Sfera Atau Leper


BENTUK bumi sama ada sfera ataupun leper mendatar menjadi persoalan berterusan dalam tamadun manusia. Pengetahuan mengenai bentuk bumi ini mempengaruhi kepercayaan, budaya dan sains tabii sesuatu kelompok masyarakat. Ahli falsafah yang mengetuai institusi intelektual masyarakat pada zaman terdahulu telah mengemukakan fakta asas mengenai bumi, termasuklah bentuknya, struktur dan komposisi alam ini.

Yunani Kepada Sains ModenAhli falsafah Greek seperti Xenophannes, Thales, Anaximander, Anaximenes (sekitar 500 sebelum Masihi) memberikan hujah kukuh menyatakan bumi ini leper mendatar. Para ahli falsafah dengan pegangan kukuh konsep alam ini juga dikatakan berjaya meramalkan dengan tepat gerhana Matahari yang berlaku pada tahun 584 SM. Justeru, teori bumi leper lebih menyerlah sebelum 400 SM
Namun, Aristotle (384-322 SM) mengemukakan konsep bumi sfera melalui logik ahli astronomi yang melaporkan terdapat bintang yang boleh dicerap di Mesir, namun tidak pernah kelihatan di Greek manakala, Eratosthene (240 SM) melakukan hitungan ukur lilit bumi dengan kaedah cerapan bayang matahari antara dua tempat. Begitu juga Ptolemi (kurun 1 M) yang memberikan alasan bumi hampir sfera dengan penurunan kelengkungan bumi yang seragam.

Tetapi beliau masih meletakkan kelengkungan awal bumi ini sebagai ‘satu kawasan jurang’ yang dijadikannya sebagai longitud asalan bernilai 0°. Dalam geografi klasik titik rujukan longitud ini dinamai Laut Barat. Tiada siapa yang berani belayar mengikut jalan ke arah Laut Barat kerana dogma kewujudan alam lain di sana masih dominan. Ptolemi sendiri yang menelusuri laluan darat ke arah timur berjaya memetakan beberapa benua dan wilayah termasuk yang sekarang menjadi India dan Asia Tenggara

Semenanjung Malaysia dalam peta terawal ini dilakarkan dan dinamai sebagai Semenanjung Kencana (Chersonesus Aurea). Selepas zaman ini, kemajuan matematik klasik mengemukakan bukti yang bentuk bumi ini sfera. Antaranya, melalui pemetaan geografi, cerapan bulatan harian bintang pada lokasi berbeza dan cerapan gerhana bulan.

Dalam pada itu, ahli astronomi Muslim semasa era Khalifah al-Ma’mun (sekitar 830 M) melakukan pengukuran lilit bumi dan pembaharuan mereka terhadap teori orbit epikitaran Ptolemi. Kebangkitan sains tamadun Islam tidak menumpukan kepada isu bentuk bumi dan bentuk alam lagi, kerana mereka berusaha memajukan kaedah hitungan astronomi bagi aplikasinya dalam ibadat dan kehidupan seharian. Persoalan bumi sfera ataupun leper tidak lagi diendahkan ketika ini.

Namun, sebahagian kecil ahli sains baik di dunia Islam dan Eropah masih kekal dengan kecenderungan mereka, iaitu bumi ini leper. Ditambah dengan era kegelapan intelektual Eropah (kurun ke-5 M sehingga ke-12 M), pengikut yang mempercayai bumi leper dan bumi sebagai pusat alam (geopusatan) kekal dalam kelompok mereka tersendiri.

Di Eropah, terdapat ahli dalam kumpulan ini yang menggunakan semua konsep astronomi moden tetapi tetap mendakwa bumi ini leper. Begitu juga di Malaysia, atas hujah dalil al-Quran yang mujmal, mereka masih berkeras dengan ‘teori bumi leper’ atau ‘hamparan’

Bukti Bumi SferaSemasa di sekolah menengah, dalam mata pelajaran ilmu alam (kini geografi), pelajar didedahkan dengan satu sub topik menarik, bukti bumi ini sfera. Sesuai dengan tahap pengajaran dan pembelajaran rendah, hujah yang digunakan bersifat eksperimen dan empirik. Pemerhatian kapal mendekati pelabuhan. Guru akan membawa pelajar ke pelabuhan yang terdekat dengan sekolah mereka berbekalkan binokular dan cerapan mata kasar.

Pelajar diminta mencatat pemerhatian mereka terhadap kapal yang mendekati pelabuhan. Semasa kapal berada bawah kelengkungan bumi, hanya serombong kapal yang kelihatan. Apabila kapal semakin mendekati pelabuhan bahagian kapal yang dapat dilihat semakin banyak sehingga keseluruhan kapal dapat dilihat. Keadaan ini hanya boleh berlaku jika bumi dalam bentuk sfera.

Bukti kedua, semasa berlaku gerhana bulan penuh ataupun separa, bayang bumi yang jatuh di permukaan bulan ialah melengkung. Bayang ini hanya boleh diwujudkan oleh satu 
objek legap yang bentuknya sfera.

Kelengkungan bumi yang menjadi ciri utama bentuk sfera boleh juga disahkan berdasarkan waktu cerapan matahari terbit atau terbenam di ufuk.

Bukti yang paling nyata dan tidak boleh disangkal lagi adalah gambar bumi yang dirakamkan dari angkasa. Terdapat banyak satelit dan prob dalam menjalankan ekspedisi ke angkasa lepas merakamkan gambar bumi dari jarak beberapa juta kilometer. Jika menelusuri sains kejadian alam semesta, jisim yang berbentuk bongkah batu- batan angkasa pelbagai saiz ini akan bergerak pantas mengikut haluan graviti yang menariknya. Dalam pergerakan pantas dan tidak stabil ini, sebahagian bongkah ini berderai daripada jisim utama, proses ini berlaku berterusan sehingga bongkah ini menjadi sfera dan stabil.

Secara sunatullah, objek berbentuk sfera ini seperti bumi, bulan, planet dan matahari mempunyai hukum orbit yang boleh dihitungkan dengan tepat. Sebaliknya jika bumi leper, hukum orbit bumi tidak terpakai untuk ramalan efemeris orbit cakerawala.

Bumi akan mempunyai sistem mekanik kelangitan dan teori kedinamikan astronomi berbeza. Paradoks ini menyebabkan ahli-ahli astronomi tidak boleh meramalkan apa pun fenomena dalam sistem suria yang melibatkan bumi. Sedangkan dalam era moden ini, kita dapat menyaksikan sebahagian besar kesepadanan sunatullah ini dengan ramalan astronomi. Gerhana matahari yang berlaku saban tahun, diramalkan ketepatan waktu berlakunya sehingga mikro saat. Begitu juga apabila pencerap di bumi berpeluang melihat hentaman komet ke permukaan Musytari pada Julai 1994, tepat sebagaimana hitungan efemeris. Semua ini diramalkan dengan baik kerana teori bumi sfera menjadi asas.

Sebagaimana konsep bumi sebagai pusat alam yang kekal menjadi sebahagian model dalam astronomi, geografi dan matematik, konsep bumi leper juga masih digunakan dalam pemetaan. Jika Ptolemi yang menghasilkan peta pertama bumi berbentuk hamparan, peta moden sedemikian juga. Namun bentuk sfera bumi ini diperincikan dengan model sfera elipsoid, supaya lokasi negara-negara dalam peta sama seperti semula jadi di glob sfera. Langkah ini dapat mengelakkan bentuk dan keluasan sempadan sesebuah negara yang tidak sama antara model sfera dengan pemetaan hamparan.

Di sini, golongan yang taksub dengan ‘teori bumi leper’ hanya mengambil bentuk pemetaan hamparan bagi menguatkan hujah. Sedangkan pemetaan secara hamparan adalah unjuran dari bumi yang berbentuk sfera. Dalam pendidikan sains moden, amat penting epistemologi bermula dengan sejarah sains. Tanpa sejarah sains, generasi yang mempelajari ilmu secara ‘kotak hitam’ akan terpengaruh dengan logik secara luwes. Akhirnya hipotesis yang dinyahkan atau diperbaharui dibangkitkan semula secara memualkan.

Oleh : Dr. Baharrudin Zainal

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/03/sfera-atau-leper.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 381 hits
Barangkali Pas adalah satu satunya parti politik yang pelik celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran Pas sebaliknya menjadi pelik celaru dan memeningkan...
Berundur Rombak Atau Undi Tak Percaya

Berundur Rombak Atau Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 467 hits
Syahmi Minhad Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang ...
Prk Semenyih Konspirasi Suratan Atau Kebetulan Karier Politik Pakatan Harapan Kini Di Bucu Meja Utama

Prk Semenyih Konspirasi Suratan Atau Kebetulan Karier Politik Pakatan Harapan Kini Di Bucu Meja Utama

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 503 hits
Ribut melanda ikatan dalam Pakatan Harapan sudah bocor dihidu ramai namun sebagaimana lazim perkara tersebut tetap dinafikan pemimpin PH Tuding menuding atas kesilapan keputusan Siapa Meluluskan sudah bermain di permukaan sejak penamaan cal...
Minum Susu Ibu Atau Susu Formula Dua Dua Pun Perlu Vaksin Kaunselor Laktasi Ini Terangkan Kepentingan Vaksin

Minum Susu Ibu Atau Susu Formula Dua Dua Pun Perlu Vaksin Kaunselor Laktasi Ini Terangkan Kepentingan Vaksin

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 372 hits
Memang benar susu ibu mempunyai kepelbagaian nutrisi yang baik buat bayi anda Pun begitu tidak bermaksud anak itu tidak perlu divaksinkan Ikuti perkongsian Kaunselor Laktasi Pn NurDiana Mohd Rasid tentang isu ini Semoga ia dapat membantu an...
Ibarat Telur Dihujung Tanduk Tun M Berundur Rombak Cabinet Atau Hadapi Undi Tak Percaya

Ibarat Telur Dihujung Tanduk Tun M Berundur Rombak Cabinet Atau Hadapi Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 332 hits
Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang khabar angin m...
Perang Saraf Atau Memang Akan Berlaku Gabungan Baharu

Perang Saraf Atau Memang Akan Berlaku Gabungan Baharu

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 282 hits
PAS menegaskan akan mengotakan janji memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu benar benar berlaku Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun PAS di pi...
13 Aksi Saeseng Atau Fans Garis Keras Korea Yang Bikin Merinding Sumpah Ngeri Banget

13 Aksi Saeseng Atau Fans Garis Keras Korea Yang Bikin Merinding Sumpah Ngeri Banget

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 357 hits
Banyak fans yang menolak menyebut sasaeng itu fans sih Soalnya ngeri banget dari bikin surat darah mens sampai menyayat tangan sendiri gitu
Kapitra Sarankan Masyarakat Bermunajat Di Rumah Atau Masjid

Kapitra Sarankan Masyarakat Bermunajat Di Rumah Atau Masjid

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 256 hits
Alumni aksi 212 menggelar aksi di area Monumen Nasional Acara yang diberi nama Munajat 212 ini diisi dengan doa bersama selawat serta salat Magrib berjamaah ini turut mengundang Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025