mampu mengaitkan Najib Razak dalam pertuduhan pengubahan wang haram dalam kes dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion.

Mengulas pernyataan pembukaan pendakwaan hari ini, ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah mendakwa sumber wang yang dibelanjakan bekas perdana menteri itu tidak menjadi isu.

Sebaliknya, kata Shafee, apa yang penting dalam kes itu ialah sama ada Najib tahu wang yang disalurkan ke akaunnya berasal dari 1MDB.

"Kami sentiasa mengatakan apa saja berkenaan wang itu, anak guam saya sejujunya percaya ia datang dari raja Saudi, kerana dia bertemu raja Saudi dan ada janji berkenaan AS$1 bilion (RM4.21 bilion)," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Dan wang itu memang ke akaunnya. Ini pembelaan kami, kami sentiasa menyebutnya, tiada rahsia.

"Persoalannya, bagaimana anda sangkal bahawa inilah keyakinannya? Saya tak peduli dari mana wang datang dalam pendakwaan (pengubahan wang haram) ini, kerana dia sentiasa yakin ia adalah derma."

Shafee menjawab soalan berkenaan hari pertama perbicaraan 1MDB yang ditunggu-tunggu hari ini, dan pernyataan pembukaan ketua pendakwaan Gopal Sri Ram.

"Jadi sama ada dokumen palsu atau tak, anda (pendakwaan) buktikannya. Malah jika anda dapat buktikannya, anda perlu buktikan Najib tahu ia dipalsukan.

"Saya tak peduli sama ada Low Taek Jho tahu. Adakah Najib tahu? Hanya selepas itu anda boleh hukumnya," kata Shafee.
Shafee ditanya berkenaan kenyataan pendakwaan bahawa Najib dan Low telah mengambil langkah untuk menutup jejak mereka, termasuk memalsukan dokumen untuk menunjukkan memang ada derma dari Arab Saudi.

'Anak guam saya diperdaya'

Dalam pada itu, beliau berkata tidak sabar untuk melihat bagaimana pendakwaan mahu membuktikan Low ialah "alter ego" Najib.

Beliau membangkitkan tentang nama Low yang disebut dalam perbicaraan SRC International, di mana pasukan pembelaan mendakwa ahli perniagaan itu memperdaya banyak pihak, termasuk Najib.

Katanya lagi, pembelaan Najib untuk kes 1MDB juga akan sama dengan hujah yang digunakan dalam kes SRC International.

"Anak guam saya diperdaya. Dan salah satu nama yang kita sebut ialah Low. Dia perdaya AmBAnk, 1MDB, malah ketika 1MDB masih (dikenali) sebagai Terengganu Investment Authority.

"Kita akan bangkitkan perkara ini. Untuk mengatakan anak guam saya 'alter ego', saya nak tengok mereka buktikannya. Saya tak mahu ulas lanjut, saya tak mahu sub judice," katanya lagi.

'Janji hebat pendakwaan'
Dalam pada itu, Shafee berkata pihak pendakwaan menjanjikan banyak perkara dalam pernyataan pembukaan mereka, sama seperti yang dilakukan pihak pendakwaan dalam perbicaraan SRC International.

"Anda boleh lihat dalam kes SRC, ada janji yang hebat, tetapi pada akhir perbicaraan, anda boleh buat keputusan sendiri sama ada janji itu ditunaikan atau tidak."

Shafee mendakwa pihak pendakwaan kes SRC International bergelut untuk mengaitkan Najib dengan Jho Low.

"Inilah yang saya ingin tahu, faktanya dia (Jho Low) tiada di sini. Siapa yang anda (pendakwaan) akan panggil untuk katakan ada pakatan sulit (antara Najib dan Jho Low)."

Ketika membacakan pernyataan pembukaan di hari pertama perbicaraan 1MDB hari ini, Sri Ram berkata Najib dan Jho Low cuba menutup skandal 1MDB selepas ia menjadi perhatian umum pada 2015.

Ia termasuklah membuat dokumen palsu untuk menunjukkan Najib menerima wang daripada kerabat Arab Saudi di saat ia sebenarnya dari syarikat milik kerajaan itu, katanya.

Mendakwa Najib berpakat dengan Jho Low, Sri Ram menyifatkan ahli perniagaan yang diburu itu sebagai bayangan kepada Najib.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/shafee-buktikan-najib-tahu-derma-saudi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langsung Penyiasat Sprm Sahkan Najib Terima Jutaan Ringgit Daripada Putera Arab Saudi

Langsung Penyiasat Sprm Sahkan Najib Terima Jutaan Ringgit Daripada Putera Arab Saudi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 284 hits
LANGSUNG Penyiasat SPRM sahkan Najib terima jutaan ringgit daripada putera Arab Saudi
Najib Jho Low Palsukan Dokumen Terima Wang Derma Arab

Najib Jho Low Palsukan Dokumen Terima Wang Derma Arab

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 363 hits
Najib Razak dan Jho Low didakwa cuba menutup skandal 1MDB daripada terdedah antaranya dengan membuat dokumen palsu bagi menunjukkan kononnya Najib menerima wang dari penderma Arab Sedangkan ia didakwa berpunca daripada 1MDB Perkara ini diny...
Kalau Dah Macam Ini Punya Bukti Pun Najib Boleh Terlepas Tak Tau Nak Kata La

Kalau Dah Macam Ini Punya Bukti Pun Najib Boleh Terlepas Tak Tau Nak Kata La

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 501 hits
Bekas pegawai khas Najib terkejut ada US 884 996 dalam akaunnya Bernama Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sangat terkejut apabila dimaklumkan sejumlah US 884 996 78 ada di dalam akaun BSI Switzerland miliknya awal 2016 te...
Kerap Batuk Berdarah Tak Boleh Makan Rupanya Tak Sedar Berbulan Tertelan Gigi Palsu Masa Pembedahan

Kerap Batuk Berdarah Tak Boleh Makan Rupanya Tak Sedar Berbulan Tertelan Gigi Palsu Masa Pembedahan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 354 hits
Seorang pesakit berusia 72 tahun mengadu susah untuk menelan makanan dan sering batu darah Pesakit yang dirahsiakan identitinya itu cepat cepat mendapatkan rawatan di Hospital University James Paget di Norfolk setelah mengalami sakit yang k...
Ada Wang Mengalir Dari Putera Saudi Ke Akaun Najib Kata Saksi

Ada Wang Mengalir Dari Putera Saudi Ke Akaun Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 377 hits
Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengesahkan bahawa terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak P...
Arab Saudi Putera Faisal Masuk Rm642 Juta Dalam Akaun Najib

Arab Saudi Putera Faisal Masuk Rm642 Juta Dalam Akaun Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 319 hits
Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengesahkan terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun...
Shafee Ikrar Sumbat Blogger Cerca Najib Ke Penjara

Shafee Ikrar Sumbat Blogger Cerca Najib Ke Penjara

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 252 hits
Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Shafee Abdullah bercakap kepada media pada hari terakhir perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Peguambela Datuk Seri Naji...
Shafee Timbulkan Lagi Isu Punggung Najib

Shafee Timbulkan Lagi Isu Punggung Najib

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 244 hits
KES 1MDB NAJIB l Peguam utama bekas perdana menteri Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah hari ini memohon agar tempoh perbicaraan kes rasuah 1MDB yang membabitkan anak guamnya dipendekkan Shafee memberikan beberapa alasan antara lain adalah...
Instagram Siapkan Fitur Baru Pelaporan Misinformasi

Instagram Siapkan Fitur Baru Pelaporan Misinformasi

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 152 hits
Instagram kembali membuktikan keseriusannya dalam memerangi misinformasi dan hoaks di dunia maya
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yosvany Terry Exploring Afro Cuban Music Traditions

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite